.
Promosi
.

Tuduhan Zina Eskay Terhadap Anwar Ibrahim dan Sumpah Mubahalah

Bismillahirrahmaanirrahiim,

Catatan kali ini sekadar tayangan video.
Mesti bila terbaca saja tajuk ini mesti pembaca terfikir "Tayangan video seks ke?".
Tayangan video yang di sertakan bukanlah tayangan video seks tetapi tayangan video berkaitan tuduhan zina Eskay terhadap Dato Anwar Ibrahim dan sumpah mubahalah yang dilakukan oleh Eskay.

Harap pembaca melihat dengan lapang dada dan jangan melakukan tuduhan zina selagi mana tiada pembuktian melalui ketetapan Islam kerana ditakuti akan menjadi fasik.
Video rakaman sumpah yang dilakukan oleh Dato' Syazryl Askay.
Pandangan Fatrul Bahri berkaitan tuduhan zina terhadap Dato Anwar Ibrahim dan penayangan video seks.


Pandangan Dato' Dr. Harun Din berkaitan tuduhan zina terhadap Dato Anwar Ibrahim dan penayangan video seks.

Wallahua'lam.

Bila Di Ganggu Oleh "Fake Profile" di Facebook

Bismillahirrahmaanirrahiim,

Pernah diganggu oleh fake profile di facebook?
Perasaan anda bila dapat meseg minta add profile seseorang yang anda tidak kenali?
Ini kali ke 2 diminta add oleh profile yang tidak dikenali untuk add profile sebegitu.



Jalan Penyelesaian?


Selamat tinggal Fake Profile!

p/s : Tutorial untuk "Block User Profile" di Facebook?

Wallahua'lam.

Peraduan : Entry Terbaik Follower FARISZ@AZ.Com pada April 2011

Bismillahirrahmaanirrahiim,

Catatan kali ini adalah peraduan bulanan untuk blogger yang menjadi follower FARISZ@AZ.Com.

Sebenarnya jika nak katakan peraduan mesti ada hadiah,untuk pengetahuan blogger sebenarnya peraduan kali ni tiada siapa yang akan kalah sebab peraduan kali cukup mudah dan hadiah untuk semua blogger yang sertainya bukanlah berbentuk wang tetapi FARISZ@AZ.Com akan mempromosi entry blog anda.

Cara saya promosi entry terbaik bulanan anda?
Saya akan buat satu entry "Entry Terbaik Follower FARISZ@AZ.Com pada Mac 2011" dan meletakkan nama "entry" anda dan link entry tersebut.Jadi dengan cara tersebut saya akan ajak follower FARISZ@AZ.Com dan fan page FARISZ@AZ.Com menziarah blog anda.

Peraduan kali ni bukanlah untuk memberi hadiah tetapi sekadar salah satu cara saling membantu antara blogger untuk menaikkan jumlah pembaca dan jumlah follower blog.

Terma dan Syarat :-

1. Hanya dibuka untuk "follower" FARISZ@AZ.Com
2. Klik "share" catatan ini sama Facebook atau Twitter.
3. Buat satu entry "Peraduan : Entry bulanan terbaik anda dari FARISZ@AZ.Com" dan berikan link "entry" tersebut melalui ruangan comment di bawah.
4. Berikan 1 catatan dari blog anda yang anda rasa ia catatan terbaik pada bulan April 2011.
5. Ajak 5 blogger lain menyertai peraduan ini.
6. Bukan blog berunsur perniagaan atau kelucahan dan catatan di blog anda yang anda pilih mestilah tidak mempunyai unsur seks/kelucahan dan isu perkauman/politik dari segi ayat catatan atau pun gambar catatan tersebut.

Tarikh tutup : 30 April 2011

Sejarah Ringkas Empat Imam Mazhab

Bismillahirrahmaanirrahiim,

Sekadar catatan sejarah ringkas empat imam mazhab iaitu Imam Abu Hanifah , Imam Malik Bin Annas , Imam Muhammad Bin Idris Asy Syafie Al Quraisyi dan Imam Ahmad Bin Hambal.

PENGASAS MAZHAB HANAFI - IMAM ABU HANIFAH (80-150 H / 699-767 M)

Abu Hanifah An Nukman b. Tsabit b. Zufi'at At Tamimi adalah pengasas Mazhab Hanafi. Beliau dilahirkan di Kufah, pada masa pemerintahan Al Khalid b Abd Malik. Sejak dari kanak-kanak lagi beliau telah mengkaji dan menghafal Al Quran. Untuk mendalami lagi ilmu pengetahuannya tentang Al Quran, beliau telah berguru dengan Imam Abu A'sim iaitu seorang ulamak yang terkenal pada waktu itu. Beliau juga mempelajari ilmu Fiqh dari sahabat-sahabat Nabi s.a.w, seperti dari Anas b. Malik, Abdullah b. Aufa, Abu Tufail b. Amir dan ramai lagi. Dari sahabat-sahabat ini juga beliau mempelajari ilmu hadis. Beliau sangat tekun dalam mempelajari ilmu Fiqh dari seorang ulama yang terkenal pada waktu itu iaitu Humad b. Abu Sulaiman tidak kurang dari 18 tahun. 10 tahun selepas kematian gurunya (130 H) beliau berangkat ke Mekah pula. Di sana beliau berguru dengan salah saorang murid Abdullah b. Abbas r.a. Imam Abu Hanifah terkenal sebagai seorang yang sangat dalam ilmunya, ahli zuhud, tawaduk dan sangat teguh memegang ajaran agama. Beliau tidak tertarik kepada jawatan rasmi kerajaan dengan sebab beliau pernah menolak jawatan hakim yang ditawarkan oleh Khalifah Al Mansur. Diriwayatkan kerana penolakannya, beliau dipenjarakan hingga ke akhir hayatnya. Beliau wafat pada usia 70 tahun dan dimakamkan diperkuburan Khizra. Pada tahun 450 H / 1066 M didirikan sebuah sekolah agama yang dinamakan Jami' Abu Hanifah. Diantara kitab karangan beliau seperti Al Musu'un, Al Makha'rij dan Fiqh Akhbar.

PENGASAS MAZHAB MALIKI - IMAM MALIK B ANNAS (93-179 H / 172-258 M)

Imam Malik b Annas adalah pengasas Mazhab Maliki. Beliau dilahirkan di Madinah dan berasal dari Kabilah Yamaniah. Sejak kecil lagi beliau telah menghafal Al Quran dan ibunya sentiasa memberi dorongan agar beliau bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu. Beliau mula belajar dari seorang ulama yang terkenal waktu itu yang bernama Ribiah dan mendalami ilmu Hadis dari Ibnu Syihab disamping mempelajari ilmu Fiqh daripada para sahabat. Kerana ketekunan dan kecerdasan fikirannya, beliau terkemuka dalam bidang ilmu Hadis dan Fiqh. Beliau juga sangat berhati-hati dalam memberi fatwa. Beliau akan bermusyawarah terlebih dahulu dengan sekalian para para ulama sebelum mengeluarkan sesuatukan fatwa. Imam Malik memiliki daya ingatan yang sangat kuat. Pernah beliau mendengar 31 Hadis dari Ibnu Syihab tanpa menulisnya dan bila diminta mengulanginya semula tidak satu baris pun yang dilupainya. Beliau berkata : Ilmu itu adalah cahaya, ia mudah dicapai dengan hati yang takwa dan khusyuk. Beliau juga menasihati agar menjauhkan keraguan katanya. Sebaik-baik perkerjaan ialah yang jelas, jika salah satu dirinya meragukanmu maka kerjakanlah apa yg lebih yakin menurut perkiraanmu. Antara kitab karangan beliau yang termahsyur ialah Al Muwatha iaitu sebuah kitab Hadis dan Fiqh. Imam Malik wafat pada usia 86 tahun.

PENGASAS MAZHAB SYAFIE - IMAM MUHAMMAD B IDRIS ASY SYAFIE AL QURAISYI(150-240 H / 717-820 M)

Nama penuh beliau ialah Muhammad b. Idris Asy Syafie Al-Quraisyi pengasas Mazhab Syafie. Beliau dilahirkan di Ghazzah pada tahun 150 H bertepatan tahun wafatnya Imam Abu Hanifah. Meskipun beliau dilahirkan dalam keadaan yatim dan di besarkan dalam keluarga yang miskin, itu tidak menjadikan beliau merasa rendah diri apa lagi malas. Beliau begitu bersungguh-sungguh dalam mempelajari ilmu Hadis dari ulamak hadis yang terdapat di Mekah ketika itu. Pada usaha yang masih kecil lagi beliau telah menghafal Al-Qur'an. Pada usianya 20 tahun, beliau telah berguru dengan Imam Malik dalam ilmu Fiqh dan Hadis di Madinah. Seterusnya beliau pergi ke Iraq dan berguru dengan sahabat-sahabat Imam Abu Hanifah. Setelah wafat Imam Malik (179 H) beliau berangkat ke Yaman untuk mengajar ilmu di sana. Selepas itu Khalifah Harun Al Rashid pula mengundang beliau untuk datang ke Baghdad. Pada tahun 198H beliau pergi ke Negeri Mesir dan mengajar di Masjid Amru b. As. Kitab karangan beliau yang mahsyur ialah seperti Al-Um, Amali Kubra, Kitab Risalah dan Usul Figh. Adapun dalam menyusun Usul Fiqh Imam Syafie dikenali sebagai orang yang pertama mempelupuri penulisan dalam bidang tersebut. Akhirnya beliau wafat disana.

PENGASAS MAZHAB HAMBALI - IMAM AHMAD B. HAMBAL (164-241 H / 780-855 M)

Nama penuh beliau ialah Abu Abdullah Ahmad b. Muhammad b. Hambal b. Bilal Al Syaibani. Beliau dilahirkan di Baghdad dan dibesarkan dalam yatim oleh ibunya. Ayahnya meninggal semasa beliau masih bayi. Semenjak kecil beliau telah menunjukan sifat dan peribadi yang mulia. Sehingga menarik minat ramai terhadapnya, serta amat tekun dalam menuntut ilmu pengetahuan. Beliau memulai dengan belajar menghafal Al Quran, Bahasa Arab, Hadis, Sejarah Nabi serta para sahabat dan para tabi'in. Untuk memperdalamkan ilmunya, beliau pergi ke Basrah dan berguru dengan Imam As Syafie. Beliau juga pergi menuntut ilmu ke Mesir dan Yaman. Diantara guru beliau ialah Yusuf Al Hassan, Ibnu Human dan Ibnu Abbas. Beliau banyak mempelajari dan meriwayatkan hadis tetapi tidak mengambilnya, kecuali yang sudah jelas sahihnya. Kitab karangan beliau yang terkenal ialah `Musuad Ahmad Hambali '. Beliau mula mengajar ketika berusia 40 tahun. Pada masa pemerintahan Al Muktasim ( Khalifah Abbasiah ) beliau telah dipenjarakan kerana tidak bersependapat dengan fahamam yang mengatakan bahawa Al Quran itu adalah mahkluk. Beliau dibebaskan pada masa pemerintahan Khalifah Al Mutawakkil. Imam Ahmad wafat di Baghdad dalam usia 77 tahun.

Wallahua'lam.
 

Cara Ubah Warna Tulisan dan Latar Belakang Shoutmix

Bismillahirrahmaanirrahiim,

Catatan FARISZ@AZ.Com kali ini adalah tutorial bagaimana para blogger hendak mengubah warna tulisan dan latar belakang Shoutmix. Untuk pendaftaran ke Shoutmix, blogger boleh membaca di Cara Pasang Shoutmix Di Blogspot.

1. Daftar masuk ke Shoutmix



2. Klik "Style & Colour"

3. Di ruangan "Style & Colour" mempunyai 2 tetapan utama iaitu :


 i) "Template" atau "Latar Belakang".
ii) "Colour" atau "Warna".

4. Blogger boleh melakukan tetapan mengikut kehendak blogger dan untuk melihat blogger boleh klik "Preview".

5. Setelah selesai ketetapan mengikut kehendak blogger , untuk simpan blogger perlu klik "Save Setting".

6. Klik Profile Shoutmix blogger


7. Salin kode HTML Shoutmix dan gantikan kode HTML Shoutmix lama kepada kode HTML Shoutmix baru di "Reka Bentuk" di blog blogger. Selesai (^_^)

 

Untuk tutorial blogspot yang lain anda boleh ke Tutorial Blogspot FARISZ@AZ.Com

Wallahua'lam.

Cara menyorokkan Shoutbox di Blogspot.

Bismillahirrahmaanirrahiim,

Catatan FARISZ@AZ.Com kali ini adalah tutorial bagaimana para blogger hendak menyorokkan Shoutbox di blogspot. Catatan kali ini sebenarnya dibuat disebabkan atas pertanyaan blogger lain dan sebagai seorang blogger tidak salah berkongsikan tutorial untuk digunakan oleh blogger lain di dalam blog mereka.


Perkara utama yang perlu blogger ada adalah Kode HTML Shoutbox. Untuk mendapatkan kode tersebut blogger boleh berdaftar ke SBox atau Shoutmix dan untuk pendaftaran blogger boleh baca di Cara Pasang Shoutbox Di Blog.

1. Sila buka blog anda

2. Klik "Reka Bentuk" , diruangan "Elemen Laman" klik "Tambah Alat" dan pilih "HTML/JavaScript"

3. Terdapat 2 kode HTML , satu untuk diletakkan ke sebelah kanan dan satu lagi untuk di letakkan ke sebelah kiri. Pilih(salin) salah satu dan letakkan di "Alat HTML" (alat yang ditambah seperti No.2 tadi) :
Kode HTML Sorok Shoutbox Ke Sebelah Kanan

Kode HTML Sorok Shoutbox Ke Sebelah Kiri

4. Cari "KODE HTML SHOUTBOX DI SINI" di kode HTML No.3 dan gantikan dengan kode HTML Shoutbox anda.

5. Klik "Simpan".

6. Susun kotak alat tersebut ke bahagian bawah sekali dan klik "Simpan" di "Elemen Laman". Selesai. (^_^)

Pengubahsuai :
top:50px;  : Jarak Shoutbox dari dinding atas blog.
Blogger boleh mengurangkan angka untuk mendekatkat jarak ke dinding atas blog.
Blogger boleh menambahkan angka untuk menjauhkan jarak dari dinding atas blog.

Untuk tutorial blogspot yang lain anda boleh ke Tutorial Blogspot FARISZ@AZ.Com

Wallahua'lam.

Smartphone : Risiko "privasi" pengguna terdedah.


Bismillahirrahmaanirrahiim,


Perkara ini pernah saya terbaca di beberapa laman web,ia berkaitan risiko rahsia pengguna Smartphone terdedah. Namun pendedahan kali ini adalah berbentuk video,video ini saya jumpa apabila Ustaz Zaharuddin kongsikan video tersebut di page Zaharuddin.net


Untuk sumber rujukan bertulis pembaca boleh ziarah ke dua catatan di bawah.

Have an iPhone/iPad3G? Apple's been recording your location

 Google capturing same location data as Apple's iOS devices

 Wallahua'lam.

Hormati Banner Blogger Lain

Bismillahirrahmaanirrahiim,
Bila baca tajuk catatan kali ini saja mungkin bloggers faham maksud sebenar catatan kali ini.

Banner sesebuah blog adalah menciri sesebuah blog itu sendiri. Seni tulisan atau motto dalam banner amat penting dalam banner dan ia juga mencirikan blog bagi seseorang blogger itu. Malah banner merupakan jenama sesebuah blog itu,

Bukan mudah untuk memikirkan motto untuk diletakkan di banner malah bukan mudah juga untuk mencipta banner yang menjadi asas kekal di sesebuah blog.

Hormati Banner Blogger Lain

Setiap blogger perlu menghormati blogger lain , ia bukanlah kerana ingin menjaga hati blogger lain supaya kekal berjaya dalam dunia blogger tetapi ianya asas fitrah setiap manusia bahawa setiap manusia perlu menghormati manusia lain bak pepatah lama "Hormati orang lain seandai mahu dihormati".


JANGAN curi Banner Blogger Lain

Sebagai seorang blogger saya akan mempunyai masa diperuntukkan untuk sesi ziarah menziarah ke blogger lain,entah kali ke berapa saya terperasan salahlaku beberapa blogger menggunakan banner blogger lain untuk promosi blog mereka.Ianya sering berlaku di blog-blog yang menawarkan iklan free selama 5 jam, sistem iklan tersebut adalah meletakkan url banner dan url blog.Maka pencuri akan meletakkan url blognya dan url banner orang lain sebagai promosi blog.

Bukan kali pertama ianya berlaku.Sebelum ini saya pernah melihat ianya berlaku.Blogger lain menggunakan banner blogger lain untuk promosi blog mereka,namun kali ini banner FARISZ@AZ.Com pula di curi untuk promosi blog.

Pesanan dari saya , sila hentikan perbuatan mencuri banner blogger lain semasa promosi blog kerana banner blogger adalah jenama sesebuah blogger itu sendiri dan perbuatan mempromosi blog menggunakan banner blogger lain akan mencemarkan dan mengelirukan blogger lain. Kemungkinan besar jika banner blogger dicuri blogger lain akan menyebabkan pemilik banner bertindak dengan menyaman pencuri banner tersebur.

Sekadar soalan buat blogger,
Apa perasaan anda bila banner anda di curi?
Apa perasaan anda jika header anda di curi?

Wallahua'lam.

Cara Buka Banyak YM dan Banyak ID pada 1 Masa

Bismillahirrahmaanirrahiim,


Entry kali ini adalah tutorial bagaimana pengguna internet yang mempunyai YM atau Yahoo Messenger untuk membuka berbagai id atau alamat emailnya dalam masa sama.

1. Pastikan anda telah muat turun YM atau Yahoo Messenger dan telah install ke komputer anda.

2. Klik "Start Seach" dan taip "Regedit" di "Start Seach" dan klik "Enter"


3. Klik "Approve" atau "Continue" apabila sistem "Permission" ditunjukkan.

4. Sila ke folder "Registry Editor" yang keluar secara automatik.


5. Selepas itu :

    i) Klik "HKEY_CURRENT_USER"
   ii) Klik "Software"
  iii) Klik "Yahoo"
  iv) Klik "Pager"
   v) Klik "Test"


6. Di ruangan "Test" :


    i) Klik Tetikus di sebelah kanan untuk "New"
   ii) Klik "DWORD (32-bit) Value" (Untuk wujudkan sistem "DWORD" dalam folder "Test")

7. Ubah sistem DWORD yang baru ditambah tadi :


  i) Klik di "DWORD" yang baru diwujudkan tadi dan ubah nama kepada "Plural"
 ii) Klik di "DWORD" yang baru diwujudkan tadi dan ubah "Value Data" kepada "1"
iii) Klik di "DWORD" yang baru diwujudkan tadi dan ubah "Base"  kepada "Hexademical"
iv) Klik "OK"

8. Klik "X" atau "Close" atau "Exit" di folder "Registri Editor".

9. "Restart" komputer anda , Selesai.

Wallahua'lam.

Ada blogger BODOH "comment" di Blog?


Bismillahirrahmaanirrahiim,

Dalam dunia blogger kita akan berjumpa berbagai karenah blogger. Ada yang bijak berblog,terlebih bijak berblog dan bodoh dalam berblog dan bodoh sombong di dalam berblog.

Di dalam dunia blog juga pasti ada blogger yang menjadikan medium blogya sebagai medium pemasaran perniagaannya. Tidak salah berniaga secara online tetapi kemahiran menjual dan memastikan perniagaan tersebut halal dan tiada unsur gharar perlulah dititik beratkan kerana ia bersangkut paut dengan dosa dan pahala.

Baru-baru ini ada individu blogger yang boleh dikategorikan blogger bodoh kerana tidak menghormati privasi serta terma syarat berblog,tidak salah mempromosi blog atau perniagaan di blog blogger lain tetapi haruslah memastikan catatan blog tersebut tidak berkait dengan unsur haram dan perniagaan yang dipromosi tersebut tidak berunsur haram atau pun gharar.

Bagi blogger yang "WARAS" pasti ia tidak akan meluluskan comment yang akan mempromosi blogger yang mempunyai catatan blog yang akan menjadikan ia mempunyai "saham" ke NERAKA dan berniaga akan yang berunsur HARAM atau pun GHARAR.

Mengapa saya katakan blogger tersebut BODOH?
Maaf,Ia bukanlah suatu cacian kerana suatu kata-kata boleh menjadi cacian atau pun sekadar penyataan. Sifat mempersoal privasi blogger lain dengan sistem comment yang dilakukan dengan tetapan perlu kelulusan dan menutup "Tanpa Nama" dari melakukan comment adalah tindakan bodoh di dalam berblog. Ini kerana setiap blogger berhak melakukan tetapan diruangan "comment" bagi memastikan privasi blog terjaga di samping membantu admin blog mengetahui siapa yang melakukan "comment" di blognya dan kemungkinan admin blog akan membalas kungjungan ke blog tersebut.

Mengapa "comment" berunsur perniagaan tidak diluluskan?
Di dalam berblog pasti akan ada "comment" yang lari dari tajuk dan pengisian catatan blog. Malah kemungkinan juga akan ada blogger perniagaan menjadikan blogger lain sebagai medium pemasaran perniagaannya dengan meletakkan "comment" yang berunsur perniagaan di sesuatu blog. Adalah wajar blogger untuk tidak meluluskan "comment" berunsur perniagaan tersebut kerana belum diketahui taraf perniagaan tersebut halal atau tidak serta adakah ia mempunyai unsur gharar atau tidak malah jika blogger meluluskan "comment" yang berunsur perniagaan tersebut dan perniagaan tersebut HARAM atau pun mempunyai unsur GHARAR maka blogger dikira menyebarkan perniagaan tersebut dan bertanggungjawab atas tindakan tersebut.

Provokasi ke blogger lain untuk menaikkan jumlah pembaca?
Antara perlakuan sebilangan blogger sama ada blogger baru atau pun blogger lama dalam menaikkan jumlah pembaca adalah dengan melakukan provokasi terhadap blogger lain dengan harapan pembaca blog tersebut akan ke blog ia dan admin akan membuat catatan dan meletakkan "backlink" terhadap blog ia. Ia adalah tindakan kurang ajar di dalam berblog sebab ia menggangu privasi blog. Blogger yang berpelakuan tersebut tidak akan kekal dalam di dalam berblog jika blogger-blogger melakukan boikot terhadap blogger tersebut.

"Comment"  dan promosi catatan dengan hikmah
Tidak salah mempromosi catatan blog anda dan perniagaan anda tetapi perlu dipastikan catatan tersebut adalah perkara yang baik dan tidak salah mempromosi perniagaan anda tetapi pastikan perniagaan tersebut HALAL dan tidak mempunyai unsur GHARAR . Bina ikatan blogger untuk memastikan "comment" anda diluluskan oleh admin dan admin blog tidak akan terasa hati dengan "comment" yang mempunyai unsur promosi yang dilakukan oleh anda.

Sekadar munasabah bersama untuk tidak menjadi blogger seperti yang dinyatakan di atas dan buat blogger yang mempersoalkan sistem tetapan yang dibuat oleh saya, sila muhasabah diri dan buat blogger yang mempersoalkan kenapa saya tidak meluluskan comment ia yang mempunyai promosi catatan tidak berfaedah harap muhasabah diri. Buat blogger yang email kepada saya dengan mengatakan saya sombong harap berfikir,saya tidak sombong dan siapa saya untuk sombong?Seandai saya sombong,saya tidak akan membuat peraduan untuk mempromosi blogger yang menjadi follower blog saya.

Wallahua'lam.

Ringankan Beban Adik Muhamad Hairuman Bin Miskan

Bismillahirrahmaanirrahiim,

Ringankan beban adik Muhamad Hairuman Bin Miskan.
Masalah yang menimpa adik ini pernah saya lihat di beberapa media seperti di televisyen.
Sebagai warga prihatin kita wajar turut membantu pihak yang memerlukan dan bantuan semampunya perlu diberikan.Seandai setiap blogger menyebarkan perkara ini dan menghulurkan bantuan sekurangnya RM1,seandai 1000 orang menghulurkan sekurang-kurangnya RM1 maka RM1000 telah berjaya dihulurkan kepada adik tersebut.




Wallahua'lam.

Wacana : Universiti Ranking Hanya Beban Administratif?

Bismillahirrahmaanirrahiim,

Universiti Ranking Hanya Beban Administratif?

Tarikh : 21 April 2011
Masa : 8.00 Malam
Tempat : Dewan Masjid UIA , Petaling Jaya

Panel Pertama : Prof Dato' Dr Sidek Baba (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia)
Panel Ke Dua : Prof Madya Dr. Azmi Sharom (Universiti Malaya)
Panel Ke Tiga : Prof Dr Kamarudin Mohd Yusof (Universiti Kebangsaan Malaysia)

Moderator :  Sayed Munawar Sayed Mustar

Anjuran : Subhan Persatuan Ulama Malaysia 2011

Wallahua'lam.

Wacana SiswaRakyat : Tolak Politik Jijik (Video)

Bismillahirrahmaanirrahiim,
Sekadar perkongsian video Wacana SiswaRakyat : Tolak Politik Jijik 

Panel Pertama  : Prof Madya Dr Mohd Asri Zainal Abidin (Pensyarah USM , Bekas Mufti Perlis)
Panel Ke Dua  : Prof Madya Dr Asyraf Wajdi Dusuki (Naib President PERKASA)
Panel Ke Tiga  : Dr Zuhdi Marzuki (Pengarah Institut Kajian Polisi DPPP)

Moderator : Ahmad Syazwan (Mahasiswa,Mantan YDP PMIUM,President GAMIS)



Wacana SiswaRakyat : Tolak Politik Jijik (Video Siri 1)

Wacana SiswaRakyat : Tolak Politik Jijik (Video Siri 2)

Wacana SiswaRakyat : Tolak Politik Jijik (Video Siri 3)

Wacana SiswaRakyat : Tolak Politik Jijik (Video Siri 4)

Wacana SiswaRakyat : Tolak Politik Jijik (Video Siri 5)

Wacana SiswaRakyat : Tolak Politik Jijik (Video Siri 6)


~Renung-renungkan dan selamat beramal~

Wallahua'lam.

Masalah Sosial Di Tempat Follower FARISZ@AZ.Com

Bismillahirrahmaanirrahiim,

Baru-baru ini FARISZ@AZ.Com ada melakukan contes (di sini). Ia sekadar contest untuk mempromosi followers FARISZ@AZ.Com.

Jom ziarah dan follow



Terima kasih sebab sertai,maaf sebab contest kali ini FARISZ@AZ.Com kurang promosi dan inform pada lain blogger disebabkan kesibukan urusan harian.

Wallahua'lam.

Cara baiki masalah "Error" pada "Older Post".

Bismillahirrahmaanirrahiim,

Entry FARISZ@AZ.Com kali ini adalah tutorial bagaimana para blogger hendak membaiki masalah "Error" pada bahagian "Older Post" di blog. Pada awal saya berblog secara serius iaitu pada Oktober 2010 blog FARISZ@AZ.Com pernah mengalami masalah "Error" pada bahagian "Older Post". Masalah tersebut berlaku mungkin kerana saya terlalu banyak mengubah kode di ruangan HTML dan penambahan alat blog menggunakan ruangan HTML.

Cara membaiki masalah "Error" pada bahagian "Older Post" :

1. Sila ke "Perumah" atau "Home"

2. Klik "Reka Bentuk"

3. Klik "Edit HTML"

4. Klik "Muat Turun Templat Penuh" (Muatturun / downloud templat yang sedang digunakan)

5. Klik "Kembangkan Template Widget"

6. Cari kode :

7. Padam kode dibawah tag pada No.6 iaitu kode di dalam petak merah berwarna merah.
(Klik Sini Untuk Gambar Lebih Jelas)

8. Gantikan kode yang dipadam pada No.7 dengan kode :


Atau


9. Klik "Pratonton" atau "Preview" dan jika tiada masalah klik "Simpan Templat" atau "Save". Selesai.

~Selamat mencuba (^_^)~

Wallahua'lam.

Lafaz syahadah hanya kerana Iklan Bas

NONEBeberapa waktu lalu, artikel Gain Peace, Berdakwah Lewat Bas Kota mengeluarkan laporan tentang kegiatan kempen tentang Islam dengan cara memasang iklan di badan bas, yang dilakukan organisasi GainPeace di Chicago. Kegiatan yang dilakukan organisasi ini ternyata membuahkan hasil, bukan hanya mampu membetulkan pandangan masyarakat Barat yang salah tentang Islam tapi setelah melihat iklan di badan bas tersebut, ada 17 warga Chicago yang menyatakan diri masuk Islam.

Salah seorangnya adalah Leslie C. Toole, seorang guru di Chicago yang sudah sepuluh tahun berkeinginan memeluk Islam. Tekadnya menjadi seorang Muslim akhirnya terlaksana setelah ia melihat iklan GainPeace di badan bas.

“Saya tidak pernah sungguh-sungguh. Tapi ketika saya melihat iklan itu, saya sadar bahwa itulah akhir dari pertanda dimana saya harus melengkapi niat saya,” kata Toole.

Toole mengaku pertama kali mengenal Islam secara tak sengaja. Sepuluh tahun lalu, seorang laki-laki memberinya selebaran dan mengatakan ia akan mendapatkan pencerahan dari risalah itu. “Saya pun membacanya, berulang kali dan memastikan saya memahami apa yang sedang saya baca,” Toole mengisahkan.

“Bagaimana menjadi seorang Muslim, itulah yang menjadi pertanyaan utama saya,” sambung Toole sampai akhirnya, ia melihat iklan tentang Islam di bas-bas Chicago Transit Authority (CTA) bertuliskan “Got Questions? Get Answers” dan langsung menghubungi nombor telefon yang ada di bas tersebut.

Setelah mendapatkan penjelasan dan berdiskusi dengan pihak GainPeace, Toole mengucap syahadat pada Isnin, 29 September 2008. Kisah Toole masuk Islam hampir serupa kisah 16 Muslim Chicago lainnya yang memilih masuk Islam setelah melihat iklan GainPeace di bas-bas CTA.

Menurut Toole, iklan layanan masyarakat GainPeace yang dipasang di bas-bas merupakan idea hebat untuk menarik perhatian masyarakat. Setelah masuk Islam, Toole yang memilih nama Ilyas sebagai nama Islamnya juga mendapatkan bimbingan seorang mentor dari GainPeace.

“Saya sangat berterimakasih dengan mentor saya yang sudah sangat membantu. Beliau memberikan saya banyak buku agar saya dapat banyak belajar tentang Islam,” kata Toole.

GainPeace juga memberikan layanan belajar Islam online setiap seminggu sekali untuk para mualaf, dimana mereka bisa belajar apa saja mulai dari cara solat, cara hidup seorang Muslim bahkan bahasa Arab.

Toole atau Ilyas mengatakan, semakin banyak ia tahu tentang Islam, ia semakin percaya diri bahwa ia sudah membuat keputusan yang benar. “Agama ini betul-betul sempurna bagi saya. Sulit untuk menjelaskannya ketika anda mengetahui sebuah kebenaran. Anda akan merasakan perasaan yang begitu mendalam di hati sanubari anda bahwa anda telah menemukan rumah yang benar,” papar Toole.

Seperti diberitakan sebelumnya, GainPeace menggelar kempen dengan memasang iklan layanan tanya jawab tentang Islam di bas-bas CTA pada tanggal 19 September sampai 20 Oktober lepas. Dan iklan itu diperpanjang sampai 23 November mendatang kerana mendapatkan respon positif dari masyarakat Chicago .

Organisasi itu mengeluarkan dana sebesar US$30.900 dollar sebagai biaya pemasangan iklan 25 bas CTA yang melayani jalantaya di seluruh Chicago . Setelah iklan itu tampil, GainPeace menerima ribuan telefon dan lamanwebnya dikunjungi lebih dari 300.000 orang. GainPeace juga memberikan al-Quran dengan terjemahan berbahasa Inggreis, majalah The Message on Prophet Muhammad serta risalah dan buku-buku Islam bagi mereka yang ingin tahu lebih jauh tentang Islam.

Pengarah GainPeace, Sabeel Muhammad mengatakan pesanan dari iklan itu adalah untuk menimbulkan minat masyarakat terhadap berbagai informasi tentang Islam, sehingga bolehbmeluruskan penafsiran-penafsiran yang salah tentang Islam.

Selain GainPeace, kempen serupa juga dilakukan ICNA, organisasi Muslim yang berpusat di New York dan memiliki 22 cabang di seluruh AS. Namun ICNA baru melakukan kempen itu di Seattle dan New York . Di New York, ICNA menampilkan lebih dari 1,000 iklan layanan tanya jawab tentang Islam di stesyen-stesyen kereta bawah tanah.

Bagaimana pula dinegara Malaysia yang tercinta? Ramai yang lari dari Islam hanya kerana melihat sifat dan sikap orang Islam itu sendiri. ” Islam terhijab dengan muslim itu sendiri “.. moga kita tidak tergolong dalam golongan yang memberi fitnah kepada agama ini..



Sumber : Kasturi89

Penulis : Ahmad Syazwan
Blog : Kasturi89

Peraduan : Masalah Sosial Di Tempat Saya


Bismillahirrahmaanirrahiim,

Kali ini FARISZ@AZ.Com buat peraduan "Masalah Sosial Di Tempat Saya".

FARISZ@AZ.Com segaja buat peraduan ni sebab nak tahu permasalahan sosial yang sedang berlaku kawasan-kawasan di Malaysia. Yelah kalau baca surat khabar online tidak semestinya ada , kira blogger yang sertai peraduan ni macam wartawan lah ye (^_^)

Macam biasa lah , setiap blog bagi blogger yang sertai peraduan ini akan dipromosi oleh FARISZ@AZ.Com. Catatan blogger yang sertai akan dimuatkan di dalam "Masalah Sosial Di Tempat Follower FARISZ@AZ.Com" dan "Masalah Sosial Di Tempat Follower FARISZ@AZ.Com" akan dipamerkan pada fab page 

Peraduan kali ni bukanlah untuk memberi hadiah tetapi sekadar salah satu cara saling membantu antara blogger untuk menaikkan jumlah pembaca dan jumlah follower blog yang menyertai peraduan ini.

Syarat :-

1. Hanya dibuka untuk "follower" FARISZ@AZ.Com

2. Letakkan link blog FARISZ@AZ.Com di "blog list" di blog anda.

3. Buat satu entry "Peraduan : Masalah Sosial Di Tempat Saya dari FARISZ@AZ.Com" dan berikan link "entry" tersebut melalui ruangan comment di bawah.

4. Entry tersebut mesti beritahu masalah sosial yang sedang berlaku ditempat berhampiran dan pandangan blogger ke atas masalah sosial tersebut.

5. Tidak perlu tag mana-mana blogger tetapi cuma perlu klik "share" pada catatan ini.(share pada facebook atau twitter)

6. Bukan blog perniagaan dan catatan di blog anda yang anda pilih mestilah tidak mempunyai unsur seks/kelucahan dan isu perkauman/politik dari segi ayat catatan atau pun gambar catatan tersebut.

Tarikh tutup : 17 April 2011

Semua Bersongkok atau Berkopiah Tapi Jahat?


Bismillahirrahmaanirrahiim,

"Semua yang bersongkok atau berkopiah atau berserban jahat , memakai pakai tersebut hanya untuk menutup kejahatan mereka"

Perkataan yang pernah saya yang sering saya dengar diungkapkan oleh sebilangan golongan. Bolehkah kita terus percaya tanpa selidiki kata-kata tersebut? Penyataan tanpa hujah adalah hanya kata-kata kefasikan!

Mungkin ada yang berkata "Aku cakap sebab pengalaman dari kecil".
Jika atok,abah atau sedara kamu bersongkok atau berkopiah atau berserban tetapi jahat maka layakkah kamu menghukum SEMUA yang bersongkok atau berkopiah atau berserban adalah jahat?

Cermin diri kamu tu,adakah ada ciri fasik atau munafik dalam diri kamu?

Abdulllah Bin Ubai juga berserban, adakah kamu juga mahu menghukum seluruh para sahabat Rasulullah S.A.W adalah jahat?

Bila saja ada seseorang menceritakan suatu perkhabaran , maka menjadi kewajipan sebagai seorang muslim dan mukmin untuk menyelidiki perkara tersebut malah jika perkhabaran tersebut diberitahu oleh golongan fasik atau munafik juga turut perlu diselidiki untuk mengelakkan tipu daya golongan fasik dan munafik.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ (٦)

6. Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan. (Al Hujuraat : Ayat 6)


Apabila terdapat wanita yang bertudung tetapi menjadi pelacur,adakah kita perlu menyalahkan semua wanita bertudung? Adakah kita perlu menyalahkan tudung tersebut? Adakah apabila seorang wanita membuat kesalahan maka ia perlu membuka tudungnya? JANGAN salahkan pemakaian selagi pemakaian tersebut tidak bercanggah dengan syara' tetapi salahkan si pemakai tersebut atau pun diri individu tersebut.JANGAN tambah kesalahan dengan melakukan kesalahan selepas melakukan kesalahan. (sekadar perbandingan)

Kopiah dan serban adalah suatu pakaian yang bersangkut dengan sunnah,kebanyakkan yang memakainya  secara istiqomah adalah golongan Ulama' , Agamawan , pelajar agama dan juga individu yang mendekatikan diri pada Islam.Adakah apabila seorang lelaki yang berkopiah membuat kesalahan maka ia perlu membuka kopiahnya? Apa yang perlu diperbaiki bukanlah dengan menanggal kopiah atau melabelkan "Si mamat kopiah tu jahat" tetapi yang perlu dilakukan adalah perbaiki akhlak.Jika pakaian sudah sempurna maka perlu perbaiki akhlak pula dan bukannya mengkritik pakaian tersebut.

Memang terdapat individu atau golongan yang bersongkok atau berkopiah atau berserban tetapi rosak akhlaknya tetapi yang perlu dipersalahkan individu dan golongan tersebut atau pakaian tersebut yang perlu dipersalahkan? Jika terdapat individu atau golongan yang bersalah , layakkah kamu menghukum SEMUA yang bersongkok atau berkopiah atau berseban adalah jahat? Jika diperkatakan individu atau golongan tersebut adalah golongan yang beragama maka selidiki firkah individu atau golongan tersebut kerana di akhir zaman akan terdapat 73 firkah dan kamu tiada hak untuk menghukum.

Hatta jika kamu membenci golongan yang bersongkok atau berkopiah atau berserban  kerana kesilapan SEBILANGAN yang bersongkon atau berkopiah atau berseban maka kamu juga tidak berhak menghukum keseluruhannya jahat :-

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ وَلا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَى أَلا تَعْدِلُوا اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ (٨)

8. Wahai orang-orang Yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang Yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. dan bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui Dengan mendalam akan apa Yang kamu lakukan. (Al Maaidah : Ayat 8)


Akhirnya, cermin diri dan hiasi diri untuk mengelakkan diri jatuh ke kelembah kefasikan (jika sudah tahu diri tu fasik maka perbaiki diri dan bukannya menghukum dengan "pukul sama rata")

Sekadar menjawab ulasan pihak yang comment tanpa fakta.

Wallahua'lam.


Comment sebelum baca?

Bismillahirrahmaanirrahiim,

Di dalam dunia blogger pasti akan berjumpa berbagai golongan blogger. Ada blogger yang berblog kerana benar-benar minat menulis dan berkongsi berbagai cerita. Di dalam berblog bukanlah sekadar memerlukan kemahiran menulis semata-mata tetapi juga memerlukan kemahiran membaca untuk memastikan blogger memahami bahan bacaan tersebut.

Namun kini sudah menjadi budaya sebilangan blogger lebih gemar membaca tajuk dan sebahagian catatan dan terus memberi ulasan tanpa membaca secara penuh dan menyelidiki catatan tersebut. Perkara ini sering berlaku pada blogger yang baru berjinak-jinak di alam blogger dan dalam proses kematangan berblog. Namun perkara ini juga adakalanya dilakukan oleh blogger yang sudah lama berblog,mungkin kerana terlalu ghairah memberi ulasan untuk mengejar traffik blog sehingga tersasar dalam memberikan ulasan. Malah adakalanya permasalahan ini bukanlah kerana proses kematangan berblog tetapi kerana sememangnya sifat individu itu sendiri,sikap membaca tanpa memahami dan tanpa menyelidiki serta terus memberikan ulasan atas catatan tersebut.

Perlakuan tersebut sering berlaku dalam blog yang mencatatkan isu semasa atau pun gosip. Di dalam catatan isu semasa itu terbahagian ke 3 bahagian :

1. Isu yang tidak berkaitan dengan pihak lain. (Contoh : tidak menutup aurat)
2. Isu yang berkaitan dengan sesuatu pihak secara khusus. (Contoh : video zina)
3. Isu yang berkaitan dengan umum. (Contoh : Pecah amanah yang dilakukan oleh pemimpin)

Kegagalan individu memahami dan menghadapi 3 pembahagian isu tersebut menyebabkan individu gagal bertindak secara matang terhadap isu yang dihadapinya.

Di dalam menghadapi 3 pembahagian isu tersebut,setiap individu perlu menyelidiki kesahihan isu tersebut dan bukannya sekadar "DENGAR DAN TELAN" kerana setiap perkhabaran perlu diselidiki terlebih dahulu seperti yang telah di nyatakan pada surah Al Hujuraat ayat 6.

Kegagalan blogger dalam menyelidiki kesahihan cerita dan kegagalan memahami dan menghadapi 3 pembahagian isu serta disebabkan kemalasan blogger yang membaca dan memahami catatan untuk memberikan ulasan akan menyebabkan blogger tersebut terperangkap ke kancah FITNAH.

Adalah wajar mempersoalkan sesuatu perkhabaran seperti mempersoalkan kesahihan kes bunuh dengan mempersoalkan kesahihan pertuduhan membunuh kerana ia tidak menjadi fitnah tetapi ia adalah pencarian di dalam kesahihan sesuatu perkhabaran tetapi adalah tidak wajar apabila terus melakukan tindakan dengan menuduh sedangkan belum mengetahui kesahihan kisah tersebut.

Teringat saya pada kisah rogol yang pernah di pamerkan di dada-dada akhbar tempatan pada tahun lalai.Kisah tersebut menyatakan remaja berumur 22 tahun merogol remaja berumur 15 tahun.Ramai yang bersuara lantang menghina pemuda berumur 22 tahun tersebut kerana merogol,namun setelah saya selidiki rupanya ianya bukanlah kes rogol tetapi kes zina,ia di sabitkan rogol kerana persetubuhan dengan remaja bawah umur.Pasangan tersebut ditangkap ketika berkhalwat disebuah hotel murah namun pendakwaan menyatakan gadis tersebut dirogol kerana masih bawah umur.

Maka renungilah diri dan muhasabah diri,adakah surat khabar mampu menjadi info yang tepat tanpa pengubahan fakta?

Wajarkah memberikan ulasan sebelum membaca dan memahami catatan blogger lain.

Wallahua'lam.

Wacana SiswaRakyat : Tolak Politik Jijik

Bismillahirrahmaanirrahiim,


Wacana SiswaRakyat : Tolak Politik Jijik

Tarikh  : 14 April 2011 (Khamis)
Masa   : 7 Malam
Tempat : Dewan MBPJ , Petaling Jaya

Panel Pertama  : Prof Madya Dr Mohd Asri Zainal Abidin (Pensyarah USM , Bekas Mufti Perlis)
Panel Ke Dua  : Prof Madya Dr Asyraf Wajdi Dusuki (Naib President PERKASA)
Panel Ke Tiga  : Dr Zuhdi Marzuki (Pengarah Institut Kajian Polisi DPPP)

Moderator : Ahmad Syazwan (Mahasiswa,Mantan YDP PMIUM,President GAMIS)


Wallahua'lam.

Antara di sebalik kematian adik Saiful Syazani

Kematian adik Saiful Syazani Saiful Sopfidee telah menggemparkan Negara. Pembawaan carita oleh media telah mengejutkan semua pihak termasuk saya yang menjadi mangsa kepada penceritaan media berkenaan isu tersebut. Peristiwa berlaku apabila seorang guru agama sebuah sekolah dikatakan telah mendera seorang pelajar berusia 7 tahun hingga menyebabkan kematian pelajar tersebut.

Boleh kita baca bagaimana ‘jahat’nya guru tersebut dengan pendedahan media seperti,

“Selepas memukul kepala, suspek dikatakan `naik hantu’ dan menggoncang badan mangsa serta menolaknya dengan kuat ke dinding yang dipercayai punca utama murid itu mengalami pendarahan dalam kepala dan komplikasi jantung” – harian metro- (boleh baca lanjut dengan tajuk, cikgu ambil nyawa )

“Saiful Syazani meninggal dunia selepas tiga hari dilaporkan koma, akibat dibelasah guru yang juga seorang warden di sekolah agama persendirian selepas disyaki mencuri RM7 di asrama sekolah. Dalam kejadian Khamis lalu itu, mangsa diikat kedua-dua tangan pada tingkap dan dibelasah bertalu-talu sebelum dihempas ke dinding hingga menyebabkannya mengalami pendarahan organ dalaman” – JPM Malaysia -

Setelah kita mengikuti kes tersebut melalui media yagn membuat liputan, maka kita telah menghukum dengan rasminya bahawa sungguh jijik dan jahat perbuatan guru tersebut.

Namun disana, saya masih curiga akan kisah yang berlaku. Dengan izin dan kesempatan yang diberikan Allah, telah menggerakkan hati saya dan pimpinan GAMIS ( Akram dan Nazry ) melawat tempat kejadian dan rumah arwah di Jejawi, Perlis. Kami kesana atas kerja rasmi GAMIS dan berkesempatan menziarahi rumah arwah.

CERITA SEBENAR

Setibanya kami di sekolah berkenaan, ustaz waqar ( sahabat baik kepada guru agama yang dituduh ‘membunuh’)menyambut kami dengan mesra dan penuh ukhwah. Kami terus dibawa kerumah ayah angkat arwah terletak lebih kurang 6km dari sekolah berkenaan. Sepanjang perjalanan, ustaz waqar telah mencerikan kisah sebanar kejadian.

NONE“ adik saiful(arwah) merupakan seorang yang mesra dengan orang. Dia agak aktif disekolah dan pernah menjadi Johan pertandingan azan PASTI peringkat negeri Perlis(gambar hadiah yang dimenangi). Setelah masuk ke darjah 1, dia tinggal diasrama. Namun timbul beberapa kes disiplin sepanjang adik ni tinggal diasrama hinggalah pada kemuncaknya dia didapati mencuri wang rakannya berjumlah RM7. Maka dia telah dipanggil oleh ustaz (yang dituduh) yang merupakan warden asrama ke bilik warden. Ustaz telah bertanya kepada adik saiful tentang kecurian wang rakannya, dan dia mengaku berbuat demikian. Semasa pertanyaan diajukan, ustaz berkenaan telah mengikat kedua-dua tangan adik saiful dibahagian hadapan, bukan belakang.  Namun sepanjang berada dibilik warden tersebut, TIDAK ADA penderaan fizikal yang berlaku sebagimana yang dilaporkan. Sebaliknya ikatan tangan tersebut dibuka setelah ustaz berkenaan ingin keluar dan mengurung adik saiful dalam bilik berkenaan. Setelah 2 jam ditinggalkan, seorang lagi warden, ustaz y telah membuka bilik berkenaan dan mendapati adik saiful terbaring diatas toto sambil menggigil. Mulanya ustaz y mengesyaki adik saiful terkena sawan dan kacing gigi, namun beliau sendiri tidak pasti akan penyakit yang menyerang. Lantas ustaz Y terus membawa adik saiful ke hospital Kangar, namun pihak hospital tidak dapat menerima pesakit kerana banjir melanda Bandar Kangar pada masa itu. Seterusnya adik saiful dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star dan terus dimasukkan ke wad ICU.

Pada malam kejadian itu juga ustaz h telah menemui ayah angkat adik saiful dan memohon maaf atas kesilapan dia mengurung arwah selama 2 jam. Sebelum ustaz h pergi kehospotal, dia terkejut dengan berita bahawa adik saiful dimasukkan ke icu, lantas dia terus menunaikan solat hajat”.

Selang 3 hari dari hari kejadiaan, adik Saiful dipanggil oleh Allah untuk mengadapnya pada jam 8pagi hari ahad.”

Begitulah cerita sebenar kejadian kematian adik saiful yang telah diceritakan oleh rakan baik ustaz h. Kami terus pening kerana banyak percanggahan maklumat yang dibaca melalui media sebelum daripada itu. Kami terus sampai kerumah Abang Zamri(ayah angkat adik saiful). Ketibaan kami disambut mesra oleh abang zamri yang kelihatan pasrah dan redha akan ketentuanNya. Adik saiful tinggal bersama keluarga Abang Zamri sejak umur 2 tahun setengah, setelah bapa adik saiful tidak mahu membelanya setelah kematian ibu adik saiful. “ dia seorang yang berani dan tak takut apa yang orang kata. Dia memang keras dan keberanian dia tak padan dengan umur dia” cerita abang zamri.

Setelah setengah jam berbual dengan abang zamri, kami pun memohon izin untuk pulang. GAMIS sempat menyampaikan sedikit bantuan kepada abang zamri atas musibah yang menimpa. Kami doakan agar abang zamri dan keluarga tabah dan sabar menempuh ujian yang mendatang. ( gambar Abang Zamri, senyum tanda terima kasih )

Semasa perjalan pulang, ustaz waqar sempat menyambung ceritanya tadi. Beliau turut mengaitkan kes ini telah menjadi suatu isu politik kepartian kerana sekolah berkenaan adalah dibawah parti PAS. Maka sebab itu, pelbagai cerita pelik yang timbul. Saya rasakan apa yang diceritakan oleh ustaz w adalah benar setelah melihat laporanforensik yang diberitakan bahawa punca kematian adik saiful adalah kerana kekurangan oksigen dan pendarahan dalam otak. Maka pelbagai kemungkinan boleh berlaku, namun nyata sekali tidak ada kesan LEBAM akibat pukulan yang berlaku sebagimana yang dilaporkan oleh media. Lihat laporan ini, meniggal akibat kekurangan oksigen.

Kami juga dibawa melihat bilik warden yang dikatakan tempat adik saiful dikurung oleh warden berkenaan. Bilik tersebut bukan hanya pejabat, bahkan tempat tidur ustaz berkenaan. Banyak lagi persoalan yang timbul disebalik kejadian berkenaan, namun Allah sahaja yang mengetahui kebenarannya. (gambar sekolah Al-furqan, tempat kejadian )

Apa yang sangat menyedihkan ialah apabila masyarakat telah ‘menghukum mati’ peribadi ustaz berkenaan yang hanya dituduh dan ditohmah oleh media yang sanga berat sebelah. Yang lebih teruk lagi bila politikus menjadikan isu ini sebagai senjata politik hingga mendesak sekolah agama berkenaan ditutup.

GAMIS bukan membela tindakan ustaz bekenaan, namun apa yang kami harapkan ialah keadilan mesti diberikan kepada mereka yang terlibat. Media jangan cepat mnghukum hingga masyarakat pada hari ini memberi tanggapan yang sangat negatif kepada sekolah agama rakyat. GAMIS juga mendesak agar jangan libatkan politik yang melampau dalam kes ini hinggalah mahkamah yang menentukan siapa yang bersalah dalam kes berkenaan. Kita doakan agar keadialan diberikan kepada mereka yang berhak, dan pembalasan yang sepatutunya kepada yang zalim.

http://kasturi89.files.wordpress.com/2011/04/09042011189.jpg
rombongan GAMIS kerumah arwah adik saiful, bergambar bersama abang zamri

Sumber : Kasturi89

Penulis : Ahmad Syazwan
Blog : Kasturi89


Helikopter Rombongan TPM terhempas?


Bismillahirrahmaanirrahiim,

NONE
Sebuah helikopter terhempas dari ketinggian 10 kaki ketika hendak berlepas dari Dataran Sibu.

Kejadian itu berlaku selepas helikopter tersebut menurunkan anggota rombongan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sebelum kejadian tersebut, tiga helikopter membawa rombongan timbalan perdana menteri balik dari Bintangor ke Sibu

NONEBagaimanapun, Tan Sri Muhyiddn tidak menaiki helikopter yang terhempas itu.

Menurut OCPD Sibu, ASP Shafie Ismail, kejadian itu berlaku pada jam 1.50 tengahari selepas helikopter itu menurunkan semua penumpangnya di Sibu Townsquare.

"Helikopter tersebut hendak berlepas balik ke lapangan terbang untuk disimpan, (tetapi) kemudian jatuh ketika cuba terbang. Ia berada pada ketinggian kira-kira 10 kaki," katanya.

Berikutan itu, juruterbangnya, Kapten Sahimi Razali, 38, mengalami kecederaan dan dihantar ke hospital.

Dua daripadanya adalahmilik Hornbill Skyways, dan helikopter yang terhempas itu adalah dari Sabah Air.

Kejadian itu dipercayai berlaku akibat hujan lebat di Sibu.

Sumber : MalaysiaKini

Pandangan FARISZ@AZ.Com :

Persoalan utama yang difikirkan saya bukanlah "Adakah rombongan TPM cedera?" kerana jelas helikopter tersebut terhempas selepas berjaya mendarat dan menurunkan rombongan TPM, tetapi menjadi persoalan utama adalah atas kapasiti apakah rombongan TPM ke Sibu menaiki helikopter hak milik kerajaan dan RAKYAT MALAYSIA? Adakah rombongan tersebut hadir ke Sibu menggunakan helikopter tersebut atas kapasiti kerajaan untuk menguruskan hak rakyat atau hadir ke Sibu atas kapasiti Umno untuk pilihanraya di Serawak?

Selaku rakyat Malaysia maka menjadi hak setiap hak rakyat Malaysia mempersoalkan kapasiti mana-mana pemimpin yang menggunakan harta hak milik kerajaan dan hak milik RAKYAT MALAYSIA.

Wallahua'lam.

Layakkah Aku Menjadi Da'ie ?

Layakkah Aku menjadi da'ie?
Jika diri sendiri belum di islahi
Bercakap bukan main tinggi
Nak laksanakan,masyaallah, susah sekali.

Layakkah aku menjadi da'ie?
Qiamullail setahun sekali
Baca quran pun semuka je sehari
Ada hati nak jadi kekasih Ilahi

Layakkah aku menjadi da'ie?
Sedangkan masalah hati penuh dalam diri
Muamalat pun sesuka hati
Panggilan abang sayang dah jadi lali

Layakkah aku menjadi da'ie ?
Akhlak pun macam tahi
Gelak tak tengok kanan kiri
Orang sekeliling jenuh dok perhati

Ya Allah Ya Rabbi
Pimpilah diriku ini
Yang sentiasa di uji
Dari kanan dan kiri

Aku sedar segala kelemahan diri
Semoga dengan sentuhan kasihMU
Memberikan kekuatan untukku mengubah diri
Menjadi mukmin sejati
Yang mampu berjuang sepanjang hari
Demi mencari syurgamu Ilahi

Sumber :  Layakkah Aku Menjadi Da'ie ?

Penulis : Nur Shahidat
Blog : MindaSyaheed

Cara pasang Suapan RSS di Blogspot


Bismillahirrahmaanirrahiim,

Entry FARISZ@AZ.Com kali ini adalah tutorial bagaimana para blogger hendak memasang widgest Suapan RSS di blog.Suapan RSS adalah widgets yang menunjukkan 5 catatan terbaru sesebuah blog. Blogger boleh meletakkan Suapan RSS yang menyatakan 5 catatan terbaru sesebuah blog sama ada blog blogger sendiri atau 5 catatan terbaru blog yang lain.

 1. Masuk ke Perumah Blogspot 

2. Klik "Reka Bentuk"

 3. Klik "Tambah Alat"

 4. Pilih alat "Suapan" atau "Suapan RSS"

 5. Letakkan link RSS di dalam alat tersebut, contoh link RSS adalah http://www.fariszaz.com/feeds/posts/default

 6. Lakukan tetapan jumlah catatan terbaru yang hendak ditunjukkan dan tetapan untuk meletakkan Tarikh item , Sumber / pengarang item dan .

 7. Klik "Simpan" di alat Suapan RSS.

 8. Susun alat tersebut di mana hendak diletakkan.

 9. Klik "Simpan" di "Reka Bentuk"

10. Selesai.

Dapatkan lain-lain tutorial di Tutorial Blog FARISZ@AZ.Com

Wallahua'lam.

Poco-Poco : Pendapat Ustaz Asri Zainal Abidin dan Ustaz Harussani Tidak Saling Bercanggah


Bismillahirrahmaanirrahiim,

Baru-baru telah timbul isu tarian poco-poco di mana Ustaz Harussani telah menyatakan ia haram dan Ustaz Asri Zainal Abidin pula telah menyatakan ia harus.Namun bagaimanapun saya ingin mengemukan hujah bagi kedua-dua pihak tersebut terlebih dahulu untuk para pembaca membaca dan memahami padangan ke dua-dua pihak tersebut.

Pendapat dari Ustaz Asri :

S.S Mufti Perak, Ybg Tan Sri Harussani telah mengharamkan tarian poco-poco atas asas ia berasal dari agama lain yang berunsur pemujaan ruh dan bercirikan agama Kristian. Pihak beliau mungkin ada alasan yang tersendiri. Namun, dengan menghormati hak Negeri Perak, S.S Mufti Perak dan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak, izinkan saya ingin memberikan pandangan mengenai hal ini. Ini kerana bimbang prinsip asas Islam disalahfahami oleh sesetengah pihak yang lain. Berikut perkara yang perlu difahami oleh kita;

i. Pada asasnya, semua urusan harian (daily life) dalam kehidupan manusia yang membabitkan persoalan keperluan atau kepentingan hidup insan adalah harus dilakukan KECUALI jika terdapat dalil yang jelas mengharamkan hal tersebut. Maka, segala bentuk senaman, tarian, makanan, perhiasan dan seumpamanya adalah harus atau dibolehkan melainkan ada bukti yang jelas dari nas syarak ia diharamkan, atau dimakruhkan.

Justeru itu, Nabi s.a.w tidak mengharamkan banyak budaya Arab yang memberikan faedah kepada insan secara langsung atau tidak langsung, antaranya; nyanyian dan gendang semasa perkahwinan. Dalam hadis al-Bukhari:
Seorang wanita berkahwin dengan lelaki Ansar, maka Nabi bersabda: “Wahai ‘Aisyah! Mengapakah tiada bersama kamu hiburan? Orang Ansar sukakan hiburan”. Hadis menunjukkan Nabi s.a.w mengizinkan hiburan yang menjadi amalan dalam sesuatu masyarakat.

najib-poco2.jpg
- Gambar Hiasan

ii. Cumanya, jika ada unsur yang tidak baik, baginda Nabi s.a.w menegur atau menapisnya. Sebab itu apabila baginda Nabi s.a.w mendengar wanita menyanyi dengan lirik
“Di sisi kami ada nabi yang mengetahui apa yang akan berlaku pada hari esok”. Baginda bersabda: “Jangan engkau kata begitu, katalah apa yang engkau katakan sebelum itu” (Riwayat al-Bukhari).
Ungkapan dalam lirik tersebut yang menyatakan bahawa Nabi s.a.w mengetahui apa yang akan berlaku esok adalah salah. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Maka, Nabi s.a.w membetulkan lirik itu, tetapi tidaklah pula mengharamkan nyanyian atau lirik lain yang tidak bercanggah dengan akidah atau hakikat yang sebenar.

iii. Muslim hendaklah tahu tentang keluasan Islam dalam hal ini. Nabi s.a.w apabila mengizinkan hiburan pertunjukan permainan pedang dan lembing dalam masjid pada hariraya, baginda menegaskan:
Agar Yahudi mengetahui bahawa dalam agama kita ada keluasan. Sesungguhnya aku diutuskan dengan agama yang lurus lagi mudah” (Riwayat Ahmad, dinilai sahih oleh al-Albani).
Maka, fatwa dalam hal tarian, senaman, permainan dan seumpamanya, hendaklah luas, tidak sempit dan berusaha melihat ruang keizinan yang diberikan oleh Islam. Apatah lagi kita yang hidup dalam masyarakat yang serba rencam dan pelbagai cabaran ini.

iv. Atas asas ini, -pada pandangan saya- tarian poco-poco adalah harus, melainkan jika seseorang itu mengamalkannya kerana ingin menghayati kepercayaan yang salah dari segi akidah. Jika setakat tarian kesihatan atau biasa tanpa sebarang kepercayaan yang salah, atau dicampuri perbuatan yang salah seperti arak, seks bebas dan seumpamanya, maka ia dibolehkan dari segi syarak dan tidak wajar diharamkan. Jika ada unsur yang salah, hendaklah dibuat seperti Nabi s.a.w iaitu membuang unsur yang buruk dan meninggalkan unsur yang baik.

v. Jika tarian poco-poco diharamkan atas asas asal-usulnya yang tidak islamik, sekalipun yang mengamalkan tidak meniru atau beriktikad perkara yang salah, maka nanti akan membawa kesan diharamkan aktiviti lain yang mempunyai latar yang tidak Islamik juga seperti tai-chi, chi-kung, kata tae-kwondo dan pelbagai lagi.

vi. Untuk itu, dengan menghormati S.S Mufti Perak dan Jawatankuasa Fatwa Perak, saya ingin menyatakan pandangan yang berbeza iaitu poco-poco yang tidak diamalkan dengan kepercayaan yang salah adalah diharuskan. Adapun, jika dilakukan dengan kepercayaan yang salah, atau diiringi perbuatan yang haram seperti arak dan seks bebas, maka kepercayaan dan amalan yang salah itu wajib dibuang, tarian yang memberikan kebaikan kepada kesihatan itu diizinkan.

Sumber : Dr Maza


Pendapat Ustaz Harussani :



Ustaz Harussani menfatwakan HARAM dengan sebab ia mencirikan agama kristian dan di samping percampuran bebas.


Ulasan saya :

Sebenarnya pandangan kedua-dua pihak tersebut tidaklah saling bercanggah tetapi perbezaan pandangan ini dilihat kerana sudut pandangan kedua-dua belah pihak adalah sudut berbeza dan saya yakin jika Ustaz Harussani melihat pada sudut padangan Ustaz Asri dalam permasalahan ini maka Ustaz Harussani juga akan berpandangan begitu dan jika Ustaz Asri melihat pada sudut pandangan Ustaz Harussani dalam permasalahan ini maka Ustaz Asri juga akan berpandangan begitu juga.

Saya katakan begitu kerana sudut pandangan dalam permasalahan ini adalah luas dan jika diambil pandangan dari kedua-dua pihak maka kita akan bertemu dengan berbagai sudut dalam permasalahan ini.Pandangan Ustaz Harussani adalah pandangannya jika poco-poco dilakukan secara asas dan asal poco-poco bersandarkan kajiannya dan pandangan Ustaz Asri adalah pandanganya jika poco-poco dilakukan dengan menapis segala unsur yang bercanggah dengan syara'.

Permasalahan ini juga seperti seni mempertahankan diri yang di namakan Silat.Jika silat diamalkan dengan pengambilan jin sebagai pendinding dan pencampuran bebas antara lelaki dan wanita serta tidak menutup aurat maka ia jatuh kepada hukum haram tetapi apabila telah ditapis dengan tidak mengamalkan perkara yang bercanggah dengan syara' maka silat jatuh kepada hukum harus malah tiada masalah diamalkan setelah segala perkara yang bercanggah dengan syara' ditapis.

Rumusan

Jika poco-poco di amalkan seperti yang diperkatakan oleh Ustaz Harussani seperti mempunyai kaitan dengan Kristian,pencampuran bebas antara lelaki dan wanita dan tidak menutup aurat serta jika gerak lakunya merangsang hawa nafsu pelihat maka jatuhlah hukumnya haram dan jika poco-poco di amalkan seperti yang diperkatakan oleh Ustaz Asri dengan mengamalkan tetapi menapis perkara yang tidak bercanggah dengan syara' maka ia diharuskan.

Pandangan dan rumusan ini sekadar pandangan yang mencari titik sama pandangan antara Ustaz Asri dan Ustaz Harussani dan menerangkan titik persamaan pandangan kedua-dua belah pihak dan menerangkan mengapa perbezaan pendapat kedua-dua belah pihak bersandarkan "kaca mata" saya.Berharap Majlis Fatwa Kebangsaan menyelesaikan perkara ini dengan sebaiknya dan bukan saja membincangkan perkara kecil tetapi turut membincangkan perkara yang lebih besar untuk kepentingan ummah.

Wallahua'lam.

Design by FARISZ@AZ.Com