.
Promosi
.

60,977 trafik blog pada Julai 2011

Bismillahirrahmaanirrahiim.


Blog ini mula aktif semula pada akhir tahun 2010 atau awal tahun 2011.

Pada bulan Julai 2011 yang lalu saya jarang menulis dan jumlah trafik blog pada bulan Julai 2011 yang lalu adalah 60,977

Perkongsian ini bukanlah untuk menunjuk-nunjuk kerana jumlah ini terlalu kecil berbanding jumlah ziarah blog di blogger "otai" tetapi ia sebagai catatan informasi buat penulis dan perangsang semangat berblog untuk penulis dan lain-lain blogger.

Wallahua'lam.

Cara Pasang Widgets Comment di Blogspot

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Entry kali ini adalah tutorial bagaimana para blogger hendak memasang widgets comment di blogspot.

Penggunaan widgets comment ini adalah untuk mana-mana blogger mudah mengetahui comment atau ulasan terbaru yang telah ditayangkan serta disamping menghargai blogger yang memberi comment atau ulasan dengan memberikan back link.


Cara Pasang Widgets Comment di Blogspot

1. Daftar masuk ke Blogspot.

2. Tambah Alat atau Add Widgets :

 i) Klik Reka Bentuk
ii) Di Elemen Laman klik Tambah Alat


3. Tambah Recent Comment :

 i) Klik Tambah Alat ( Seperti di No.2 (ii) )
ii) Pilih Recent Comment


4. Lakukan tetapan di Tajuk , Tinggi , Jumlah Ulasan Ditayang , Panjang Ringkasan .


5. Klik save.

Selesai (^_^)

Tips  : Susun alat mengikut kesesuaian blog.
Untuk lain-lain tutorial, blogger boleh ke Tutorial Blogspot

Wallahua'lam.

Cara Membuat Biskut Semprit

Bismillahirrahmaanirrahiim.


Sempena Bulan Ramadhan ketika ini dan Syawal yang bakal tiba , rasanya sesuai juga untuk berkongsikan resepi kuih atau biskut semprit. Bagi yang beraya diperantauan bila melihat kuih raya pasti akan teringatkan kampung halaman.

       Bahan-bahan :
  • 6 cawan tepung kastard
  • 2 cawan mentega
  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 cawan gula halus
  • 2 biji telur
  • Ceri merah dan hijau (yang telah dipotong dadu)
       Cara-cara :
  • Pukul gula halus dan mentega sehingga kembang.
  • Masukkan 2 biji telur dan teruskan pukul sehingga kembang.
  • Adunkan tepung kastard dan tepung gandum.
  • Masukkan adunan campuran tepung gandum dan tepung kastard ke adunan campuran gula halus , mentega dan telur.
  • Pukul semua bahan sehingga sebati.
  • Masukkan bahan ke acuan semprit untuk membentukkan biskut.
  • Hiaskan ceri merah dan hijau di atas tepung yang telah dibentukkan.
  • Bakar bahan selama 15 minit
Semoga berjaya membuat kuih atau biskut semprit (^_^)

Wallahua'lam.

Seloka Wang di Tabung Derma

Bismillahirrahmaanirrahiim.


Seloka Wang di Tabung Derma

Suatu hari bertemulah wang-wang ringgit di suatu tabung derma. Ia menemukan syiling seringgit dan wang kertas seperti RM1 , RM5 dan RM50.

RM1 : Wah... kali ini kita bertemu kembali ditabung derma. Bukan mudah kita nak bertemu seperti ni ditabung derma.

RM5 : Yelah biasanya kita berjumpa di tabung derma pada hari Jumaat dan bulan Ramadhan.

RM50 : Kalau di pusat beli belah kita selalu berjumpa tapi di tabung derma susah kita berjumpa. Aku ni lagi susah nak jumpa korang kat tabung derma.

Syiling Seringgit : Jom cerita kita selalu kat mana. RM1 selalu kamu kat mana?

RM1 : Aku selalu banyak di pusat beli belah , gerai-gerai dan tabung derma. Ko pula macamna boleh ada kat tabung derma ni Syiling Seringgit?

Syiling Seringgit : Aku kan sudah tiada nilai sebab duit syiling spesis aku dah dimansuhkan dari diguna pakai. Aku dicampakkan dalam tabung ni pun sebab mereka rasa aku ni beban dalam beg duit mereka.

(Gelak sakan wang-wang kertas atas apa yang berlaku kepada Syiling Seringgit)

Syiling Seringgit : Sampai hati korang gelakkan aku?(sambil menangis)

RM50 : Kami gurau saja lah , jangan lah menangis lagi ye Syiling Seringgit?

Syiling Seringgit : RM50 kamu pula selalu di mana?

RM50 : Aku ni jarang ada kat tabung derma , selalunya aku berada di pusat membeli belah atau gerai jualan. Di gunakan untuk mereka membeli barang keperluan harian atau digunakan untuk mereka berhiburan seperti di pusat hiburan atau karaoke.

RM1 : Habis tu macamna RM50 boleh berasa di tabung derma sedangkan kamu jarang berada di tabung derma?

RM50 : Tadi ada yang memang hendak meletakkan aku sebab hendak menderma dan ada juga yang meletakkan aku tapi mereka mengambil RM10 empat keping dan RM5 sekeping pula ditabung.

Syiling Seringgit : Banyak songeh juga ye mereka yang hendak meletakkan RM50 di tabung derma. Hah... RM5 bagaimana pula kamu berada di tabung derma dan selalunya kamu di mana?

RM5 : Aku selalu berada di tempat yang biasa korang berada juga seperti di pusat membeli belah dan pusat hiburan dan jarang berada di tabung derma. Aku berada di sini sebab ada dari mereka yang benar-benar ingin mendermakan aku dan ada yang meletakkan aku di tabung derma kerana ketiadaan wang kecil seperti RM1.

RM1 : Hey kawan-kawan , tu pengutip tabung derma sedang mengutip tabung-tabung derma dan nanti kita diasingkan mengikut jumlah ringgit.

RM50 : Oklah nanti kita berjumpa lagi ye di tabung derma pada hari jumaat atau bulan Ramadhan tahun depan.

Syiling Seringgit dan RM5 : Ok , jumpa lagi nanti ye.

Wallahua'lam.

Cara menetapkan tetapan pengesahan perkataan untuk ulasan

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Entry FARISZ@AZ.Com kali ini adalah tutorial bagaimana para blogger hendak melakukan tetapan pengesahan perkataan untuk ulasan.

Pengesahan perkataan untuk ulasan adalah untuk mengelakkan blogger lain melakukan spam diruangan comment namun ia menyusahkan blogger lain untuk memberikan ulasan dicatatan blog kerana setiap kali memberi ulasan blogger terpaksa menaip perkataan pengesahan ia akan mengurangkan jumlah ulasan diruangan ulasan bagi setiap catatan.

Untuk mengelakkan spam melalui ruangan comment sebenarnya blogger tidak perlu memasang pengesahan perkataan untuk ulasan tetapi boleh melakukan tetapan ulasan dengan pengesahan admin baru ulasan tersebut disiarkan.

(Contoh Perkataan Pengesahan atau Word Verification diruangan ulasan)

Cara menetapkan tetapan pengesahan perkataan untuk ulasan

1. Daftar masuk ke Blogspot.

2. Ke ruangan Tetapan Ulasan.



  (i) Klik Tetapan
 (ii) Klik Ulasan

3. Tetapan Pengesahan Perkataan diruangan Ulasan.


 (i) Pilih Ya atau Tidak

4. Klik Simpan Tetapan

Selesai (^_^)

Untuk tutorial blogspot yang lain anda boleh ke Tutorial Blogspot FARISZ@AZ.Com  

Wallahua'lam.
 

Salam Ramadhan ,1432 Hijrah

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Assalamualaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah melimpahkan rahmatNya kepada kita untuk bertemu sekali lagi dengan bulan yang penuh keberkatan iaitu Bulan Ramadhan pada tahun 1432 Hijrah dan selawat serta salam bagi nabi junjungan iaitu Nabi Muhammad S.A.W kerana dengan asbab dakwah Baginda S.A.W lah kita mampu merasai nikmat iman dan amal serta mampu memahami,menghanyati dan melaksanakan ibadah di Bulan Ramadhan bersandarkan al Quran dan as Sunnah. Saya mengucapkan selamat menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak.

Setiap kali kita bertemu dengan Bulan Ramadhan sebenarnya akan wujud perasaan dan beberapa pelaksanaan yang berbeza kerana usia yang semakin dewasa , bilamana semakin dewasa usia maka sewajarnya semakin kita merindui Bulan Ramadhan kerana ia antara bulan yang lebih mudah untuk kita beramal dan membaiki diri.

Dalam konteks penghayatan dan pengamalan di Bulan Ramadhan saya berharap kita selaku umat Islam dan umat yang beriman kepada Allah dan Rasul akan memanfaatkan Bulan Ramadhan ini dengan memaksimumkan penggunaan masa untuk beribadah dan memperbaiki ibadah kerana kita belum pasti adakah kita akan berjaya bertemu dengan Bulan Ramadhan pada tahun yang akan datang atau tidak.

Dalam konteks kesihatan pula saya berharap kita juga turut menjaga kesihatan untuk memastikan kita mampu berpuasa dengan sebaiknya dan melaksanakan ibadah-ibadah lain dengan lancar. Bulan Ramadhan bukanlah masa yang menghalang umat Islam untuk terus aktif dalam aktiviti harian tetapi di dalam kesibukan kita dalam menjalani kehidupan harian jangan pula kita lupa melaksanakan dan membaiki ibadah khusus dan umum. Malah Bulan Ramadhan juga bukanlah penghalang untuk umat Islam aktif bersukan namun pembahagian masa adalah amat wajar.

Sempena di Bulan Ramadhan ini semoga kita mampu memperbanyakkan ibadah dan membaiki ibadah serta membaiki diri untuk menjadi individu Muslim dan Mukmin yang sebenar-sebenarnya Muslim dan Mukmin. Semoga kita juga mampu mencapaikan tahap puasa kita di Bulan Ramadhan ini adalah Ramadhan al Mubarak dan puasa yang jika jalani tidak menjadi sia-sia seperti dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W melalui hadith :

“Betapa banyak orang yang berpuasa namun dia tidak mendapatkan dari puasanya melainkan hanya rasa lapar dan dahaga.” (HR. Ath Thabrani)

Dan untuk pengetahuan umum bahawa berpuasa di Bulan Ramadhan adalah wajib seperti mana yang firman Allah di Surah Al Baqaarah ayat 184 sehingga ayat 186 :


أَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ

(Puasa Yang Diwajibkan itu ialah beberapa hari Yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu Yang sakit, atau Dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari Yang dibuka) itu pada hari-hari Yang lain; dan wajib atas orang-orang Yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah Iaitu memberi makan orang miskin. maka sesiapa Yang Dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari Yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (Walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.(Surah Al Baqaarah : Ayat 184)


شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

(Masa Yang Diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan Yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan Yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara Yang benar Dengan Yang salah. oleh itu, sesiapa dari antara kamu Yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa Yang sakit atau Dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari Yang ditinggalkan itu pada hari-hari Yang lain. (dengan ketetapan Yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.(Surah Al Baqaarah : Ayat 185)


وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang Yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.(Surah Al Baqaarah : Ayat 186)


Jadilahkan Bulan Ramadhan ini sebagai masa untuk kita motivasi atau muhasabah diri lagi untuk memastikan kita bukan sekadar Islam tetapi BERIMAN.


Wallahua'lam.

Design by FARISZ@AZ.Com