Bismillahirrahmaanirrahiim.
Sempena Bulan Ramadhan ketika ini dan Syawal yang bakal tiba , rasanya sesuai juga untuk berkongsikan resepi kuih atau biskut semprit. Bagi yang beraya diperantauan bila melihat kuih raya pasti akan teringatkan kampung halaman.
Bahan-bahan :
- 6 cawan tepung kastard
- 2 cawan mentega
- 3 cawan tepung gandum
- 2 cawan gula halus
- 2 biji telur
- Ceri merah dan hijau (yang telah dipotong dadu)
Cara-cara :
- Pukul gula halus dan mentega sehingga kembang.
- Masukkan 2 biji telur dan teruskan pukul sehingga kembang.
- Adunkan tepung kastard dan tepung gandum.
- Masukkan adunan campuran tepung gandum dan tepung kastard ke adunan campuran gula halus , mentega dan telur.
- Pukul semua bahan sehingga sebati.
- Masukkan bahan ke acuan semprit untuk membentukkan biskut.
- Hiaskan ceri merah dan hijau di atas tepung yang telah dibentukkan.
- Bakar bahan selama 15 minit
Semoga berjaya membuat kuih atau biskut semprit (^_^)
Wallahua'lam.
0 ulasan:
Post a Comment