Sahabat Dan Kasih Sayang
Daripada Abu Hurairah (r.a) bahawasanya Rasulullah SAW bersabda : "Pada Hari kiamat Allah akan berfirman, 'Dimanakah orang-orang yang saling mencintai kerana keagungan-Ku? Hari ini Aku akan melindungi mereka sebab hari ini tiada perlindungan selain daripada perlindungan-Ku."
(Riwayat Muslim)
Dalam Hadis Qudsi daripada Ubadah bin Samit, Allah berfirman :
"Kecintaan-Ku hanya untuk orang-orang yang saling mencintai, saling menghubungkan silaturahim dan saling berkorban kerana-Ku. Orang-orang yang saling mencintai kerana-Ku berada di atas mimbar-mimbar cahaya. Para Nabi dan Syuhada merasa cemburu terhadap mereka."
(Riwayat Ibn Hibban).
Kita sudah mengetahui keutamaan dan kedudukan kasih sayang di sisi Allah, ukuran dan pengaruhnya di dunia dan akhirat kelak....