.
Promosi
.
Showing posts with label Wahai Anak. Show all posts
Showing posts with label Wahai Anak. Show all posts

Keredhaan Kedua Ibu Bapa


Sabda Rasulullah S.A.W yang maksudnya : “ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”

(Riwayat al-Hakim)

Penerangan :

Pengajaran hadis:

i) Tanggungjawab anak terhadap kedua-dua ibu bapa terbahagi kepada dua iaitu tanggungjawab semasa mereka masih hidup dan tanggungjawab selepas mereka meninggal dunia.

ii) Semasa kedua-dua ibu bapa masih hidup anak-anak hendaklah berbakti dan berbuat baik kepada mereka kerana ibu bapa adalah orang yang paling banyak berjasa kepada anak. Di antara adab yang mesti dipraktikkan sentiasa ialah berlemah lembut dan berbudi bahasa apabila berkomunikasi dengan mereka, berbelanja untuk keperluan ibu bapa dan menjaga mereka dengan sebaik-baiknya.

iii) Manakala apabila kedua-dua ibu bapa telah meninggal dunia adalah menjadi tanggungjawab anak-anak untuk mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka, menzirahi pusara mereka, melaksanakan nazar mereka yang belum tertunai, menghubungkan silaturahim dengan sahabat handai ibu bapa, mengqadakan puasa yang terhutang, menunaikan haji sekiranya mampu, membaca al-Quran dan melunaskan hutang ibu bapa yang belum langsai semasa hayat mereka.

iv) Sesungguhnya bagi setiap anak, meskipun telah mempunyai keluarga sendiri mereka wajib mentaati dan menghormati kedua-dua ibu bapa. Anak yang tidak mentaati kedua-dua ibu bapa dianggap sebagai anak yang derhaka sedangkan kesalahan menderhaka termasuk di kalangan dosa-dosa besar.

v) Setiap anak yang derhaka akan dilaknat oleh Allah S.W.T, amalan dan ibadah mereka tidak diterima dan tidak akan mendapat ganjaran yang memungkinkan perbuatan baik yang dilakukan sepanjang hayatnya akan sia-sia. Oleh itu Islam menitikberatkan keredaan kedua-dua ibu bapa agar hidup sentiasa diberkati Allah.

vi) Keredhaan ibu bapa bukanlah diukur sehingga keredhaan ibu bapa terhadap anak-anaknya di dalam perkara maksiat tetapi keredhaan ibu bapa terhadap anak-anak diukur selagi mana ia tidak bercanggah dengan Islam.Seandai ibu bapa redha atas perbuatan maksiat anak-anak maka perbuatan maksiat itu tidaklah mendapat redha Allah.

Wallahua'lam.

Anak Soleh - Aeman



Kami anak-anakmu
Ingin memohon restu
Wahai ibuku wahai ayahku
Ampunkan dosa-dosaku
Wahai ibuku wahai ayahku
Redhakan akan diriku

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim

Wahai Tuhanku
Kasihi daku
Kasih ibu dan ayahku
Wahai tuhanku rahmati daku
Rahmati ibu dan ayahku

Selamatkan mereka dari azab neraka
Dan bencana dunia
Hubungkan mereka dengan talimu
Amin ya rabbal alamin

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim

Wahai Tuhan limpahkan hidayahMu
Untuk ayah dan ibuku
Wahai Tuhanku
Berkati daku
Berkati ibu ayahku

Sayangilah mereka sepertimana
Mereka menyanyangiku
Dan mengasihiku waktu kecilku
Tak terbalas budi jasanya

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim

Wahai ibuku wahai ayahku
Didiklah anak-anakmu
Moga menjadi penyejuk di mata
Penawar resah hatimu

Ampunkan segala keterlanjuranku
Halalkan makan minumku
Doakan semoga aku selamat
Dunia dan di akhirat

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim



Anak Soleh
Album : Permata Ayah Bonda
Munsyid : Aeman
http://liriknasyid.com

Pengabdian Anak Kepada 2 ekor Babi

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Nabi Musa a.s adalah satu-satunya Nabi yang dapat secara langsung bercakap dengan Allah SWT.Setiap kali dia akan bermunajat,ia akan naik ke atas bukit Tursia.Di atas bukit itulah ia berkata-kata dengan Allah.Nabi Musa a.s sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga.Inilah kelebihan yang diberikan oleh Allah SWT kepada Nabi Musa a.s yang tidak diberikan kepada nabi-nabi lain.

Pada suatu hari Nabi Musa a.s bertanya kepada Allah SWT, "Ya Allah,Siapakah orang yang akan menjadi jiran ku di syurga nanti?" Maka Allah SWT pun menjawab dengan menyebut nama orang tersebut,kampungnya serta tempat tinggalnya.Setelah mendengar jawapan dari Allah SWT,maka Nabi Musa a.s turun dari bukit Tursia dan terus berjalan ke tempat yang telah di katakan oleh Allah SWT itu.

Setelah beberapa hari dalam perjalanan,akhirnya sampailah Nabi Musa a.s ke tempat berkenaan.Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di kampung itu,Nabi Musa a.s berjaya bertemu dengan orang tersebut.Setelah memberi salam,beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.Yang menghairankan Nabi Musa a.s tuan rumah tersebut tidak melayannya.Dia terus masuk ke dalam kamar dan melakukan suatu pekerjaan.Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar.Babi itu didukungnya dengan penuh berhati-hati.Nabi Musa a.s terkejut melihatnya.Dalam hatinya penuh kehairanan serta tertanya : "Apa yang dilakukan oleh pemuda ini?"

Babi itu dibersihkan dan dimandikan.Setelah itu dilapnya dengan kain sehingga kering,lalu dipeluk dan dicium kemudian dihantarnya semula ke dalam kamar.Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa seekor babi jantan yang lebih besar.Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan,kemudian dilap sehingga kering,lalu dipeluk serta dicium dengan penuh kasih sayang.Lalu babi jantan itu dihantar pula ke dalam kamar.

Setelah ia menyelesaikan pekerjaanya itu,barulah ia melayani Nabi Musa a.s.Lalu Nabi Musa a.s bertanya kepadanya : "Wahai saudara,apa agama mu?".
Pemuda itu menjawab : "Aku beragama Tauhid".
"Tetapi mengapa kamu memelihara babi,sesungguhnya kita tidak boleh berbuat demikian" Kata Nabi Musa a.s

Pemuda itu lalu bercerita : "Wahai tuan hamba,sebenarnya kedua ekor babi itu adalah ayah dan ibu kandungku.Oleh kerana mereka telah melakukan dosa besar,Allah SWT telah menukarkan rupa mereka menjadi babi sebagaimana yang tuan hamba lihat tadi.Soal dosa mereka dengan Allah adalah urusan mereka berdua.Sedangkan aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai seorang anak.Setiap hari aku berbakti kepada kedua orang tuaku itu sebagaimana yang tuan hamba saksikan tadi.Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi,aku tetap melaksanakan tugas ku.

Setiap hari aku berdoa kepada Allah SWT agar mereka mendapat keampunan dari-Nya.Aku bermohon supaya Allah SWT menukarkan kembali wajah keduanya menjadi manusia sebagaimana dahulu,akan tetapi sehingga saat ini Allah SWT masih belum mengabulkan doa itu”.Kata pemuda itu.
Maka ketika itu juga Allah SWT menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s . “Wahai Musa,inilah orang yang akan berjiran dengan mu di dalam syurga nanti,kerana pengabdiannya yang sangat tinggi kepada kedua ibubapanya.Walaupun kedua orang tuanya sudah berubah dengan rupa babi,namun dia masih tetap berbakti.Oleh kerana itu,aku naikkan darjatnya sebagai anak yang soleh di sisi-Ku”.
Allah juga berfirman yang maksudnya : “Justeru dia telah Kami angkatkan darjatnya menjadi anak yang soleh di sisi Kami,maka Kami angkat doanya.Pada mulanya tempat kedua orang tuanya di dalam neraka,maka telah Kami tukar ke dalam syurga”.
Itulah berkat bakti dan doa anak yang soleh.Doa anak yang soleh akan dapat menebus dosa ibu bapanya yang akan masuk ke dalam neraka dipindah ke syurga.Walaupun sampai ke tahap rupa ayah dan ibunya seperti babi.
Oelh kerana itu,bagaimana buruk sekali pun perangai ke dua orang tua kita,itu bukanlah urusan kita,urusan kita adalah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga dan menyayangi pada waktu kita masih kecil.
Walaupun sebanyakmana sekali pun dosa yang mereka lakukan itu juga bukanlah urusan kita,urusan kita ia memohon ampun kepada Allah SWT supaya kedua ibu bapa kita mendapat keampunan serta taufiq dan hidayah daripada-Nya.
Sesungguhnya doa anak yang soleh akan membantu kedua ibu bapanya mendapat tempat yang baik diakhirat,dan doa anak yang soleh itu pula sering di nantikan oleh para ibu bapa ketika mereka di alam Barzah.

Wallahua'lam.

Design by FARISZ@AZ.Com