.
Promosi
.
Showing posts with label Promosi Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Promosi Aktiviti. Show all posts

Sembang-sembang : Cinta Pakai Buang

Bismillahirrahmaanirrahiim.


Sembang-sembang Teh Tarik II : Cinta Pakai Buang

Moderator
Nik Abdul Razak Nik Md Ridzuan

Panel
Ustaz Azizul Asri Hj Ahmad Tajuddin
&
Saudara Radhi Khalid

Anjuran
Subhan Persatuan Ulama Malaysia
&
Nisa' Lembah Pantai

Kerjasama
Persatuan Penduduk PPR Kerinci

Semua dijemput hadir.

Wallahua'lam.

Pentas Wanita : "Ubah Sekarang , Selamatkan Malaysia"


Bismillahirrahmaanirrahiim.


Pentas Wanita : "Ubah Sekarang , Selamatkan Malaysia"

Tarikh : 29 Julai 2011
Masa : 8 malam
Tempat : Dewan Merbau 17B , Seksyen 17 , Shah Alam

Wallahua'lam.

KARNIVAL GEN-Y 2011

Bismillahirrahmaanirrahiim.


KARNIVAL GEN-Y
Tarik : 24 JULAI 2011 / AHAD
Masa : 9.00 pagi - 6.30 petang
Tempat : DATARAN KEMERDEKAAN SHAH ALAM, SELANGOR

Adakah hari ahad anda hari yang membosankan? Tak tau nak buat apa kat rumah? Jom kita beramai-ramai memeriahkan KARNIVAL GEN-Y di DATARAN KEMERDEKAAN, SHAH ALAM SELANGOR. Bawa adik, anak, kakak, abang, ayah, ibu bersama. Banyak aktiviti kekeluargaan untuk dimanfaatkan bersama. Jom! Jom! (^_^)

AKTIVITI MENARIK

1. NISA' TALK (9.00 pagi - 12.00 tengahari)
"Sayang Awak, Kasih Mama, Rindu Papa"
Panel : 1. Ust Wan Sohor Bani Leman
2. Rosmawati Zainal @ Ummi Ros (Pengarah Raudhatus
Sakinah)
3. Mohd Syafie Ambok Dalek

2. PERTANDINGAN MEWARNA KANAK-KANAK
(9.00 pagi - 12.00 petang)
- Terbuka kepada kanak-kanak dalam 2 kategori:
Tahap 1: 5-6 tahun & Tahap 2 : 7-9 tahun
- Perlu membawa pensil warna sendiri. Kertas lukisan disediakan.

3. NISA' INDOOR GAMES
(9.00 pagi - 6.00 petang)
- Congkak
- Dam Aji
- Snake n' Ladder
- Pertandingan Menganyam Ketupat (kaum Ibu)

AKTIVITI LAIN
- Street Soccer
- PS2
- Paintball
- Explorace
- Timbang Bola
- Karom
- Lepak Santai Bersama:Ustaz Azhar Idrus & Ustaz Zulkifli Ahmad (Live Band/Busker)

Untuk sebarang pertanyaan boleh melalui KARNIVAL GEN-Y (Facebook Event)

Wallahua'lam.

Forum : Aku Terima Nikahnya - Karnival Islami 2011 ( Karisma '11 )

Bismillahirrahmaanirrahiim.


Karnival Islami 2011 ( Karisma '11 )

Forum : Aku Terima Nikahnya
Masa : 9.30 pagi - 11 pagi
Tarikh : Sabtu, 23 Julai 2011
Ahli Panel:
- Imam Muda Hassan
- YB Senator Mumtaz Md Nawi
- Nadia (moderator)

Karnival Islami 2011 ( Karisma '11 )
Tarikh : 22 hingga 24 Julai 2011 ( 3 Hari )
Masa : 8.30 pagi hingga 10 malam
Lokasi : Masjid Al-Salihin , Kg.Teras Jernang , Bangi Lama.

Semua dijemput hadir, yang dah kahwin, belum kahwin dan yang nak kahwin lagi. Lokasi Masjid Solihin, Kg Teras Jernang, Bangi.. Lokasi exit dari tol Bangi, round about ambil pukul 3, terus dalam 300 meter akan jumpa Masjid As-Salihin, betul disimpang tiga. Selepas round about, selepas ambil pukul 3, jumpa LHDN di sebelah kanan, terus kiri JKR, dan POLY-TECH. Info boleh hub wakil penganjur 012990 2262 atau 012 – 322 7372.

Wallahua'lam.

Kelantan Cheng Ho International Food Festival (KELCHEF 2011)

Bismillahirrahmaanirrahiim,


Menjemput anda semua ke Kelantan Cheng Ho International Food Festival (KELCHEF 2011)

Tarikh : 14 Julai 2011 hingga 23 Julai 2011.
Masa : 10 a.m hingga 10 p.m .
Tempat : Bazar Tok Guru, Kota Bharu.

Majlis perasmian Kelantan Cheng Ho International Food Festival (KELCHEFF 2011) selamat dirasmikan oleh YAB.Tuan Guru Dato' Menteri Besar Kelantan. 

Wallahua'lam.

Kolokium Ulama Muda Kebangsaan (KokUM) 2011


Bismillahirrahmaanirrahiim.



TENTATIF PROGRAM Kolokium Ulama Muda Kebangsaan (KokUM)

19 Julai 2011 (Selasa)

7.45- 8.30malam : Kuliah Maghrib : Johan Imam Muda II sdr. Hassan Adli bin Yahaya@Yahuza
Tajuk : Generasi Celik Agama,Antara Keperluan & Kewajipan


9.00-11.30mlm : Ulama' Di Hati oleh:Ust Hj Abdul Ghani Shamsuddin
( Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama’ Asia Tenggara)
Tajuk : Permerkasaan Ulama' Masa Kini


20 Julai 2011 (Rabu)

9.00-11.00pg : Tafaqquh Fi Al-Din 1 Tuan Guru Hj Salleh Musa.
(Mudir Al-Rahmaniah Sik)
Tajuk: Aqidah Ahli Sunnah. Kitab: Ummu Al-Barahin

11.00-11.30pg : Rehat

11.30pg-1.00ptg : Tafaqquh Fi Al-Din 2 Tuan Guru Hj Salleh Musa.
(Mudir Al-Rahmaniah Sik)
Tajuk: Aqidah Ahli Sunnah. Kitab: Ummu Al-Barahin

1.00-2.30ptg : Rehat & Solat

2.30-4.30ptg : Bicara Ulama’ 1
Ust Hj Mutalib Maarof
(Pengasas An-Nahdhoh, K.Semang, P. Pinang).
Tajuk: Syahadah dan tuntutannya.

4.30-5.00ptg : Solat
5.00-7.00ptg : Pertandingan pidato & mengeja jawi (saringan)
7.00-8.45mlm : Solat
: Kalam Tuhan
Ust. Mohd. Fakhrul Radhi Khamaruddin
(Pemenang AQ Musim Ke-3)

9.00-11.30mlm :Tinta Ulama' oleh : Dato' Dr Hj Haron Din
(Pendakwah Bebas)
Tajuk: Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan "bersama Pusat Komuniti INSANIAH"


21 Julai 2011 (Khamis)

4.00-5.30 pg : Qiamullail Airmata Ulama’ oleh Ust Zainal Asri Bin Romli (Paklong Zainol)
(Pendakwah Bebas)

5.30-7.00 pg : Solat Subuh / tazkirah Ust Zainal Asri Bin Romli (Pendakwah Bebas)

9.00-11.00pg : Tafaqquh Fi Al-Din 1 Tuan Guru Hj Wahab Hassan
(Mudir Madrasah Tahzib An-Nufus Pondok Lanai)
Tajuk: Tasawuf Kitab : Hidayah Al-Azkiah

11.00-11.30pg : Rehat

11.30pg-1.00ptg : Tafaqquh Fi Al-Din 2 Tuan Guru Hj Wahab Hassan
(Mudir Madrasah Tahzib An-Nufus Pondok Lanai)
Tajuk: Tasawuf Kitab : Hidayah Al-Azkiah

1.00-2.30ptg : Rehat & Solat

2.30-4.30ptg : Bicara Ulama’ 2 oleh : Tuan Guru Dr Hj Jahid Bin Hj Sidek al-Khalidi
Mantan Pensyarah Universiti Malaya
Tajuk : “ Prinsip-Prinsip Penting Ilmu Tarekat ”

4.30-5.00ptg : Solat

5.00-7.00ptg : Pertandingan (kalah mati) Mengeja Jawi
7.45-8.30mlm : Solat & Bacaan Yasin oleh : Ust Ahmad Nasir Bin Hj Awang
(Pensyarah Kuin)

9.00-11.30mlm : Wacana Ulama’ Muda
Tajuk : Pemuda masa kini – antara realiti dan harapan.
Panel : Ust. Nasaruddin Hj Hassan at Tantawi (Pendakwah bebas)
Ust. Ahmad Izzat Hj Shauki
22 Julai 2011 (Jumaat)

9.00-10.30pg : Tafaqquh Fi Al-Din 3 T.G.Hj Zulkihli Hj Ismail
( Mudir Madrasah Baitul Qura`)
Tajuk: Bahaya Ancaman Pahaman Sekularisma

10.30-11.00pg : Rehat

11.00pg-12.00tghari : Tafaqquh Fi Al-Din 3 T.G.Hj Zulkihli Hj Ismail
( Mudir Mudir Madrasah Baitul Qura`)
Tajuk: Bahaya Ancaman Pahaman Sekularisma

12.00tghari-2.30ptg : Bicara Muslimat

Tajuk : Saidatina Khadijah: Hanya Tinggal Kenangan
Moderator : Ustazah Nurul Nazuha Hazizan ( Timbalan Dekan HEP)
Panel : Ustazah Nurul Syuhada (Pendakwah Bebas)
: Dr. Rosni Adam (Pengarah NISA’ Malaysia)
: Usatazah Mumtaz Md.Nawi
(Senator Kerajaan N.Kelantan)

2.30-4.30ptg : Bicara Ulama’ 3 oleh : Ust Sharhan Syafie
(Pengasas Pusat Rawatan Sinar Zamdurrani)
Tajuk: Perubatan Islam

4.30-5.00ptg : Solat
5.00-7.00ptg : Pertandingan pidato & mari Mengeja Jawi (Final)
Tajuk pidato: ‘Ulama Pencetus Tamadun Dunia’

7.45-8.30mlm : Solat & Sentuhan Qalbu
Zikir & Tarannum oleh :Ust. Othman Bin Ibrahim (Pendakwah Bebas)

9.00-11.30mlm : Generasi Ulama' Muda oleh : Ustaz Hafiz Bin Haji Mustafa Lubis
(Pendaftar maa`had Derang, Kedah)
Tajuk: Pemuda Cerminan Al-Quran


23 Julai 2011 (Sabtu)

9.00-9.45pg : Ucaptama Seminar oleh: Syeikh Marwazi Bin Dziyauddin
(Timbalan Mufti Negeri Kedah)
Tajuk : Ulama’ Pencetus Tamadun Dunia

9.45-10.45pg : Pembentangan Kertas kerja 1
Sultan Muhammad Al-Fateh :Ust Syaari Ab. Rahman
(Pengarah Urusan Ibrah Paradigm Training & Consultancy)

10.45-11.45pgi : Pembentangan kertas kerja 2
Burhanuddin Helmy: Yang Berhomat Ustaz Nasir Zakaria

11.45-12.00 tengah hari : Rehat

12.00-1.00ptg : Pembentangan kertas kerja 3
Merdeka: Peranan & Sumbangan Ulama’: Ust Ridhwan Mohd Noor
(Pengarang “Ulama’ Dalam Sorotan Perjuangan Kemerdekaan”)

1.00-2.00ptg : Pembentangn jertas kerja 4
As-Syahid Imam Hassan Al-Banna : Ust Asri Bin Daud (KETUA JABATAN MUAMALAT KIAS)

2.00-2.45ptg : Rehat

2.45-3.45ptg : Pembentangan kertas kerja 5
Cabaran & Persediaan Generasi Muda Islam : Dr. Kamaruzzaman Yusof (Pensyarah UKM)

3.45-4.45 ptg : Pembentangan kertas kerja 6
Peranan Ulama' dan Umara' dalam membina tamadun : Ustaz Mohd Dzul Khairi bin Mohd Noor
(Ketua Pemuda Persatuan Ulama’ Malaysia)

4.45-5.15ptg : Solat

5.15ptg-7.00mlm : Majlis Perasmian Penutup Kolukium Ulama’ Muda Kebangsaan ( KokUM 11)
Dirasmikan oleh: Y.A.B Menteri Besar Kedah

9.00-11.30mlm : Konsert Amal Di Ambang Ramadhan sempena KokUM '11

**semua slot adalah percuma kecuali Seminar Kertas Kerja..
maklumat lanjut hubungi : Mohd Saifol Fairuz Othman (019-5086281)
**untuk seminar boleh hubungi Mohd Anas Akram Bin Zainuddin (019-5527681)

Maklumat lebih lanjut layari web KokUM 11


Wallahua'lam.

Lebih RM10,000 dan IPad 2 untuk dimenangi!!!


Bismillahirrahmaanirrahiim,


Lebih RM10,000 dan IPad 2 untuk dimenangi!!!

Pertanding MEDIA KREATIF YAYASAN KEMANUSIAAN MUSLIM AID MALAYSIA

Objektif pertandingan :

1- menjadikan Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) sebagai 1 NGO yang telus dan diyakini berdasarkan tema-tema yang diberikan.
2- menerapkan minda masyarakat Malaysia dengan menjadikan Muslim Aid sebagai rakan NGO nombor satu untuk kerja-kerja amal, kebajikan dan kemanusiaan
3- bagi mengumpul dana untuk memperbanyakkan lagi aktiviti Muslim Aid di seluruh negara.


Tema :

1- Pendidikan
2- Kesihatan
3- Pembangunan komuniti (pembangunan modal insan)
4- Fast 2 Feed
5- Qurban For Life
6- Pengecualian Cukai


Golongan sasaran penerima bantuan :

1- Anak-anak yatim dan miskin
2- warga pelarian
3- keluarga fakir miskin
4- warga ibu tunggal
5- mangsa bencana dan perang

What are you waiting for?


CARA UNDIAN :
Penganjur akan meletakkan setiap penyertaan di Facebook Pages khas untuk dinilai oleh orang ramai.


Dengan cara ‘Like’ gambar yang pihak Muslim Aid postkan di Photo Album, peserta yang menerima ‘like’ paling banyak akan terpilih untuk ke peringkat kedua dan seterusnya akan dipilih sebagai pemenang oleh juri yang dilantik oleh Muslim Aid.

Pemenang akan dikira secara keseluruhan tanpa mengikut tema namun tempat kedua dan seterusnya juga akan digunakan artworknya oleh Muslim Aid jika diperlukan.

Terbuka kepada semua warganegara Malaysia kecuali kakitangan Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia dan ahli keluarga terdekat.
Penyertaan mesti dihantar melalui email dan saiz ‘artwork’ tidak melebihi 3Mb.

SYARAT & PERATURAN:
Saiz setiap penyertaan adalah A4.

Setiap peserta mesti menyimpan karya asal ‘Hi-Res’ jikalau dipelukan kemudian kelak.

Setiap penyertaan mesti disertakan dengan borang yang telah disediakan di website Muslim Aid.

Medium adalah bebas. Contoh (fotografi, lukisan atau grafik)

Dengan menertai peraduan ini, setiap peserta secara langsung tertakluk kepada syarat-syarat dan peraturan yang dibuat oleh Muslim Aid.

Penganjur berhak menggunakan ‘artwork’, nama gambar alamat, infomasi dokumen mengenai pemenang untuk tujuan pengiklanan dan promosi dari semasa ke semasa tanpa memberi pampasan kepada pemenang.

Penyertaan yang lengkap hendaklah sampai kepada alamat atau email yang tertera sebelum 30 Julai 2011.

saiz poster adalah dalam format jpeg atau png bersaiz antara 1mb - 3mb
setiap poster perlu ada logo Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia


Emailkan penyertaan anda ke media@muslimaidasia.com

Nama:
Alamat:
No Tel:
Tajuk:
Tema:


Sebarkan kepada rakan-rakan anda dengan klik "share"

Klik ► http://www.facebook.com/FARISZAZCom?sk=app_392248091048

Wallahua'lam.

Seminar : 'MEMBINA NEGARA SEJAHTERA'.

'MEMBINA NEGARA SEJAHTERA'.

Antara pembentang kertas kerja adalah:

-Prof Madya Dr Asri Zainul Abidin (mantan mufti Perlis)
-Datuk Haji Nakhaie Ahmad (mantan YDP Yadim)
-Prof Dr Aziz Bari (pensyarah kanan fakulti undang-undang Ahmad Ibrahim, UIAM)
-Prof Dato' Dr Osman Bakar (IAIS)
-Dr Dzulkefley Ahmad (Ahli Parlimen Kuala Selangor)
-Haji Zamri Hashim (ISMA)
-Ustaz Abdul Hakim Othman (Hizbur Tahrir Malaysia)
-Dr Mohd Rumaizuddin Ghazali (ABIM)

Bertempat di : Dewan Sivik MBPJ
Masa : 8.00am - 4.00pm
Tarikh : 22 Mei 2011 (Ahad)

Anjuran : Sekretariat Unit Syubban Persatuan Ulama Malaysia (PUM)

Wallahua'lam.

Syarahan Perdana Sheikh Professor Dr. Wahbah Al Zuhaily

Bismillahirrahmaanirrahiim,


SYARAHAN PERDANA
SHEIKH PROFESSOR DR. WAHBAH AL ZUHAILY

Tajuk : Sumpah dan Qazaf
Tarikh : 14 Mei 2011 (Sabtu)
Masa : 2.30 ptg – 04.30 ptg
Tempat : Dewan Solat, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor

SEMUA DI JEMPUT HADIR!!!

Anjuran:
Persatuan Ulama’ Malaysia  (PUM)
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (MSSAAS)

Jom topup ilmu dan perbaiki amal.

Wallahua'lam.

Wacana : Universiti Ranking Hanya Beban Administratif?

Bismillahirrahmaanirrahiim,

Universiti Ranking Hanya Beban Administratif?

Tarikh : 21 April 2011
Masa : 8.00 Malam
Tempat : Dewan Masjid UIA , Petaling Jaya

Panel Pertama : Prof Dato' Dr Sidek Baba (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia)
Panel Ke Dua : Prof Madya Dr. Azmi Sharom (Universiti Malaya)
Panel Ke Tiga : Prof Dr Kamarudin Mohd Yusof (Universiti Kebangsaan Malaysia)

Moderator :  Sayed Munawar Sayed Mustar

Anjuran : Subhan Persatuan Ulama Malaysia 2011

Wallahua'lam.

Wacana SiswaRakyat : Tolak Politik Jijik

Bismillahirrahmaanirrahiim,


Wacana SiswaRakyat : Tolak Politik Jijik

Tarikh  : 14 April 2011 (Khamis)
Masa   : 7 Malam
Tempat : Dewan MBPJ , Petaling Jaya

Panel Pertama  : Prof Madya Dr Mohd Asri Zainal Abidin (Pensyarah USM , Bekas Mufti Perlis)
Panel Ke Dua  : Prof Madya Dr Asyraf Wajdi Dusuki (Naib President PERKASA)
Panel Ke Tiga  : Dr Zuhdi Marzuki (Pengarah Institut Kajian Polisi DPPP)

Moderator : Ahmad Syazwan (Mahasiswa,Mantan YDP PMIUM,President GAMIS)


Wallahua'lam.

Wacana Teori Kebangkitan Islam Di Malaysia Sempena Revolusi Timur Tengah


Bismillahirrahmaanirrahiim.


Jom Ke Wacana Teori Kebangkitan Islam Di Malaysia Sempena Revolusi Timur Tengah

Tarikh    :  17 Mac 2011(Khamis) 
Masa     :   8.00 malam
Tempat  :  Di Dewan Masjid UIA Petaling Jaya.

Panelis 4 Gabungan Jemaah :-
1. Naib Ketua Pemuda Pas Pusat , Saudara Subki Yusuf.
2. Preseident Hizbut Tahrir Malaysia , Ust Abdul Hakim Othman.
3. Exco Lajnah Antarabangsa ABIM , Saudara Jufitri Joha.
4. Ahli Dewan Perwakilan Nasional IKRAM , Dr.Hafidzi Mohd Noor.

Jom sama-sama semarakkan kebangkitan anak muda.

FORUM : "ANAK : ASET DUNIA AKHIRAT"

Bismillahirrahmaanirrahiim.


FORUM :  "ANAK : ASET DUNIA AKHIRAT"

Tarikh : 20 Mac 2011 (Ahad)
Masa : 8.00 malam
Tempat : DKU APIUM, KL
Anjuran : Lajnah Dakwah dan Pembagunan Insan APIUM dan Pemuda Persatuan Ulama Malaysia (PUM)

Moderator: Ustaz Dzulkhairi Mohd Noor (Ketua Pemuda PUM)
Panel: Prof Madya Mohamad Kamil Abdul Majid (Pensyarah APIUM)
Puan Mazlina (Ibu adik Darwisya Adrianna)
Penampilan Istimewa! Adik Darwisya
Berumur 4 tahun dan Telah hafaz lebih dari 30 surah Al-Qur'an =)


 Sumber 
Pemuda Persatuan Ulama' Malaysia (PUM)

Jemput hadir dan sila sebarkan! (^_^)

Kerajaan Selangor perluas kempen anti zina, banteras gejala sosial

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Rentetan kejayaan Kempen Anti Zina siri satu dan dua sebelum ini telah membuatkan kerajaan negeri Selangor meneruskan kempen tersebut sehinggalah isu gejala sosial yang melanda masyarakat dapat dibanteras, lapor TV Selangor.

selangor anti-zina campaign halimah and khalid ibrahimMenurut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, sejak kempen ini diperkenalkan oleh kerajaan negeri, ia telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelbagai pihak.

"Saya berasa amat gembira apabila diberitahu sambutan anti zina kedua yang diadakan pada malam sambutan tahun baru yang sama, amat menggalakkan, telah berjaya mengumpulkan lebih daripada 5,000 sukarelawan," katanya.

Menurut beliau lagi, kempen seperti ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat Melayu beragama Islam dan bukan bertujuan untuk menakut-nakutkan masyarakat bukan Islam.

selangor anti-zina campaign convoy
"Kempen anti zina ini bukanlah untuk mengganggu masyarakat bukan Islam tetapi adalah tanda amaran kepada umat Islam, dan ini bukan dianggap sebagai serbuan tetapi peringatan kepada orang Islam dan menjadi tanggungjawab mereka dalam mencegahnya," katanya. Simbolik


Beliau yang bercakap ketika merasmikan Majlis Pelancaran Kempen Anti Zina Siri 3 yang diadakan di Dataran Shah Alam sebagai simbolik pelancaran ini Menteri Besar telah melepaskan sekumpulan konvoi yang disertai oleh 80 buah kereta dan 30 buah motosikal berkuasa tinggi.

Kumpulan yang dianggarkan kira-kira 500 orang ini akan berpusing seluruh Shah Alam sebagai "tanda amaran" untuk memberitahu orang awam bahawa kempen ini telah bermula sambil membunyikan hon.

selangor anti-zina event crowdKempen siri kali ketiga ini mempunyai 3 fasa, iaitu fasa pertama adalah majlis pelancaran oleh Menteri Besar, manakala fasa kedua pula akan bermula pada jam 8 malam hingga 2 pagi, melibatkan sukarelawan yang terdiri daripada NGO yang diketuai oleh Yayasan Amal Malaysia Cawangan Selangor akan mengedarkan risalah mengenai bahaya zina kepada masyarakat.

Antara NGO yang terlibat adalah Briged Amal, Angkatan Belia Malaysia (ABIM), Perkim (Selangor), Bakewanis dan lain-lain lagi.

Fasa ketiga bermula jam 2 pagi hingga 6 pagi, di mana akan menggempur beberapa lokasi dan premis yang telah dikenalpasti untuk diperiksa, kempen ini melibatkan semua jabatan dan agensi kerajaan, antaranya Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan lain-lain jabatan yang berkaitan dalam penguatkuasaan.

prostitution, desa mentari, police raidKempen Anti Zina merupakan salah satu aktiviti yang dirancang oleh Program Generasi Idaman Selangor (GeMS) yang merupakan satu program khusus yang diwujudkan di bawah Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan.


Khalid berkata kerajaan negeri sentiasa komited dalam menangani isu gejala sosial di Selangor apabila kempen seumpama ini dijalankan secara berterusan dari semasa ke semasa bagi mewujudkan persekitaran yang aman dan tenteram.

Operasi Valentine: 80 didakwa, 61 dikaunseling

Dalam serbuan bahagian penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di hotel bajet seluruh negeri pada malam hari kekasih, seramai 81 kes dibawa di mahkamah, 61 orang diberi kaunseling dan 60 lagi diarahkan beredar.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam JAIS Nurhamizah Othman, tindakan itu sebahagian daripada operasi dua fasa bagi memerangi kemungkaran di Selangor.

azlanFasa pertama, tambahnya, melibatkan kempen dan dakwah di taman rekreasi dan sekitar kawasan tasik di negeri itu.

Individu ditahan akan didakwa bawah Enakmen Jenayah Syarikah Negeri Selangor 1995 yang mana jika sabit kesalahan akan dikenakan dendan tidak melebihi RM3,000 atau dipenjaran tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.

Dalam kenyataannya hari ini, Nurhazimah juga berkata, operasi sembilan jam bermula jam 8 pada Ahad malam diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JAIS Mohd Rais Rashid.

Ia mendapat kerjasama majlis perbandaran tempatan dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan, tambahnya.

Pemuda PAS 'berlembut' pada malam Valentine

Walaupun terdapat kebimbangan berlaku 'tindakan keras' Pemuda PAS pada malam hari kekasih, perkara itu akhirnya tidak terjadi apabila anggota dewan itu hanya mengedarkan risalah dan memberi nasihat kepada pasangan yang ditemui.

Di Kuantan, sebanyak 3,000 risalah larangan berdua-dua tanpa mahram diedarkan di tiga lokasi berasingan di Kuantan sempena ekspedisi dakwah Pemuda PAS menjelang sambutan Hari Kekasih malam semalam.

nasrudin hassan tantawi pas youth leader interview 160609 04Ekspedisi anggota Pemuda PAS - dalam sepuluh kumpulan - diketuai oleh ketuanya Nasrudin Hassan (kanan) mula bergerak ke pantai Teluk Chempedak dan kawasan rekreasi di Taman Esplanade dan Taman Gelora di kawasan parlimen itu kira-kira jam 9.30 malam semalam.


Ekspedisi yang mengambil masa selama empat jam disertai kira-kira 60 anggota dewan itu dari Kuantan, Paya Besar, Indera Mahkota dan Pekan.

"Kita selalu ceramah dan beri kuliah, tetapi mereka bukan sasarannya kerana mereka tidak hadir. Kita turun dan menyampaikan risalah. Walaupun mengambil masa selama tiga minit, kita yakin ia berkesan sehingga ada (pasangan) yang mengucapkan terima kasih kepada kita," katanya Nasrudin ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

valentines day 200209 01Nasrudin berkata, risalah tersebut menasihatkan pasangan agar tidak terpengaruh dengan budaya asing seperti zina, sebaliknya memaparkan budaya Islam seperti menggalakkan perkahwinan dan keluar bertemu pasangan dengan ditemani mahram.

"Lebih kurang 60 peratus pasangan yang ditemui menerima risalah dan mendengar nasihat kita dan mengangguk.

"Ada sebahagiannya pula bersikap acuh tidak acuh sehingga mereka beredar sewaktu kita mendekati dan memperkenalkan diri. Apabila kita sampai untuk memberi risalah mereka terus beredar dan tidak berdua-duaan," katanya.

Kedah tidak anjur

Menurut Nasrudin, sebahagian besar pasangan bercinta kelihatan hadir ke tempat berkenaan selepas jam 12 tengah malam sehingga 1.30 pagi.

Tiada sebarang kekerasan dan insiden tidak diingini memandangkan peserta diingatkan sejak awal supaya tidak berkasar, tidak mencetuskan provokasi dan tidak terpengaruh dengan provokasi yang mungkin berlaku.

NONE
Pada 9 Februari, memetik Nasrudin, agensi berita antarabangsa AFP melaporkan bahawa negeri Pakatan Rakyat akan mengambil tindakan keras atau crackdown di negeri yang diperintahnya.




Sejak kenyataan itu disiarkan, Nasrudin menerima kritikan dan bidasan hebat dari pelbagai pihak termasuk rakan komponen parti Pakatan, termasuk DAP. Beliau bagaimanapun menafikannya.

Sementara itu, di Negeri Sembilan, Pemuda PAS negeri mengedarkan kira-kira 2,000 risalah kepada pasangan muda-muda di Dataran Senawang dan sekitarnya bermula pada jam 8 malam hingga 1 pagi diketuai setiausahanya Khairil Faizi Ahmad Kamil.

"Kita ambil konsep edar risalah dan memberi nasihat yang baik kepada pasangan yang ditemui. Saya percaya jika ambil pendekatan lembut, tidak (akan) ada tindakan kekasaran. Kita tegur dengan cara baik," katanya.

Sumber : U-Jam

Pandangan FARISZ@AZ.Com :

1. Tahniah kepada Kerajaan Selangor,Parti Islam Se-Malaysia (PAS),Ngo dan badan-badan yang menjayakan kempen tersebut.Syabas diucapkan dan semoga aktiviti tersebut diteruskan bagi membanteras gejala sosial.

2. Sebelum-sebelum ini Kerajaan Selangor telah menjayakan beberapa aktiviti yang lebih kurang sama seperti di malam tahun baru,semoga terus istiqomah memartabatkan.

3. Berharap semakin ramai anak muda membantu di dalam menjayakan kempen anti zina dan banteras gejala sosial tersebut.

4. Semoga aktiviti tersebut diteruskan dan dipromosikan kepada lebih ramai masyarakat untuk memupuk kesedaran pada masyarakat walaupun tidak mendapat "lesen" mempromosikan aktiviti melalui TV dan difitnah oleh media TV.

Wallahua'lam.

Program Ziarah Khairat & Ukhwah Fastabiqul Khairat U-jamV3.0




Hand-Out Rasmi Program Ziarah Khairat & Ukhwah Fastabiqul Khairat U-jamV3.0
TARIKH PROGRAM DITUNDA PADA 11-13 FEBRUARI 2011 HARAP MAKLUM .
Sila Print Out Dan hebahkan


ZIARAH KHAIRAT DAN UKHWAH ( KL – PATTANI)
JADUAL PROGRAM

11 FEBRUARI 2011 (JUMAAT)

NO MASA AKTIVITI LOKASI CATATAN :

1) 8.00PM SOLAT ISYAK / HAJAT MASJID NEGARA KL
2) 9.00PM PENDAFTARAN MASJID NEGARA KL
3) 9.30PM TAKLIMAT/DOA MASJID NEGARA KL
4) 10.00PM BERTOLAK KE BKH KL – BKH


12 FEBRUARI 2011 (SABTU)

NO MASA AKTIVITI LOKASI :

1) 5.00 AM IKTIKAF/PERSIAPAN / SOLAT SUBUH MASJID CHANGLUN , KEDAH
2) 7.00 AM PASSPORT/DOKUMENTASI / SARAPAN BUKIT KAYU HITAM
3) 8.00 AM BERTOLAK KE PATTANI BKH – PATTANI
4) 11.00 AM TIBA DI KG JABI NONGCHIK , PATTANI
5) 11.10 AM TA’RUF / CHECK -IN RUMAH REHAT KG JABI
6) 12.30 PM TAKLIMAT / SOLAT ZOHOR KG JABI
7) 2.00 PM KENDURI KAMPONG KG JABI
8) 2.30 PM MAJLIS MUZAKARAH PEMBINAAN MADRASAH
- UCAPAN WAKIL DAERAH PATTANI
- UCAPAN WAKIL PEMBINAAN MADRASAH
- UCAPAN WAKIL U-JAM
- SESI SOAL /JAWAB
- PENYERAHAN DANA WAKAF / KHAIRAT (MOCK CEK)
- SALAM UKHWAH KG JABI
9) 4.00 PM SOLAT ASAR / REHAT MASJID KG JABI
10) 4.30 PM PROGRAM AMAL U-JAM
- GOTONG ROYONG
- MENANAM POKOK TAPAK MADRASAH KG JABI
11) 5.30 PM SUKANEKA KAMPONG (UKHWAH) TAPAK MADRASAH KG JABI
12) 6.45 PM REHAT / PERSIAPAN DIRI RUMAH REHAT KG JABI
13) 7.20 PM SOLAT MAGHRIB/ ISYA’ MASJID KG JABI
14) 8.30 PM MAKAN MALAM TAPAK MADRASAH KG JABI
15) 9.30 PM U-JAM / MUZAKARAH MASJID KG JABI
16) 10.30 PM REHAT / SELAMAT MALAM RUMAH REHAT KG JABI


13 FEBRUARI AHAD

NO MASA AKTIVITI LOKASI CATATAN :

1) 5.30 AM SOLAT SUBUH / KULIAH MASJID KG JABI
2) 7.00 AM SENAMAN PAGI TAPAK MADRASAH
3) 7.30 AM SARAPAN PAGI TAPAK MADRASAH
4) 8.00 AM BERTOLAK KE MASJID KERISIK KG JABI – MASJID KERISIK
5) 9.00 AM IKTIKAF / SOLAT SUNAT DHUA MASJID KERISIK
6) 9.30 PM BERTOLAK KE MADRASAH NURUL HUDA MASJID KERISIK – MADRASAH NURUL HUDA
7) 10.00 AM ZIARAH /SALAM UKHWAH MADRASAH NURUL HUDA
8) 11.00 AM ZIARAH / SALAM UKHWAH UNIVERSITI ISLAM YALA
9) 1.00 PM ZIARAH / SALAM UKHWAH MADRASAH TAHFIZUL QURAN LIL BANAT
10) 2.00 PM SOLAT ZOHOR / MAKAN TENGAHARI DATARAN MADRASAH TAHFIZUL QURAN LILBANAT
11) 3.00 PM BERTOLAK KE MASJID TELUK MANOK (300 TAHUN) MTQL – MASJID TELUK MANOK
12) 3.45 PM IKTIKAF / ZIARAH / ASAR MASJID TELUK MANOK
13) 4.30 PM BERTOLAK KE PANTAI NARATHIWAT MTM – PANTAI NARATHIWAT
14) 5.30 PM TADABBUR ALAM / REHLAH PANTAI NARATHIWAT
15) 6.00 PM BERTOLAK KE RANTAU PANJANG P. NARA - RANTAU PANJANG
16) 7.00 PM PASSPORT / DOKUMENTASI RANTAU PANJANG
17) 8.00 PM MAKAN MALAM RANTAU PANJANG
18) 9.00 PM SOLAT / JAMA’ TAKHIR / DOA MASJID RANTAU PANJANG
19) 9.30 PM BERTOLAK KE KL / DESTINASI DESTINASI AHLI



HIMPUNAN 1,000 JIWA 1 HATI MENJELANG AMBANG TAHUN BARU 2011




Sila Sebarkan Banner Ini
Sila Sebarkan Banner Ini


Sila Sebarkan Banner Ini



Program himpunan 1,000 jiwa 1 hati anjuran JIM, JAWI, Raudhatus Sakinah dan Masjid Negara bermula jam 3.30 petang hari Jumaat 31 Disember 2010 hingga pagi 01 Januari 2011. Antara pengisiannya, program Talk Show, ABJZ Show, Qiamullail Perdana dan Persatuan Ulama Malaysia Wilayah Persekutuan (PUMWP) melalui unit LANDAS akan mengadakan Outreach Dakwah mendekati remaja dengan penuh kasih sayang, berhemah dengan penuh hikmah di sekitar Dataran Merdeka dan di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur menjelang jam 12.00 tengah malam. Aktivis Dakwah yang berminat sila berkumpul di Masjid Negara pada jam 11.00 malam pada 31 Disember 2010.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi :
Ustaz Yusri Yusof
Setiausaha Kerja PUM WP
013-6295605


OPS SAYANGI REMAJA TAHUN BARU 2011 MASIHI

Ops Sayangi Remaja Tahun Baru 2011 Masihi. Aktiviti menasihati remaja di malam tahun baru akan mengumpulkan seramai 1,000 orang aktivis dakwah lapangan anjuran Urusetia Menangani Gejala Sosial Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Pulau Pinang. Berkumpul di Taman Tun Dr. Awang, Pantai Bersih jam 7.00 malam tanggal 31 Disember 2010. Sebelum bergerak, akan di adakan taklimat dan pendekatan dakwah secara berhemah dengan penuh hikmah serta kasih sayang.

Sebarang maklumat boleh hubungi :
Nurfitri Amir Muhammad 013-7069509
PSU PUMPP


Majlis Kahwin Perdana 2010 Anjuran Kerajaan Negeri Kelantan


PENGKALAN CHEPA, 25.Dis – Buat julung kalinya melalui Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan, majlis Perkahwinan Perdana dengan melibatkan 100 pasangan berjaya diadakan hari ini dan berlangsung dengan penuh gilang gemilang.

Bermula dengan solat hajat bertempat di Masjid Besar Muhammadi oleh peserta lelaki dan diarak ke Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan(PUTIK), Pengkalan Chepa dengan menggunakan kereta Perodua VIVA serta diiringi oleh Kelab Motorsikal Klasik, Pengantin lelaki disambut oleh Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato’Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pimpinan kerajaan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita,Keluarga dan Kesihatan Wan Ubaidah Omar ketika menyampaikan ucapan aluan berkata program sebegini adalah membuktikan keperihatinan kerajaan kepada rakyat terutamanya kepada golongan yang memerlukan bantuan.

Melalui Perkahwinan secara beramai-ramai ini juga boleh menjimatkan belanja keluarga dan sebagai tanda keprihatinan tersebut, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM300 ribu bagi menjayakan program di samping penyediaan Mas Kahwin 1 Dinnar,Wang Tunai RM 500 dan senaskah Al-Quran.

Beliau juga berkata ia bagi menggalakkan perkahwinan di kalangan anak muda dan sekali gus dapat membawa kepada pembentukan masyarakat yang harmoni di negeri ini.

“Dengan terbinanya ikatan perkahwinan ini, diharapkan anak muda akan lebih terurus dan bermatlamat selari dengan tanggungjawab masing-masing”ujar beliau.

Sementara itu Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz ketika menyampaikan Khutbah Nikah secara serentak berkata ikatan perkahwinan ini adalah merupakan satu amanah dan ia tidak boleh dikhianati oleh pasangan yang berkahwin.

“Saya amat gembira bila melihat anak-anak muda sanggup berkahwin dan ini dapat mengelak dari melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh agama kita dna diharapkan kedua-dua pihak dapat menjalankan tugas sebagai suami dan isteri yang penuh bertakwa kepada Allah”kata beliau.

Nik Abdul Aziz juga berkata di zaman yang penuh dengan gejala sosial ini, kerajaan amat berharap agar ibu bapa memberi kebenaran kepada anak-anak yang sudan matang untuk mendirikan rumahtangga dan mereka ini akan lebih bertanggungjawab apabila mempunyai suami maupun isteri.

Majlis diserikan lagi dengan jamuan pengantin yang turut disertai oleh Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz sendiri dan pimpinan kerajaan negeri. -gegarkelantan














































Comment dari FARISZ@AZ.Com :

1. Tahniah kepada kerajaan negeri Kelantan kerana berjaya menganjurkan Majlis Kahwin Perdana 2010.
2. Semoga dengan langkah melaksanakan majlis tersebut mampu membantu dan memudahkan masyarakat Islam di dalam pengurusan majlis perkahwinan.
3. Di saat harga barang yang semakin meningkat dan berbagai alasan untuk berkahwin oleh golongan belia remaja maka dengan majlis tersebut mampu membantu belia remaja yang hendak berkahwin.
4. FARISZ@AZ.Com berharap majlis tersebut diteruskan pada masa akan datang dan juga berharap majlis tersebut turut dilaksanakan oleh kerajaan negeri yang lain,

Wallahua'lam.

JENTERA KEBAJIKAN MAHASISWA TURUN KE KEDAH




JENTERA KEBAJIKAN MAHASISWA TURUN KE KEDAH. MISI BANTUAN MANGSA BANJIR. SEMUA MAHASISWA DI JEMPUT TURUN. -MAHASISWA BERSAMA RAKYAT-

Sumber : Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia

Kahwin Perdana : RM100,000 Program Cepat Kahwin , KELANTAN.



KOTA BHARU, 9 Nov 10: Kelantan sekali lagi mencetus idea baru apabila menaja 100 pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan sempena program Kahwin Perdana 2010, 25 Disember ini. Program itu akan diadakan di Dewan Besar Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik).

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan, Wan Ubaidah Omar berkata, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM100,000 bagi membantu belia-beliawanis kurang berkemampuan mendirikan rumahtangga.

”Selain itu kerajaan memperuntukkan sebanyak RM100,000 lagi untuk majlis kenduri selepas majlis akad nikah diadakan,” katanya pada persidangan media di sini hari ini.

Wan Ubaidah berkata, program itu diharap dapat memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kebaikan dan ganjaran bagi mempercepatkan perkahwinan. Oleh itu beliau berharap program Kahwin Perdana akan menjadi dorongan kepada muda-mudi yang ingin berkahwin tetapi kurang berkemampuan.

Mereka yang berminat boleh hubungi:
Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan
di talian 09 7476568 atau 013-9846913
atau 013 – 6946911.
Tarikh tutup 15 November ini

Design by FARISZ@AZ.Com