.
Promosi
.

Bertimbang Rasa Dengan Orang Bawahan

Diriwayatkan daripada Abu Dzar R.A : “Aku mencerca seseorang dengan memanggil ibunya dengan sapaan yang buruk. Nabi Muhammad SAW bersabda kepada ku : ” Ya Abu Dzar! Apakah kau mencaci maki seseorang dengan menyeru ibunya dengan sapaan yang buruk? Dalam diri mu masih tertinggal sifat-sifat Jahiliah. Pembantu-pembantu mu adalah juga saudara-saudara mu dan Allah menempatkan mereka di bawah perintah mu. Maka sesiapapun yang saudaranya di bawah perintahnya harus diberi makanan yang sama dengan yang ia makan dan diberi pakaian yang sama dengan yang ia pakai. Jangan suruh mereka mengerjakan pekerjaan di luar kemampuannya dan apabila kamu terpaksa melakukannya, bantulah mereka”. (Riwayat al-Bukhari) Penerangan : Komunikasi dua hala seharusnya berlaku antara majikan dan orang bawahan. Seseorang...

Sebaik-baik Orang Yang Berhijrah

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr r.a : “ Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang maksudnya : ” Seorang Muslim adalah orang yang tidak merugikan Muslim lainnya dengan lidah, mahupun dengan kedua tangannya. Dan seorang Muhajir (orang yang berhijrah) adalah orang yang meninggalkan semua larangan Allah SWT”. (Riwayat al-Bukhari) Penerangan: Hijrah mengandungi hikmah yang besar sekali peranannya dalam pembangunan ummah. Suatu kumpulan masyarakat tidak akan menjadi baik jika setiap individu yang ada di dalamnya telah rosak kerana kumpulan masyarakat itu bergantung kepada individu itu sendiri. Oleh itu hijrah amat ditekankan di dalam al-Quran dan disebutkan sebanyak lebih 28 kali di dalam berbagai bentuk dan makna. Dengan hijrah, hati, perkataan dan perbuatan kita akan menjadi bersih dari...

Punca Segala Bencana

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah S.A.W bersabda : ”Kelak bumi akan memuntahkan jantung hatinya berupa tiang-tiang emas dan perak. Maka datanglah seorang pembunuh seraya berkata : ”Kerana inilah aku jadi pembunuh. Kemudian datang pula si perompak, lalu berkata : ”Kerana inilah aku putuskan hubungan silaturrahim. Kemudian datang pula si pencuri seraya berkata : ”Kerana inilah tanganku dipotong” Sesudah itu mereka tinggalkan sahaja harta kekayaan itu, tiada mereka mengambilnya sedikitpun”. (Muslim) Penerangan : Lazimnya manusia mencari kekayaan dan harta benda. Malah kadangkala kerana gila mengejar harta dunia, manusia terpengaruhi oleh hawa nafsu dan bisikan syaitan sehingga ada yang sanggup berbunuh-bunuhan, merompak dan memutuskan silaturrahim. Dunia dicipta untuk menguji manusia...

Hamas Kutuk Pengeboman Rakyat Libya Oleh Pesawat.

Rabu , 23/02/2011 – Hamas mengutuk dan menolak tegas tindakan rejim Libya menyerang rakyat Libya yang keluar untuk demonstrasi aman, di samping mensasarkan dan mengebom mereka menggunakan pesawat tentera, kereta kebal, dan mengganas dengan dahsyat, menyebabkan ratusan syahid dan ribuan cedera. Hamas dalam kenyataan pada hari Isnin (21 Februari) memberi respon terhadap perkembangan situasi Libya sebagai, “barisan para pejuang Palestin, bangsa Arab dan Muslimin, dan seantero dunia mengutuk pembunuhan besar-besaran yang dilakukan oleh rejim Libya. Kami juga menyeru kebebasan untuk rakyat Libya.” Para saksi melaporkan pesawat tentera kepunyaan Presiden Libya, Mu’ammar Gadaffi, melancarkan serangan bertubi-tubi ke arah jutaan para pendemonstrasi di sepanjang Jalan Shat, yang menghubungkan ibu...

Ikhwan Muslimun tubuh “Parti Kebebasan dan Keadilan” atau dalam bahasa arabnya "Huriya wa Adala"

KUALA LUMPUR, 23 Feb : Pembangkang terbesar Mesir, Ikhwan Muslimin menubuhkan parti politik mereka bernama “Parti Kebebasan dan Keadilan” atau dalam bahasa arabnya "Huriya wa Adala" bagi bertanding pada pilihan raya umum negara itu nanti. Keputusan tersebut diumumkan oleh Mursyid Am gerakan itu, Dr Muhammadd Badie pada satu sidang akhbar semalam dan kenyataan tersebut turut disiar pada laman web rasmi pertubuhan itu. Muhammadd Badie berkata, keputusan menubuhkan parti tersebut bukanlah perkara baru, bahkan ia adalah keputusan Majlis Syura sejak dahulu yang memutuskan bahawa jemaah Ikhwan Muslimin akan menubuhkan sebuah parti politik...

400 Maut di LIBYA, Ghaddafi Belum Mengalah

Dibandingkan presiden Tunisia, Mesir atau Yaman, kekuasaan Muammar Gaddafi di Libya jauh lebih panjang. Gaddafi berkuasa sejak dia berhasil melakukan kudeta di Libya pada tahun 1969 hingga hari ini. Gaddafi belum menunjukkan tanda-tanda untuk "mengalah" pada tuntutan rakyatnya, meski korban sudah berjatuhan. Penguasa Libya yang "nyentrik" itu tidak segan-segan mengerahkan pasukan militernya untuk meredam aksi protes. Bahkan, ia khabarnya memerintahkan para juruterbang pesawat tempurnya untuk menembaki penunjuk perasaan antipemerintah. Jumlah korban maut dalam ketegangan politik di Libya sudah mencapai 400 orang dan ribuan pengunjuk rasa lainnya mengalami kecederaan. Gaddafi pun mulai kehilangan dukungan dari dalam pemerintahannya sendiri. Duta Besar Libya di Malaysia, mengutuk tindakan...

Christchurch Seperti Zon perang

KUALA LUMPUR 22 Feb. - Seperti zon perang. Itulah gambaran yang diberi pelajar Malaysia di Christchurch, New Zealand selepas gempa bumi dengan kekuatan 6.3 melanda wilyah itu hari ini. "Keadaan seperti kena bom dan seolah-olah berada di zon perang. Saya tercampak beberapa meter dari tempat bekerja hingga menyebabkan kaki saya lebam teruk serta kasut koyak,” kata Abdullah Mohd Nawi ketika dihubungi Bernama. Pelajar ijazah Doktor Falsafah (PhD) Universiti Canterbury itu berkata, beliau sempat berlindung di bawah meja bagi mengelakkan dihempap oleh benda yang jatuh. "Sebaik keluar dari bangunan itu, saya agak hilang arah dan tidak tahu hendak ke mana, rasa takut jangan cakaplah apatah lagi apabila melihat keadaan sekeliling orang berlari-lari untuk selamatkan diri serta bunyi siren bomba,...

390 pelajar MALAYSIA di Christchurch selamat

KUALA LUMPUR : Kesemua rakyat Malaysia termasuk 390 pelajar yang berada di Christchurch, New Zealand dilaporkan berada dalam keadaan selamat selepas gempa bumi kuat melanda bandar raya itu hari ini. Timbalan Menteri Luar, Senator A Kohilan Pillay ketika dihubungi berkata, pegawai di kedutaan Malaysia di Wellington telah diarahkan ke Christchurch untuk memantau keadaan di sana. Usaha menghubungi para pelajar Malaysia di sana gagal kerana bandar raya itu dilaporkan mengalami gangguan telefon dan bekalan elektrik akibat gempa bumi berukuran 6.3 pada skala Richter. Ini adalah kali kedua bandar raya itu dilanda gempa bumi dalam tempoh enam bulan, selepas kali pertama pada September lalu di mana gempa berukuran 7.1 pada skala Richter mengakibatkan kerosakan serius kepada bangunan dan jambatan.-...

Ikhwan Muslimun Mahu Kabinet Mesir Serba Baru

KAHERAH : Pertubuhan Ikhwanul Muslimin Mesir menolak cadangan rombakan kerajaan semalam, sebaliknya menggesa pihak berkuasa mengetepikan saki-baki menteri Kabinet lama dilantik Hosni Mubarak. Kelmarin, junta tentera menamakan beberapa tokoh yang tidak disenangi Hosni menduduki jawatan dalam kerajaan. Bagaimanapun, jawatan penting seperti Menteri Pertahanan, Menteri Luar, Menteri Keadilan, Menteri Dalam Negeri serta Menteri Kewangan kekal di tangan tokoh lama. Pada masa sama, junta tentera menyatakan, perlembagaan baru bagi membolehkan pilihan raya umum diadakan dalam tempoh enam bulan hampir siap. Perintah darurat akan ditamatkan sebelum pilihan raya berkenaan. Pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin, Essam el-Erian, berkata rakyat mahukan Kabinet yang baru sepenuhnya dan tidak mempunyai sebarang...

LIBYA Akan Bermandi Darah

ANCAMAN KEGANASAN...Saif al-Islam ketika berucap melalui televisyen Libya di Tripoli, semalam. TRIPOLI : Anak pemimpin Libya, Saif al-Islam Gaddafi, memberi amaran negara itu berdepan dengan perang saudara dan ‘sungai darah’ ketika keganasan pihak berkuasa masih gagal mengekang kebangkitan rakyat, semalam. Ketika Saif al-Islam menjanjikan pelaksanaan reformasi di Libya dan menuduh kebangkitan rakyat didalangi kuasa asing, bunyi tembakan berterusan di jalan raya Tripoli. Pertubuhan hak asasi manusia, Human Rights Watch (HRW), menyatakan jumlah korban protes antikerajaan meningkat kepada 233 orang. Kata Saif al-Islam, 38, Libya kini berada di persimpangan. “Jika kita tidak bersetuju mengenai reformasi hari ini, sungai darah akan mengalir di seluruh Libya,” katanya melalui ucapan disiarkan...

Presiden YAMAN Tolak Desakan Letak Jawatan

ANAA 21 Feb. - Presiden Yemen, Ali Abdullah Saleh, hari ini menolak tuntutan supaya beliau meletakkan jawatan, sebaliknya berikrar hanya kekalahan dalam pilihan raya akan memaksa beliau berundur. Saleh menyifatkan protes meluas menentang rejimnya sebagai perbuatan provokasi yang tidak boleh diterima, meskipun beliau mengulangi seruan supaya rundingan diadakan dengan penunjuk perasaan. "Jika mereka mahu saya meletakkan jawatan, saya akan berundur hanya dengan kekalahan di peti undi," kata Saleh pada satu sidang media di sini, sementara beribu-ribu penunjuk perasan termasuk ahli Parlimen pembangkang berhimpun di luar Universiti Sanaa untuk mendesak beliau berundur. Selepas protes selama seminggu setengah yang telah meragut sembilan nyawa, Saleh berkata, beliau mengarahkan tentera menembak...

Afghanistan : 40 Maut Serangan Berani Mati

JALALABAD, Afghanistan 20 Feb. - Seramai 40 orang dilaporkan terbunuh dalam satu kejadian serangan berani mati di timur Afghanistan semalam, kejadian terburuk dalam tempoh lapan bulan lalu. Tujuh lelaki bersenjata dan pengebom berani mati memakai seragam polis sempadan menyerang pejabat sebuah bank persendirian, Kabulbank di bandar Jalalabad yang mencetuskan insiden berbalas-balas tembakan selama beberapa jam. Jumlah kematian yang dilaporkan semalam adalah seramai 18 orang. Namun hari ini, gabenor wilayah Nangarhar, Gul Agha Sherzai berkata, seramai 40 orang terbunuh kebanyakannya anggota tentera dan polis Afghanistan. Jalalabad adalah ibu negeri Nangarhar. Bank tersebut mungkin telah dipilih sebagai sasaran pemberontak kerana menguruskan pemberian gaji untuk pasukan keselamatan Afghanistan. Menurut...

MAGHRIBI Negara Baru Sertai Protes

RABAT, Maghribi 20 Feb. - Maghribi negara terbaru di Afrika utara menyertai protes anti kerajan hari ini apabila beribu-ribu penduduk negara ini mengadakan perhimpunan secara besar-besaran di seluruh negara untuk menuntut Raja Mohammed melepaskan sebahagian kuasanya kepada sebuah kerajaan baru yang dipilih rakyat dan menjadikan sistem kehakiman lebih bebas. Protes jalanan itu, dilancarkan oleh Gerakan Perubahan 20 Februari yang telah menarik 19,000 peminat di Facebook setelah mendapat inspirasi daripada pemberontakan di Mesir dan Tunisia. Mereka juga menuntut Mohammed supaya memecat kerajaan campuran dan membubarkan Parlimen. Di YEMEN, Penyokong Presiden Yemen, Ali Abdullah Saleh cuba menyuraikan demonstrasi oleh penentang kerajaan, hari ini dan turut melepaskan tembakan semasa kekacauan...

LIBYA : Ulama' Seru Hentikan Pembunuhan

TRIPOLI 20 Feb. - Para Ulama dan ketua kabilah Libya menggesa pasukan keselamatan negara ini menghentikan pembunuhan orang awam dalam kekacauan yang tercetus ekoran protes yang semakin meningkat mencabar kuasa pemimpin veteran, Muammar Gaddafi dengan angka korban dilapor mencecah 200 orang. Pasukan keselamatan Libya menembak mati berpuluh-puluh penunjuk perasaan antikerajaan di bandar raya Benghazi, timur negara ini dalam keganasan terbaru malam tadi, lapor stesen televisyen Al-Jazeera. Pertumpahan darah itu mendorong kira-kira 50 ulama dan ketua kabilah mengeluarkan rayuan kepada pasukan keselamatan, selaku orang Islam, supaya menghentikan pembunuhan. "Rayuan penting ini datang daripada para ulama, golongan cendekiawan dan ketua-ketua kabilah dari Tripoli, Bani Walid, Zintan, Jadu, Msalata,...

Menjauhi Perbuatan Yang Mendatangkan Bahaya

Rasulullah S.A.W bersabda : "Sesungguhnya syaitan ada baginya bisikan ke hati anak Adam, dan Malaikat juga ada bisikannya; ada pun bisikan syaitan itu ialah galakannya supaya seseorang melakukan kejahatan dan mendustakan kebenaran, dan bisikan Malaikat pula ialah galakannya supaya seseorang mengamalkan kebaikan dan meyakini kebenaranya; oleh itu sesiapa yang terasa bisikan yang baik, maka hendaklah ia mengetahui bahawa perkara itu dari Allah, serta hendaklah ia bersyukur kepada Allah, dan sesiapa yang terasa bisikan yang satu lagi maka hendaklah ia meminta perlindungan Allah dari angkara syaitan". (Ibn Mas'ud r.a)  Penerangan : 1. Setiap manusia mempunyai lintasan hati yang berlainan kerana berlainan sebabnya. 2. Satu daripada jenis lintasan itu adalah lintasan yang dibawa oleh malaikat...

Khutbah Jumaat Dr Al Qardhawi di Tahrir Square : "Revolusi Belum Selesai"

Ulama' Muslim berpengaruh iaitu Syeikh Dr Yusuf al-Qardhawi mendesak para pemimpin Arab untuk mendengarkan jeritan rakyat mereka dan mengakui wilayah mereka telah berubah, dalam khutbah Jumaat yang diadakan di ibu kota Mesir Tahrir Square pada 18 Februari 2011. "Dunia telah berubah, dunia telah berkembang dan dunia Arab juga telah berubah di dalamnya," kata Syeikh Dr al-Qardhawi, seorang Ulama' kelahiran Mesir yang tinggal di Qatar. "Jangan menghalangi rakyat," kata Qardhawi, memberi pesan peringatan kepada para pemimpin dunia Arab. "Jangan mencuba untuk memimpin mereka dengan kata-kata kosong. Lakukanlah dialog yang nyata dengan mereka." "Jangan biarkan orang lain mencuri revolusi ini dari anda - orang-orang munafik yang akan memasang wajah baru yang sesuai dengan mereka," katanya, berbicara...

Israel Beri Amaran Kepada Iran

BAITULMAQDIS 17 Feb. - Israel memberi amaran kepada Iran dan pergerakan Hezbollah supaya tidak cuba mencabarnya dan menuduh Teheran bersiap sedia untuk menghantar kapal perang ke Mediterranean ketika militia Lebanon mengancam untuk menawan utara Israel. Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman berkata, Israel tidak akan mengambil ringan berhubung rancangan pelayaran dua kepal perang Iran melalui Terusan Suez ke Mediterranean untuk ke Syria dan Menteri Pertahanan Israel itu menyifatkannya sebagai tindakan 'permusuhan'. Menurutnya, kehadiran kapal perang Iran di kawasan itu adalah sesuatu yang tidak pernah berlaku selama beberapa tahun dan ia adalah satu 'provokasi'. Bagaimanapun Pihak Berkuasa Terusan Suez berkata, mereka tidak ada menerima sebarang permintaan daripada Iran untuk membenarkan...

Kerajaan Selangor perluas kempen anti zina, banteras gejala sosial

Bismillahirrahmaanirrahiim. Rentetan kejayaan Kempen Anti Zina siri satu dan dua sebelum ini telah membuatkan kerajaan negeri Selangor meneruskan kempen tersebut sehinggalah isu gejala sosial yang melanda masyarakat dapat dibanteras, lapor TV Selangor. Menurut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, sejak kempen ini diperkenalkan oleh kerajaan negeri, ia telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelbagai pihak. "Saya berasa amat gembira apabila diberitahu sambutan anti zina kedua yang diadakan pada malam sambutan tahun baru yang sama, amat menggalakkan, telah berjaya mengumpulkan lebih daripada 5,000 sukarelawan,"...

Keistimewaan Memeluk Islam

Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a : ” Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : ” Apabila seseorang memeluk agama Islam dengan ikhlas, Allah akan mengampunkan semua dosa-dosanya di masa lalu. Kemudian setelah itu mulai diadakan perhitungan, pahala untuk setiap perbuatan baik yang dilakukannya dilipat gandakan sepuluh sampai tujuh ratus kali ganda sedangkan setiap dosa yang dilakukannya akan dicatat sebanyak dosa yang dilakukannya kecuali apabila Allah mengampunkannya”. (Riwayat al-Bukahri)Penerangan : Mualaf ialah orang yang baru berjinak-jinak Islam. Dari segi bahasa mualaf bererti lemah. Istilah ini lalu disandarkan kepada mereka yang baru saja memeluk Islam dan masih lemah pemahamannya tentang Islam. Kebanyakan daripada kita tidak memahami keperluan mualaf. Mualaf sebenarnya...

Tentera Mesir Bubar Parlimen Mesir dan Perlembagaan Mesir Di Gantung

Bismillahirrahmaanirrahiim. KAHERAH, 14 Feb: Pemerintah Tentera Mesir telah membubarkan parlimen dan menggantung perlembagaan negara itu, dalam pengumuman perubahan drastik demokrasi negara itu. Ianya dibuat berdasarkan refrendum popular yang diterima mereka. Dalam pengumuman terbaru mereka semalam, pemimpin tentera yang menjalankan pemerintahan sementara selepas Hosni Mubarak dijatuhkan, berkata mereka akan memerintah Mesir dalam tempoh enam bulan atau sehingga pilihan raya parlimen dan presiden baru diadakan. Mereka juga memaklumkan, Perdana Menteri, Ahmed Shafik akan terus mengetuai kerajaan sementara Mesir. Perkembangan terbaru itu memberi harapan baru buat rakyat Mesir yang masih lagi meneruskan protes mereka hari ini. Difahamkan beberapa orang daripada mereka ditangkap apabila bertembung...

Hosni Mubarak Meletakkan Jawatan

Bismillahirrahmaanirrahiim. Hosni Mubarak, Presiden Mesir, telah meletak jawatan dan menyerahkan kuasa kepada Majlis Tertinggi Tentera. Omar Suleiman, Naib Presiden Mesir, mengumumkan bahawa ia meletak jawatan dan memberi kuasa kepada Majlis Tertinggi Tentera. Kenyataan ringkas Suleiman disambut dengan laungan persetujuan dan dengan perayaan nyanyian dan mengibarkan bendera dari kerumunan ratusan ribu di Kaherah Tahrir Square, juga oleh juru kempen pro-demontrasi yang menghadiri protes di seluruh Mesir pada hari Jumaat. Para demontrasi di Tahrir melaungkan "Kami telah menjatuhkan rejim", sementara banyak terlihat menangis, bersorak dan memeluk satu sama lain. Mohamed ElBaradei, pemimpin pembangkang, mengatakan bahawa saat ini sebagai "hari terbesar dalam hidup saya", dalam komen kepada agensi...

Kelebihan Sayidina Umar Dalam Ilmu Agama

Diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a : ” Rasulullah SAW pernah bersabda : ” Di dalam tidur ku, aku melihat mangkuk penuh susu diberikan kepada ku dan aku meminumnya hingga membasahi sebahagian jemari ku. Kemudian aku memberikan sisanya kepada Umar bin al-Khattab.” (Para sahabat nabi SAW bertanya : ” Apakah tafsiran anda (terhadap mimpi itu) ya Rasulullah SAW? Nabi SAW menjawab : ” Itulah ilmu (agama)”. Penerangan : Orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang tafaqquh (mendalam ilmu agamanya). Dalam hal ini cuba kita renung sejenak tentang kisah Sayidina Umar Al Khattab RA. Beliau adalah orang yang paling disegani dan paling digeruni semasa zaman jahiliah. Demikian juga setelah beliau memeluk Islam, beliau tetap disegani dan ditakuti termasuk syaitan sendiri. Apakah rahsianya Sayidina...

Ikhwan Muslimin Tarikh Diri Dari Berbincang,Husni Mubarak Mesti Berundur

Pembangkang menolak tawaran bergabung dalam pakatan dalam perbincangan bagi membentuk kerajaan baru Mesir dan terus mendesak supaya Hosni Mubarak berundur. Naib Presiden, Omar Suleiman sebelumnya, telah bersetuju untuk berunding dengan kumpulan pembangkang, termasuk parti yang diharamkan, Ikhwan al-Muslimin, tetapi rundingan itu dikatakan tidak mencapai sebarang persetujuan konkrit berhubung penyelesaian krisis. Kebangkitan dan penentangan rakyat terhadap rejim 30 tahun Hosni Mubarak yang bermula 25 Januari lalau, kini memasuki minggu kedua. Dataran Tahrir di tengah Kahirah, masih menjadi tumpuan dan menyaksikan ribuan rakyat Mesir tidak berganjak...

Nikah Tebus Hutang Karpet?

Bismillahirrahmaanirrahiim. ALOR SETAR: “Disebabkan ibu tak mampu membayar hutang karpet kira-kira RM3,000, saya terpaksa berkahwin dengan lelaki Pakistan yang menjual permaidani itu untuk melangsaikan hutang.“Namun, selepas berkahwin pada Mac lalu, baru saya tahu dia tidak jujur kerana selepas enam bulan, suami meninggalkan saya tanpa khabar berita,” kata seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Hashimah, 29. Dia yang kesal berkahwin dengan Mat Karpet itu berkata, semuanya bermula selepas ibunya membeli empat helai karpet daripada lelaki asing itu, tiga tahun lalu.“Ibu saya beli secara bayaran ansuran RM30 sebulan, itu pun jika...

Pesanan Buat Si Dia

Sila hentikan video lagu blog seandai ingin melihat video entry bl...

Rakyat Mesir wajib turun ke jalan raya, peserta demonstrasi mati syahid : Al-Qardhawi

Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Syaikh Yusuf al-Qardhawi menyifatkan Presiden Mesir, Husni Mubarak sebagai ‘mula menyembelih rakyatnya sendiri’ selepas tercetusnya pertempuran berdarah antara penyokong presiden Mesir itu dan para peserta demonstrasi pada Rabu, 2 Februari 2011 di Medan Tahrir. Beliau disifatkan sedemikian kerana pertempuran itu berlaku selepas 9 hari majoriti rakyat Mesir berdemonstrasi menuntut pengunduran Husni Mubarak daripada kerajaan. Mubarak, menurut al-Qardhawi lagi “telah mula menyembelih tanahairnya sendiri dan bertindak seperti tindakan Firaun serta menjadikan sebahagian rakyat Mesir berkuasa ke atas sebahagian yang lain”.Syaikh al-Qardhawi turut berdoa supaya Allah membebaskan rakyat Mesir daripada penderitaan mereka dan membebaskan mereka daripada...

Kelantangan, keberanian dan ketegasan al-Qardhawi berkaitan Isu Mesir

Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Syaikh Yusuf Qardhawi menyeru Presiden Mesir, Husni Mubarak berundur 'dengan kedua-dua kakinya' secara sukarela, sebelum beliau diundurkan secara paksa. Al-Qardhawi menyifatkan regim Husni Mubarak sebagai tidak sedar, tidak faham, buta, pekak. Beliau berkata kepada Husni Mubarak melalui siaran satelit al-Jazeera “berundurlah wahai Mubarak andainya di dalam hati kamu ada sebesar zarah sifat rahmat (kasihan belas) atau dalam kepala kamu sebesar zarah fikiran”. Dalam masa yang sama, beliau meminta Mubarak kasihankan dirinya dan keluarganya, kerana jika pemerintahan itu satu ghanimah (harta rampasan),maka sudah cukup untuk Mubarak memerintah selama 30 tahun. Sekiranya ia merupakan satu bebanan, 30 tahun juga sudah memadai untuk...

NAMA PETUGAS EVAKUASI DI KAWASAN SELAIN KAHERAH

Kepada ibubapa atau keluarga pelajar-pelajar/ warga Malaysia yang berada di kawasan-kawasan selain Kaherah mohon untuk berhubung dengan petugas-petugas Kedutaan di talian berikut untuk tujuan logistik evakuasi : MANSURAHZAHIMI (PI) TEL : 002 015 233 944 63AZIZI (MEDIC) TEL : 002 014 813 3396/HABIB BAKRI (MEDIC) TEL : 002 014 628 1186 TANTASULAIMAN (PI) TEL : 002 014 595 5287ZULKIFLI (MEDIC) TEL : 002 014 782 3824 ZAQAZIQ & TAFAHNALUKMAN (PI) TEL : 002 011 123 5115BUKHARI (MEDIC) TEL : 002 011 614 1548 DUMYATZULFADLI (PI) TEL : 002 014 667 4288 DAMANHUR & DASUK & ITAI BARUTABDUL MU’MIN (PI) TEL : 002 011 185 6474 SYIBIN AL-KUMREDWAN (PI) TEL : 002 011 367 8371 ISKANDARIAHPN. NORZAKIAH ZAIDON (EM EGYPT) TEL : 002 014 584 4474HJ. ISHAK (MARA) TEL : 002 011 693 4...

Pages 381234 »
Design by FARISZ@AZ.Com