.
Promosi
.

Bila Pak Wahab Di Fitnah Merempit

Bismillahirrahmaanirrahiim.

ABDUL WAHAB menunjukkan saman yang diterima di samping motosikal jenis Honda 70cc di rumahnya di Kampung Telok Durian, Kupang, Baling semalam.

BALING - Seorang guru agama yang uzur terkejut apabila menerima saman atas kesalahan menunggang motosikal secara laju di Kilometer 46, Jalan Alor Setar Butterworth tiga tahun lalu.

Abdul Wahab Tampal, 65, yang hanya mampu menunggang motosikal sejauh tidak sampai lima kilometer itu mendakwa dikenakan saman menggunakan motosikal berkuasa di antara 90 hingga 250 kuasa kuda.

Guru agama ini juga hanya menggunakan motosikal Honda 70cc sahaja dan tidak pernah ke mana-mana dengan motosikal itu kecuali ke masjid atau rumah saudara terdekat.

"Saya hanya menunggang motosikal buruk ini di sekitar kampung ini sahaja," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Telok Durian, Kupang dekat sini semalam.

Abdul Wahab didakwa menunggang motosikal jenis Honda bernombor Plat PCV 9314 melakukan kesalahan itu pada 10 September 2008 kira-kira pukul 7.30 pagi.

Sumber :  Kosmo Online

Pandangan FARISZ@AZ.Com :

1. Menjadi persoalan adalah mengapa saman tersebut baru ditunjukkan sedangkan tarikh saman adalah lebih 2 tahun lepas.

2. Adalah tidak munasabah seseorang yang memandu Honda 70cc di saman atas memandu motosikal 90 sehingga 250 kuasa kuda.Malah tidak munasabah seseorang yang uzur di saman atas pemanduan motosikal berkuasa tinggi.

3. Ramai pihak yang mendapat saman yang tidak munasabah,harap perkara tersebut di selesaikan dan saya mencadangkan pembaca menyertai Kempen Anti Saman Ekor (KASE) untuk mendapatkan nasihat dan cara penyelesaian berkaitan saman.

Wallahua'lam.
 

3 ulasan:

storyfromme said...

kalau fikir logik memang klaka la.sian pokcik tu :p

Raden said...

abg n ayah sy pon penah dapat saman yg pelik2..bile semak tempat dan tarikh ..cam tak penah pegi...

Ct Aja said...

kecian plak pak cik ni.... mangsa keadaan...

Design by FARISZ@AZ.Com