.
Promosi
.

Penghinaan terhadap kejadian Tsunami di Jepun oleh Berita Harian mendapat reaksi CNN

Bismillahirrahmaanirrahiim.


Jika dilihat pada gambar tersebut ia menunjukkan gambar Ultraman lari dari ombak besar. Ultraman sinonim dengan masyarakat Jepun kerana ia merupakan cerita yang amat popular di Jepun lebih-lebih lagi cerita Ultraman adalah produk keluaran dari negara Jepun.

Gambar ini berkait dengan Jepun bukanlah semata-mata kerana gambar Ultraman tetapi adalah gambar ombak kerana Jepun sekarang dilanda Tsunami.Gambar tersebut dikira menghina negara Jepun dan telah ada dilaporan CNN . Bagi penulis sepatutnya Berita Harian tidak menyiarkan artikel tersebut sebab kejadian bencana yang sedang berlaku di Jepun sekarang bukanlah suatu yang perlu dijenaka kan tetapi perlu simpati.

Walaupun pihak Berita Harian telah memohon maaf atas kecuaiannya (Berita Harian memang selalu cuai) di dalam menyiarkan artikel tersebut yang dilihat tanpa mempedulikan sensitivi pelbagai pihak namun laporan dan artikel tersebut telah tersebar luas melalui CNN dan telah mencatatkan telah lebih 10000 pembaca melihat artikel laporan di CNN tersebut.

Bagi penulis,Berita Harian perlu ingat pepatah moden iaitu "Terlajak kereta boleh U-turn,terlajak pena buruk padahnya".

Wallahua'lam.

9 ulasan:

Raden said...

sape yg lukis?? sape yg meluluskn??
tak pasal2 1 Malaysia yg dapat name buruk!
gua marah nie!
AWAK YANG MANIS

Nora Shahaira said...

tu la ..bila dah biasa cakap ikut sedap mulut, selalu hidup sindir menyindir, kan nilai sensitiviti dah kurang..buat malu la weh..

transformed housewife said...

Salam,

Sy pembaca senyap (silent reader) blog ini. Hari ini tergerak nak komen sbb isu ini. Mmg tak sepatutnya BH menyiarkan kartun yg lansung tak lawak tu. Tak sangka sampai ke pengetahuan CNN.

Anonymous said...

Pengarang berita harian kena bertanggungjawab pasal hal ni,sebab kecuaian dia,hbs nama malaysia terpalit buruk,ni la dikatakan lidah pengarang tp bongok rupanyer,igtkan cerdik.aku pembaca berita harian sejak zaman aku celik mata,skrg aku dh tawar ht n malu nk jd pelanggan setia..rasa2 nk tukar paper lain plak esok.

Cik SCC said...

ha,,yg lukis tu satu hal..
sape suh gmbr tu diluluskan??

tak ke malu namenye tuh

Suzie Yusof Mohamed said...

Kata masyarakat Malaysia penuh sensitiviti..
Budu tull

Anonymous said...

Saya tertarik dengan komen-komen yang diberikan..tetapi adakah kita menilainya kartun itu dari sudut yang lebih jauh dan positif yang ingin dilukis oleh pelukis kartun itu?..Saya tidak menyokong pelukis atau pemberi-pemberi komen di blog ini..tapi bagi saya secara tak langsung sebenarnya mengingatkan kembali tentang keangkuhan Jepun dalam menjajah dan cuba melawan FITRAH ALLAH..dengan penciptaan KLON Manusia & binatang dimana ada yang ada telah berjaya. Niat utama saintis-saintis jepun ini ialah penciptaan KLON Manusia. Jika berjaya, ia akan menjadi dan menjana HASIL yang terlalu lumayan..Bayangkan si suami tidak akan rasa sedih dengan kematian isterinya kerana telah disediakan KLON yang bakal menggantikan isteri yang lepas dengan rupa paras yang sama..begitu juga yang berlaku kepada isteri yang kematian suami. Malapetaka ini akan membuatkan manusia tidak akan ada rasa sedih dan belas kasihan lagi dah dalam diri mereka.ULTRAMAN ada Tuhan bagi orang JEPUN. Cuba bertanyakan pada diri tuan/puan...APAKAH SEBENARNYA AGAMA ORANG JEPUN?...Jadi janganlah kita cepat melatah..Janganlah cepat menuding jari..jangan merasakan diri kita ini hebat dan betul..Kalau kita dapati seseorang itu melakukan kesilapan..sebagai seorang yang berpegang teguh agama Islam..hendaklah kita menasihatinya..terangkan kesilapan beliau..menyuruh beliau bertaubat. Tapi ini lah realiti orang melayu kita sekarang ini..ramai yang merasakan diri mereka hebat dan pandai dan celik..tapi sebnarnya masih kekurangan ilmu untuk berbicara. BERTAUBATLAH..dan aturlah kata-katamu dengan baik supaya mendapat rahmat.

Ismi Azraf said...

To Anonymous March 17, 2011 10:40 AM

Nasihat saya pada anda jadilah manusia yang berani menonjol diri ketika ber"comment" dan bukan sekadar mengkritik sesuatu blog.

"Melontar batu sembunyi tangan" adalah ciri-ciri munafik.

Bukan saya tidak berlapang dada atas kritikan tetapi hanya manusia yang bertanggungjawab akan meletakkan link blog dan profile fb atas commentnya.

Berkaitan permasalah Jepun di dalam mencipta klon2,adakah ia merupakan kesalahan seluruh warga Jepun?

Rakyat Jepun merupakan rakyat yang berbilang bangsa dan agama dan tidak wajar atas kesilapan segolongan warga Jepun maka dipukul sama rata untuk bala tersebut wajar ke atas semua rakyat Jepun.

Berkaitan "Ultraman adalah tuhan orang Jepun". Di sini nampak kedangkalan anda. Adakah semua warga Jepun adalah non Muslim? Ayat anda itu menampakkan anda mengkafirkan seluruh warga Jepun sedangkan ramai warga Jepun yang beragama Islam.

Sebelum anda tanya akan apa agama orang Jepun, anda perlu fahami juga adalah agama itu terletak pada suatu bangsa dan negara?

Apa yang dilihat anda yang perlu bertaubat atas ucapan anda kerana anda sendiri menyatakan "ultraman tuhan orang Jepun".

Harap anda juga tidak cepat melatah dan menyokong pelukis tersebut,adakah ada ayat cacian dan makian yang dilontarkan saya di catatan blog saya?

Berkaitan pelukis kartun tersebut,adakah anda mengkaji berapa kali pelukis tersebut melukis gambar kontroversi dan berapa kali teguran telah dilakukan?

Harap Anonymous March 17, 2011 10:40 AM bertaubat kerana anda telah mengkafirkan seluruh warga Jepun.

Harap anda fahami ayat dibawah:
"Seseorang yang mengkafirkan golongan lain tanpa hujah dan dalil maka dengan sendiri ia menjadi kafir"

Teguran saya, tidak salah menegur tetapi fahami surah al hujuraat ayat 6 untuk mengelakkan diri menjadi fasik di dalam berbicara.

Wallahua'lam.

Anonymous said...

korang komen macam nak rak aku bace... memasing dgn pendapat memasing. ade baik ade buruk. relex la. ambik yang baik buang yang buruk. semua org buat salah. macam BH jugak... hahaha

Design by FARISZ@AZ.Com