Bismillahirrahmaanirrahiim.
"Mengapa saya perlu menutup aurat sedangkan itu bukan saya" ? (
Sumber)
Sekadar ulang apa yang pernah diperkatakan oleh salah seorang artis di Malaysia.Maaf ini bukanlah blog gosip artis untuk menjaja nama-nama artis untuk menaikkan jumlah pembaca tetapi catatan kali ini ditulis sebab melihat semakin hari semakin bertambah suara-suara sekular dan liberal dari kalangan artis yang mempersoalkan hukum.
Saya bukanlah hanya fokus pada artis tersebut kerana masih ramai lagi artis-artis yang bersuara sekular dan liberal diluar sana.Saya tidak mengatakan semua artis tetapi adalah suatu hakikat yang perlu difahami dan dipersetujui bahawa adalah ramai artis bersuara liberal dan sekular apabila berkata berkaitan hukum apabila mereka mempersoalkan hukum-hukum Islam.Bukan saja tidak melaksanakan atas diri mereka tetapi mereka mempersoalkan kewajaran mereka melaksanakan hukum Islam ke atas diri mereka.
Sikap sekular dan liberal tersebut bukan saja adalah pada sebilangan artis namun wujud di sebilangan masyarakat biasa bila mana mereka menjadikan artis-artis yang bersuara sekular dan liberal sebagai idola mereka.
Saya sangat-sangat tidak bersetuju dengan tindakan beberapa artis yang mempersoalkan kewajibpan menutup aurat.Kerana apabila seseorang itu mempersoalkan kewajipan menutup aurat maka dalam masa yang sama ia sebenarnya mempersoalkan alquran dan hadith.
Mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa menggunakan medium blog sebagai salah satu suara dan juga akan mungkin akan ada juga sebilangan pembaca mengatakan catatan kali ini mengaibkan artis-artis tertentu,sekali lagi saya ingin menjelaskan bahawa blog ini bukanlah blog gosip artis dan catatan kali ini adalah bersifat umum di mana sekadar suara tidak berpuas hati terhadap tindakan artis-artis yang terlanjur di dalam di mempersoalkan hukum dan penyokong artis-artis yang mempunyai "saham" apabila mereka menjadikan kesalahan "idola" mereka sebagai ikutan dan amalan.Malah jika diingati semula pernah ada seorang artis wanita yang berusia tua dan baru balik umrah pernah menghina Rasulullah S.A.W dan Siti Khadijah.
Bagi yang tidak bersetuju artis ditegur secara umum apabila ia artis tertentu menghina dan mempersoalkan hukum Islam secara umum maka sekadar ucapan ringkas dari saya "Agama(Islam) ku Agama(Islam) ku dan Agama(Kefasikan) mu Agama(Kefasikan) mu".
Wallahua'lam.