.
Promosi
.
Showing posts with label BERSIH. Show all posts
Showing posts with label BERSIH. Show all posts

Pelajar Mesir DiBuang Universiti Kerana Menganjur Bersih 2.0 Mesir?

Bismillahirrahmaanirrahiim,


Baru-baru ini Ustaz Mohd Firdaus Madzlan atau lebih mesra dikalangan mahasiswa Islam di Mesir sebagai Ustaz Alang menerima panggilan telefon daripada doktor kuliahnya, di Darul Ifta' Misriyyah. Bahawa beliau telah dibuang daripada universiti atas alasan beliau adalah penganjur kepada Bersih 2.0 Mesir baru-baru ini.

Ustaz Mohd Firdaus Madzlan adalah penuntut kursus lanjutan untuk menjadi mufti di Darul Ifta' Misriyyah , di mana beliau yang akan menamatkan pengajiannya pada 25 Julai ini. Beliau adalah antara pelajar Malaysia yang cemerlang dengan mendapat pangkat jayyid jiddan(amat baik) di peringkat BA di Universiti Al Azhar. Untuk pengetahuan semua bahawa perhimpunan BERSIH 2.0 Mesir tidak termaktub suatu perkara yang bercanggah dengan undang-undang Malaysia, malah tidak juga termaktud dalam Akta Undang-undang Kolej Universiti (AUKU) kerana pelaksanaan AUKU hanya untuk pelajar atau mahasiswa di Malaysia dan bukannya diluar negara.


Suatu yang pelik adalah kenapa dan mengapa hanya beliau yang dikenakan tindakan namun mahasiswa lain seperti di negara lain yang turut mengadakan perhimpunan BERSIH 2.0 di negara tempat pelajaran masing-masing tidak dikenakan tindakan ? Adakah pihak kerajaan "play save" dalam mengambil tindakan sedangkan perhimpunan aman BERSIH 2.0 di luar negara mahupun di Malaysia sebenarnya tidak bercanggah dengan undang-undang negara dan perlembagaan negara!

Apa yang dilihat adalah sebenarnya tindakan membuang universiti tersebut bukanlah bersandarkan perundangan yang sedia ada namun mempunyai agenda politik di sebaliknya kerana kerisauan dan kebimbangan pihak tertentu terhadap kebangkitan mahasiswa dan peningkatan pemahaman mahasiswa terhadap 8 tuntutan BERSIH 2.0 terhadap sistem pilihanraya.

Mungkin ada yang berkata "masih belajar nak menentang kerajaan" dan "belajar pun guna duit kerajaan". Mahasiswa bukanlah menentang kerajaan tetapi menuntut pelaksanaan pilihanraya secara bersih oleh SPR Duit pembelajaran di Mesir bukanlah 100% tajaan kerajaan dan ada juga yang menggunakan dana sendiri dalam menampung kos pendidikan malah duit kerajaan adalah hak milik rakyat dan bukan milik mana-mana parti. Maka adalah suatu hujah yang dangkal seandai ada pihak yang mengatakan "belajar pun guna duit kerajaan" untuk membela Umno atau Barisan Nasional kerana duit kerajaan bukanlah milik Umno atau pun Barisan Nasional.

Difahamkan bahawa pembuangan universiti ini diberitahu oleh seorang pengawai hal ehwal pelajar tajaan JAIS, bagaimana pun berharap Kerajaan Negeri Selangor mengambil perhatian terhadap isu ini dan memastikan pengawai hal ehwal tajaan JAIS  bertindak atas kapasiti pengawai Kerajaan Negeri Selangor dan bukannya mengikut telunjuk pihak-pihak tertentu.


Seorang pelajar Malaysia dikhuatiri telah dibuang oleh pentadbiran Universiti Al-Azhar ekoran penganjuran perhimpunan BERSIH 2.0 di Mesir pada 9 Julai lalu.

Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman berkata pelajar tahun akhir jurusan usulludin itu dikhuatiri telah dibuang universiti, dikatakan atas arahan pihak kedutaan Malaysia di negara itu.

Pelajar berkenaan, Mohd Firdaus Madzlan, 28, merupakan pelajar tahun akhir bagi pengajian peringkat sarjana di Pusat Pengajian Datul Ifta' di universiti berkenaan dan bakal menghadiri konvokesyen pada 25 Jun.

"Dia dituduh menggerakkan perhimpunan BERSIH 2.0 di Kaherah... Kita sedang siasat lagi, harapnya bukan begitulah (dibuang)," katanya.

PAS khuatir pelajar dibuang kerana anjur perhimpunan di MesirKetika ditanya, Dr Rani berkata, beliau mendapat tahu perkara itu setelah dihubungi oleh seorang pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di negara itu.

Pegawai berkenaan, Farizan Subhi merupakan pegawai hal-ehwal pelajar yang bertanggungjawab ke atas pelajar tajaan JAIS.

Difahamkan, Farizan akan mengadakan pertemuan dengan pegawai kedutaan dan universiti berkenaan, esok, bagi mendapatkan penjelasan.

"Saya minta dia (Farizan) cari surat rasmi yang kata dia (pelajar itu) dibuang. Kita akan cuba dapatkan bantuan menteri besar supaya tanya kedutaan.

"Kalau betul sah dibuang, kita akan minta penjelasan atas dasar apa dia dibuang," kata Rani ketika ditemui media di bangunan kompleks mahkamah Shah Alam hari ini.

Menjawab soalan, Dr Rani berkata, pelajar berkenaan tidak mempunyai masalah akademik dan hanya hanya perlu menghabiskan pengajian tahun akhir.

"Ini adalah tindakan pertama (dilakukan kerajaan) terhadap pelajar. Ini adalah tindakan yang zalim dan tidak berperikemanusiaan kerana pelajar tersebut akan tamat pengajiannya bulan ini dan sedang menghadapi peperiksaan terakhir," katanya lagi dalam satu kiriman SMS kepada Malaysiakini.

Dalam pada itu, seorang abang kepada Mohd Firdaus berkata, pelajar itu telah diberitahu oleh pengarah pusat pengajian tersebut bahawa Mohd Firdaus "ditamatkan pengajian serta merta."

Mohd Farhan berkata perkara itu diberitahu kepadanya oleh Mohd Firdaus melalui perbualan telefon, semalam.

"Alasan yang diberi... Kerajaan Malaysia sudah arahkan kerajaan Mesir untuk tamatkan pengajian dia sebab anjurkan perhimpunan bersih baru-baru ini.

"Kerajaan Malaysia buat arahan itu melalui kedutaan Malaysia di sana," dakwanya lagi ketika dihubungi lewat petang ini.

Beliau yang juga timbalan presiden Pertubuhan Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir berkata persatuan pelajar itu akan berusaha untuk membuat desakan melalui kementerian pendidikan tinggi supaya menjelaskan tindakan berkenaan.

Mahasiswa yang cemerlang bukanlah mahasiswa 3K iaitu Kelas(ke pengajian),Komputer(membuat asingment) dan Katil(berehat/tidur) semata-mata tanpa mempedulikan isu semasa, tetapi mahasiswa yang cemerlang adalah menjadi Muslim dan Mukmin yang sejati iaitu ia turut mengambiltahu dan peka(BUKAN PEKAK) serta cakna terhadap isu sekeliling.

Wallahua'lam.

BERSIH : Bendera atau Pisau?

Bismillahirrahmaanirrahiim,

Baru-baru ini setelah tamatnya perhimpunan BERSIH 2.0 , media massa yang menjadi proaksi Barisan Nasional telah memaparkan kononnya peserta demontrasi BERSIH 2.0 membawa pisau ketika demontrasi. Namun hakikatnya sebenarnya gambar tersebut telah dimanupulasikan oleh pihak media massa Barisan Nasional dengan bertujuan untuk melakukan perang saraf bagi membuatkan tanggapan negatif terhadap BERSIH 2.0 .



Laporan dari HarakahDaily



TEMERLOH, 11 Julai: Seorang Pemuda Amal PAS kawasan ini mengecam tindakan sebuah akhbar harian semalam yang menyiarkan gambarnya dengan imej “pemuda bertopeng” semasa perhimpunan Bersih Sabtu lalu yang telah diubah suai bagi menggambarkan keganasan.

(Gambar yang disiarkan oleh sebuah akhbar yang tidak membayangkan hal sebenarnya dan membuat dakwaan palsu iaitu memegang pisau padahal bendera Malaysia sebenarnya.)

Sebaliknya beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Ajak, berkata tangannya memegang bendera jalur gemilang bukannya pisau sebagaimana mahu digambarkan akhbar berkenaan.

Serentak dengan itu, beliau yang menganggap akhbar kawalan Umno itu berniat jahat dan menipu rakyat negara ini menggesa jurufoto yang menggambil gambarnya itu menyiarkan gambar  yang sebenar atau berdepan dengan tindakan undang-undang.

“Saya turun ke Kuala Lumpur sebagai anggota Amal PAS yang mengawal keselamatan dan saya berada di hadapan Maybank bersama puluhan ribu rakyat ketika itu dan saya berada di depan sekali. Antara pimpinan yang ada ialah Dr Mohamad Hatta Ramli.

“Pada masa itu Polis Simpanan Persekutuan (FRU) melepaskan gas pemedih mata. Bagi mengawal pemimpin, saya sempat mengutip kelongsong gas yang masih berasap itu lalu membalingnya ke atas rumput bukannya ke arah polis,” ujarnya.

Tambahnya, gambar yang masih disiarkan akhbar berkenaan seolah-olah memegang pisau dan membaling batu sedangkan beliau memegang bendera jalur gemilang dan membaling kelongsong gas kosong ke tepi.

Katanya, anggota Amal diajar dengan disiplin yang tinggi dan jika beliau memiliki pisau sudah lama ditangkap polis kerana perjalanan dari Pahang ke Kuala Lumpur terpaksa menempuh banyak sekatan polis.

(Gambar sebenar Ajak dengan bendera Malaysia yang dikatakan pisau oleh akhbar berkenaan disiarkan oleh sebuah akhbar bahasa Inggeris hari ini. Akhbar itu mahu buktikan ia gambar sebenar dalam demo itu bukannya gambar luar negara tetapi berikan bukti untuk Ajak menyaman akhbar bahasa Malaysia itu)

“Malangnya gambar tersebut telah diubah suai dengan niat jahat, menipu dan mengaibkan peserta himpunan menuntut pembaikan proses pilihan raya itu.

“Kenapa keluar gambar saya seorang, mana puluhan ribu lagi rakyat yang berarak dari Jalan Pudu hingga ke Maybank itu? Saya cabar akhbar itu siarkan gambar sebenar,” katanya.

Mengenai pemakaian topeng, beliau berkata itu bagi mengelakkan terhidu gas berasid yang boleh memudaratkan kerana beliau sudah bepengalaman acap kali menyertai demonstrasi.

Dalam pada itu beliau sedang berbincang dengan seorang peguam terkenal di sini bagi membawa kesnya itu ke mahkamah kerana beliau sudah mula menjadi tumpuan umum akibat gambar yang mengaibkannya disiarkan secara berleluasa.


Wallahua'lam.

Antara video-video semasa 9 Julai 2011

Bismillahirrahmaanirrahiim,





Wallahua'lam.

PBB selar Malaysia kerana perlekeh demokrasi?

Bismillahirrahmaanirrahiim,



KUALA LUMPUR, 12 Julai: Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu (PBB) menyelar Malaysia kerana menggunakan pendekatan keras  bagi menangani perhimpunan aman anjuran Bersih Sabtu lalu.

Frank La Rue, pelapor khas PBB mengenai hak kebebasan bersuara berkata, tindakan pihak berkuasa Malaysia mengisytihar perhimpunan itu sebagai haram, menutup bandaraya dan bertindak ganas terhadap peserta perhimpunan, menunjukkan Malaysia memperlekehkan proses demokrasi, lapor KeadilanDaily.

PBB menegaskan Malaysia yang turut menggangotai Majlis Hak Asasi Manusia telah ‘mengehadkan kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan’.

Pakar hak asasi manusia PBB melahirkan rasa kurang senang dengan tindakan ganas pihak polis meleraikan peserta perhimpunan, termasuk melepaskan gas pemedih mata dan menyebur air kimia berasid kepada orang ramai.

Malah tindakan ganas itu turut membawa kepada kecederaan dan satu kematian, kata pesuruhjaya tinggi hak asasi manusia agensi itu dalam satu kenyataan dari Geneva lewat malam tadi.

Malaysia dipilih menganggotai majlis itu tahun lalu tetapi berhadapan kritikan ekoran undang-undang penahanan pencegahan seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang menyukarkan peluang ia dipilih semula.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menafikan pihak berkuasa bertindak ganas terhadap orang ramai Sabtu lalu, meskipun rakaman video di internet menunjukkan sebaliknya.

Dalam perhimpunan itu, lebih 1,600 orang ditangkap pihak berkuasa.


Saya amat bersetuju tindakan PBB yang menyelar Malaysia kerana memperlekehkan hak bersuara secara aman kerana selagi mana hak bersuara itu menuntut keadilan dan hak rakyat itu sendiri kerana hak setiap rakyat perlu diberikan secara adil dan pemimpin perlu memimpin secara adil.

Tindakan menggunakan jentera kerajaan untuk menghalang dan menyerang himpunan suara rakyat yang berlaku secara aman adalah tindakan yang bercanggah dengan demokrasi antarabangsa dan perlembagaan persekutuan itu sendiri. Malah tindakan tersebut amat bercanggah dengan Islam kerana pemimpin perlu berlaku adil dan bukannya menggunakan kuasa sesuka hatinya.

Rakyat berhak berhimpun secara aman untuk menyuarakan ketidakadilan yang sedang berlaku dan rakyat berhak menegur ketempangan SPR dalam melaksanakan pilihanraya, ini kerana ketempangan tersebut akan mencabuli sistem pilihanraya yang mana ia termaktub di dalam sistem demokrasi.

Saya bukanlah menyokong 100% sistem demokrasi namun saya menyokong mana-mana sistem di dalamnya yang mampu memberikan keadilan kepada rakyat , menghukum pihak yang bersalah dan memartabatkan Islam , ini kerana sistem kuku besi lebih zalim dan membawa mudarah daripada sistem demokrasi. Ini kerana sistem kuku besi menyekat suara golongan agama dan berlaku juga pembunuhan terhadap golongan agama namun di dalam sistem demokrasi golongan agama diberikan ruang untuk mempelajari dan menyebarkan syiar Islam , maka sistem ini perlu digunakan sebaiknya untuk memastikan syiar Islam tersebar luasnya dan bukannya digunakan tanpa batasan Islam.

Wallahua'lam.

1,000,000 People Request Najib Tun Razak Resignation

Bismillahirrahmaanirrahiim,

Dalam minda sebilangan masyarakat berfikir bahawa perhimpunan BERSIH telah tamat , namun sebenarnya ia baru bermula kerana akan terus wujud desakan demi desakan untuk memastikan Dato Sri Najib meletak jawatan di atas kegagalannya berlaku adil dalam pentakbiran dan gagal mendengar suara rakyat.

Apa yang dilihat perang psikologi melalui media-media akan diteruskan untuk menjaga nama baik Dato Sri Najib , namun media baru melalui internet seperti di laman Facebook , Blog dan Twitter juga mempunyai kekuatan tertentu kerana kepimpinan Dato Sri Najib gagal mengawal pengaruh media massa malah info melalui media baru lebih cepat tersebar berbandingkan media-media yang dibawah pengaruh Umno dan Barisan Nasional. Namun di sebalik kekuatan media baru sebenarnya mempunyai kelemahan yang amat ketara kerana tidak semua rakyat Malaysia mempunyai internet dan alat komunikasi media baru malah di anggarkan hanya lebih kurang 30% saja rakyat Malaysia yang berkemampuan melayari media baru, bagaimana pun penyebaran informasi melalui mulut ke mulut , risalah , pena dan forum umum juga merupakan cara yang terbaik dalam memastikan golongan yang tidak berkemampuan melayari media baru mendapat informasi dan perlu di aktifkan semaksimumnya bagi memastikan semaksima informasi di sebarkan kepada rakyat.

Selaku perdana menteri , Dato Sri Najib perlu lah mendengar suara rakyat dalam memastikan ia membaiki kelemahan dalam sistem pentakbirannya dan SPR juga perlu melaksanakan 8 tuntutan BERSIH bagi memastikan pilihanraya berjalan dengan adil seadilnya tanpa dipengaruhi atau dimanipulasikan untuk kepentingan parti-parti tertentu. Kegagalan Dato Sri Najib dan pihak SPR dalam mendengar suara rakyat bukanlah perkara yang akan melemahkan semangat rakyat yang cintakan keadilan tetapi ia akan menguatkan lagi semangat malah akan mengugat lagi kekuasaan Barisan Nasional.

Kini telah 2 hari 100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation wujud di laman facebook.
 

Wallahua'lam.

Design by FARISZ@AZ.Com