.
Promosi
.
Showing posts with label Pena : Akhlak. Show all posts
Showing posts with label Pena : Akhlak. Show all posts

Apa Itu Aurat Dalam Islam?

Bismillahirrahmaanirrahiim.

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc6/246636_189311694452104_113886428661298_454027_1316819_n.jpg

Pengertian Aurat

Aurat diambil dari perkataan Arab 'Aurah' yang bererti keaiban dan dalam istilah feqah pula aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan.

Dalam Islam terdapat beberapa keadaan atau situasi di mana masyarakat Islam dibenarkan membuka aurat dan ia hanya pada orang-orang yang tertentu saja.

Hukum Menutup Aurat

Hukum menutup aurat adalah WAJIB, ia sebagaimana difirmankan oleh Allah s.w.t dalam Surah al-Ahzab ayat 33 :


وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الأولَى وَأَقِمْنَ الصَّلاةَ وآتِينَ الزَّكَاةَ وَأَطِعْنَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنْكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيرًا

Dan hendaklah kamu tetap diam di Rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti Yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu Dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara Yang mencemarkan diri kamu - Wahai "AhlulBait" dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari Segala perkara Yang keji). (Surah al-Ahzab : ayat 33)

Bersandar ayat di atas maka jelaslah bahawa hukum menutup aurat adalah wajib dan tiada alasan untuk tidak melaksanakan ia.

Dengan menutup aurat maka ia mudah dikenali sebagai seorang muslim dan mukmin. Bagi wanita pula ia dapat mengelakkan daripada golongan yang ingin mengambil kesempatan , mengelakkan timbulnya fitnah ke atas dirinya dan mengelakkan diri dari merangsang nafsu lelaki.

Ia juga sebagaimana difirmankan oleh Allah s.w.t dalam Surah al-Ahzab ayat 59 :

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لأزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan Yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara Yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan Yang baik-baik) maka Dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah al-Ahzab : ayat 59)

Asas Aurat

Islam telah menetapkan garis panduan aurat bagi lelaki dan wanita. Aurat asas bagi lelaki adalah dengan menutup antara pusat dengan lutut , manakala aurat asas bagi wanita pula adalah dengan menutup seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan.

Aurat lelaki pada bila-bila masa dan ketika bersama sesiapa pun adalah sama iaitu perlu menutup antara lutut dengan pusat. Namun lelaki wajib menjaga auratnya dan menundukkan pandangannya dari melihat aurat wanita ia sebagaimana difirmankan oleh Allah s.w.t dalam Surah An Nuur  ayat 30 :


قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ

Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan. (Surah An Nuur : Ayat 30)

Namun bagi wanita terdapat perbezaan dalam beberapa keadaan antaranya :

1. Aurat Ketika Sembahyang - Aurat wanita ketika sembahyang adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.

2. Aurat Ketika Sendirian - Aurat wanita ketika mereka bersendirian adalah bahagian anggota pusat dan lutut. Ini bererti bahagian tubuh yang tidak boleh dilihat antara pusat dan lutut.

3. Aurat Ketika Bersama Mahram - Pada asasnya aurat seseorang wanita dengan mahramnya adalah antara pusat dan lutut. Walau pun begitu wanita dituntut agar menutup mana-mana bahagian tubuh badan yang boleh menaikkan syahwat lelaki walaupun pada mahram sendiri dan digalakkan memakai pakaian yang lengkap dan labuh untuk menjaga tatasusila dan mengelakkan sumbang mahram berlaku.

4.Aurat Ketika Di Hadapan Lelaki Bukan Mahram - Kewajipan menutup aurat dihadapan lelaki bukan mahram adalah amat penting dan perlu dilaksanakan oleh setiap wanita, bagi mengelak berlaku fitnah dan perkara yang tidak diingini seperti rogol dan sebagainya. Perkara ini terjadi disebabkan nafsu para lelaki terangsang akibat dari penglihatan mereka terhadap wanita yang memakai pakaian yang tidak senonoh dan mendedahkan sebahagian tubuh badan mereka. Wanita yang bersuami pula, ianya turut wajib menutup aurat yang mana dosa seorang isteri yang membuka aurat akan ditanggung oleh suami.

5. Aurat Ketika Di Hadapan Wanita Kafir - Aurat wanita apabila berhadapan atau bergaul dengan wanita bukan islam adalah tutup keseluruhan tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan.

Rasulullah s.a.w bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud : Abdullah bin Abbas ada menyatakan, Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang maksudnya : " Tidak halal kaum wanita Islam itu dilihat oleh kaum Yahudi dan Nasrani".

6. Aurat Ketika Bersama Suami - Apabila seorang isteri bersama-sama dengan suaminya di tempat yang terlindung dari pandangan orang lain, maka islam telah memberi kelonggaran dengan tiada membataskan aurat pada suaminya. Ini bermaksud suami dan isteri tiada sebarang batasan aurat terhadap mereka berdua. Isteri boleh mendedahkan seluruh anggota badannya bila berhadapan dengan suaminya , ia bersandarkan hadith :

Mu'awiyah bin Haidah mengatakan : "Aku pernah bertanya : Ya rasulullah , bagaimanakah aurat kami, apakah boleh dilihat oleh orang lain?". Baginda menjawab :"Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau hamba abdi milikmu". Aku bertanya lagi :" Ya rasulullah , bagaimanakah kalau ramai orang mandi bercampur-baur di satu tempat? " Baginda menjawab : "Berusahalah seboleh mungkin agar engkau tidak melihat auratmu". Aku masih bertanya lagi: " Ya rasulullah, bagaimanakah kalau orang mandi sendirian?" Baginda menjawab : " Seharuslah ia lebih malu kepada allah daripada malu kepada orang lain". (Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud) 

Aurat dan Mahram

Aurat lelaki pada bila-bila masa dan ketika bersama sesiapa pun adalah sama iaitu perlu menutup antara lutut dengan pusat dan golongan yang dianggap sebagai mahram kepada seseorang wanita pula iaitu :

1.Suami

2.Ayah, termasuk datuk sebelah ibu dan bapa

3.Ayah mertua

4.Anak-anak lelaki termasuk cucu sama ada dari anak lelaki atau perempuan

5. Anak-anak suami

Dalam perkara ini islam mengharuskan isteri bergaul dengan anak suami kerana wanita tersebut telah dianggap dan berperanan sebagai ibu kepada anak-anak suaminya.

6. Saudara lelaki kandung atau seibu atau sebapa

7. Anak saudara lelaki kerana mereka ini tidak boleh dinikahi selama-lamanya

8. Anak saudara dari saudara perempuan

9. Sesama wanita sama ada kaitan keturunan atau seagama

10. Hamba sahaya

11. Pelayan yang tidak ada nafsu syahwat

12. Anak-anak kecil yang belum mempunyai syahwat terhadap wanita. Walau pun begitu, bagi kanak-kanak yang telah mempunyai syahwat tetapi belum baligh, wanita dilarang menampakkan aurat terhadap mereka.

Perkara ini telah di jelaskan di dalam al Quran melalui Surah An Nuur ayat 31 :



وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الإرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاءِ وَلا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya. (Surah An Nuur : Ayat 31)


Perhiasan dan Aurat

Imam Syafie berpendapat perhiasan yang dimaksudkan dalam ayat diatas terbahagi kepada dua makna iaitu :

1. Perhiasan yang bersifat semulajadi seperti muka , pipi , mulut , mata , bibir , hidung , kaki , betis , peha dan lain-lain anggota.

2. Perhiasan seperti pakaian , alat-alat solek , cincin , rantai leher , gelang kaki dan sebagainya.

Umat islam perlu mengawal diri agar tidak melanggar batasan-batasan yang telah digariskan oleh Islam terutamanya dalam soal perhiasan dan berpakaian untuk memastikan benar-benar menutup aurat dan mengelakkan Tabarruj.

Pakaian Yang Menutup Aurat Dalam Islam

Garis panduan pakaian yang menutup aurat mengikut syarak seperti berikut :

1. Pakaian itu hendaklah menutup aurat.

2. Pakaian itu hendaklah longgar, tidak sempit atau ketat hingga menampakkan bentuk susuk tubuh badan.

Usamah bin Zaid pernah menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah menerima hadiah sejenis kain Qibtiah yang kurang tebal daripada seorang yang bernama Dahiyah Al-Albi dan Rasulullah s.a.w pula menghadiahkan kain tersebut kepada beliau (Usamah bin Zaid) , untuk dibuat pakaian tetapi Usamah memberikan kepada isterinya.

Suatu hari Rasulullah s.a.w bertanyakan Usamah : "Kenapa engkau tidak memakai kain Qibtiah itu?" Usamah menjawab : " Saya telah berikan kepada isteri saya". Lalu Rasulullah s.a.w bersabda kepada Usamah : "Suruhlah isterimu mengalaskan kain tersebut dengan kain yang lain di bawahnya, kerana aku bimbang jika kain Qibtiah itu tidak digalas, maka akan kelihatanlah besar kecil tulang-tulang badan isterimu (bentuk tubuh badan isterimu)".

3. Pakaian itu diperbuat daripada kain yang agak tebal, tidak nipis atau jarang yang boleh menampakkan bayangan tubuh badan.

Selain daripada itu, pakaian wanita hendaklah dibuat dari kain yang tidak terlalu licin dan lembut hingga melekat di tubuh dan membayangkan kulit pemakainya. Pakaian yang dibuat daripada kain-kain tersebut boleh mempamerkan rupa bentuk anggota badan wanita yang boleh mengghairahkan lelaki yang memandangnya.

4. Pakaian itu tidak berbentuk hiasan yang boleh menarik perhatian orang melihatnya kerana bentuk hiasan akan menarik lelaki melihat ke arah pakaian tersebut dan ke arah tubuh badan tersebut.

5. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian lelaki. Pakaian menunjukkan perbezaan jantina antara lelaki dan wanita dan untuk mengelakkan fitnah ke atas si pemakai. Pakaian juga suatu proses pembentukan fikrah ke atas pemakai maka penjagaan dan pengasingan jenis pakaian mengikut jantina juga perlu.

6. Tidak memakai wangian yang sehingga ia mampu dihidu oleh orang lain (bau yang agak kuat). Wangian mampu menarik perhatian lelaki terhadap wanita dan mampu merangsang sedikit nafsu ke atas wanita.

Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya : "Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina".

6. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir atau musyrik. Pakaian juga membezakan seseorang dilihat secara luaran dari segi agamanya , maka seseorang yang beragama Islam dilarang memakai pakaian orang kafir atau musyrik dan dilarang memakai pakaian yang menyerupai pakaian orang kafir dan musyrik supaya seseorang yang beragama Islam dilihat secara luarannya daripada pakaiannya bahawa menunjukkan ia adalah beragama Islam


Kesimpulannya adalah setiap lelaki dan wanita yang beragama Islam wajib menutup aurat mengikut kaedah yang telah ditetapkan oleh Islam yang bersandarkan al Quran dan Hadith. Islam bukanlah agama yang jumud menghalang umatnya dari berfesyen namun Islam tidak membenarkan umatnya dari berfesyen yang di mana fesyen tersebut melanggar batas-batas ketetapan dalam menutup aurat dan ia juga adalah untuk memelihara lelaki dan wanita Islam dari unsur maksiat dan unsur fitnah seperti diekplotasi dalam dunia pergambaran dan fesyen.

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc6/38367_113886498661291_113886428661298_90838_6301974_n.jpg

Wallahua'lam.

Bola Sepak : Nilai Harga Tiket Itu?

Bismillahirrahmaanirrahiim.


Bola Sepak : Nilai Harga Tiket Itu?

Fawwaz seorang yang amat meminati bola sepak , walaupun ia tidak pandai bermain bola namun minat ia untuk menonton pertandingan bola sepak di stadium tetap membara. Jika diikutkan hatinya ia tidak mahu ketinggalan dari melihat mana-mana pertandingan bola sepak , lebih-lebih lagi jika tandingan itu turut di sertai oleh pasukan Harimau Malaya. Disebabkan kini ketika musim cuti , maka ia bercadang untuk mengajak rakan-rakannya untuk melihat pertandingan bola sepak.

Fawwaz :  Assalamualaikum akhi , di mana?

Muadz : Wa alaikum salam. Di rumah , kenapa ye?

Fawwaz : Akhi lapang selepas zohor? Ana nak jumpa akhi , Munir dan Shazlan di kedai makan al Bidayah selepas zohor nanti. Munir dan Shazlan telah ana beritahu pada pagi tadi.

Muadz : InsyaAllah , boleh.

Selepas solat zohor mereka bertemu di kedai makan al Bidayah.
Setelah selesai makan tengahari Fawwaz memberitahu Munir , Shazlan dan Muadz berkaitan niatnya untuk mengajak tiga rakannya untuk pergi ke stadium untuk melihat pertandingan bola sepak antara Malaysia dengan Singapora.

Munir : Fawwaz , berapa harga tiket untuk masuk ?

Fawwaz : Ana dah beli 4 tiket , 1 tiket RM50 . 4 tiket jadinya RM200

Shazlan : Eh... Mahal juga ye

Fawwaz : Takde lah mahal sangat , ini pun harga termurah , lagi pun tak rugi sebab ia sumbang kepada pemain negara juga.

Muadz sekadar tesenyum kerana baginya harga tiket tersebut agak mahal dan lebih baik wang tersebut di salurkan kepada pihak yang lebih memerlukan.

Ketika itu hadir pula beberapa remaja berjubah putih yang menjual barangan dan memohon dana bantuan menghampiri mereka berempat.

Remaja : Assalamualaikum bang , kami jual cd bacaan al Quran dan mohon dana bantuan untuk pembagunan Madrasah Al Hafiz.

Muadz : Wa alaikum salam , adik bakal tahfizkan? boleh abang uji bacaan dan hafalan adik? Kalau boleh abang nak dengar bacaan surah ke 9 iaitu Surah At Taubah di ayat 20 .

Remaja : Boleh. (lalu remaja tersebut pun membaca dengan baik dan lancar)

Muadz : Baiklah dik , ni abang sedekah. Belajar baik-baiknya.

Mereka berempat menyalurkan bantuan ke remaja tersebut , bagaimana pun Fawwaz berkerut sedikit muka.

Shazlan : Kenapa Fawwaz?

Fawwaz : Rasa macam terlalu banyak kita sedekah tadi. RM5 + RM3 + RM2 + RM1 jadi RM11. Kalau sehari 100 tempat sudah jadi RM1100.

Muadz : Tidak banyak , malah terlalu sedikit yang kita sedekahkan tadi , namun jumlah wang bukan menjadi persoalan kerana yang penting sedekah tadi Lillahitaala dan kita berikan sekadar yang termampu. Harga tiket yang akhi beli jauh lebih mahal dari apa yang kita cuba kita sedekahkan tadi.

Munir : Tidaklah banyak mana , kita ni pun bukan sedekah tiap-tiap hari. Harga tiket yang kita beli jauh lebih mahal namun sedekah yang kita berikan tadi lebih bernilai. Harga tiket yang kita bayar belum pasti menjanjikan pahala ibadah namun sedekah yang diberikan tadi pasti menjanjikan pahala ibadah jika dilakukan dengan Biiznillah.

Fawwaz mendiamkan diri kerana ia tahu mungkin ia tersilap dalam berfikir.

Shazlan : Baiklah , bila kita nak gerak nanti?

Muadz : Kita gerak sebelum magrib , kita magrib dan isya' di sana boleh?. 

Shazlan , Munir dan Fawaz menganggukkan kepala tanda setuju dengan cadangan Muadz. Lalu mereka balik ke rumah masing-masing.

-----------------------------------------------------------------------

Islam bukanlah sekadar AGAMA , tetapi Islam adalah cara hidup yang sesuai dengan fitrah manusia. Tidak terlalu memberatkan dan tidak terlalu memudahkan manusia. Punca ketempangan yang sering berlaku pada individu , keluarga , masyarakat dan negara adalah apabila Islam diambil sekadar agama dan bukan cara hidup.
-----------------------------------------------------------------------

Wallahua'lam.

Rokok : Bila Zikir Kurang Fikir

Bismillahirrahmaanirrahiim.


Suatu ketika berada di majlis tahlil arwah di Seremban pada tahun lalu, setelah selesai solat secara berjemaah di masjid saya dijemput untuk menghadiri majlis tahlil arwah. Ketika diwaktu zikir saya tersenyum melihat pakcik-pakcik yang sudah tua , kuat beribadah walaupun ada yang hadir ke masjid dengan berkerusi roda dan ada yang berjalan kaki walaupun rumah agak jauh dari masjid. Ia membuatkan saya teringat kata-kata pensyarah di pusat pengajian saya iaitu "Cinta membuatkan kita semakin rindu , semakin cinta kita pada Allah semakin rindu kita untuk beribadah padaNya".

Berbalik semula ketika majlis tahlil tersebut. Setelah selesai bertahlil maka bermula pula untuk menjamah makanan,ketika sambil melihat pakcik-pakcik yang sibuk berbual suatu perkara yang membuatkan saya  agak tersenyum. Perkara tersebut adalah perbuatan merokok selepas bertahlil oleh sebilangan golongan tidak kira golongan muda atau pun golongan yang sudah berumur(tua).

Saya menjauhkan diri sedikit kerana sikap saya adalah tidak suka merokok dan bau rokok , kerana bau tersebut amat menyeksa tekak dan hidung saya. Tiba-tiba seorang pakcik disebelah saya terbatuk-batuk sehingga seperti seorang yang akan menyidap sakit jantung, saya dekati dan urut belakang pakcik tersebut sebagai tanda simpati kerana lihat usia yang sudah berumur namun masih merokok.

Bermula pula sesi dialog saya dan pakcik tersebut,
Saya : "Erm... Pakcik ok?"
Pakcik : "Ok nak... Pakcik selalu macamni bila merokok"
Saya : "Kurang-kurangkanlah merokok tu pakcik... lagi pun merokok tu tak baik" (Saya katakan sambil senyum lebih-lebih lagi ketika itu pakcik tersebut menoleh ke arah saya)
Pakcik : "Baiklah nak..."

Kadangkala saya suka melihat perilaku sebilangan golongan ahli qariah samaada golongan muda atau tua selepas majlis tahlih(ketika menjamu makanan) kerana pasti ada sebilangannya akan merokok. Suka melihat bukanlah bermakna saya suka atas perbuatan tersebut tetapi melihat ia sebagai peringatan buat diri sendiri yang selalu alpa dan leka.Ia bukan saja dilakukan oleh sebilangan ahli qariah masjid kerana adakalanya terdapat juga sebilangan golongan yang bukan ahli qariah masjid , malah adakala perbuatan merokok bukan saja dilakukan oleh sebilangan lelaki kerana wujud juga sebilangan wanita yang merokok.

Ia membuatkan saya berfikir adakah kita berfikir atas zikir yang kita lakukan.Zikir adalah sunnah dan merokok adalah haram , adakah sunnah dan haram boleh dicampurkan atau diamalkan dalam kehidupan? Saya bukanlah menghukum kerana setiap orang ada kelemahan dan kelebihan maka kelemahan itu perlu diperbaiki secara bersama dan bersama-sama juga fikirkan adakah kita berfikir atas zikir yang kita lakukan.

Berzikirlah dimana saja kita berada mengikut kaedah yang dibenarkan oleh Islam namun jangan kita lupa untuk berfikir atas zikir.

Walllahua'lam.

Ada blogger BODOH "comment" di Blog?


Bismillahirrahmaanirrahiim,

Dalam dunia blogger kita akan berjumpa berbagai karenah blogger. Ada yang bijak berblog,terlebih bijak berblog dan bodoh dalam berblog dan bodoh sombong di dalam berblog.

Di dalam dunia blog juga pasti ada blogger yang menjadikan medium blogya sebagai medium pemasaran perniagaannya. Tidak salah berniaga secara online tetapi kemahiran menjual dan memastikan perniagaan tersebut halal dan tiada unsur gharar perlulah dititik beratkan kerana ia bersangkut paut dengan dosa dan pahala.

Baru-baru ini ada individu blogger yang boleh dikategorikan blogger bodoh kerana tidak menghormati privasi serta terma syarat berblog,tidak salah mempromosi blog atau perniagaan di blog blogger lain tetapi haruslah memastikan catatan blog tersebut tidak berkait dengan unsur haram dan perniagaan yang dipromosi tersebut tidak berunsur haram atau pun gharar.

Bagi blogger yang "WARAS" pasti ia tidak akan meluluskan comment yang akan mempromosi blogger yang mempunyai catatan blog yang akan menjadikan ia mempunyai "saham" ke NERAKA dan berniaga akan yang berunsur HARAM atau pun GHARAR.

Mengapa saya katakan blogger tersebut BODOH?
Maaf,Ia bukanlah suatu cacian kerana suatu kata-kata boleh menjadi cacian atau pun sekadar penyataan. Sifat mempersoal privasi blogger lain dengan sistem comment yang dilakukan dengan tetapan perlu kelulusan dan menutup "Tanpa Nama" dari melakukan comment adalah tindakan bodoh di dalam berblog. Ini kerana setiap blogger berhak melakukan tetapan diruangan "comment" bagi memastikan privasi blog terjaga di samping membantu admin blog mengetahui siapa yang melakukan "comment" di blognya dan kemungkinan admin blog akan membalas kungjungan ke blog tersebut.

Mengapa "comment" berunsur perniagaan tidak diluluskan?
Di dalam berblog pasti akan ada "comment" yang lari dari tajuk dan pengisian catatan blog. Malah kemungkinan juga akan ada blogger perniagaan menjadikan blogger lain sebagai medium pemasaran perniagaannya dengan meletakkan "comment" yang berunsur perniagaan di sesuatu blog. Adalah wajar blogger untuk tidak meluluskan "comment" berunsur perniagaan tersebut kerana belum diketahui taraf perniagaan tersebut halal atau tidak serta adakah ia mempunyai unsur gharar atau tidak malah jika blogger meluluskan "comment" yang berunsur perniagaan tersebut dan perniagaan tersebut HARAM atau pun mempunyai unsur GHARAR maka blogger dikira menyebarkan perniagaan tersebut dan bertanggungjawab atas tindakan tersebut.

Provokasi ke blogger lain untuk menaikkan jumlah pembaca?
Antara perlakuan sebilangan blogger sama ada blogger baru atau pun blogger lama dalam menaikkan jumlah pembaca adalah dengan melakukan provokasi terhadap blogger lain dengan harapan pembaca blog tersebut akan ke blog ia dan admin akan membuat catatan dan meletakkan "backlink" terhadap blog ia. Ia adalah tindakan kurang ajar di dalam berblog sebab ia menggangu privasi blog. Blogger yang berpelakuan tersebut tidak akan kekal dalam di dalam berblog jika blogger-blogger melakukan boikot terhadap blogger tersebut.

"Comment"  dan promosi catatan dengan hikmah
Tidak salah mempromosi catatan blog anda dan perniagaan anda tetapi perlu dipastikan catatan tersebut adalah perkara yang baik dan tidak salah mempromosi perniagaan anda tetapi pastikan perniagaan tersebut HALAL dan tidak mempunyai unsur GHARAR . Bina ikatan blogger untuk memastikan "comment" anda diluluskan oleh admin dan admin blog tidak akan terasa hati dengan "comment" yang mempunyai unsur promosi yang dilakukan oleh anda.

Sekadar munasabah bersama untuk tidak menjadi blogger seperti yang dinyatakan di atas dan buat blogger yang mempersoalkan sistem tetapan yang dibuat oleh saya, sila muhasabah diri dan buat blogger yang mempersoalkan kenapa saya tidak meluluskan comment ia yang mempunyai promosi catatan tidak berfaedah harap muhasabah diri. Buat blogger yang email kepada saya dengan mengatakan saya sombong harap berfikir,saya tidak sombong dan siapa saya untuk sombong?Seandai saya sombong,saya tidak akan membuat peraduan untuk mempromosi blogger yang menjadi follower blog saya.

Wallahua'lam.

Semua Bersongkok atau Berkopiah Tapi Jahat?


Bismillahirrahmaanirrahiim,

"Semua yang bersongkok atau berkopiah atau berserban jahat , memakai pakai tersebut hanya untuk menutup kejahatan mereka"

Perkataan yang pernah saya yang sering saya dengar diungkapkan oleh sebilangan golongan. Bolehkah kita terus percaya tanpa selidiki kata-kata tersebut? Penyataan tanpa hujah adalah hanya kata-kata kefasikan!

Mungkin ada yang berkata "Aku cakap sebab pengalaman dari kecil".
Jika atok,abah atau sedara kamu bersongkok atau berkopiah atau berserban tetapi jahat maka layakkah kamu menghukum SEMUA yang bersongkok atau berkopiah atau berserban adalah jahat?

Cermin diri kamu tu,adakah ada ciri fasik atau munafik dalam diri kamu?

Abdulllah Bin Ubai juga berserban, adakah kamu juga mahu menghukum seluruh para sahabat Rasulullah S.A.W adalah jahat?

Bila saja ada seseorang menceritakan suatu perkhabaran , maka menjadi kewajipan sebagai seorang muslim dan mukmin untuk menyelidiki perkara tersebut malah jika perkhabaran tersebut diberitahu oleh golongan fasik atau munafik juga turut perlu diselidiki untuk mengelakkan tipu daya golongan fasik dan munafik.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ (٦)

6. Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan. (Al Hujuraat : Ayat 6)


Apabila terdapat wanita yang bertudung tetapi menjadi pelacur,adakah kita perlu menyalahkan semua wanita bertudung? Adakah kita perlu menyalahkan tudung tersebut? Adakah apabila seorang wanita membuat kesalahan maka ia perlu membuka tudungnya? JANGAN salahkan pemakaian selagi pemakaian tersebut tidak bercanggah dengan syara' tetapi salahkan si pemakai tersebut atau pun diri individu tersebut.JANGAN tambah kesalahan dengan melakukan kesalahan selepas melakukan kesalahan. (sekadar perbandingan)

Kopiah dan serban adalah suatu pakaian yang bersangkut dengan sunnah,kebanyakkan yang memakainya  secara istiqomah adalah golongan Ulama' , Agamawan , pelajar agama dan juga individu yang mendekatikan diri pada Islam.Adakah apabila seorang lelaki yang berkopiah membuat kesalahan maka ia perlu membuka kopiahnya? Apa yang perlu diperbaiki bukanlah dengan menanggal kopiah atau melabelkan "Si mamat kopiah tu jahat" tetapi yang perlu dilakukan adalah perbaiki akhlak.Jika pakaian sudah sempurna maka perlu perbaiki akhlak pula dan bukannya mengkritik pakaian tersebut.

Memang terdapat individu atau golongan yang bersongkok atau berkopiah atau berserban tetapi rosak akhlaknya tetapi yang perlu dipersalahkan individu dan golongan tersebut atau pakaian tersebut yang perlu dipersalahkan? Jika terdapat individu atau golongan yang bersalah , layakkah kamu menghukum SEMUA yang bersongkok atau berkopiah atau berseban adalah jahat? Jika diperkatakan individu atau golongan tersebut adalah golongan yang beragama maka selidiki firkah individu atau golongan tersebut kerana di akhir zaman akan terdapat 73 firkah dan kamu tiada hak untuk menghukum.

Hatta jika kamu membenci golongan yang bersongkok atau berkopiah atau berserban  kerana kesilapan SEBILANGAN yang bersongkon atau berkopiah atau berseban maka kamu juga tidak berhak menghukum keseluruhannya jahat :-

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ وَلا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَى أَلا تَعْدِلُوا اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ (٨)

8. Wahai orang-orang Yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang Yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. dan bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui Dengan mendalam akan apa Yang kamu lakukan. (Al Maaidah : Ayat 8)


Akhirnya, cermin diri dan hiasi diri untuk mengelakkan diri jatuh ke kelembah kefasikan (jika sudah tahu diri tu fasik maka perbaiki diri dan bukannya menghukum dengan "pukul sama rata")

Sekadar menjawab ulasan pihak yang comment tanpa fakta.

Wallahua'lam.


Comment sebelum baca?

Bismillahirrahmaanirrahiim,

Di dalam dunia blogger pasti akan berjumpa berbagai golongan blogger. Ada blogger yang berblog kerana benar-benar minat menulis dan berkongsi berbagai cerita. Di dalam berblog bukanlah sekadar memerlukan kemahiran menulis semata-mata tetapi juga memerlukan kemahiran membaca untuk memastikan blogger memahami bahan bacaan tersebut.

Namun kini sudah menjadi budaya sebilangan blogger lebih gemar membaca tajuk dan sebahagian catatan dan terus memberi ulasan tanpa membaca secara penuh dan menyelidiki catatan tersebut. Perkara ini sering berlaku pada blogger yang baru berjinak-jinak di alam blogger dan dalam proses kematangan berblog. Namun perkara ini juga adakalanya dilakukan oleh blogger yang sudah lama berblog,mungkin kerana terlalu ghairah memberi ulasan untuk mengejar traffik blog sehingga tersasar dalam memberikan ulasan. Malah adakalanya permasalahan ini bukanlah kerana proses kematangan berblog tetapi kerana sememangnya sifat individu itu sendiri,sikap membaca tanpa memahami dan tanpa menyelidiki serta terus memberikan ulasan atas catatan tersebut.

Perlakuan tersebut sering berlaku dalam blog yang mencatatkan isu semasa atau pun gosip. Di dalam catatan isu semasa itu terbahagian ke 3 bahagian :

1. Isu yang tidak berkaitan dengan pihak lain. (Contoh : tidak menutup aurat)
2. Isu yang berkaitan dengan sesuatu pihak secara khusus. (Contoh : video zina)
3. Isu yang berkaitan dengan umum. (Contoh : Pecah amanah yang dilakukan oleh pemimpin)

Kegagalan individu memahami dan menghadapi 3 pembahagian isu tersebut menyebabkan individu gagal bertindak secara matang terhadap isu yang dihadapinya.

Di dalam menghadapi 3 pembahagian isu tersebut,setiap individu perlu menyelidiki kesahihan isu tersebut dan bukannya sekadar "DENGAR DAN TELAN" kerana setiap perkhabaran perlu diselidiki terlebih dahulu seperti yang telah di nyatakan pada surah Al Hujuraat ayat 6.

Kegagalan blogger dalam menyelidiki kesahihan cerita dan kegagalan memahami dan menghadapi 3 pembahagian isu serta disebabkan kemalasan blogger yang membaca dan memahami catatan untuk memberikan ulasan akan menyebabkan blogger tersebut terperangkap ke kancah FITNAH.

Adalah wajar mempersoalkan sesuatu perkhabaran seperti mempersoalkan kesahihan kes bunuh dengan mempersoalkan kesahihan pertuduhan membunuh kerana ia tidak menjadi fitnah tetapi ia adalah pencarian di dalam kesahihan sesuatu perkhabaran tetapi adalah tidak wajar apabila terus melakukan tindakan dengan menuduh sedangkan belum mengetahui kesahihan kisah tersebut.

Teringat saya pada kisah rogol yang pernah di pamerkan di dada-dada akhbar tempatan pada tahun lalai.Kisah tersebut menyatakan remaja berumur 22 tahun merogol remaja berumur 15 tahun.Ramai yang bersuara lantang menghina pemuda berumur 22 tahun tersebut kerana merogol,namun setelah saya selidiki rupanya ianya bukanlah kes rogol tetapi kes zina,ia di sabitkan rogol kerana persetubuhan dengan remaja bawah umur.Pasangan tersebut ditangkap ketika berkhalwat disebuah hotel murah namun pendakwaan menyatakan gadis tersebut dirogol kerana masih bawah umur.

Maka renungilah diri dan muhasabah diri,adakah surat khabar mampu menjadi info yang tepat tanpa pengubahan fakta?

Wajarkah memberikan ulasan sebelum membaca dan memahami catatan blogger lain.

Wallahua'lam.

Pemfitnah Tempatnya Di Neraka?


Bismillahirrahmaanirrahiim,

Fitnah adalah suatu perbuatan menceritakan sesuatu perkara atau menuduh seseorang dengan perkara yang tidak benar atau tanpa bukti yang sahih.

Fitnah sering berlaku apabila seseorang atau sesebuah pihak ingin menjatuhkan seseorang atau pihak yang lain.

Fitnah juga boleh berlaku secara tanpa sedar apabila seseorang yang jahil terhadap sesuatu perkara tetapi tetap berbicara atas perkara yang tidak diketahuinya dan akhirnya ia telah melakukan penuduhan palsu yang menjadikan ia pemfitnah.

Hati-hati terhadap orang atau golongan fasik atau munafik

Kita perlu berhati-hati terhadap orang atau golongan fasik dan apabila mendengar khabar dari golongan fasik atau munafik maka menjadi tanggungjawab kita untuk menyelidikinya sebelum menerima berita tersebut dan sebelum menyebarkannya.Apabila turut menyebarkan berita palsu maka perbuatan tersebut sebenarnya telah menzalimi pihak yang difitnah ia bersandarkan firman Allah di dalam Surah Al Hujuraat ayat 6 :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ (٦)

6. Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.

Hati-hati dari menjadi orang fasik atau munafik

Sebagai seorang yang beragama Islam dan beriman maka setiap perbuatan perlulah dilakukan secara berhati-hati kerana setiap perbuatan kita akan dihitung dan dibalas dengan seadil-adilnya oleh Allah maka kita bukan saja perlu berhati-hati terhadap orang atau golongan fasik dan munafik malah kita juga perlu berhati-hati supaya tidak menjerumuskan diri menjadi orang fasik dan munafik.

Perbuatan menyebarkan berita palsu atau fitnah dari orang atau golongan fasik dan munafik akan menjadikan si penyebar tersebut juga dari kalangan orang fasik dan munafik dan ia adalah pendapat Ulama' bersandar takrifan maksud Surah Al Hujuraat ayat 6.

Antara ciri-ciri golongan munafik adalah apabila ia berkata ia berdusta dan perbuatan menyebarkan berita palsu akan menjadikan seseorang itu termasuk dari kalangan orang munafik kerana perbuatan menyebar berita palsu atau fitnah adalah perbuatan pendustaan di dalam berkata-kata.Ia adalah bersandarkan dari Hadith Riwayat Al Bukhari dan Muslim iaitu "Tanda orang-orang munafik itu ada tiga keadaan. Pertama, apabila berkata-kata ia berdusta. Kedua, apabila berjanji ia mengingkari. Ketiga, apabila diberikan amanah (kepercayaan) ia mengkhianatinya".

Perbuatan memfitnah mencampakkan seseorang sebagai ahli neraka.

Perbuatan memfitnah samada ada dengen segaja atau tidak segaja (kerana kejahilan) adalah amat dilarang oleh Allah malah setiap perbuatan akan diperhitungkan dan di balas samaada dibalas di dunia atau pun diakhirat (di akhirat tetap ada pembalasan).

Allah telah memberi penegasan bahawa bahayanya fitnah ia bersandarkan Surah Al Baqarah ayat 191 iaitu "Fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan"

Allah juga telah memberikan penegasan bahawa orang atau golongan yang menyebarkan berita palsu atau fitnah akan memasuki neraka bersandarkan firman Allah di dalam Surah An Nur ayat 19 :

إِنَّ الَّذِينَ يُحِبُّونَ أَنْ تَشِيعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِينَ آمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لا تَعْلَمُونَ (١٩)

19. Sesungguhnya orang-orang Yang suka terhebah tuduhan-tuduhan Yang buruk Dalam kalangan orang-orang Yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa Yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).


Rasulullah S.A.W telah menegaskan bahawa orang atau golongan yang menyebarkan fitnah tidak akan masuk syurga ia bersandarkan hadith riwayat Al Bukhari dan Muslim iaitu Rasulullah S.A.W bersabda “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah”

Janganlah menyebarkan sesuatu perkara yang tidak diketahui kesahihannya kerana setiap perbuatan akan dibalas oleh Allah.

وَلا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولا (٣٦)

36. Dan janganlah Engkau mengikut apa Yang Engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa Yang dilakukannya.
(Surah Al Isra' : Ayat 36)


Apabila seseorang atau golongan melakukan fitnah dan tidak bertaubat serta tidak mendapat kemaafan dari pihak yang difitnahnya maka orang atau golongan yang melakukan fitnah adalah termasuk dari kalangan ahli neraka ia adalah bersandarkan firman Allah di dalam Surah Al Buruj ayat 10 :

إِنَّ الَّذِينَ فَتَنُوا الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَتُوبُوا فَلَهُمْ عَذَابُ جَهَنَّمَ وَلَهُمْ عَذَابُ الْحَرِيقِ (١٠)

10. Sesungguhnya orang-orang Yang menimpakan bencana untuk memesongkan orang-orang lelaki Yang beriman dan orang-orang perempuan Yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab neraka jahannam (kerana perbuatan buruk itu), dan mereka akan beroleh lagi azab api Yang kuat membakar (kerana mereka tidak bertaubat).


Maka jauhilah dari orang fasik dan munafik dan menjauhkan diri dari menjadi orang fasik dan munafik serta bertaubat seandai telah melakukan tuduhan palsu atau fitnah kerana pintu taubat terbuka luas selagi mana masih bernyawa.

Wallahua'lam.

Design by FARISZ@AZ.Com