.
Promosi
.

Mahasiswa Terus Bangkit dan Jangan Gentar


Mahasiswa Terus Bangkit
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) menyeru kepada seluruh mahasiswa agar meneruskan kebangkitan dan berpandangan bahawa satu momentum baru terhadap gerakan mahasiswa akan berlaku pada masa hadapan.

Sehubungan itu, presidennya, Mohd Idris Mohd Yusoff dalam kenyataan kepada Harakahdaily mengalu-alukan keputusan mahkamah semalam yang membebaskan lima mahasiswa UM daripada tuduhan terhadap mereka.

Katanya, Gamis berpendirian bahawa mahkamah selaku insitutusi keadilan telah menjalankan tanggungjawab secara adil dan telus untuk mengadili mahasiswa yang dituduh.

Tambahnya, Gamis juga menyatakan bahawa keputusan tersebut telah membuktikan bahawa mahasiswa tersebut bukanlah penjenayah seperti mana yang dituduh sesetengah pihak kerana mahasiswa sentiasa berjuang bagi pihak kebenaran.




Jalan Duta, 24 Sept 2010 - "Jangan gentar!" Itu ucapan pertama pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Mohd Shazni Munir Mohd Ithnin setelah dibebaskan semalam.

Beliau berkata setelah ditanya media sebaik sahaja dibebaskan mahkamah bersama empat lagi rakannya yang lain.

"Kemenangan ini juga telah membuktikan kepada masyarakat bahawa mahasiswa bukanlah penjenayah seperti mana yang didakwa sesetengah pihak" ujarnya lagi.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) turut mengucapkan terima kasih kepada pihak mahkamah kerana telah menjalankan tanggungjawab secara adil, telus dan membuktikan institusi itu bebas daripada pengaruh politik dan kuasa-kuasa luar.

Ditanya berkenaan kesan kepada gerakan serta mahasiswa akan datang, beliau menjawab: "Ia satu momentum baru!" (kepada gerakan mahasiswa).

Kemenangan beliau dan empat yang lain disambut oleh dua ratus mahasiswa yang hadir ke mahkamah sejak jam tujuh pagi lagi. Sejurus dilepaskan, satu himpunan 'Bebaskan Mahasiswa' diadakan bagi meraikan kemenangan kesemua mahasiswa yang dituduh.

Sekitar puluhan pihak polis juga turut hadir bagi mengawal keadaan.

0 ulasan:

Design by FARISZ@AZ.Com