.
Promosi
.

Deklamasi UNGGUN BERSIH Dari A. Samad Said

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Unggun BERSIH yang dideklamasi oleh A Samad Said

Puisi : A. Samad Said
Muzik : Az Samad



Unggun BERSIH

Semakin lara kita didera bara,
kita laungkan juga pesan merdeka,
Demokrasi sebenderang mentari,
sehasrat hajat semurni harga diri.

Lama resah kita — demokrasi luka,
lama duka kita — demokrasi lara,
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi,
suara bebas yang utuh, kita idami!

Dua abad lalu Sam Adams berseru,
(di Boston dijirus teh ke laut biru),
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.

Kini menyalalah unggun sakti itu,
kini merebaklah nyala unggun itu.

Sumber : Unggun BERSIH


Pandangan saya 

Suatu deklamasi yang menceritakan berkaitan demokrasi yang dicabuli dan kehausan keadilan oleh rakyat.

Wallahua'lam.

Aku dan BERSIH

Bismillahirrahmaanirrahiim.


Perhimpunan BERSIH
9 Julai 2011
Di Kuala Lumpur
Sogo , Bagunan DBKL , Masjid Kampung Baru


Tuntutan Bersih 2.0:
  • Pendaftaran automatik
  • Reformasi undi pos
  • Penggunaan dakwat kekal
  • Akses kepada media
  • Masa berkempen minima
  • Pengukuhan perbadanan awam
  • Hentikan rasuah


Pandangan Ku

Saya menyokong 8 tuntutan BERSIH iaitu Pendaftaran automatik , Reformasi undi pos , Penggunaan dakwat kekal , Akses kepada media , Masa berkempen minima , Pengukuhan perbadanan awam , Hentikan rasuah.

Sebagai rakyat Malaysia yang di mana Malaysia adalah sebuah Negara Demokrasi adalah wajar tuntutan-tuntutan  tersebut dilaksanakan oleh pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). Kerana :

1. Bersihnya sistem pilihanraya akan membawa keuntungan kepada rakyat di mana rakyat berhak memilih mana-mana pemimpin dan parti secara adil dan pilihanraya tersebut akan berlaku secara adil.

2. Rakyat bukan saja layak mengundi mengikut kehendak rakyat malah rakyat berhak mendapat informasi secara bebas,adil dan bertanggungjawab untuk memastikan pilihan yang dibuat adalah tepat!

3. Perkara ini bukanlah menguntungkan pihak Pakatan Rakyat (PR) atau Barisan Nasional (BN) malah ia menguntungkan rakyat sebab ia mampu mematangkan lagi pemikiran dan informasi setiap lapisan rakyat.

4. Malah setiap parti politik akan bertanding secara adil dan bertanggungjawab disamping itu ia mematangkan lagi setiap parti.

5. Mengelakkan gejala rasuah kerana gejala rasuah menyebabkan individu yang dipilih oleh rakyat/masyarakat akan melompat parti sedangkan individu yang berjaya di dalam pilihanraya adalah dipilih kerana parti yang diwakilinya.

6. Dakwat kekal merupakan suatu cara yang baik untuk mengelakkan wujudnya "Pengundi Hantu" di mana "hantu-hantu" tersebut kemungkinan akan mengundi menggunakan kad pengenalan individu lain atau "hantu-hantu" tersebut akan menjadi "hantu" di kawasan pilihanraya yang lain.

7. Pengukuhan badan awam amatlah penting untuk mengelakkan wujudnya penjualan atau pemberian warganegara secara tidak mengikut piawai yang telah ditetapkan kerana ia akan menggugat keharmonian dan keselamatan sesebuah negara.

8. Menambah masa kempen minima adalah suatu yang perlu kerana ia memberi peluang kepada rakyat untuk menimbang dan mengkaji manifesto setiap pihak untuk membuat keputusan yang tepat.

9. Undi pos perlulah direformasikan ia untuk bertujuan memastikan keadilan,ketelusan dan bertanggungjawabpan sistem undian kerana untuk mengelakkan ia dimanipulasikan oleh sebilangan pihak yang membawa kesan ketidakadilan didalam sistem pilihanraya.

Saya menyokong tuntutan BERSIH adalah kerana pentingnya keadilan,ketelusan dan bertanggungjawabpan sesebuah pilihanraya untuk memastikan pihak yang dipilih adalah benar-benar layak dan bertangungjawab dalam memimpin dan melaksanakan dasar negara Malaysia untuk memastikan hak setiap rakyat terjaga dengan seadil-adilnya , malah Islam amat menitik beratkan bahawa setiap pemimpin yang dipilih adalah pihak yang benar-benar layak ia bersandarkan firman Allah di Surah An Nisaa' ayat 58 iaitu

إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الأمَانَاتِ إِلَى أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُمْ بَيْنَ النَّاسِ أَنْ تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُمْ بِهِ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا (٥٨)

58. Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan Segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum Dengan adil. Sesungguhnya Allah Dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran Yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.

Bagaimanapun saya amat berharap setiap aktivis BERSIH menjaga akhlak dan perilaku serta menjauhkan diri dari melakukan provokasi. Saya juga berharap setiap aktivis BERSIH tidak melayan provokasi lebih-lebih dari provokasi dari pihak Anti-BERSIH untuk mengelakkan tercetusnya provokasi yang lain kerana kita perlu sedar dan faham bahawa provokasi yang mereka cetuskan adalah untuk merosakkan tujuan dan matlamat BERSIH serta untuk menimbulkan prasangka buruk rakyat terhadap BERSIH.

Wallahua'lam.

Hukum melakukan Zihar

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Dari segi bahasa Arab diambil dari perkataan belakang, kerana bentuk zihar pada asalnya adalah seperti berikut : kata suami kepada isterinya: awak itu dengan saya seperti belakang ibu saya. Jadi dengan sebab kebiasaan orang Arab Jahiliah menggunakan perkataan “Zihar”.

Dari segi istilah syara’ bererti : suami menyerupakan isterinya dengan ibunya atau pun seorang yang haram berkahwin dengannya. Dengan ini menyebabkan isteri itu menjadi haram kepadanya. Seperti kata suami kepada isteri: awak ini saya lihat serupa dengan ibu saya.

Dalil Zihar

Firman Allah Taala :

Ertinya : Orang-orang yang menzihar isterinya, tidaklah isterinya itu menjadi ibunya tidaklah yang menjadi kepada mereka melainkan perempuan-perempuan yang melahirkan mereka dan sesungguhnya mereka itu menyentuh perkataan yang mungkar dan dusta.

(Surah Al-Mujadalah : ayat 2)

Hikmah DiLarang Zihar

Sebagaimana yang diketahui di zaman jahiliah bahawa seorang suami bila berkata kepada isterinya : “awak dengan aku seperti belakang ibuku” ini adalah kerana ia bermaksud untuk mengharamkan isterinya itu hidup bersamanya buat selama-lamanya.

Oleh itu, ini adalah merupakan satu keburukan dan penyeksaan terhadap kaum perempuan. Syara’ telah melarang perbuatan yang demikian dan menganggap sebagai suatu perkara yang mungkar dan dusta. Sebagaimana tersebut dalam ayat di atas.

Perbuatan atau perkataan yang demikian dikatakan satu perkataan mungkar, kerana adalah satu perkara yang merupakan penyeksaan terhadap kaum perempuan dan pengharaman terhadap sesuatu yang dihalalkan oleh Allah, ini adalah dilarang kerana oleh syara’.

Perkataan tersebut dikatakan dusta semata-mata adalah disebabkan kerana isteri itu bukanlah ibu dan tidak mempunyai persamaan langsung di antara keduanya.

Walau bagaimanapun syara’ tidaklah membiar begitu sahaja tentang perbuatan suami itu malah syara’ akan mengambil tindakan terhadap suami yang melakukannya iaitu diwajibkan membayar kifarah, supaya terelak dari mengulangi kembali perbuatan tersebut. Selepas membayar kifarah, suami boleh kembali semula seperti biasa. Ini berlainan sekali dari apa yang berlaku di zaman jahiliah yang menganggap isteri-isteri yang telah dizihar itu gugur talaqnya sebagai talaq bain yang tidak boleh dirujuk sama sekali buat selama-lamaya.

Rukun Zihar

1. Suami yang menzihar

2. Isteri yang dizihar

3. Lafaz zihar

4. Orang yang diserupakan (ibu dan sebagainya)

Syarat-syarat Menzihar (SUAMI)

1. Dari suami yang sah talaqnya, kalau ia menggugurkan talaq, sekalipun suami yang mati pucuk atau yang terpotong zakarnya. Oleh itu tidak sah zihar dari yang bukan suami dan tidak sah menzihar perempuan yang bukan isterinya, walaupun perempuan itu akan dikahwininya selepas itu.

2. Suami yang berakal – tidak sah zihar dari suami yang gila atau masih budak.

3. Dengan kemahuan suami itu sendiri bukan dipaksa.

Syarat-syarat Menzihar (ISTERI)

Hendaklah yang dizihar itu isteri, sekalipun isteri itu masih kecil (kanak-kanak) gila, sakit, kafir kitabiah atau pun sedang dalam idah raj’i- tidak sah zihar perempuan yang bukan isteri, kalau seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan yang bakal dikahwininya: “jika saya berkahwin dengan awak maka awak itu dengan saya seperti belakang ibu saya”, kemudian lelaki itu mengahwininya, zihar itu tidak sah (tidak berlaku) begitu juga tidak berlaku zihar kalau seorang tuan hamba berkata kepada hambanya (perempuan) “awak dengan saya seperti belakang ibu saya” kerana hamba bukannya isteri.

Syarat-syarat yang diserupakan

1. Hendaklah orang yang diserupakan itu dari golongan perempuan, jika diserupakan dengan orang lelaki walaupun dari keluarganya yang paling dekat seperti bapa dan sebagainya, zihar itu tidak sah, begitu juga tidak sah kala diserupakan dengan seorang khunsa.

2. Hendaklah orang yang diserupakan itu dari perempuan yang haram nikah dengannya samada sebab keturunan seperti ibu atau sebab susuan seperti ibu susuan atau pun sebab persemendaan seperti ibu mertua atau ibu tiri.

3. Perempuan yang diserupakanj itu tidak halal dikahwini sebelum itu seperti isteri bapanya (ibu tiri) yang berkahwin dengan bapanya sebelum ia dilahirkan lagi.

Adapun ibu tiri yang berkahwin dengan bapanya setelah ia dilahirkan, tidak jadi zihar jika diserupakan dengannya, kerana perempuan itu sah berkahwin dengannya sebelum berkahwin dengan bapanya dahulu.

Begitu juga isteri anaknya (menantu perempuan) kerana ianya hala berkahwin dengannya sebelum berkahwin dengan anaknya, seterusnya isteri yang telah diceraikan dengan talak tiga, isteri yang telah lian dan isteri-isteri Rasulullah SAW, ini semuanya tidak jadi zihar apabila disabitkan dengan mereka, kerana pengharaman kahwin dengan isteri-isteri Rasulullah itu adalah sebagai penghormatan kepada Rasulullah dan memuliakannya.

Syarat-syarat Sighah Zihar

Lafaz itu hendaklah menunjukkan zihar. Lafaz zihar terbahagi kepada dua :

1. Lafaz Sareh : iaitu kata-kata yang terang yang digunakan tertentu pada zihar sahaja dan tidak mengandungi erti yang lain dari zihar, seperti kata suami kepada isteri “awak ini dengan saya seperti belakang ibu saya atau seperti tangannya atau kepalanya.

2. Lafaz Kinayah : iaitu kata-kata yang mengandungi makna zihar dan makna yang lain, lafaz kinayah ini memerlukan niat untuk menentukan maksud yang sebenar. Seperti kata suami kepada isterinya “awak semacam mata ibuku dan sebagainya dari perkataan-perkataan yang mengandungi erti zihar atau lain dari zihar sebagai menandakan kemuliaan atau penghormatan.

Syarat-syarat Tasbiah (Menyerupakan)

Orang-orang Arab jahiliah selalunya menggunakan perkataan (zihar) yang bererti belakang untuk menzihar isteri-isteri mereka, selain dari perkataan (zihar) terdapat juga perkataan-perkataan yang lain seperti mata, kepala, tangan dan sebagainya. Pendek kata ada kalanya digunakan seluruh anggota perempuan dan ada juga yang menggunakan sebahagian anggota sahaja seperti menyebut muka, kepala, tangan dan sebagainya. Oleh itu disyaratkan menyebut anggota yang lahir sahaja.

Tidak sah tasbiah itu dengan menggunakan anggota batin seperti hati, limpa dan sebagainya, andainya seorang suami berkata kepada isterinya “kepada awak serupa hati ibu saya” perkataan seperti ini tidak sah dijadikan zihar.

Zihar tidak berlaku apabila ditasbihkan dengan sesuatu yang ada pada perempuan seperti susu, air liur air mani dan sebagainya, kecuali ditasbiahkan dengan sebahagian anggotanya, seperti kuku, ramput dan gigi, barulah sah ziharnya, contohnya kata suami “awak semacam kuku ibu saya” dan seterusnya.

Hukum Membataskan Waktu Zihar Dan Menta’liqkan

1. Sah menghadkan waktu zihar samada pada jangka waktu yang singkat atau panjang seperti kata suami “awak dengan saya seperti belakang ibu saya dalam masa sehari atau sebulan” dalam masa yang disebutkan itu suami diharamkan mensetubuhi isterinya itu apabila disetubuhinya kembali wajiblah ia membayar kifarah zihar.

2. Jika suami berkata kepada isterinya “awak semacam belakang ibu saya selama lima bulan. Kata-kata yang demikian dianggap suami telah menzihar dan mengiilaa’ isterinya itu apabila ia mensetubuhi isterinya itu dalam tempoh masa tersebut, ia diwajibkan membayar kifarah zihar,selepas itu ia tidak mensetubuhinya sehingga berlalu masa tersebut isteri berhak menuntut dua perkara iaitu menuntut suami supaya mewarithnya kembali atau menceraikannya seperti yang diterangkan di dalam illa’.

Jika suami berkata kepada isterinya “demi Allah awak serupa belakang ibu saya” kemudian suami itu mensetubuhi isterinya itu dalam masa tempoh iilaa’ (empat bulan) ia diwajibkan membayar dua kifarah, iaitu zihar dan kifarah iilaa’.

Sah dita’liqkan zihar dengan sesuatu, seperti kata suami kepada salah seorang dari isterinya “jika saya zihar madu awak (isteri yang satu lagi) maka awak serupa dengan belakang ibu saya” dan kebetulan ia benar-benar menzihar isteri yang pertama itu, oleh yang demikian ia dianggap telah menzihar kedua-duanya sekali.

Cara-cara membayar Kifarah Zihar

Apabila seorang suami yang menzihar isterinya ingin kembali isteri kifarah tersebut adalah mengikut susunan berikut :

Yang dizihar itu hendaklah terlebih dahulu ia menbayar kifarah, cara membayar:

1. Memerdekakan hamba yang mu’min lelaki atau perempuan.

2. Jika tidak mampu atau tidak berdaya untuk merdekakan hamba, hendaklah ia berpuasa dua bulan berturut-turut dengan tidak berselang, sekiranya diselang-selangkan walaupun kerana sakit, maka puasa yang lalu terputus dan mestilah diulang semula.

3. Jika tidak terdaya berpuasa selama dua bulan berturut-turut, maka ia hendaklah memberi sedekah makanan kepada enam puluh orang miskin, tiap-tiap seorang diberikan secupak dan makanan utama bagi negeri itu.

Seorang itu dikira lemah dari berpuasa jika terdapat salah satu dari perkara berikut, dan bolehlah ia menunaikan kifarah yang ketiga iaitu memberi sedekah makanan kepada enam puluh orang miskin :

1. Ia ditimpa oleh penyakit yang ghalibnya penyakit itu akan berlarutan sehingga dua bulan pendapat doctor dan sebaik-baiknya biarlah dari jenis penyakit yang tidak ada harapan untuk sembuh lagi.

2. Ia takutkan penyakit itu akan bertambah teruk bila berpuasa.

3. Sekiranya ia berpuasa selam dua bulan berturut-turut ini akan menimbulkan kesusahan dan kemudharatan kepadanya, kerana tidak terdaya mengerjakannya.

4. Orang itu didapati terlalu kuat nafsunya. Tidak sanggup menahan untuk menunaikan puasa tersebut, ini bagi orang yang mempunyai nafsu yang luar biasa.

Wallahua’lam

Persatuan Ulama Malaysia (PUM) mengecam karikatur Utusan Malaysia.

Bismillahirrahmaanirrahiim.


Laporan media

KUALA LUMPUR 15 JUN : Persatuan Ulama Malaysia (PUM) mengecam karikatur bertajuk “Kekeliruan Kes Rogol” yang disiarkan dalam Utusan Malaysia hari ini sambil menyifatkan ia menghina agama Islam.

Yang Dipertuanya Datuk Sheikh Abdul Halim Abd Kadir berkata, penyiaran karikatur itu yang menggambarkan mangsa rogol membuat laporan kepada pihak dalam dua situasi berbeza secara jelas menghina golongan ulama dan Islam.

Karikatur itu yang disiarkan pada muka surat 15 Utusan Malaysia, menyaksikan dua situasi berbeza yang terpaksa dialami oleh mangsa rogol.

Dalam situasi pertama, mangsa rogol telah mengemukakan aduan kepada jabatan agama, namun ditolak kerana menurut karikatur itu mangsa memerlukan empat orang saksi sedangkan mangsa hanya mempunyai rakaman video.

Sementara itu dalam situasi kedua, mangsa telah membuat laporan polis dan pegawai yang menguruskan kes itu berkata rakaman video boleh dijadikan bukti.

Dialognya berbunyi “Bagus... Alat itu pun boleh jadi bukti!”

Jelas Sheikh Abdul Halim, tindakan Utusan Malaysia melepaskan karikatur itu adalah tidak wajar dan boleh menyebabkan perpecahan antara umat Islam.

“PUM memandang serius penyiaran kartun dalam Utusan Malaysia disiarkan pada yang secara jelas menghina ulama dan Islam ... perkara ini tidak harus dibiarkan.

“Kartun seperti itu dilihat cuba memperlekehkan pandangan alim ulama dan memberikan tanggapan negatif kepada Islam.

“Sepatutnya akhbar menjadi alat perpaduan dan menimbulkan kesedaran, bukan menambah pergeseran dan perpecahan umat,” katanya dalam satu kenyataan.

Justeru beliau mahu Majlis Fatwa Kebangsaan memandang serius perkara ini dan mengambil tindakan susulan ekoran keberanian pelukis dan Utusan Malaysia menyiarkan karikatur begitu.

“PUM meminta supaya para mufti juga turut menegur Utusan yang menyiarkan kartun yang menghina hukum hakam agama.

“Sehubungan itu PUM meminta supaya Majlis Fatwa Kebangsaan membuat pendirian berhubung dengan perkara ini,” katanya.

Selain itu, tegas Sheikh Abdul Halim, pihaknya juga mahu pelukis dan Utusan Malaysia didakwa kerana menghina Islam.

“Sepatutnya perkara sebegini sepatutnya mereka perlu mendapatkan pandangan cerdik pandai dalam bidang agama sebelum mengeluarkan sesuatu bahan.

“Kita syorkan supaya pelukis dan penerbit kartun ini di dakwa atas penghinaan ke atas Islam,” katanya yang turut menyarankan agar kerajaan mengadakan lebih banyak program untuk menyelesaikan isu berkaitan agama Islam.

Setiausaha Agung PUM Dr Mohd Roslan Mohd Nor pula berkata sepatutnya pelukis karikatur itu perlu tahu bahawa tindakannya akan mengundang rasa marah umat Islam yang lain.

“Kartun ini hina Islam sebab dalam kes zina memang rakaman video tidak boleh dijadikan bukti tapi dalam kes rogol ia boleh dipertimbangkan dengan rakaman video itu disahkan dulu.

“Kes rogol bukan perbuatan zina, saya rasa pelukis ini silap dan tidak faham,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Dalam pada itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan juga mengecam sekeras-kerasnya Utusan Malaysia.

“Lakaran kartun tersebut jelas sekali memperlekehkan aspek sistem keadilan di dalam Islam dengan memaparkan seorang wanita yang mendakwa dirogol dan diminta mendatangkan empat orang saksi serta ditolak bukti melalui rakaman videonya,” kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan Ahmad Fadhli Shaari dalam satu kenyataan.

Kata beliau, jelas sekali mesej yang ingin disampaikan oleh rakaman tersebut ialah betapa zalim dan primitifnya Islam yang menggariskan syarat empat orang saksi lelaki yang adil dalam penghakiman kes zina serta liwat dan rogol.

“Perlu diingatkan bahawa, penentuan ini bukan dibuat oleh mana-mana pemimpin pembangkang khususnya PAS seperti yang mungkin ingin disampaikan melalui kartun tersebut, tetapi ia dibuat melalui firman Allah SWT,” katanya.

Tambah beliau, akhbar seperti Utusan Malaysia yang mendakwa membela Islam pula yang menjatuhkan maruah Islam dan memperlekehkan aspek penghakiman dalam kes zina dan rogol dengan menyiarkan lakaran kartun seperti ini.

Justeru, kata beliau, pihaknya menuntut supaya Utusan Malaysia menarik balik lakaran kartun ini dan memohon maaf kepada seluruh umat Islam di Malaysia di atas kebiadapan menghina Islam dan sistem perundangannya.

“Utusan Malaysia juga sewajarnya layak diisytiharkan sebagai akhbar biadap yang paling bangsat di Malaysia di atas penyiaran lakaran kartun ini,” katanya.

 Pandangan saya di sini

Wallahua'lam.

Utusan Malaysia menghina perundangan Islam

Bismillahirrahmaanirrahiim.


Saya cuba untuk bersangka baik dengan lukisan gambar tersebut , namun tiada ruang untuk bersangka baik kerana ianya jelas lukisan tersebut membawa meseg yang menghina institusi perundangan Islam. Meseg di dalam lukisan tersebut juga jelas cuba menunjukkan seolah-olah perundangan Islam yang berlandaskan al-Quran , as Sunnah , Qias dan Ijma' Ulama menzalimi mangsa jenayah rogol.

Menuduh seseorang melakukan zina dan menuduh seseorang merogol dirinya adalah perkara yang berbeza. Dari segi tajuk "Kekeliruan Kes Rogol" sepatutnya ia menyampaikan kedah yang sebenar dan bukannya ia cuba mengelirukan masyarakat dengan lukisan tersebut. Menuduh seseorang berzina adalah perbuatan yang mempertaruhkan maruah orang dituduh , maka dengan itu Islam menetapkan syarat-syarat dalam menuduh zina kerana ianya bukan saja demi menjaga hak yang dituduh dan menuduh tetapi menjaga kemaslahan umum iaitu kesan seandai ianya suatu fitnah. Menuduh seseorang merogol dirinya pula adalah perbuatan menaruhkan maruah dirinya maka Islam juga telah menetapkan syarat-syarat untuk memastikan tiada unsur fitnah dan maruah mangsa terbela. Islam bukan saja memperuntukan hukum untuk mengadili dan menghukum sesuatu pihak tetapi turut menjaga kemaslahan umum.

Seandai pelukis tersebut melukis kerana kejahilannya dan tidak memahami Islam maka pelukis tersebut telah melakukan dosa besar. Seandai pelukis tersebut melukis untuk memperolok-olokkan hukum Islam dan menentang hukum Islam maka ia akan merosakkan akidah pelukis tersebut.

Saya berharap pelukis tersebut memohon maaf secara terbuka dan bertaubat kerana perbuatan tersebut bukan saja boleh menggugat akidah pelukis tersebut tetapi turut akan mengugat akidah pihak yang menyebarkan meseg lukisan tersebut.

~Pelihara Amal , Pelihara Akidah~

Wallahua'lam.

Cara pasang scroll di ruangan ulasan/comment blogspot

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Entry FARISZ@AZ.Com kali ini adalah tutorial bagaimana para blogger hendak memasang scroll di ruangan ulasan atau comment di blogspot.

Tujuan utama scroll di ruangan ulasan adalah untuk memastikan ruangan ulasan tidak terlalu panjang jika ramai yang memberi ulasan , ini kerana ruangan ulasan yang panjang akan menyebabkan ruangan blog turut menjadi panjang dan kelajuan suatu blog menjadi lambat.


Cara pasang scroll di ruangan ulasan

1. Daftar masuk ke Blogspot.

2. Ke ruangan HTML.


  (i) Klik "Reka Bentuk"
 (ii) Klik "Edit HTML"
(iii) Klik "Kembangkan Template Widget"

3. Cari kode


4. Salin kode

#comments {
height:250px;
overflow:auto;
}

5. Letakkan kode No.4 di atas kode No.3


6. Klik "Preview" atau "Pratonton". Jika tiada masalah klik "Save" atau "Simpan Template".

Selesai (^_^)

Note : (height:250px;  :  ketinggian scroll. boleh diubah mengikut kesesuaian blog)

Untuk tutorial blogspot yang lain anda boleh ke Tutorial Blogspot FARISZ@AZ.Com 

Wallahua'lam.
 

Lebih RM10,000 dan IPad 2 untuk dimenangi!!!


Bismillahirrahmaanirrahiim,


Lebih RM10,000 dan IPad 2 untuk dimenangi!!!

Pertanding MEDIA KREATIF YAYASAN KEMANUSIAAN MUSLIM AID MALAYSIA

Objektif pertandingan :

1- menjadikan Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) sebagai 1 NGO yang telus dan diyakini berdasarkan tema-tema yang diberikan.
2- menerapkan minda masyarakat Malaysia dengan menjadikan Muslim Aid sebagai rakan NGO nombor satu untuk kerja-kerja amal, kebajikan dan kemanusiaan
3- bagi mengumpul dana untuk memperbanyakkan lagi aktiviti Muslim Aid di seluruh negara.


Tema :

1- Pendidikan
2- Kesihatan
3- Pembangunan komuniti (pembangunan modal insan)
4- Fast 2 Feed
5- Qurban For Life
6- Pengecualian Cukai


Golongan sasaran penerima bantuan :

1- Anak-anak yatim dan miskin
2- warga pelarian
3- keluarga fakir miskin
4- warga ibu tunggal
5- mangsa bencana dan perang

What are you waiting for?


CARA UNDIAN :
Penganjur akan meletakkan setiap penyertaan di Facebook Pages khas untuk dinilai oleh orang ramai.


Dengan cara ‘Like’ gambar yang pihak Muslim Aid postkan di Photo Album, peserta yang menerima ‘like’ paling banyak akan terpilih untuk ke peringkat kedua dan seterusnya akan dipilih sebagai pemenang oleh juri yang dilantik oleh Muslim Aid.

Pemenang akan dikira secara keseluruhan tanpa mengikut tema namun tempat kedua dan seterusnya juga akan digunakan artworknya oleh Muslim Aid jika diperlukan.

Terbuka kepada semua warganegara Malaysia kecuali kakitangan Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia dan ahli keluarga terdekat.
Penyertaan mesti dihantar melalui email dan saiz ‘artwork’ tidak melebihi 3Mb.

SYARAT & PERATURAN:
Saiz setiap penyertaan adalah A4.

Setiap peserta mesti menyimpan karya asal ‘Hi-Res’ jikalau dipelukan kemudian kelak.

Setiap penyertaan mesti disertakan dengan borang yang telah disediakan di website Muslim Aid.

Medium adalah bebas. Contoh (fotografi, lukisan atau grafik)

Dengan menertai peraduan ini, setiap peserta secara langsung tertakluk kepada syarat-syarat dan peraturan yang dibuat oleh Muslim Aid.

Penganjur berhak menggunakan ‘artwork’, nama gambar alamat, infomasi dokumen mengenai pemenang untuk tujuan pengiklanan dan promosi dari semasa ke semasa tanpa memberi pampasan kepada pemenang.

Penyertaan yang lengkap hendaklah sampai kepada alamat atau email yang tertera sebelum 30 Julai 2011.

saiz poster adalah dalam format jpeg atau png bersaiz antara 1mb - 3mb
setiap poster perlu ada logo Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia


Emailkan penyertaan anda ke media@muslimaidasia.com

Nama:
Alamat:
No Tel:
Tajuk:
Tema:


Sebarkan kepada rakan-rakan anda dengan klik "share"

Klik ► http://www.facebook.com/FARISZAZCom?sk=app_392248091048

Wallahua'lam.

Gerhana Bulan : 2.22 Pagi (Waktu Malaysia)


Bismillahirrahmaanirrahiim



إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ وَاخْتِلافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لآيَاتٍ لأولِي الألْبَابِ (١٩٠)

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal;

(Surah Ali Imran : 190)


Daripada Abi Barkah katanya :
"Rasulullah S.A.W bersabda : Sesungguhnya matahari dan bulan adalah tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. Kedua-duanya tidak gerhana disebabkan matinya seseorang atau disebabkan lahirnya. Tetapi kedua-duanya merupakan dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah menakutkan hamba-hambanya. Apabila engkau melihat perkara tersebut hendaklah engkau solat dan berdoa sehingga gerhana itu hilang pada padangan“.
(HR. Bukhari)

Daripada Al-Mughirah bin Syu'bah r.a katanya :
"Matahari telah gerhana pada masa Rasulullah s.a.w di hari kematian Ibrahim iaitu anak lelaki baginda. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Kedua-duanya tidak gerhana disebabkan kematian seseorang atau kerana dihidupkannya. Oleh itu apabila kamu melihatnya berdoalah kepada Allah dan dirikanlah sembahyang sehinggalah gerhana itu hilang."
(Sahih Muslim : No.1522)

Daripada Abdullah bin Umar r.a :
"Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesungguhnya matahari dan bulan tidaklah menjadi gerhana disebabkan kematian seseorang atau kerana dihidupkan seseorang tetapi kedua-duanya adalah termasuk ayat-ayat (tanda-tanda) dari Allah. Oleh itu apabila kamu semua melihatnya maka dirikanlah sembahyang."
(Sahih Muslim : No.1521)

Daripada Abu Mas'ud Al-Ansariy r.a katanya :
"Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. Kedua-duanya (ketika berlaku
gerhana) digunakan oleh Allah untuk menakutkan (memberi amaran) kepada para hambaNya dan keduanya tidaklah menjadi gerhana disebabkan kematian seseorang di antara manusia. Oleh itu apabila kamu melihatnya maka dirikanlah sembahyang dan berdoalah kepada Allah sehinggalah Allah meneranginya semula kepada kamu."
(Sahih Muslim : No.1516)

Daripada Abu Musa r.a katanya :
"Telah berlaku gerhana matahari pada zaman Rasulullah s.a.w. Baginda bangkit dengan terkejut, bimbang kalau-kalau hari itu adalah Hari Kiamat. Kemudian beliau datang ke masjid lalu mendirikan sembahyang. Baginda berdiri, rukuk dan sujud dalam tempoh yang lama. Aku tidak pernah melihat sama sekali baginda bersembahyang begitu. Kemudian baginda bersabda: Sesungguhnya inilah ayat-ayat (tanda-tanda) yang diutuskan oleh Allah dan berlakunya bukanlah kerana kematian seseorang atau juga dihidupkan seseorang tetapi Allah mengutusnya untuk menakutkan (memberi amaran) kepada hamba-hambaNya. Oleh itu apabila kamu melihatnya maka bersegeralah mengingati-Nya, berdoa kepadaNya dan memohon keampunan dariNya."
(Sahih Muslim : No.1518)


Gerhana Bulan kali ini akan berlaku pada 5.24 petang (Waktu Antarabangsa) 15 Jun 2011 bersamaan 2.22 pagi (Waktu Malaysia) 16 Jun 2011.

P1 : Bulan mula memasuki kawasan bayang penumbra bumi pada jam 1.22 pagi.

U1 : Ketika ini bulan berada di dalam kawasan bayang penumbra bumi dan mula menyentuh bayang umbra pada jam 2.22 pagi.

U2 - U3 : Fasa Gerhana Penuh secara rasminya akan bermula pada jam 3.22 pagi hingga 5.02 pagi.
Kemuncak gerhana ialah pada jam 4.12 pagi.

U4 : Bulan mula bergerak keluar dari kawasan bayang umbra bumi pada jam 5.02 pagi.

P4 : Pada peringkat ini, bulan mula bergerak keluar dari kawasan penumbra bumi pada jam 6.02 pagi.

Fenomena ini berakhir sepenuhnya pada jam 7.02 pagi.

Wallahua'lam.

Cara pasang Penukar Warna Blog di Blogspot

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Entry FARISZ@AZ.Com kali ini adalah tutorial bagaimana para blogger hendak memasang Penukar Warna Blog di blogspot.

Alat tersebut sesuai di pasang di mana-mana blogger , ia bertujuan untuk pelawat blog mesra dengan warna latar belakang blog iaitu pelawat blog boleh memilih warna yang disediakan oleh admin blog bagi pelawat menyesuaikan diri dan mata dalam pembacaan di sesebuah blog. Sebilangan pelawat menyukai latar belakang yang berwarna gelap dan sebilangan pelawat menyukai latar belakang yang berwarna putih atau warna-warna cerah , jadi dengan alat ini ia membantu pelawat mesra dengan sesebuah blog.

Penukaran warna diblog menggunakan alat ini tidaklah bersifat kekal kerana apabila blog "refrest" atau dilihat semula ia akan menunjukkan warna asal blog semula. Untuk melihat contoh anda boleh ke Tutorialstoblog

(Contoh Penukar Warna Blog)

Cara pasang Penukar Warna Blog di Blogspot

1. Daftar masuk ke Blogspot.

2. Klik "Reka Bentuk".


3. Di ruangan "Eleman Laman" klik "Tambah Alat".


4. Di dalam pilihan alat sila pilih "HTML/JavaScript"


5. Salin kode dibawah dan letakkan di alat "HTML/JavaScript" (Alat yang ditambah pada No.4). Dan klik "Save" atau "Simpan"



6. Susun alat tersebut di "Elemen Laman" mengikut kehendak anda.

7. Klik "Save" atau "Simpan"di "Elemen Laman". Selesai (^_^)

Tips : Sebaiknya alat tersebut diletakkan diruangan atas atau bucu blog diruangan atas untuk memudahkan pelawat blog melihat alat tersebut.

Nota : Untuk catatan pengubahan alat tersebut seperti mengantung alat tersebut dibahagian bucu blog atau pengubahan warna pilihan di alat tersebut akan saya buat dicatatan akan datang , InsyaAllah.

Untuk lain-lain tutorial, blogger boleh ke Tutorial Blogspot FARISZ@AZ.Com

Wallahua'lam.

Design by FARISZ@AZ.Com