.
Promosi
.

Utusan Malaysia menghina perundangan Islam

Bismillahirrahmaanirrahiim.


Saya cuba untuk bersangka baik dengan lukisan gambar tersebut , namun tiada ruang untuk bersangka baik kerana ianya jelas lukisan tersebut membawa meseg yang menghina institusi perundangan Islam. Meseg di dalam lukisan tersebut juga jelas cuba menunjukkan seolah-olah perundangan Islam yang berlandaskan al-Quran , as Sunnah , Qias dan Ijma' Ulama menzalimi mangsa jenayah rogol.

Menuduh seseorang melakukan zina dan menuduh seseorang merogol dirinya adalah perkara yang berbeza. Dari segi tajuk "Kekeliruan Kes Rogol" sepatutnya ia menyampaikan kedah yang sebenar dan bukannya ia cuba mengelirukan masyarakat dengan lukisan tersebut. Menuduh seseorang berzina adalah perbuatan yang mempertaruhkan maruah orang dituduh , maka dengan itu Islam menetapkan syarat-syarat dalam menuduh zina kerana ianya bukan saja demi menjaga hak yang dituduh dan menuduh tetapi menjaga kemaslahan umum iaitu kesan seandai ianya suatu fitnah. Menuduh seseorang merogol dirinya pula adalah perbuatan menaruhkan maruah dirinya maka Islam juga telah menetapkan syarat-syarat untuk memastikan tiada unsur fitnah dan maruah mangsa terbela. Islam bukan saja memperuntukan hukum untuk mengadili dan menghukum sesuatu pihak tetapi turut menjaga kemaslahan umum.

Seandai pelukis tersebut melukis kerana kejahilannya dan tidak memahami Islam maka pelukis tersebut telah melakukan dosa besar. Seandai pelukis tersebut melukis untuk memperolok-olokkan hukum Islam dan menentang hukum Islam maka ia akan merosakkan akidah pelukis tersebut.

Saya berharap pelukis tersebut memohon maaf secara terbuka dan bertaubat kerana perbuatan tersebut bukan saja boleh menggugat akidah pelukis tersebut tetapi turut akan mengugat akidah pihak yang menyebarkan meseg lukisan tersebut.

~Pelihara Amal , Pelihara Akidah~

Wallahua'lam.

1 ulasan:

Jαnnαhツ said...

sepatutnya sebelum siarkan mana2 lukisan @ statement, tanya lah para ulamak dahulu, jgn duk pakat nak hentam saje. kita org islam kena tau menda2 camni. jgn keluarkan statement yang menunjukkan kejahilan diri sendiri.

Design by FARISZ@AZ.Com