.
Promosi
.

Kiamat kian Hampir



Terdapat satu lagi tanda kiamat yang kini dianggap remeh oleh kebanyakan manusia. Walaupun mereka tahu tanda kiamat ini adalah benar, namun mereka mendengarnya seolah-olah mendengar cerita dongeng rakyat. Tanda kiamat yang dimaksudkan ialah berlumbanya manusia dalam membina bangunan pencakar langit.




Petikan dari Hadith Jibril yang cukup panjang, percakapan antara Nabi Muhammad Salallahu ‘alaihi wassalam dengan Malaikat Jibril tentang Islam, Iman, Ihsan, dan tanda-tanda Hari Kiamat:
Ia (Malaikat Jibril) berkata lagi, “Beritahulah aku tentang hari Kiamat.”

Baginda (Nabi Muhammad Salallahu ‘alaihi wassalam) menjawab : “Orang yang ditanya tentang hal tersebut tidak lebih tahu dari pada orang yang bertanya.”

Akhirnya ia berkata, “Beritahulah aku sebahagian dari tanda-tanda Kiamat itu”.

Beliau menjawab, “iaitu : Apabila ada hamba sahaya wanita melahirkan tuannya dan apabila kamu melihat orang-orang tak beralas kaki, tak berpakaian sempurna melarat lagi, pengembala domba saling membangga-banggakan diri dalam membangun bangunan yang tinggi‘.

[Hadith Riwayat Muslim dalam Sahihnya, kitab Al-Iman, bab 1, hadits ke 1. Dan diriwayatkan juga hadith dengan lafaz seperti ini dari Abu Hurairah oleh Al-Bukhari dalam Shahih-nya, kitab Al-Iman, bab 37, hadits ke 1.]

Apakah kita sedikit pun tidak mahu menghayati hadith yang benar ini? Kita bukan sahaja tidak mengelakkan diri dari membuat bangunan tinggi sebaliknya kita berbangga memiliki antara bangunan tertinggi di dunia. Adakah itu kemajuan yang kita mahu? Adakah bangunan tinggi bermanfaat untuk Alam? Benarkah ia bermanfaat?

Proses untuk membina bangunan tinggi melibatkan banyak perkara tersirat di sebalik kemodenan seperti

- Perbuatan perhambaan manusia besar-besaran (buruh)
- Gangguan terhadap ekosistem tanah
- Pencemaran yang terhasil dari pembinaan bangunan tinggi.
-Mengganggu keseimbangan tenaga kerana bangunan tinggi paling banyak menyerap tenaga di sekelilingnya menyebabkan kawasan yang lain pincang ekosistemnya.






Di dalam hadith di atas adakah kita memahami apakah itu maksud hamba sahaya melahirkan Tuannya? Tidakkah anda sedar ia paling banyak berlaku kini? Cuba anda cerminkan diri anda adakah ibu anda bermewahan melebihi anda? Adakah pakaiannya semahal anda? Adakah alatannya secanggih anda? Adakah makanannya semewah anda? Namun kesemua sumber pendapatan itu diberikan oleh mereka kepada kita. Namun budaya anak lebih mewah dari ibu bapa adalah perkara biasa pada hari ini. Apatah lagi budaya menderhaka kepada ibu bapa seakan menjadi suatu yang dianggap ringan pada masa kini. Renung-renungkanlah.

0 ulasan:

Design by FARISZ@AZ.Com