Rasulullah S.A.W telah menjenguk kepada kami semasa kami sedang ingat meningati satu sama lain, lalu Baginda s.a.w bertanya : "Apa yang kamu ingat mengingatkan itu? " Kami menjawab : "Kami mengingati perihal hari kiamat dan saat berlakunya"; Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya saat kiamat tidak akan berlaku melainkan setelah kamu melihat sebelumnya sepuluh alamat." Lalu Baginda s.a.w menyebut alamat atau tanda-tanda itu iaitu : Asap, Dajal (orang yang menyembunyi dan mengubah keadaan perkara-perkara yang benar dengan perkataan dustanya atau perbuatan sihirnya) Dabbatul-Ardh, terbit matahari dari pihak masuknya (dari pihak barat), turunnya Nabi Isa anak Mariam, dan Ya'juj wa Ma'juj…"
(Huzaifah bin Asid al-Ghifari r.a)
Penerangan :
1. Tidak akan berlakunya kiamat kecuali telah berlakunya 10 perkara tanda kiamat.
2. Antara tandanya adalah keluarnya suatu asap hitam disuatu tempat,akan lahirlah dajjal di mana ia menjadikan manusia mempertuhankan dajjal sehingga perkara makruf dilihat mungkar dan perkara mungkar dilihat makruf,matahari timbul dari sebelah barat,keluarnya Ya'juj wa Ma'juj diatas muka bumi dengan melakukan kerosakan dan turunnya Nabi Isa a.s .
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : “Bacalah al- Quran kerana ia akan datang pada Hari Akhirat kelak sebagai pemberi syafaat kepada tuannya.”
(Riwayat Muslim)
Penerangan :
Pengajaran Hadis :
i) Al-Quran merupakan kalam Allah dan perlembagaan syariatnya yang kekal abadi. Allah telah menurunkannya kepada manusia sebagai panduan dalam mengharungi kehidupan agar dapat mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.
ii) Membaca al-Quran merupakan satu ibadah yang boleh menghampirkan diri seseorang itu kepada Allah S.W.T. Pahalanya amat besar iaitu sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran, ganjarannya satu kebaikan dan sepuluh ganjaran yang sama dengannya. Selain itu ia juga boleh meberikan syafaat di hari akhirat kelak.
iii) Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim ada menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :” Perumpamaan Mukmin yang membaca al-Quran adalah seperti limau yang mempunyai bau yang harum dan rasanya sedap. Manakala perumpamaan mukmin yang tidak membaca al-Quran pula adalah seperti tamar yang tidak ada bau tetapi rasanya manis dan sedap.”
iv) Membaca al-Quran hendaklah dilakukan dengan beradab sebagai menghormati kalimah Allah di antaranya ialah seseorang itu hendaklah berada dalam keadaan suci (berwudhu’) dan membacanya di tempat yang bersih, memulakan dengan membaca Ta’auwuz dan Basmallah, membaca dengan teliti dan perlahan, menjaga makhraj (bertajwid) serta memperelokkan suara sekadar termampu.
v) Pembacaan al-Quran yang paling baik ialah apabila difahami apa yang dibaca. Dengan ini barulah seseorang itu akan dapat merasai nikmatnya yang sebenar.
Terdapat satu lagi tanda kiamat yang kini dianggap remeh oleh kebanyakan manusia. Walaupun mereka tahu tanda kiamat ini adalah benar, namun mereka mendengarnya seolah-olah mendengar cerita dongeng rakyat. Tanda kiamat yang dimaksudkan ialah berlumbanya manusia dalam membina bangunan pencakar langit.
Petikan dari Hadith Jibril yang cukup panjang, percakapan antara Nabi Muhammad Salallahu ‘alaihi wassalam dengan Malaikat Jibril tentang Islam, Iman, Ihsan, dan tanda-tanda Hari Kiamat:
Ia (Malaikat Jibril) berkata lagi, “Beritahulah aku tentang hari Kiamat.”
Baginda (Nabi Muhammad Salallahu ‘alaihi wassalam) menjawab : “Orang yang ditanya tentang hal tersebut tidak lebih tahu dari pada orang yang bertanya.”
Akhirnya ia berkata, “Beritahulah aku sebahagian dari tanda-tanda Kiamat itu”.
Beliau menjawab, “iaitu : Apabila ada hamba sahaya wanita melahirkan tuannya dan apabila kamu melihat orang-orang tak beralas kaki, tak berpakaian sempurna melarat lagi, pengembala domba saling membangga-banggakan diri dalam membangun bangunan yang tinggi‘.
[Hadith Riwayat Muslim dalam Sahihnya, kitab Al-Iman, bab 1, hadits ke 1. Dan diriwayatkan juga hadith dengan lafaz seperti ini dari Abu Hurairah oleh Al-Bukhari dalam Shahih-nya, kitab Al-Iman, bab 37, hadits ke 1.]
Apakah kita sedikit pun tidak mahu menghayati hadith yang benar ini? Kita bukan sahaja tidak mengelakkan diri dari membuat bangunan tinggi sebaliknya kita berbangga memiliki antara bangunan tertinggi di dunia. Adakah itu kemajuan yang kita mahu? Adakah bangunan tinggi bermanfaat untuk Alam? Benarkah ia bermanfaat?
Proses untuk membina bangunan tinggi melibatkan banyak perkara tersirat di sebalik kemodenan seperti
- Perbuatan perhambaan manusia besar-besaran (buruh)
- Gangguan terhadap ekosistem tanah
- Pencemaran yang terhasil dari pembinaan bangunan tinggi.
-Mengganggu keseimbangan tenaga kerana bangunan tinggi paling banyak menyerap tenaga di sekelilingnya menyebabkan kawasan yang lain pincang ekosistemnya.
Di dalam hadith di atas adakah kita memahami apakah itu maksud hamba sahaya melahirkan Tuannya? Tidakkah anda sedar ia paling banyak berlaku kini? Cuba anda cerminkan diri anda adakah ibu anda bermewahan melebihi anda? Adakah pakaiannya semahal anda? Adakah alatannya secanggih anda? Adakah makanannya semewah anda? Namun kesemua sumber pendapatan itu diberikan oleh mereka kepada kita. Namun budaya anak lebih mewah dari ibu bapa adalah perkara biasa pada hari ini. Apatah lagi budaya menderhaka kepada ibu bapa seakan menjadi suatu yang dianggap ringan pada masa kini. Renung-renungkanlah.