.
Promosi
.

Salam Ramadhan ,1432 Hijrah

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Assalamualaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah melimpahkan rahmatNya kepada kita untuk bertemu sekali lagi dengan bulan yang penuh keberkatan iaitu Bulan Ramadhan pada tahun 1432 Hijrah dan selawat serta salam bagi nabi junjungan iaitu Nabi Muhammad S.A.W kerana dengan asbab dakwah Baginda S.A.W lah kita mampu merasai nikmat iman dan amal serta mampu memahami,menghanyati dan melaksanakan ibadah di Bulan Ramadhan bersandarkan al Quran dan as Sunnah. Saya mengucapkan selamat menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak.

Setiap kali kita bertemu dengan Bulan Ramadhan sebenarnya akan wujud perasaan dan beberapa pelaksanaan yang berbeza kerana usia yang semakin dewasa , bilamana semakin dewasa usia maka sewajarnya semakin kita merindui Bulan Ramadhan kerana ia antara bulan yang lebih mudah untuk kita beramal dan membaiki diri.

Dalam konteks penghayatan dan pengamalan di Bulan Ramadhan saya berharap kita selaku umat Islam dan umat yang beriman kepada Allah dan Rasul akan memanfaatkan Bulan Ramadhan ini dengan memaksimumkan penggunaan masa untuk beribadah dan memperbaiki ibadah kerana kita belum pasti adakah kita akan berjaya bertemu dengan Bulan Ramadhan pada tahun yang akan datang atau tidak.

Dalam konteks kesihatan pula saya berharap kita juga turut menjaga kesihatan untuk memastikan kita mampu berpuasa dengan sebaiknya dan melaksanakan ibadah-ibadah lain dengan lancar. Bulan Ramadhan bukanlah masa yang menghalang umat Islam untuk terus aktif dalam aktiviti harian tetapi di dalam kesibukan kita dalam menjalani kehidupan harian jangan pula kita lupa melaksanakan dan membaiki ibadah khusus dan umum. Malah Bulan Ramadhan juga bukanlah penghalang untuk umat Islam aktif bersukan namun pembahagian masa adalah amat wajar.

Sempena di Bulan Ramadhan ini semoga kita mampu memperbanyakkan ibadah dan membaiki ibadah serta membaiki diri untuk menjadi individu Muslim dan Mukmin yang sebenar-sebenarnya Muslim dan Mukmin. Semoga kita juga mampu mencapaikan tahap puasa kita di Bulan Ramadhan ini adalah Ramadhan al Mubarak dan puasa yang jika jalani tidak menjadi sia-sia seperti dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W melalui hadith :

“Betapa banyak orang yang berpuasa namun dia tidak mendapatkan dari puasanya melainkan hanya rasa lapar dan dahaga.” (HR. Ath Thabrani)

Dan untuk pengetahuan umum bahawa berpuasa di Bulan Ramadhan adalah wajib seperti mana yang firman Allah di Surah Al Baqaarah ayat 184 sehingga ayat 186 :


أَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ

(Puasa Yang Diwajibkan itu ialah beberapa hari Yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu Yang sakit, atau Dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari Yang dibuka) itu pada hari-hari Yang lain; dan wajib atas orang-orang Yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah Iaitu memberi makan orang miskin. maka sesiapa Yang Dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari Yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (Walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.(Surah Al Baqaarah : Ayat 184)


شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

(Masa Yang Diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan Yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan Yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara Yang benar Dengan Yang salah. oleh itu, sesiapa dari antara kamu Yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa Yang sakit atau Dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari Yang ditinggalkan itu pada hari-hari Yang lain. (dengan ketetapan Yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.(Surah Al Baqaarah : Ayat 185)


وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang Yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.(Surah Al Baqaarah : Ayat 186)


Jadilahkan Bulan Ramadhan ini sebagai masa untuk kita motivasi atau muhasabah diri lagi untuk memastikan kita bukan sekadar Islam tetapi BERIMAN.


Wallahua'lam.

0 ulasan:

Design by FARISZ@AZ.Com