.
Promosi
.

Pertukaran Link

Bismillahirrahmaanirrahiim. Kini FARISZ@AZ.Com membuka ruang pertukaran link. Cara dan Terma Syarat :-1. Hanya dibuka untuk follower FARISZ@AZ.Com2. Blog berunsur perniagaan atau seks atau "mencapap" aurat anda atau yang akan mencemarkan nama FARISZ@AZ.Com tidak dibenarkan. 3. Blog yang aktif. 4. Sila letakkan link http://www.fariszaz.com/ di bloglist anda terlebih dulu.5. Sila berikan Email , Nama Blog dan Link Blog melalui ruangan comment ini. FARISZ@AZ.Com berhak memadam link blog anda dari di pamerkan di ruangan BLOG LIST seandai anda melanggar terma syarat.Blogger juga wajib melaksanakan cara dan terma syarat tersebut untuk link blogger di sertakan di Blog List FARISZ@AZ.Com. Terima kasih atas pertukaran link tersebu...

Minah Indon hina Rasulullah S.A.W di Facebook ?

Bismillahirrahmaanirrahiim. Minah Indon hina Rasulullah SAW di Facebook ? Baru-baru kembali gempar apabila terdapat isu penghinaan terhadap Rasulullah S.A.WBersandarkan beberapa informasi bahawa profile tersebut adalah profile rakyat Indonesia.Bagi saya tidak perlu ditakrifkan kesilapan beberapa rakyat Indonesia sehingga dipukul rata mengatakan rakyat Indonesia semua begitu.Apa yang dilihat profile tersebut adalah fake profile.Maka jalan mudah adalah membuat report profile dan tidak perlu membuat perdebatan kerana proses dakwah dan tarbiah secara umum lebih perlu dipentingkan,malah lebih-lebih lagi profile facebook tersebut adalah fake profile.  Sumber...

PMRAM, Rabitah Al-Azhar Sepakat

KAHERAH, 28 Mac - Suatu perjumpaan antara wakil pelajar-pelajar Asia Tenggara dan pihak Rabitah Al-Azhar telah diadakan bagi membincangkan isu sekitar Universiti Al-Azhar. Pihak PMRAM telah diwakili oleh Pemangku Presiden, Saudara Muhamad Zuhaili Saiman dan Setiausaha Agung, Saudara Ahmad Taufiq Mohd Dahlan. Perjumpaan yang diadakan pada jam 11.30 tengahari di bangunan Rabitah Al-Azhar tersebut telah membincangkan isu Universiti Al-Azhar dan permasalahan yang berlaku sekarang. Antara punca utama permasalah yang berlaku apabila terdapat anasir-anasir yang cuba untuk memburukkan imej Al-Azhar sebagai medan ilmu di dunia. Wakil pihak Rabitah Al-Azhar, Ustazah Yasmeen berkata, pihak beliau dalam usaha mengadakan suatu perjumpaan antara pelajar-pelajar Asia Tenggara...

Golongan Pemuda Zaman Nabi

Bismillahirrahmaanirrahiim, Apa yang dilihat pemuda zaman kini tidak sama dengan pemuda zaman Nabi Muhammad S.A.W.Pemuda di zaman Rasulullah S.A.W adalah pemuda yang penuh dengan ilmu,iman dan amal dan sanggup syahid demi Islam di daulahkan. Namun apa yang dilihat kebanyakkan pemuda zaman kini sanggup tidak syahid demi mempertahankan hawa nafsu dan kepimpinan thagut namun terlalu sedikit pemuda yang sanggup mempertahankan Islam. Adalah suatu realiti yang perlu diterima bahawa pemuda yang mendokong dan menyokong Islam adalah terlalu sedikit berbanding dengan pemuda yang menjadikan hawa nafsu sebagai cara hidup.Dan di dalam sedikit pemuda zaman kini yang mendokong dan menyokong Islam pula terdapat beberapa yang bertelagah kerana perbezaan manhaj. Diperingkat Ulama antarabangsa dari berbagai...

Pendapat Ulama Berkaitan Fitnah Zina dan Politik Lucah

Bismillahirrahmaanirrahiim.  Video ini sekadar iklan  Apabila seseorang mengkhabarkan suatu perkhabaran maka adalah menjadi tanggungjawab untuk menyelidiki perkara tersebut ia bersandarkan firman Allah di dalam Surah Al Hujuraat ayat 6 :- يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ (٦) 6. Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara...

Cara buat widgets tergantung di sebelah kiri blog

Bismillahirrahmaanirrahiim. Entry FARISZ@AZ.Com kali ini adalah tutorial bagaimana para blogger hendak memasang widgets blog yang tergantung disebelah kiri blog yang macam di pasang pada FARISZ@AZ.Com sekarang. Widget ni saya jumpa dari blog Bangku Kosong , di sebabkan berminat guna widget ni jadi saya pun tanya kepada blogger tersebut kode html untuk gantung widget. Kode hmtl untuk mengantungkan widgets :- <div style="top: 30px; left: 5px; position: fixed;">ISI KANDUNGAN</div> Di ruangan ISI KANDUNGAN anda boleh gantikan dengan meletakkan kode hmtl widgets bagi widgets yang hendak digantung. Ubahan saiz :-top: 30px  = ...

3 Bahagian Sabar

Bismillahirrahmaanirrahiim, Sabar bukanlah bermaksud seseorang itu hanya perlu menerima apa sahaja keadaan tetapi umat Islam dituntut bersabar dan dalam masa yang sama turut Doa , Usaha ,  Ikhtihar dan Tawakal (D.U.I.T). Di dalam al Asas fit Tafsir oleh Said Hawa ada menyebut 3 pembahagian sabar iaitu :-1. Sabar dalam meninggalkan maksiat.2. Sabar dalam melakukan ibadah.3. Sabar apabila ditimpa ujian dan musibah. Sabar dalam meninggalkan maksiat. Sebagai manusia biasa kita tidak akan jauh dari ujian yang membuatkan kita menghampiri melakukan maksiat.Malah setiap manusia akan diuji dengan maksiat namun menjadi tanggungjawab kita tidak melakukan maksiat tersebut. Nabi Yusuf a.s pernah diuji dengan maksiat dan Nabi Yusuf a.s bersabar menghadapi perkara tersebut.Zulaikha menggoda Nabi Yusuf...

"Mengapa saya perlu menutup aurat sedangkan itu bukan saya" ?

Bismillahirrahmaanirrahiim. "Mengapa saya perlu menutup aurat sedangkan itu bukan saya" ? (Sumber) Sekadar ulang apa yang pernah diperkatakan oleh salah seorang artis di Malaysia.Maaf ini bukanlah blog gosip artis untuk menjaja nama-nama artis untuk menaikkan jumlah pembaca tetapi catatan kali ini ditulis sebab melihat semakin hari semakin bertambah suara-suara sekular dan liberal dari kalangan artis yang mempersoalkan hukum. Saya bukanlah hanya fokus pada artis tersebut kerana masih ramai lagi artis-artis yang bersuara sekular dan liberal diluar sana.Saya tidak mengatakan semua artis tetapi adalah suatu hakikat yang perlu difahami dan dipersetujui bahawa adalah ramai artis bersuara liberal dan sekular apabila berkata berkaitan hukum apabila mereka mempersoalkan hukum-hukum Islam.Bukan saja...

Lagu Sami Yusuf dalam 4 bahasa dan lagu Maher Zain dalam Bahasa Melayu

Bismillahirrahmaanirrahiim, Muzik kini mampu menjadi salah satu medium dakwah.Apa yang dilihat kini muzik dan penyanyi Islam yang menggunakan medium muzik sebagai dakwah mampu menarik jutaan peminat muzik untuk menghayati dan memahami serba sedikit berkaitan Islam di dalam lirik-lirik lagu mereka. 3 artis Islam antarabangsa yang diminati dan dihormati oleh saya buat masa kini adalah Yusof Islam , Sami Yusuf dan Maher Zain. Baiklah,berbalik semula pada tujuan utama catatan kali.Kali ni sekadar mengajak pembaca mendengar 2 buah lagu.Lagu pertama adalah No Word Is Worthy dinyanyikan oleh Sami Yusuf dan lagu ke 2 adalah InsyaAllah dinyanyikan oleh Maher Zain. No Word Is Worthy (Dalam 4 bahasa) - Sami Yusuf  InsyaAllah(Dalam Bahasa Melayu) - Maher Zain  Wallahua'lam....

Peraduan : Entry bulanan terbaik anda dari FARISZ@AZ.Com

Bismillahirrahmaanirrahiim, Kali ini FARISZ@AZ.Com akan mengadakan peraduan dan insyaAllah peraduan tersebut akan dijadikan peraduan bulanan FARISZ@AZ.Com. Sebenarnya jika nak katakan peraduan mesti ada hadiah,untuk pengetahuan blogger sebenarnya peraduan kali ni tiada siapa yang akan kalah sebab peraduan kali cukup mudah dan hadiah untuk semua blogger yang sertainya bukanlah berbentuk wang tetapi FARISZ@AZ.Com akan mempromosi entry blog anda. Cara saya promosi entry terbaik bulanan anda?Saya akan buat satu entry "Entry Terbaik Follower FARISZ@AZ.Com pada Mac 2011" dan meletakkan nama "entry" anda dan link entry tersebut.Jadi dengan cara tersebut saya akan ajak follower FARISZ@AZ.Com dan fan page FARISZ@AZ.Com menziarah blog anda. Peraduan kali ni bukanlah untuk memberi hadiah tetapi sekadar...

Pendakwah di Pintu Neraka

Bismillahirrahmaanirrahiim. Tugas Pendakwah Tugas para pendakwah Islam adalah menyebarkan risalah Islam dengan melaksanakan amal kebaikan dan mencengah kemaksiatan atau pun kemungkaran.Amal kebaikan  yang dilaksanakan bukanlah sekadar amal individu tetapi termasuk dari individu,keluarga,masyarakat dan negara.Mencengah kemaksiatan ataupun kemungkaran juga bukanlah kemaksiatan ataupun kemungkaran pada individu saja tetapi termasuk juga keluarga,masyarakat dan negara. Tugas dakwah adalah fardhu ain dan wajib ke atas setiap individu sebagaimana firman Allah : وَالْعَصْرِ (١)إِنَّ الإنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ (٢)إِلا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ (٣) 1. Demi Masa! 2. Sesungguhnya manusia itu Dalam...

Semasam Cuka bila bicarakan "Saman Ekor"

Bismillahirrahmaanirrahiim, Dilema masyarakat tertekan dengan harga minyak yang beberapa kali naik walaupun sudah beberapa kali menteri menabur janji "harga minyak tidak akan naik" sebelum tarikh tertentu semasa pilihanraya umum dan pilihanraya peringkat negeri dan kenaikkan harga barang maka kini rakyat ditekan pula "Saman Ekor" yang dilihat cara dan pelaksanaan saman tersebut agak tidak munasabah. Keresahan atas cara dan pelaksanaan Masyarakat bukanlah tidak bersetuju dengan penguatkuasaan kerana masyarakat faham bahawa penguatkuasaan dan pelaksanaan undang-undang adalah untuk kebaikan setiap pihak namun cara pelaksanaan saman ke atas pemandu tersebut menjadi titik soal bagi pemandu-pemandu di Malaysia.Cara pelaksanaan saman ekor dilihat tidak bersistematik oleh masyarakat dan pelaksanaannya...

Bila Pak Wahab Di Fitnah Merempit

Bismillahirrahmaanirrahiim. ABDUL WAHAB menunjukkan saman yang diterima di samping motosikal jenis Honda 70cc di rumahnya di Kampung Telok Durian, Kupang, Baling semalam. BALING - Seorang guru agama yang uzur terkejut apabila menerima saman atas kesalahan menunggang motosikal secara laju di Kilometer 46, Jalan Alor Setar Butterworth tiga tahun lalu. Abdul Wahab Tampal, 65, yang hanya mampu menunggang motosikal sejauh tidak sampai lima kilometer itu mendakwa dikenakan saman menggunakan motosikal berkuasa di antara 90 hingga 250 kuasa kuda. Guru agama ini juga hanya menggunakan motosikal Honda 70cc sahaja dan tidak pernah ke mana-mana dengan motosikal...

Wacana Teori Kebangkitan Islam Di Malaysia Sempena Revolusi Timur Tengah

Bismillahirrahmaanirrahiim. Jom Ke Wacana Teori Kebangkitan Islam Di Malaysia Sempena Revolusi Timur Tengah Tarikh    :  17 Mac 2011(Khamis) Masa     :   8.00 malam Tempat  :  Di Dewan Masjid UIA Petaling Jaya. Panelis 4 Gabungan Jemaah :-1. Naib Ketua Pemuda Pas Pusat , Saudara Subki Yusuf.2. Preseident Hizbut Tahrir Malaysia , Ust Abdul Hakim Othman.3. Exco Lajnah Antarabangsa ABIM , Saudara Jufitri Joha.4. Ahli Dewan Perwakilan Nasional IKRAM , Dr.Hafidzi Mohd Noor. Jom sama-sama semarakkan kebangkitan anak muda...

Air Mazi Tidak Mewajibkan Mandi Hadas Besar

Daripada Ali bin Abi Talib r.a berkata : “Aku adalah seorang yang selalu keluar air mazi, lalu aku menyuruh al-Miqdad ibn al-Aswad bertanya kepada nabi SAW, lalu ia pun bertanya, maka baginda menerangkan : “Padanya, air sembahyang”. (Riwayat al-Bukhari)  Penerangan : 1. Islam mempunyai peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh syarak berhubung dengan amal ibadat. Oleh itu Islam tidak menerima ibadah seseorang melainkan setelah memenuhi syarat-syarat yang tertentu. Misalnya ibadah solat, ia disyaratkan berwuduk terlebih dahulu. Mengambil wuduk pula disyaratkan dengan air yang suci lagi bersih. Begitu juga wuduk seseorang dikira batal disebabkan oleh perkara-perkara tertentu.. Keluarnya air mazi yang najis merupakan salah satu perkara yang membatalkan wuduk seseorang. Maka, seseorang...

PALESTIN - Demo Diteruskan

Ribuan warga Palestina memadati alun-alun utama di Jalur Gaza dan Tepi Barat pada hari Selasa kemarin (15/3) untuk menyampaikan sikap mereka kepada para pemimpin Palestina agar mengakhiri perseteruan lama yang telah membagi rakyat Palestina antara dua pemerintahan yang saling bersaing. Demonstran Palestina sambil mengangkat spanduk mendesak para pemimpin mereka untuk menyatukan pemerintah yang berpisah setelah Hamas menguasai Gaza pada bulan Juni 2007, dan Presiden Palestina Mahmoud Abbas dari Partai Fatah yang berkuasa di Tepi Barat. Demonstrasi awalnya diselenggarakan oleh aktivis independen di Facebook, terinspirasi oleh perubahan besar...

Pages 381234 »
Design by FARISZ@AZ.Com