.
Promosi
.

Menghormati Bapa


Daripada Abu Hurairah r.a, sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya : “Janganlah kamu membenci bapa-bapa kalian. Sesiapa yang membenci bapanya bererti ia kafir.”

(Riwayat Muslim)

Penerangan :

1. Seorang ibu mahupun bapa tidak akan menjadi ibu dan bapa tanpa anak-anak dan begitulah sebaliknya. Oleh itu ibu bapa berhak mendapat penghormatan daripada anak-anak mereka sama sebagaimana anak-anak mereka berhak mendapat kasih sayang daripada ibu bapa.

2. Islam melarang keras anak-anak mencela atau memarahi ibu bapa dengan bahasa yang kasar. Anak yang mengasari ibu bapa dianggap sebagai anak derhaka yang diharamkan syurga ke atasnya oleh Allah S.W.T di akhirat kelak.

3. Oleh itu bagi mendapatkan anak-anak yang baik, ibu bapa hendaklah terlebih dahulu menunjukkan pergaulan yang baik dengan anak-anak. Apabila anak-anak yang soleh ini dapat dibentuk, tiadalah permusuhan dan perbalahan dalam keluarga. Masing-masing akan saling sayang menyayangi antara satu dengan lain.

4. Bagaimana pun bapa perlu menunjukkan contoh teladan yang baik kepada isterinya dan anak-anaknya dan mendidik isterinya dan anak-anaknya dengan didikan agama.Bapa juga perlu menghormati isterinya dan anak-anaknya supaya bapa dihormati oleh isterinya dan anak-anaknya.Antara faktor anak-anak membenci bapanya adakalanya berpunca dari bapa itu sendiri kerana tidak menghormati isterinya dan anak-anaknya dan ianya juga berpunca dari bapa yang enggan mendidik anak-anak dengan didikan agama.

Wallahua'lam.

0 ulasan:

Design by FARISZ@AZ.Com