.
Promosi
.

Baitul Muslim : Kek atau Durian?

Bismillahirrahmaanirrahiim,

Setiap insan ingin mempunyai pasangan dan keluarga kerana ianya adalah fitrah bagi setiap insan, namun adakah keluarga yang dibina tersebut adalah bercirikan Baitul Muslim? Untuk mempunyai keluarga yang bercirikan Baitul Muslim setiap individu bukan saja perlu menjadi Individu Muslim malah perlu bijak dalam memilih pasangan kerana pernikahan antara Individu Muslim dengan Individu Muslim bukan saja akan membina Baitul Muslim malah akan terbina juga Baitul Dakwah. Maka mampukah Baitul Muslim dan Baitul Dakwah berdiri teguh seandai kita "kurang bijak" dalam memilih pasangan hidup?

Statistik penceraian menunjukkan bahawa berlakunya penceraian setiap hari.Banyak penceraian berlaku berpuncakan tidak wujudnya "Pernikahan Fikrah". Mustahil si suami dan si isteri mampu berganding bahu memartabatkan Islam seandai salah seorang atau kedua-duanya tidak mempunyai Fikrah Islami dan amat mustahil si suami dan isteri mampu saling memahami tuntutan tanggungjawab pasangannya ke atas masyarakat seandai tidak sefikrah atau tidak saling memahami. Dasar sebuah pernikahan bukanlah hanya sekadar memuaskan nafsu diri secara halal tetapi dasar sebuah pernikahan yang sebenar adalah untuk membina sebuah kekeluargaan Islam yang mampu menjadi agen kepada gerakan Islam yang bakal membantu wujudnya semula Khilafah Islamiah [Individu Muslim ► Kekeluargaan Islam ► Masyarakat Islam ► Negara Islam ► Khilafah Islamiah (Kerajaan Islam)]

Kek atau Durian?


Kek dilihat sungguh enak untuk di makan , berkrim namun ia tidak tahan lama malah kemungkinan sudah mempunyai kulat kerana dihinggap oleh lalat kerana dijual secara dipamerkan. Itu lah peribaratan buat golongan yang mendedahkan aurat atau hubungan sosial yang tidak terjaga , mungkin dilihat mengikut kaca mata yang bernafsu serakah ianya cantik namun apa gunanya suatu kecantikan itu seandai sudah ada tangan-tangan gatal yang mengusik ia.

Buah durian dilindungi oleh duri-durinya. Untuk merasa keenakkan buahnya perlu menunggu kematangan buah tersebut dan dibuka untuk mengambil isinya. Walaupun adakala isinya kurang manis atau rosak kerana berjaya ditebuk oleh tupai dan monyet namun sekurang-kurangnya masih ada isinya yang masih boleh di makan.Namun durian yang isi yang cantik juga tetap akan cuba dicari oleh si tupai dan si monyet. Ia juga boleh diibaratkan buat golongan yang menjaga akhlak dan perilaku. Duri-duri  buah durian ibarat penjagaan akhlak dan perilaku. Mungkin ada sebilangannya mempunyai kisah silamnya yang tersendiri namun dan cuba diganggu oleh "golongan perosak" namun sekurang-kurangnya ia telah bertaubat dan masih mempunyai kebaikan yang perlu dihargai.

Pilih Memilih

Saya bukanlah hendak memburukkan golongan yang diibarat seperti kek , namun untuk pemilihan pasangan hidup perlulah difikirkan bukan saja untuk kebahagiaan didunia namun untuk kebahagiaan di akhirat kelak.

Golongan yang diibaratkan seperti kek juga perlu difahami dengan proses dakwah dan tarbiah .Bukan untuk pernikahan menjadi pasangan hidup tetapi untuk di tarbiah untuk memastikan wujudnya Masyarakat Islam. Mungkin akan ada yang berkata "Dakwah dan tarbiahlah dengan pernikahan" , namun persoalan utama mampukah proses dakwah dan tarbiah itu diwujudkan selepas pernikahan? Tidak semua orang mampu menjalankan proses dakwah dan tarbiah ke atas pasangannya selepas alam pernikahan jika fikrah pasangannya masih "Zero" kerana bukan mudah mewujudkan "From Zero to Hero" di alam pernikahan.

Memilih bakal suami atau isteri yang mampu menjadi "payung atau tongkat" dalam menjalani kehidupan adalah amat penting. Si suami suatu hari nanti kemungkinan akan menjadi bapa dan si isteri pula kemungkinan akan menjadi ibu maka persediaan untuk berumah tangga bukan saja persediaan untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami dan isteri saja malah perlu persediaan untuk menjadi ibubapa.Si suami bukan saja perlu kewangan yang cukup untuk menjaga isteri dan anaknya tetapi perlukan didikan agama untuk mendidik isteri dan anak mengikut acuan Islam. Si isteri pula bukan saja perlukan kemahiran memasak dan menjahit tetapi perlu juga didikan agama untuk mendidik anak dan menjaga maruah keluarga.

Kesilapan dalam memilih pasangan hidup adalah tindakan merancang kemusnahan rumah tangga!Kesilapan kita dalam memastikan si suami dan isteri memahami Islam dan saling memahami satu sama lain adalah punca berlakunya kerosakkan rumah tangga dan penceraian. Mampukah si suami mendidik isteri dan anak seandai si suami sendiri tidak memahami Islam? Mampukah si isteri menjaga maruah keluarga dan mendidik anak seandai si isteri tidak memahami Islam? Mampukah anak-anak di didik dengan acuan Islam seandai ibubapa sendiri tidak memahami Islam?

Islah dan Pilih

Kita bukan saja bertanggungjawab untuk bijak memilih pasangan hidup tetapi kita juga bertanggungjawab mengubah diri sendiri ke arah lebih baik.Seandai kita mahukan kebahagiaan rumah tangga dengan adanya isteri atau suami dan anak yang baik maka kita juga perlu menjadi seorang yang baik.

Cermin diri kita!Seandai kita mahukan isteri yang solehah maka kita perlu menjadi si soleh dan seandai mahukan si suami yang soleh maka kita perlu menjadi si solehah.Jadilah si soleh atau solehah sebagai usaha untuk mendapat si suami yang soleh atau isteri yang solehah dan anak yang soleh solehah.Selepas kita berusaha menjadi si soleh solehah baru lah kita layak mencari insan yang soleh solehah sebagai pasangan hidup.


الْخَبِيثَاتُ لِلْخَبِيثِينَ وَالْخَبِيثُونَ لِلْخَبِيثَاتِ وَالطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِينَ وَالطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَاتِ أُولَئِكَ مُبَرَّءُونَ مِمَّا يَقُولُونَ لَهُمْ مَغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ (٢٦)

26. (lazimnya) perempuan-perempuan Yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki Yang jahat, dan lelaki-lelaki Yang jahat untuk perempuan-perempuan Yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan Yang baik untuk lelaki-lelaki Yang baik, dan lelaki-lelaki Yang baik untuk perempuan-perempuan Yang baik. mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) Yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan Yang mulia.
(Surah An Nuur : Ayat 26)

Wallahua'lam.

2 ulasan:

nana riduwan said...

nana suka entri ini..sbb sama macam ape yang bkal tunang nana cakap kt nana bila nana cakap nana tak cantik.. :) mintak izin nak amik isi siket2 boleh?

SiS NaD said...

SaLaM FaRiSZ...

NiCe eNTRY... BiDaLan YanG MaSuK aKaL... aPa2 PuN, YanG CaNTiK TaK SeLaluNYa iNDaH... (^_____^)V

Design by FARISZ@AZ.Com