.
Promosi
.

Cara tambah alat "Follower" atau "Pengikut" di Blogspot

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Entry FARISZ@AZ.Com kali ini adalah tutorial bagaimana para blogger hendak menambah alat "Follower" atau "Pengikut" di Blogspot. Mungkin tutorial ini nampak mudah bagi blogger yang telah lama mempunyai blog namun untuk blogger baru mungkin ia tidak mudah, saya katakan begitu sebab melihat ramai blog blogger baru yang tidak mempunyai alat tersebut.

Fungsi alat "Follower" atau "Pengikut" adalah untuk memudahkan blogger lain menjadi "Follower" atau "Pengikut" blog anda. Dengan alat tersebut ia membantu anda untuk mempromosi blog.


1. "Sign in" atau "Log Masuk" Blogspot terlebih dulu.

2. Klik "Reka Bentuk".


3. Di ruangan "Eleman Lama" klik "Tambah Alat".


4. Di dalam pilihan alat sila pilih "Follower" atau "Pengikut" dan klik  "Simpan".


5. Susun alat "Follower" atau "Pengikut" mengikut kehendak anda.

6. Klik "Save" di "Elemen Laman". Selesai (^_^)

Tips Alat Follower : Sebaiknya alat tersebut diletakkan diruangan atas untuk memudahkan blogger lain mencari alat tersebut untuk menjadi "follower" atau "pengikut" blog anda.

Untuk lain-lain tutorial, blogger boleh ke Tutorial Blogspot FARISZ@AZ.Com

Wallahua'lam.

Design by FARISZ@AZ.Com