.
Promosi
.

Nakbah Palestin ke 63

Bismillahirrahmaanirrahiim,


Nakbah Palestine

Nakbah Palestine bermaksud malapetaka atau bencana  besar ke atas Palestine. Ia dikatakan malapetaka atau bencana besar kerana Palestine telah dijajah secara rasmi pada 15 Mei 1948 oleh Israel di mana ketika itu pengiktirafan Israel dilakukan oleh Amerika Syarikat dan ketika itu presidennya adalah Harry S Truman.

Peristiwa buruk ini bukan saja di dalangi oleh Amerika Syarikat dan sekutunya malah turut di dalangi oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB)

15 Mei disambut di Israel sebagai 'Hari Kemerdekaan Israel' setelah mereka memenangi peperangan yang mereka dakwa sebagai ‘The War of Independence’ (Peperangan bagi memperoleh kemerdekaan). Namun selaku umat Islam saya menyambut 15 Mei sebagai Nakbah Palestine kerana Israel dan sekutunya mendirikan Israel di atas Palestine secara haram melalui penjajahan dan rampasan serta menghalau rakyat Palestine sehinggakan lebih 800,000 rakyat Palestin terpaksa menyelamatkan diri dengan berhijrah meninggalkan kampung halaman dan berlindung di Lubnan, Syria, Tebing Barat, Jordan dan Semenanjung Gaza.

Tanggungjawab membebaskan Palestine dari Israel dan sekutunya bukanlah hanya tanggungjawab pemuda Palestine atau sekitar Arab tetapi ianya adalah tanggungjawab seluruh umat Islam

Sambutan Nakbah Palestine ke 63


Sambutan Nakhbah Palestine kali ke 63 kali ini agak berbeza dari sambutan sebelum ini , ini kerana beberapa negara Arab memberikan ruang yang amat luas kepada  rakyat mereka yang menyatakan sokongan ke atas perjuangan rakyat Palestine secara terbuka , malah memberikan ruang kepada rakyat untuk bebas bertindak membantu rakyat Palestin dan mengeluarkan mereka dari penjajahan dan penghinaan yang dilakukan oleh Israel selama ini.

(Video ketika solat Subuh)

Pada hari Jumaat para pemuda di sekitar Tanah Arab menganjurkan solat subuh berjemaah secara besar-besaran di masjid-masjid utama. Jika di Mesir diadakan di Masjid Amru dan Masjid Nur. 

(Video ketika solat Jumaat)

Perhimpunan aman iaitu "Perhimpunan Sejuta Rakyat Bersama Perpaduan Negara" dan "Pra Hari Nakbah". Khutbah Jumaat di Tahrir pula di berikan oleh Syeikh Jibril. 

Para pemuda Arab juga telah menganjurkan kempen "Intifadhah Ketiga Palestin". Bermula pada 13 Mei dinamakan Jumaat Nafeer, Sabtu Zaeer dan hari Ahad Tahrir.


Wallahua'lam.

1 ulasan:

ummi said...

Terima kasih kerana inboxkan tentang Hari Nakbah. Ramai yang tak mengetahuinya dan ramai yang tak ambil kisah tentang hari tersebut

Design by FARISZ@AZ.Com