.
Promosi
.

Wujudkah Sumpah Lakhnat Dalam Hal Tuduhan Zina?

Bismillahirrahmaanirrahiim,


Baru-baru ini Malaysia telah digemparkan suatu tuduhan zina yang dilakukan oleh "Dato' T" terhadap Dato' Anwar Ibrahim dan sumpah lakhnat yang dilakukan oleh Dato Syazryl Eskay sebagai mewakili "Dato' T" dalam menuduh Dato' Anwar Ibrahim adalah pelaku zina di dalam video seks yang telah disebarkan oleh TV3 dan blogger pro Umno.


Untuk pemahaman pembaca, di dalam kaedah Islam bahawa seseorang itu masih tidak dikira bersalah selagi belum dibuktikan bersalah,ia adalah bersandarkan hadith :


لو يعطى الناس بدعواهم؛ لادعى رجال أموال قوم ودماءهم، ولكن البينة على المدعي، واليمين على من أنكر

Ertinya : Kalaulah diberikan (kebebasan) kepada manusia untuk mendakwa; nescaya akan akan individu yang mendakwa milikya harta satu kaum yang lain dan darah mereka, oleh itu (dalam Islam), Pembuktian menjadi tanggungjawab pertama ke atas pendakwa, dan (apabila telah sabit bukti), sumpah menolak adalah bagi mereka yang mengingkari (bukti tadi). ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Baiklah berbalik kepada isu yang bersandarkan pada tajuk utama iaitu "Wujudkah Sumpah Lakhnat Dalam Hal Tuduhan Zina?". Untuk menyentuh isu ini saya berharap pembaca berlapang dada dan segala hujah perlulah bersandarkan al Quran dan Hadith untuk memastikan pelaksanaan selari mengikut kehendak Islam.


Wujudkah Sumpah Lakhnat Dalam Hal Tuduhan Zina?


Untuk proses penuduhan dan pendakwaan si penuduh kepada situduh , ke 2 belah pihak perlu menjalani proses penuduhan dan pendakwaan bagi memastikan proses dijalankan secara adil.Malah si penuduh perlu mengemukakan bukti si dituduh melakukan zina dan bukti tersebut wajiblah mengikut kaedah yang ditentukan Islam.Maka tidak wujud sumpah lakhnat di dalam hal tuduhan zina selagi belum selesai proses penuduhan dan pendakwaan.


Sumpah lakhnat tuduhan zina seperti Li'an hanya wujud untuk pasangan suami isteri seperti si suami menuduh isterinya berzina atau si isteri menuduh si suaminya berzina , ia adalah bersandarkan firman Allah melalui Surah An- Nur Ayat 6 sehingga 7 :

“Dan orang-orang yang menuduh isterinya (berzina), padahal mereka tidak ada mempunyai saksi-saksi selain diri mereka sendiri, maka persaksian orang itu ialah empat kali bersumpah dengan nama Allah, sesungguhnya dia adalah termasuk orang-orang yang benar. Dan (sumpah) yang kelima: bahwa laknat Allah atasnya, jika dia termasuk orang-orang yang berdusta.” (Surah An-Nur : Ayat 6-7)

Sumpah lakhnat untuk tuduhan zina perlu dilakukan ke 2 belah pihak dengan syarat ia dilakukan dimahkamah dan dilakukan selepas disuruh oleh pihak hakim selepas pihak hakim meneliti kesahihan bukti dari pihak penuduh dan pihak dituduh. 


Perbuatan sumpah lakhnat dalam menuduh zina tanpa membawa bukti yang mengikut kaedah perundangan Islam dan tanpa dibawa pertuduhan dan pendakwaan di mahkahamah Islam sebenarnya adalah perbuatan melarikan diri dari pertuduhan dibawa ke mahkamah Islam kerana tuduhan zina tanpa membawa bukti mengikut kaedah perundangan Islam akan menyebabkan si penuduh dibicarakan mengikuk hukuman Qazaf.


Sumpah lakhnat tanpa disuruh oleh pihak hakim di mahkamah dan tanpa proses penuduhan dan pendakwaan terlebih dulu adalah sesuatu yang tidak wajar dan akan mengelirukan masyarakat kerana  ia akan membawa imej seolah-olah si penuduh adalah pihak yang benar dan si dituduh pihak yang bersalah.Islam amat menitik beratkan soal maruah dan setiap proses tuduhan zina perlulah mengikut kaedah Islam di mahkamah dan bukannya semata-mata sumpah lakhnat dalam menuduh zina tanpa membawa bukti yang mengikut kaedah perundangan Islam.


Maka , dengan ini setiap penuduhan zina wajiblah mengikut kaedah yang telah ditetapkan Islam dengan membawa kes tersebut ke mahkamah Islam untuk ia diadili dengan seadil-adilnya dan untuk mengelakkan provokasi dari masyarakat yang tidak memahami kaedah perundangan Islam.


Wallahua'lam.

7 ulasan:

SiS NaD said...

SaLaM iNCHiK FaRiS...

i LiKe uR eNTRy... BaRu SiS TaHu MeNGeNai SuMPaH LaKNaT YaNG S-BeNaR2NYa... TaK BoLeH BuaT MaiN2 BeNDa Ni SeBaB DaH TeRMaKtuB DaLam aL-QuRaN...

Unknown said...

yep benda ni xble buat main2..

ENTRY TERBARU > CINTA

misa said...

dulu masa sekolah pun ada belajar pasal sumpah li'an tu untuk suami isteri je bila isteri yg buat zina. ari tu tengok video sumpah datuk T tu. pelik pulak sebab dye yg buat. hmm. bagus entry ni boleh buat rujukan utk sape2 yg x jelas lg pasal ni. :)

nonbal said...

Kenyataan sebenar ialah, Dato' T tidak pernah menuduh zina kepada anwar, kenapa nak perasan pulak? Dato' T hanya menayangkan video dan meminta Anwar dan Azizah letak jawatan, siapa yang menuduh zina?. Menayang gambar dengan menuduh zina sama ke?
Kenapa kamu semua pergi sejauh itu? siapa yang fitnah siapa niii?

nonbal said...

itu adalah dalam kes zina, bagaimana pula dalam kes sodomi? perbibaraan telah dibuat, dan sumpah laknat juga telah dibuat oleh orang yang diliwat. Bukankah peliwat (yang didakwa) perlu juga bersumpah. Kalau tak mahu bersumpah (kerana dia menafi yang dia melakukan perbuatan itu) maka peliwat perlu dikenakan hukuman qazaf.
Hukum islam tidak menjadi masaalah, tetapi yang menjadi masaalah ialah orang yang beriaya-iya nak buat hukum islam tu. Bagi mereka hukum islam kalau boleh hanya nak laksanakan pada musuhnya sahaja, pada pihak yang mereka sokong, tak pula kedengaran nak dikenakan hukum islam (qazaf).

Ismi Azraf said...

@nonbal May 9, 2011 3:54 AM

Dato T bukan saja menayangkan video tersebut malah telah membuat sumpah menuduh zina! Sila baca teks ucapan sumpah Eskay! Eskay bersumpah bahawa Eskay turut terdapat dalam video tersebut dan menuduh DSAI adalah pelaku. Eskay bersumpah DSAI pelaku apa? Apa perlakuan dalam video tersebut? Jangan membodohkan diri dengan memutarbelitkan fakta!

Ismi Azraf said...

nonbal May 9, 2011 4:06 AM

Dalam kaedah Islam , perlukah sumpah dilakukan sebelum selesai penuduhan dan pendakwaan? JANGAN nak memutar belitkan fakta. Penuduhan dan pendakwaan tuduhan liwat belum selesai maka sumpah masih belum digunakan.

Sumpah hanya boleh dilakukan selepas hakim menyuruh melakukan sumpah. Adakah hakim menyuruh melakukan sumpah? Adakah proses untuk penuduhan dan pendakwaan liwat telah selesai?

Untuk melaksanakan sumpah ia mempunyai syarat dan bukan bersumpah saja , seandai sumpah saja telah menyelesaikan kes maka tidak perlu wujud balai polis dan mahkamah.
JANGAN jadi golongan munafik yang menjadikan sumpah sebagai perisai diri dalam menzalimi suatu pihak.

Soalan cepu emas, siapa yang selalu menghalang proses melaksanakan hukum Islam? Siapa yang pernah menghina hukum Islam?

Design by FARISZ@AZ.Com