.
Promosi
.

Sebab Mata Lelaki Gemar Lihat Badan Wanita



Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah
pasangan kepada lelaki,
maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita
itu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat,
maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,
ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman.
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah
Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.
Simbol apa, semua orang tahu.
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika
tidak dikawal dengan iman.
Maka mata lelaki ini selalu menjalar
apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang
perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki
dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.
Apabila seorang lelaki terlihat seorang
perempuan, maka perkara pertama yang akan
dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan.
Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh
seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.
Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka
mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat
bentuk lehernya,
maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.
Maka mata lelaki itu akan turun lagi
melihat bentuk payu daranya,
maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk
payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan
turun lagi melihat
bentuk ramping pinggangnya,
maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak
bentuk pinggangnya,
maka mata lelaki itu akan melihat pula akan
bentuk punggungnya,
maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya
agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan
lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya,
maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain
yang agak ketat sehingga terlihat bentuk
pehanya walau sedikit,
maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan
bentuk kakinya pula,
maka janganlah wanita itu berseluar, kerana
terus-terang pihak lelaki bercakap, walau
muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh,
jika beliau memakai seluar,walau nampak besar
sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara
sepontan, entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak
akan bentuk kakinya,
maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya,
maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki
itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan
melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya
jangan sesekali berwarna kulit perempuan,
maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,
akan melihat pula bentuk tangan wanita itu,
maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan
tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki,
janganlah pula kamu melihat mukanya,
kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika
kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.
Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang
cantik akan menimbulkan fitnah,
maka berpurdahlah kamu,
jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis
penyakit,iaitu mata
lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika
ia terlihat warna yang menyerlah atau terang
jika ianya berada pada perempuan.

Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan
memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat.
Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.
Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu
apakah dia mata lelaki itu, dan perlu
diingatkan, jika semua aurat telah ditutup,
jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah
pula kita menjaga kehormatan diri masing2,
jangan keluar seorang2,keluarlah dengan
mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar
tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula
janganlah menjalar langsung kepada muslimah,
walau muslimah itu telah menutup aurat,
insyaAllah selamat dunia akhirat.

Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu
dan jagalah kemaluanmu".
Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,
sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung
masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum
lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak
mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia
dilarangi oleh Allah SWT.

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.
Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri.
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga.
Sesuatu yang berharga dan bernilai perlu dijaga dengan baik.
Semakin dibuka semakin kurang nilai harganya..
Bajailah ia dengan iman dan takwa semoga membuahkan hasil yang sungguh bernilai.


قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ (٣٠)

30. Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.

(Surah An Nur : Ayat 30)


وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الإرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاءِ وَلا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ (٣١)



31. Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.

(Surah An Nur : Ayat 31)


يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لأزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا (٥٩)

59. Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan Yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara Yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan Yang baik-baik) maka Dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

(Surah AL Ahzab : Ayat 59)


يَا بَنِي آدَمَ قَدْ أَنْزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًا يُوَارِي سَوْآتِكُمْ وَرِيشًا وَلِبَاسُ التَّقْوَى ذَلِكَ خَيْرٌ ذَلِكَ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ (٢٦)

26. Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian Yang berupa taqwa itulah Yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).

(Surah AL A'raaf : Ayat 26)

Akhir kalam,Wahai wanita Muslimah jagailah pakaian mu dan akhlak mu supaya mudah Muslimin menjaga mata dan nafsunya serta fahamilah Apa Itu Aurat Dalam Islam dan Gangguan Seksual Terhadap Lelaki.

Wallahua'lam.

56 ulasan:

Ct Shahidah said...

assalamualaikum..

btul tu sbb tkut mnimbulkan fitnah.mmg tdak dinafikan skrg bnyk yg brpkaian mnutup aurat ttapi still nmpk auratnya.

tepuk dada,jagelah iman..hehe.wallahua'lam

FARISZ@AZ.Com said...

Waalaikumsalam.

saraly said...

alhamdulillah ,, terima kaseh .
boleh sye share entry ni x ?

Anonymous said...

salam..cmne kalau pompuan 2 telah menutup aurat dgn betul tp lelaki masih gatal memandang perempuan dan cuba men'scan' bentuk badan perempuan 2

nashida said...

assalamualaikum..
mcm mane klu pakai sluar..

FARISZ@AZ.Com said...

boleh share mana-mana entry di dalam blog ini.

~fisha~ said...

hmm... nape kalau pmpuan pun cpt tertarik cam laki. haru jgk jadi nye kn?hee:)

Kamsiah yusoff said...

salam
lelaki yg memandang aurat wanita mendapat satu dosa
wanita yg mendedahkan auratnya pula mendapat dua dosa
-satu kerana tak menutup aurat
-kedua kerana membuatkan org lain berdosa kerananya

Cik Puan Azfar said...

wah...thanks atas perkongsian ini.moga dpt beri peringatan pada dr sye sndiri.huhu.

chittysarah said...

thanks share ini!
semoga saya menjadi yang lebih baik dari sekarang
semoga saya dapat menjaga kehormatan diri
da mempelajari dari kesalahan lalu~~

amin

Edrina Zulkafli said...

terima kasih sebab berkongsi .. :D




http://edrina-dafinites94.blogspot.com

izzati shahidan said...

mntk share ye,tme kaseh. . :)

CahayaCintaIlahi said...

tanx untuk sharing ;)

Nadhyat said...

sebab tu la x ley pakai baju kentat...tak de gunanya pakai tudung tapi baju ketat; tetap nampak aurat....
tp, kebanyakan dah tau, cuma entah knapa x nak ikut...ish

Azy Hazy said...

salam..teme kasih atas ilmu'e..mmg dari dulu agi nk thu knpe laki ska sgt tgk perempuan yg berpkian kurang sopan..teme kasih sekali lagi..wasalam..

FARISZ@AZ.Com said...

Waalaikumsalam.Sebenarnya tidak semua lelaki suka melihat wanita berpakaian tidak sopan.Sebilangan lelaki rasa agak jelek dengan perempuan yang berpakaian tidak sopan.Sebenarnya masalah ini bukan saja dari lelaki suka tengok atau tidak tetapi juga berpunca dari sebilangan wanita yang suka menjaja tubuh untuk menarik perhatian lelaki atas alasan kebebasan individu.

Wahida Nasution Thakhrim said...

betul tu bukan semua lelaki suka lihat perempuan yang berpakaian tak sopan..

Dye Kronniesar said...

hi.. :)
singgah sini.

NuSaNa NoSa 91 said...

wahhh~ dasyatnya.. terima kasih atas teguran nih.. ^_^

ayulunera said...

singgah sini.....thanx kerna saling ingat mengingati sesame islam..(^__^)

Ismi Azraf said...

@nashida

Waalaikumsalam.Untuk memakai seluar boleh tetapi pastikan seluar itu tidak ketat dan pastikan seluar itu tidak menunjukkan aurat.kemudian pastikan baju yang dipakai penutup aurat mengikut syara'.Untuk memakai seluar sebaiknya dipakai baju yang labuh (lebih baik jika labuh baju sampai ke lutut)

wallahua'lam.

Anonymous said...

assalamualaikum..mohon share ya..terima kasih..

Ismi Azraf said...

Waalaikumsalam.dibenarkan share mana-mana artikel di dalam blog ini.

Shinransohma said...

assalamualaikum...saya nk copy dlam fb boleh x?? besh la awk pnyer notes kat blog ni...:) tahniah sbb dpt tarik ramai org untuk baca blog awk..harap dapt diteruskan lgi..^.^

Shinransohma said...

assalamualaikum...
saya nak copy notes awk boleh letak kat fb..besh la sume kat blog ni... tahniah sbb dpt buat ramai orang baca sume ni n harap dpt diteruskan lagi..^.^

IlhamSufi said...

sangat terkesan..semoga ramai lagi gadis dliuar sana memahami hakikat ni...nak mntak share..

Unknown said...

As Salam...

very helpful..thanx for sharing it..

btw..thanx too for followed..

NURUL NAJWA said...

like this n3..mmbuat kte sdar akn kekhilafan dri kite..tengs 4 da entri..

:: cikNuurul :: said...

salam,.

Allah dah mncipta sebaik2 manusia dgn sbaik2 tjuan,.inilah ftrah,.dn dr ftrah inilah wanita yg plg bnyk skali mmbwa kpd mksiat dan kpod api neraka,nauzubillahiminzalik,..hrpan mg sume wanita2 d luar sne mnjge dri dn mnjge aurt dn mnjge mruah dri,.insyallah,.

cikcleopatra said...

susah nak dapat perempuan yang sesempurna ini sekarang..

Cik Nin said...

entry yg bgus. trima kasih krana mengingatkan. insyaAllah cik nin akan berusaha perbaiki diri ke arah yg lbh baik lg lps ni... amin... :)

♥sophie♥ said...

assalamualaikum..
wah,, info yg berguna sgt3,, thank you.. :)
nak promote kt wall fb saye,, kasi org bace =)

Tieyh said...

suka entry nie..nice sharing..=)

Anonymous said...

Allah dah menyatakan semuanya tapi kenapa ade pulak orang Islam yang bertindak menentang ajarannya???

Anonymous said...

Malaysia digelar negara Islam tapi ramai pompuan Islam yang bertudung tapi mendedahkan bentuk payu dara dengan mengenakan baju ketat...Islam ape ini ?

nabilah said...

salam...nice info...

sararazak said...

menusuk kalbu.. sangat bagus untuk direnungkan :)

si para para said...

salam tuan rumah.
mintak izin copy entri ini ke blog saya

http://syairsiparapara.blogspot.com/2011/03/dari-kerana-mata.html

Ismi Azraf said...

Wa alaikum salam.
dibenarkan.

TUKANGSERU said...

salam. saya pun minta izin nak copy entri ni na...buat peringatan diri dan smua...:)

Munn Jaafar said...

terlalu byk yg kurang dlm diri ni..btw..thsnks so much krn menyampaikan.

mizz_aainaa said...

tahnks for sharing.. :)

Hamba Miskin said...

Saudara..

Pinjam artikel ni..

syukran

aZr0y ^.^ said...

salam tuan rumah.
mintak izin copy entri ini utk penyebaran ilmu kpd umat islam....:)

Lady Juliette said...

Minta izin dari tuan tanah nak copy ye..tq

Anonymous said...

bagus entri ni :)
naaak share boleh ?

Anonymous said...

sangat bermanfaat .

Salmiah said...

InsyaALLAH.... TQ

Madihah Diha said...

nice info.. =)

SAIRAH CHOCOLATE SHOP said...

entri yg sungguh mempunyai maksud yang tersurat dan tersirat..kita sama-sama perbaiki diri sendiri dan orang lain untuk kebaikan kita bersama....

Prince Akira said...

mohon share entry nie boleh x?

Ummi Hanie said...

nice entry ~ islam itu sudah merangkumi segalanya ... apa yg diperintahkan tu,ikut sajalah tanpa byk soal

Helena Capulet said...

salam ^_^ nak share entry..

Ismi Azraf said...

@Yumie Afikah.

Wa alaikum salam. di persilakan share di facebook.


@Prince Akira.

Di persilakan share di facebook.

Anonymous said...

assalamualaikum...thanks nasihat yg betul-betul berguna....=)

Qabil said...

Wanita Hiasan Dunia...Hehe..Nice Post..

Design by FARISZ@AZ.Com