.
Promosi
.

Kesal Konsert Adam Lambert di teruskan oleh Kerajaan.


Video : GAMIS Mahu Konsert Adam Lambert Dibatalkan

PMRAM Kesal Konsert Adam Lambert Tetap Juga Diadakan

shah 13.jpgKAHERAH, 14 Oktober - Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) mendesak pihak Kerajaan membatalkan konsert Adam Lambert yang dijadual akan berlansung di Stadium Bukit Jalil malam ini.

PMRAM percaya konsert seumpama ini akan menyuburkan lagi gejala sosial yang semakin membarah dalam Malaysia.

Presidennya, Saudara Shahrizan Mohd Hazime berkata, sepatutnya penganjur mengambil kira sensitivi umat Islam yang berada di Malaysia.

PMRAM juga menyokong tindakan mahasiswa Islam yang berada di Malaysia khususnya Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) yang membuat bantahan yang disuarakan melalui memorandum kepada Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) kelmarin.

Artis lelaki Adam Lambert membawa ikon 'gay' di Amerika ternyata bakal membawa kesan yang cukup negatif kepada masyarakat khususnya anak-anak muda di negara Malaysia.

"PMRAM kesal dengan tindakan kerajaan kerana meluluskan permohonan artis itu untuk mengadakan konsert di Malaysia. PMRAM menyatakan kebimbangan terhadap gejala sosial yang semakin membarah dalam masyarakat" tambah Presiden PMRAM.

Difahamkan, lebih kurang 20 persatuan mahasiswa di Malaysia akan turun membantah konsert Adam Lambert di Stadium Bukit Jalil malam ini. Antara yang turun, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia, Komuniti Mahasiswa Kerinchi (KMK), Maaruf Club, Pro Mahasiswa Nasional, Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (ISI UKM, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), dan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM)



Konsert Lambert : Gamis Bimbang Masa Depan rakyat


KUALA LUMPUR, 15 Okt: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) menyuarakan rasa penuh kebimbangan dengan masa Malaysia dan rakyatnya setelah diberi peluang menyaksikan sendiri konsert Adam Lambert di Stadium Putra Bukit Jalil, malam tadi.

Seramai lima orang wakil Gamis yang diketuai oleh Timbalan Presiden, Muhammad Zaki Sukery yang juga Presiden Ma’ruf Club UIAM diberi pas percuma oleh Puspal dalam respons kepada bantahan Gamis pada pertemuan empat mata sehari sebelumnya.

Mengambil masa lebih kurang sejam untuk merakam gambar dan video, beliau turut berkata masa depan remaja Malaysia yang dicanangkan sebagai pemimpin masa depan bakal berdepan konflik jika landskap masyarakat negara dibentuk oleh suasana semalam.

Sambil mempersoal kerajaan adakah ini salah satu formula yang sesuai bagi membendung peningkatan masalah sosial yang sedang berlaku di dalam negara, beliau turut menggesa semua pihak bagi menyelamatkan Malaysia daripada anasir luar yang seolah-olah mahu menjadikan negara ini sebagai the next Las Vegas.

Sambil menzahirkan rasa penuh kesal dengan penganjuran konsert berkenaan, ujarnya Gamis turut akan mempertimbang secara serius beberapa tindakan susulan selepas ini.

Antaranya, tambah beliau ialah Gamis akan mengumpul kesemua bukti bergambar dan bervideo dan akan melakukan kunjungan sekali lagi ke Puspal, Jakim, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Komunikasi serta berjumpa dengan Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim.

“Hal ini bagi menyuarakan kebimbangan, memohon perhatian serius dan meminta penjelasan yang menyeluruh setelah menyaksikan sendiri apa yang berlaku malam tadi,” ujarnya.

0 ulasan:

Design by FARISZ@AZ.Com