.
Promosi
.

Keterlibatan Mahasiswa UKM dalam Perhimpunan Agung UMNO


Bismillahirrahmaanirrahiim.


Terdahulu empat mahasiswa UKM iaitu Ismail Aminuddin,Hilman Idham, Azlin Shafina Adzha dan Woon King Chai yang dibawa ke mahkamah kerana didakwa di bawah Seksyen 15(5)(A) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 iaitu menyatakan sokongan kepada atau simpati dengan bangkangan terhadap mana-mana parti politik sama di dalam atau di luar Malaysia.

Baru-baru ini pula dua orang mahasiswa UKM terlibat dalam Perhimpunan Agung UMNO.Penulis ingin mempersoalkan seandai benar pihak Universiti Kebangsaan Malaysia benar-benar berpegang pada akta AUKU,adakah 2 pelajar yang menyertai Perhimpuan Agung UMNO tersebut akan disabitkan atas Seksyen 15(5)(A) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971?Adakah seandai mahasiswa menyokong Pakatan Rakyat maka mahasiswa dikenakan AUKU tetapi apabila terdapat mahasiswa terlibat dengan Barisal Nasional maka mahasiswa tersebut dilepaskan begitu saja?Persoalan ini timbul bukanlah kerana penulis menginginkan 2 pelajar tersebut dikenakan AUKU tetapi ingin melihat "ketelusan" pihak Universiti Kebangsaan Malaysia di dalam "berpegang" pada AUKU.

Pada pendapat penulis, 2 mahasiswa dari Universiti Kebangsaan Malaysia yang terlibat dengan Perhimpunan Agung UMNO tersebut tidak perlu dikenakan AUKU kerana mahasiswa dengan politik tidak dapat dipisahkan,malah suara mahasiswa amat penting dalam menentukan hala tuju sesebuah negara.Mahasiswa adalah merupakan pelapis kepimpinan sesebuah negara.Maka suara mahasiswa tidak harus disekat tetapi harus diperdengarkan dan "diacu"kan.Seandai mahasiswa disekat dari berpolitik penulis risau negara kita akan kekurangan pelapis dalam kepimpinan negara dan kemungkinan akan mempunyai pelapis yang "kaku".

Jalan penyelesaian sebenar dalam konflik ini adalah pihak kerajaan WAJIB memansuhkan AUKU dalam memastikan kebebasan mahasiswa bersuara dan membatalkan dakwaan Seksyen 15(5)(A) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 terhadap empat mahasiswa UKM iaitu Ismail Aminuddin,Hilman Idham, Azlin Shafina Adzha dan Woon King Chai.



Wallahua'lam.

0 ulasan:

Design by FARISZ@AZ.Com