.
Promosi
.

Pertemuan Tokoh-tokoh pelbagai agama di Malaysia?


Bismillahirrahmaanirrahiim.

KUALA LUMPUR, 17 Jan: Dewan Pemuda PAS Selangor (DPPS) menyokong penuh cadangan Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya diadakan satu pertemuan antara tokoh-tokoh pelbagai agama di negara ini bagi membuat rumusan mengenai judi, arak, zina dan juga pergaulan bebas.
Pertemuan seperti itu amat penting bagi membolehkan semua pihak memahami hak masing-masing dalam melaksanakan ajaran agama mereka, terutama hak umat Islam dalam mengamalkan ajaran Islam.
Ketua DPPS, Ustaz Hasbullah Mohd Redzwan (gambar) menegaskan, dengan pertemuan seperti itu, umat Islam akan lebih berpeluang menjelaskan kepada mereka yang bukan Islam tentang hak umat Islam yang wajib mengelakkan diri dari sebarang maksiat.
Menurut beliau, antara yang perlu dijelaskan kepada yang bukan Islam termasuk kewajipan umat Islam untuk tidak melibatkan diri dengan sebarang perkara yang melibatkan judi, arak, zina dan pergaulan bebas seperti yang disebutkan oleh Tun Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"Cadangan dan pandangan Tuan Guru Nik Aziz itu sememang cadangan dan pandangan yang baik. Jadi, kita sokong sepenuhnya cadangan dan pandangan Tuan Guru Nik Aziz itu bagi membolehkan semua pihak faham tentang kewajipan umat Islam untuk membebaskan diri dari perkara-perkara mungkar," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Menurut beliau, pertemuan seperti itu merupakan sesuatu yang penting bagi membolehkan semua pihak memberikan pandang bersama ke arah menghormati pengamalan agama masing-masing.
"Dengan pertemuan seperti itu, semua perkara yang kusut dapat diselesaikan dengan baik dan dalam suasana aman, bagi membolehkan semua pihak dapat mengamalkan agama masing-masing dengan baik dalam suasana kehidupan yang harmoni," jelasnya.
Dalam masa yang sama, beliau berharap agar semua pihak tidak mengeruhkan suasana yang timbul dengan membuat kenyataan-kenyataan mengikut perasaan, sedangkan semua perkara boleh diselesaikan dengan baik jika disusuli dengan tindakan yang betul.
Tuan Guru Nik Aziz hari ini mencadangkan agar diadakan satu pertemuan antara tokoh-tokoh pelbagai agama di negara ini bagi membuat rumusan mengenai judi, arak, zina dan juga pergaulan bebas seperti yang dilaporkan Harakahdaily.
Cadangan tersebut dibuat ekoran perbezaan pendapat tentang kedudukan pekerja Islam bekerja di premis-premis arak di Selangor.
Sebelum ini, Exco Kerajaan Tempatan Selangor, Ronnie Liu membantah keputusan melarang umat Islam bekerja di premis-premis menjual alkohol sebagaimana yang diputuskan oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).
Ekoran itu, beliau mengarahkan agar MPSJ menarik balik larangan tersebut yang dikuatkuasakan baru-baru ini, bagi mengelakkan umat Islam kehilangan mata pencarian.
Tindakan beliau ternyata bertentangan dengan Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang melarang umat Islam bekerja di premis berkenaan.
Sumber : HarakahDaily

Pandangan FARISZ@AZ.Com :

1. Saya menyokong cadangan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkaitan perlunya pertemuan tokoh-tokoh pelbagai agama di Malaysia untuk membuat rumusan berkaitan judi,arak,zina dan pergaulan bebas.Ini kerana pelbagai isu berkaitan arak,zina,hiburan melampau,judi dan pergaulan bebas kebanyakkannya ada dibiarkan atas tiket kepelbagaian agama dan bangsa,ia seolah-olah agama lain merestui arak,zina dan perjudian.
2. Perkara ini perlu diperhalusi dengan sebaiknya demi memastikan masyarakat beragama Islam benar-benar beramal dengan cara Islam dan masyarakat beragama lain bebas mengamalkan agama mereka supaya perlakuan maksiat tidak diberlaku atas tiket kepelbagaian agama dan bangsa.
3. Saya sendiri mempunyai rakan-rakan dari beragama Kristian dan Buddha,menurut mereka perjudian juga sebenarnya juga dilarang di dalam agama mereka.Seandai perjudian dilarang oleh perbagai agama maka "tiket halal" atas kepelbagaian agama untuk meluluskan premis perjudian tidak sepatutnya berlaku dan perlu menutupan secara penuh.
4. Saya berharap pertemuan antara tokoh-tokoh pelbagai agama akan dilakukan dan secara terus menerus untuk menapis perkara yang diluluskan atas alasan kepelbagaian agama dan bangsa.Alasan kepelbagaian agama dan bangsa dalam meluluskan perkara yang pelbagai agama larang adalah menghina pelbagai agama di Malaysia.

Wallahua'lam.

2 ulasan:

Khadijah said...

Betol juga tu.Kebanyakan hiburan melalaikan lulus dengan alasan pelbagai agama n bangsa.Tapi persoalannya betol ke semua agama lain dari Islam ada hiburan lalai tu?Mungkin just alasan untuk meluluskan.

mariah said...

saya juga menyokong tanpa sedikitpun bantahan berkaitan isu pertemuan kali ini..

Semestinya perlu ada jalan penyelesaian terhadap isu-isu melampau yang seringkali berlaku disebabkan 'akar' yang goyah..

InsyaAllah, dipermudahkan jika niat yang baik.. Allahuakbar!

Design by FARISZ@AZ.Com