.
Promosi
.

Wahai Ng Kian Nam,Isu Azan atau Kuliah Subuh atau Permainan Politik?



Bismillahirrahmaanirrahiim,
Wahai Ng Kian Nam,Isu Azan atau Kuliah Subuh atau Permainan Politik?
Mana silapnya?

Saya tertarik untuk menulis berkaitan perkara ini.Bukan kerana ia isu panas tetapi sebab di dalam menziarah berbagai blog,banyak blog menulis ia atas dasar perkauman dan apabila mencelah distatus-status beberapa pengguna facebook ada juga yang berbau perkauman dan ada berbau politik kepartian.

Sebenarnya saya amat jelek dan muak bila isu ini dipanaskan dengan perkauman dan politik kepartian saja tanpa melihat punca ianya berlaku.Perkara ini perlu diselesaikan dengan perbincangan secara baik dan muhasabah diri.Jangan kerana seBARISAN maka ianya diselesaikan secara baik dan jangan kerana berbeza PAKATAN maka media massa seperti tv dan surat khabar melaga-lagakan.Jika kita perhatikan pada sejarah, undang-undang hudud pernah dibantah secara terbuka dengan memorandum oleh parti tertentu cawangan Wilayah dan memorandum itu dihantar ke ibu pejabat PAS Kuala Lumpur.Apa yang saya lihat media massa seperti Tv dan surat khabar tidak pula mengwar-warkannya ke masyarakat,adakah ia kerana parti itu seBARISAN?Dalam hati saya "Ah!!!PolitikTIKUS saja memainkan isu perkauman ketika terdesak dan menutup ia bila sebaris".Biarkan politikTIKUS bermain dengan muslihat,kelak nanti tikus-tikus itu akan terperangkap juga di jerangkap tikus.

Bila kita bercakap berkaitan Islam dihina oleh non muslim maka saya agak pelik kerana ramai golongan yang menghina Islam secara tersirat tetapi bersuara bila Islam dihina secara terang.Beberapa hari lalu saya melihat ada beberapa profile wanita Islam yang tidak menutup aurat malah gambar berpelukan dengan pakwe turut mengeluarkan status difacebook berkaitan isu penghinaan azan.Agak panas status profile tersebut,melenting bila tahu ada azan dipersoalkan oleh non muslim.Dalam hati saya "jika non muslim itu persoalkan azan,maka dia pula persoalkan hukum menutup aurat.Sama-sama menghina Islam".Bila saya menegur profile tersebut maka ia menjawab hak ia melenting.Agak pelik diri sendiri menghina Islam diperbiarkan tetapi apabila non muslim menghina Islam maka melenting dengan amarah.Bagi saya ia berlaku bila beribadah tanpa akidah yang jelas.Jika hendak berjuang maka semua manusia berhak berjuang tetapi membezakannya adalah perjuangan atas dasar Islam atau assobiah atau amarah.Maka sebaiknya berjuanglah atas dasar Islam dan  bukannya atas dasar assobiah atau amarah dan perbaiki akidah untuk berjuang.

Mana silapnya?Berpunca dari terlalu manjakan non muslim?Berpunca dari umat Islam yang lemah?
Di dalam pembacaan di beberapa blog ramai yang berkata ia berpunca dari terlalu manjakan cina.Ah!!!buang perkauman jika mahu bercakap berkaitan Islam!Jangan berangan nak bercakap perjuangan Islam jika dasar perjuangan adalah assobiah!Di dalam Islam ada berbagai bangsa dan bukannya hak eklusif suatu bangsa atau suatu pihak!Tidak kira ia bangsa apa selagi ia Islam maka bersaudara dan mempunyai hak saudara seagama.Jangan sebut bangsa tetapi sebut agama ia.
Masalah bukanlah terlalu manjakan nonmuslim atau perlu berkeras pada nonmuslim tetapi ia berpunca dari umat Islam itu sendiri.Duduk depan cermin dan cermin diri tengok dari atas sampai bawah dan renungkan serta fikirkan samaada diri sendiri hormat Islam atau tidak.Sebelum keluar rumah sila hadap cermin dan lihat pemakaian diri cara Islam atau cara jahiliah moden.Bangun pagi tengok jam kol berapa dan fikir dah solat subuh ke tidak.Baca surat khabar tengok kes bilangan anak zina purata berapa kelahiran sehari?Pergi ke pusat sehenti dan lihat golongan mana yang ramai?Dalam setahun kira berapa ribu kali tinggal solat fardhu dan berapa kerat solat fardhu?Perlu ke bila isu azan melenting bagai nak rak tapi time AJL meloncat macam beruk tengah mengawan?Saya bukanlah hendak membuka aib tapi nak kita semua fikir balik punca utama kenapa Islam ditindas dan golongan mana yang menindas Islam.Jangan hanya bersuara apabila Islam ditindas oleh non muslim sedangkan diri sendiri menghina Islam.Apa yang perlu adalah umat Islam kembali beramal cara Islam dan bukannya cara jahiliah moden atau liberal.Islam dihormati bukan dengan cara kekerasan dan ketidakadilan pada bukan Islam tetapi Islam dihormati apabila umatnya sendiri beramal dengan cara Islam dan menghormati Islam.Lihat pada sejarah Kerajaan Islam Madinah di mana golongan perbagai agama dan bangsa hormat pada Islam kerana umat Islam ketika itu beramal cara Islam dan menghormati Islam.Lihat pula pada sejarah kejatuhan Khilafah Islamiah di mana ketika ramai umat Islam sendiri tidak beramal cara Islam dan menghina Islam.

Soalan saya :

1. Apa beza antara Ng Kian Nam mempersoalkan azan/kuliah subuh dengan seseorang yang mempersoalkan perundangan Islam yang termaktub dalam al-Quran dan al-Hadith?

2. Apa beza antara Ng Kian Nam mempersoalkan azan/kuliah subuh dengan seseorang yang tahu akan hukum wajib menutup aurat tetapi tidak menutup aurat?

3. Apa beza antara Ng Kian Nam mempersoalkan azan/kuliah subuh dengan seseorang yang ketika mendengar azan tetapi tidak ke masjid untuk menunaikan solat fardhu?

4. Apa beza antara Ng Kian Nam mempersoalkan azan/kuliah subuh dengan seseorang yang beragama Islam di kad pengenalan tetapi tidak menunaikan solat?

5. Apa beza antara Ng Kian Nam mempersoalkan azan/kuliah subuh dengan seseorang yang mengaku Islam tetapi mempunyai aset di arak dan judi?

Hormati Islam dengan beramal cara Islam maka pasti masyarakat bukan Islam hormati Islam,musuh Islam tidak mengerun jika mereka ditekan dengan keganasan tetapi musuh Islam gerun bila umat Islam sendiri menghormati Islam dengan beramal cara Islam.

"Muhasabah Menjana Mujahadah"

Wallahua'lam.

2 ulasan:

ch!natsu said...

minta izin kongsi ye..

Muadz said...

Erm agak pedan akhi tapi tulah hakikat.
Kadang kala orang lebih lihat ikot nafsu

Design by FARISZ@AZ.Com