.
Promosi
.

Perbaiki Wudhuk


Dari Umar bin al-Khattab r.a katanya : ” Ada seorang lelaki berwudhuk tetapi ada kakinya yang tidak terkena air selebar kuku. Dan hal itu dilihat oleh Nabi s.a.w. Disebabkannya baginda bersabda : ”Ulang kembali wudhukmu dengan sempurna dan sebagus-bagusnya!” Orang itu pun berwudhuk kembali dan sesudah itu dia solat”.

(Riwayat Muslim)

Penerangan :

Wudhuk mempunyai enam rukun dan syarat sah wudhuk bergantung kepada enam rukun tersebut. Jika tertinggal atau sengaja meninggalkan salah satu daripada rukun itu, maka wudhuk dikira tidak sah. Rukun-rukun wudhuk ialah:

1. NIAT, iaitu diniatkan di dalam hati untuk mengambil wudhuk yang ertinya "Sahaja aku mengangkat hadath kecil kerana Allah Ta'ala".

2. MEMBASUH MUKA, mengalirkan air serta meratakannya keseluruh muka yang dibasuh, dari dahi sampai ke dagu (jika ada janggut hendaklah diratakan seluruhnya) dan dari telinga kanan hingga ke telinga kiri- disunatkan sebanyak 3 kali.

3. MEMBASUH KEDUA TANGAN HINGGA KE SIKU, mengalir dan meratakan air dari bahagian siku hingga ke hujung jari. Mulakan dari tangan kanan dahulu diikuti tangan kiri, juga dilakukan sebanyak - 3 kali.

4. MENYAPU AIR DI KEPALA iaitu menyapu kepala dengan air sekurang-kurangnya tiga helai rambut dan yang lebih baik ialah menyapu seluruh kepala. - 3 kali.

5. MEMBASUH KEDUA KAKI, mengalir dan meratakan air kepada dua kaki serta celah-celah jari kaki tumit hingga buku lali, mulakan sebelah kanan dahulu. - 3 kali.

6. TERTIB iaitu mengikut turutan, yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan.

Wallahua'lam.

6 ulasan:

NurLailatul said...

terima kasih saling mengingati..

Amelia said...

thnks 4 the info ''.

NuSaNa NoSa 91 said...

jgn lupa tertib tu.. he3~ thanx atas peringatan.. ^_^

farhana sahri said...

trm ksh share....=)

linda@piere said...

salam. pernah dengar, ambek 1x pun xpe. means x ulg 3x.. betul ke??

Ismi Azraf said...

@linda

Wa alaikum salam.
Untuk jumlah basuhan pada satu tempat adalah memadai sekali basuhan.Sunat untuk 3 kali bagi mengelakkan ada kawasan yang tidak terkena basuhan.
Namun pembaziran di dalam mengambil wuduk akan menganggu kekusyukan solat dan ketidaksempurnaan wuduk akan membatalkan solat.

Wallahua'lam.

Design by FARISZ@AZ.Com