.
Promosi
.

Golongan Pemuda Zaman Nabi


Bismillahirrahmaanirrahiim,

Apa yang dilihat pemuda zaman kini tidak sama dengan pemuda zaman Nabi Muhammad S.A.W.
Pemuda di zaman Rasulullah S.A.W adalah pemuda yang penuh dengan ilmu,iman dan amal dan sanggup syahid demi Islam di daulahkan. Namun apa yang dilihat kebanyakkan pemuda zaman kini sanggup tidak syahid demi mempertahankan hawa nafsu dan kepimpinan thagut namun terlalu sedikit pemuda yang sanggup mempertahankan Islam.

Adalah suatu realiti yang perlu diterima bahawa pemuda yang mendokong dan menyokong Islam adalah terlalu sedikit berbanding dengan pemuda yang menjadikan hawa nafsu sebagai cara hidup.Dan di dalam sedikit pemuda zaman kini yang mendokong dan menyokong Islam pula terdapat beberapa yang bertelagah kerana perbezaan manhaj.

Diperingkat Ulama antarabangsa dari berbagai manhaj atau aliran sering melakukan perjumpaan dan perbincangan dan perjumpaan terbaru bagi mencari kesamaan untuk membaiki persaudaraan sesama Islam serta mencari titik tolak permasalahan umat Islam bagi setiap negara.Jika Ulama diperingkat antarabangsa mampu berlapang dada terhadap khilaf antara manhaj atau aliran selagi mana khilaf tersebut diperhujahkan bersandarkan al Quran dan al Hadith demi menjaga kemaslahan ummah,mengapa dan kenapa terdapat pemuda yang sering mendendangkan khilaf dengan melagakan-laga kan ummah?Ini berlaku kerana kebanyakkan pemuda yang mendendangkan khilaf dan melagakan ummah adalah golongan pro kerajaan taghut yang dimana mereka sering mendendangkan khilaf antara manhaj tetapi mendiamkan diri apabila berlakunya kemaksiatan kepimpinan negara.


Pemuda Zaman Rasulullah S.A.W

Jika diperhatikan pada sirah atau pun sejarah pada tahun ke 10 Hijrah  iaitu selepas Rasulullah S.A.W kembali daripada Hujjatul Wida',baginda telah mengarahkan umat Islam bersiap sedia untuk menghadapi Rom.Rasulullah S.A.W juga telah mempersiapkan sebuah pasukan tentera untuk menghadapi Rom.Pasukan tersebut akan dipimpin oleh seorang anak muda yang bernama Usamah bin Zaid bin Harithah yang dimana ketika itu Usamah berumur antara 18 hinga 20 tahun.Jika diselidiki juga sebenarnya pasukan ini disertai oleh sahabat dari kalangan Muhajirin dan Ansar malah turut disertai oleh Omar bin Khattab.

Perlantikan Rasulullah S.A.W terhadap Usamah bin Zain bin Harith sebenarnya mendapat penentangan dari beberapa golongan kerana mereka menganggap Usamah tidak layak memimpin pasukan tentera.Bersandarkan hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Jika kamu membantah dan mengecam Usamah ,ia bererti kamu mengecam kepimpinan bapanya.Demi Allah,Usamah memang layak memikul tugas tu dan Usamah dari kalangan manusia yang baik".

Telah dicatatkan oleh Dr Said Ramadhan Al Buti di dalam Fiqhus Saerah bahawa Usamah bin Zaid bin Harithah telah diamanahkan pergi ke tempat berlakunya perang Mu'tah, di sana bapanya Zaid bin Harithah telah syahid dan Usamah bin Zaid bin Harithah telah di amanahkah untuk meninjau keadaah di Balqa' dan Darum di Palestine dan pada ketika itu terdapat golongan munafik yang membantah pelantikan Usamah bin Zaid bin Harithah sebagai panglima perang.

Telah dicatatkan di dalam Tarik Tabari bahawa walaupun ditentang oleh sebilangan golongan,pelantikan Usamah bin Zaid bin Harithah adalah suatu yang wajar apabila Usamah bin Zain bin Harithah berjaya melaksanakan misi pasukan tentera dan berjaya menguntungkan umat Islam ketika itu.

Pemuda Zaman Rasulullah diberi amanah dan sebagai pelapis.

Pemuda ketika zaman Rasulullah S.A.W diberi amanah untuk melaksanakan misi-misi mendaulahkan Islam,ini untuk memastikan jenerasi pelapis dari kalangan pemuda untuk mendaulah Islam terus wujud dan aktif.

Sahabat Rasulullah S.A.W yang muda juga pernah diberi amanah ketika Rasulullah S.A.W berhijrah di mana ketika itu Ali bin Abi Talib diberi amanah untuk tidur di tempat tidur Rasulullah S.A.W dengan tujuan memperdayakan kafir Quraisy untuk mengelakkan pergerakan Rasulullah S.A.W diketahui dan diserang oleh musuh Islam ketika itu.Ketika itu umur Ali bin Abi Talib adalah lebih kurang 19 tahun.

Jika diperhalusi sebenarnya ramai lagi para sahabat yang masih berusia muda namun mempunyai keberanian dan kemahiran tertentu serta diberikan amanah untuk memastikan Islam di daulahkan dan mereka berjaya melaksanakan amanah tersebut walaupun diusia muda..


Persoalan

Masih adakah lagi golongan pemuda zaman kini yang seperti pemuda zaman Rasulullah?
Jika tiada maka sama-sama kita wujudkan dan jika ada dan jumlah sedikit maka sama-sama kita perbanyakkan ia.

Wallahua'lam.

1 ulasan:

Qurratu A'yun said...

Semoga kita dapat melahirkan para ulama' yang akan menjadi pemimpin umat Islam bila mana kita sudah tidak lagi bernafas di muka bumi. Insya Allah.

Design by FARISZ@AZ.Com