.
Promosi
.

PMRAM, Rabitah Al-Azhar Sepakat



KAHERAH, 28 Mac - Suatu perjumpaan antara wakil pelajar-pelajar Asia Tenggara dan pihak Rabitah Al-Azhar telah diadakan bagi membincangkan isu sekitar Universiti Al-Azhar.

Pihak PMRAM telah diwakili oleh Pemangku Presiden, Saudara Muhamad Zuhaili Saiman dan Setiausaha Agung, Saudara Ahmad Taufiq Mohd Dahlan.

Perjumpaan yang diadakan pada jam 11.30 tengahari di bangunan Rabitah Al-Azhar tersebut telah membincangkan isu Universiti Al-Azhar dan permasalahan yang berlaku sekarang.

Antara punca utama permasalah yang berlaku apabila terdapat anasir-anasir yang cuba untuk memburukkan imej Al-Azhar sebagai medan ilmu di dunia.

Wakil pihak Rabitah Al-Azhar, Ustazah Yasmeen berkata, pihak beliau dalam usaha mengadakan suatu perjumpaan antara pelajar-pelajar Asia Tenggara dengan Syeikhul Al-Azhar, Syeikh Ahmad Tayyib dalam sama-sama mempertahankan Al-Azhar. Sebarang makluman mengenai perjumpaan tersebut akan dimaklumkan melalui persatuan pelajar.

"Selaku mahasiswa/wi Islam yang menuntut pengajian di Universiti Al-Azhar, menjadi kewajipan kita bersama dalam mempertahankan imej baik Al-Azhar. Bahkan kita mesti tahu bahawa Al-Azhar itu membawa Islam dalam penyampaian ilmunya sejak 1000 tahun dahulu," ujar Pemangku Presiden.

Di akhir pertemuan tersebut, pihak Rabitah Al-Azhar mengucapkan terima kasih kepada semua wakil persatuan yang hadir dan berharap agar usaha murni  tersebut mendapat kerjasama yang baik.
 
Sumber : PMRAM

0 ulasan:

Design by FARISZ@AZ.Com