.
Promosi
.

Pendakwah di Pintu Neraka


Bismillahirrahmaanirrahiim.

Tugas Pendakwah

Tugas para pendakwah Islam adalah menyebarkan risalah Islam dengan melaksanakan amal kebaikan dan mencengah kemaksiatan atau pun kemungkaran.Amal kebaikan  yang dilaksanakan bukanlah sekadar amal individu tetapi termasuk dari individu,keluarga,masyarakat dan negara.Mencengah kemaksiatan ataupun kemungkaran juga bukanlah kemaksiatan ataupun kemungkaran pada individu saja tetapi termasuk juga keluarga,masyarakat dan negara.

Tugas dakwah adalah fardhu ain dan wajib ke atas setiap individu sebagaimana firman Allah :

وَالْعَصْرِ (١)إِنَّ الإنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ (٢)إِلا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ (٣)

1. Demi Masa! 2. Sesungguhnya manusia itu Dalam kerugian - 3. Kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan Dengan kebenaran serta berpesan-pesan Dengan sabar.
 (Al Ashr : Ayat 1 - 3)


وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ (١٠٤)

104. Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak Yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik, serta melarang daripada Segala Yang salah (buruk dan keji). dan mereka Yang bersifat demikian ialah orang-orang Yang berjaya. (Ali Imran : Ayat 104)


وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ أُولَئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ (٧١)

71. Dan orang-orang Yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi Penolong bagi setengahnya Yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (At Taubah : Ayat 71)


Pendakwah itu secara berjemaah

Walaupun tugas dakwah adalah tanggungjawab setiap individu, itu bukan bermakna seseorang hanya perlu berdakwah secara individu tanpa menyertai sesebuah jemaah.Dakwah adalah lebih berkesan jika pelaksanaannya dilakukan secara berjemaah kerana apabila secara berjemaah maka proses dakwah dan tarbiah akan disusun secara lebih bersistematik dan lebih konsisten.

Firman Allah : 

وَمَنْ يَتَوَلَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا فَإِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمُ الْغَالِبُونَ (٥٦)

 56. Dan sesiapa Yang menjadikan Allah dan RasulNya serta orang-orang Yang beriman itu penolongnya (dapatlah ia kemenangan), kerana Sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada Agama (Hizbullah) ) Allah, itulah Yang tetap menang.(Al Maidah : Ayat 56)

Asal makna  Hizb ialah satu golongan berhimpun atau berkumpul kerana sesuatu perkara yang mengancam mereka atau sesuatu musibah yang menimpa mereka (Al-Asas fi Al-Tafsir) 

Pendakwah di Pintu Neraka

Tugas pendakwah adalah memaksimakan tenaga gerak kerja untuk memastikan amal kebaikan tersebar dan mencengah kemaksiatan atau kemungkaran untuk memastikan keadaan jahiliah menjadi bersinar dengan cahaya Islam, namun walaupun selepas dari jahiliah akan berubah kepada kebaikan itu belum menjamin sesuatu kebaikan tersebut akan terus berkekalan kerana proses dakwah dan tarbiah adalah wujud dengan gerakan atau pun jemaah. Dan kesilapan yang menyebabkan dari kebaikan berubah kepada kejahilan apabila wujudnya jemaah yang bergerak tidak mengikut cara Islam tetapi bergerak mengikut sistem liberal.

Kini telah wujud gerakan yang berjenamakan Islam tetapi gerak kerja mengikut telunjuk liberal.Sebenarnya gerakan liberal yang segaja menjenamakan gerakan mereka atas jenama Islam untuk memudahkan mereka menyebarkan dakyah mereka tanpa disedari oleh masyarakat.

Malah perkara telah dicatatkan dan diberitahu oleh Rasulullah S.A.W bersandarkan hadith :

Daripada Huzaifah bin Yaman yang bermaksud :
Aku (Huzaifah) bertanya "Ya Rasulullah,sesungguhnya kami dahulunya berada dalam jahiliah dan kejahatan maka Allah mendatangkan kebaikan ini kepada kami.Apalah selepas ini akan ada kejahatan?"
Nabi menjawab "Ya"
Aku bertanya lagi "Apakah selepas kejahatan itu akan datang pula kebaikan?"
Nabi menjawab "Ya tetapi akan ada bersamanya dakhnun (asap)"
Aku bertanya lagi "Apakah asap itu ya Rasulullah?"
Beliau menjawab "Golongan yang tidak lagi mengikut landasan sunnahku dan mereka tidak menggunakan petunjuk yang aku bawa.Kamu akan mengenali dan mengingkari mereka"
Aku seterusnya bertanya "Apakah selepas kebaikan ini akan ada pula kejahatan?"
Nabi berkata "Ya,akan datang pendakwah-pendakwah di pintu neraka.Sesiapa yang mengikut mereka akan dicampakkan ke dalamnya"
(Riwayat Al Bukhari dan Muslim)

Syeikh Said Hawa ada mengatakan "Marhalah dakhnun atau asap berterusan hingga ke zaman kita hari ini dan era kita sekarang adalah era lahirnya pendakwah-pendakwah di pintu neraka".
(al-Madkhal Ila Dakwah al-Ikhwan al-Muslimun)

Ciri-ciri jemaah yang mengikut aliran liberal : 

1. Kesamaan Agama.
Mereka mentafsir bahawa semua agama adalah sama.
Mereka mengatakan seseorang yang dari beragama Islam boleh menukar ke agama lain kerana semua agama adalah sama.

2. Hadith tidak lagi relevan.
Mereka mengatakan hadith tidak berasal dari Nabi atau pun Rasul dan ianya dicipta oleh individu-individu yang mempunyai kepentingan tertentu.
Mereka mengatakan hadith berkaitan akhir zaman,azab kubur dan hari khiamat adalah hadith yang menceritakan kisah dogeng untuk menakut-nakutkan manusia.

3. Nabi manusia biasa
Mereka mengatakan Nabi dan Rasul adalah manusia biasa dan boleh dikritik oleh sesiapa saja.
Mereka mengatakan sunnah tidak relevan dan hanya di amalkan oleh golongan arab zaman dulu.
Mereka mengatakan kisah mukjizat Nabi dan Rasul adalah cerita rekaan untuk manusia mengangungkan Nabi dan Rasul.

4. Tafsiran Al Quran secara bebas
Mereka mentafsir al Quran mengikut akal mereka semata-mata tanpa merujuk sejarah penurunan ayat al Quran dan tanpa mengikut pandangan Ulama' yang muktabar berkaitan ayat-ayat al Quran.
Mereka mentafsir al Quran mengikut nafsu mereka dengan menghalalkan apa yang mengikut kemahuan mereka dan tidak mengharamkan apa yang diharamkan bersandarkan al Quran.

5. Hak individu / Hak beragama
Mereka mengatakan seseorang berhak tidak beragama atau pun menukarkan agamanya.
Mereka mengatakan seseorang yang beragama Islam itu berhak mengamalkan atau tidak mengamalkan ajaran Islam.(Umat Islam yang tidak melaksanakan hukum Islam atau yang melanggar hukum Islam tidak boleh dihukum).
Mereka mengatakan lelaki dan wanita mempunyai hak yang sama (sehingga wanita mempunyai hak menjadi imam kepada makmumnya adalah lelaki dan lelaki dan wanita bercampur baur semasa menjadi makmum).

Gerakan liberal yang bertopengkan atas jenama Islam sebenar telah berjaya memanipulasikan pemikiran sebilangan masyarakat kita pada hari ini,jika diperhatikan pada isu Valentine's Day 2011 pada baru-baru ini terdapat gerakan liberal yang berjenamakan Islam bersuara "Valentine's Day adalah hak individu dan masyarakat Islam tidak boleh dihalang meraikannya" dan suara tersebut ada diterima oleh sebilangan masyarakat yang jahil berkaitan sejarah dan hukum berkaitan Valentine's Day dan terikut-ikut akan pegangan gerakan liberal tersebut.

Jika dikaji dan diingati semula.Pernah seorang wanita yang beragama Islam ditahan oleh majlis agama Islam atas kesalahan meminum arak dan pesalah tersebut mengaku kesalahannya dan ingin dihukum hudud iaitu sebatan namun gerakan liberal tersebut kembali bersuara mengatakan hukuman hudud iaitu sebatan pada peminum arak wanita Muslim adalah zalim.(Mereka mengatakan hukum Islam zalim)

Gerakan Islam perlu hadapi Gerakan Liberal

Mahu atau tidak mahu Gerakan Islam perlu menghadapi gerakan liberal yang bertopengkan Islam tersebut dengan berbagai cara dan strategi untuk memastikan dakyah gerakan liberal tersebut dihentikan.

Mungkin penyebaran risalah atau pena secara bekertas atau melalui platfom di bloger atau website perlu diteruskan di samping penjelasan secara berforum atau kempen untuk memastikan masyarakat semakin sedar kan menjauhi gerakan liberal.

Gerakan-gerakan Islam juga mesti bersatu dalam memastikan dakyah dari gerakan liberal berjaya dihalang.

Wallahua'lam.

4 ulasan:

Muhammad Taqi said...

awas akhi kejebak mustolahah musyawwahah !

Anonymous said...

Assalamualaikum. boleh anta bagi hadith ptama dari riwayat lain atau no muka surat hadith tersebut?

FARISZ@AZ.Com said...

Wa alaikum salam.

To anonymous March 22.2011 11:47 Pm

"Artinya : Dari Hudzaifah Ibnul Yaman Radhiyallahu Ta'ala Anhu berkata : Manusia bertanya kepada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam tentang kebaikan, sedangkan aku bertanya kepada beliau tentang keburukan karena khawatir jangan-jangan menimpaku. Maka aku bertanya ; Wahai Rasulullah, sebelumnya kita berada di zaman Jahiliyah dan keburukan, kemudian Allah mendatangkan kebaikan ini. Apakah setelah ini ada keburukan ? Beliau bersabda : 'Ada'. Aku bertanya : Apakah setelah keburukan itu akan datang kebaikan ?. Beliau bersabda : Ya, akan tetapi didalamnya ada dakhanun. Aku bertanya : Apakah dakhanun itu ?. Beliau menjawab : Suatu kaum yang mensunnahkan selain sunnahku dan memberi petunjuk dengan selain petunjukku. Jika engkau menemui mereka maka ingkarilah. Aku bertanya : Apakah setelah kebaikan itu ada keburukan ?. Beliau bersabda : Ya, da'i - da'i yang mengajak ke pintu Jahannam. Barangsiapa yang mengijabahinya, maka akan dilemparkan ke dalamnya. Aku bertanya : Wahai Rasulullah, berikan ciri-ciri mereka kepadaku. Beliau bersabda : Mereka mempunyai kulit seperti kita dan berbahasa dengan bahasa kita. Aku bertanya : Apa yang engkau perintahkan kepadaku jika aku menemuinya ?. Beliau bersabda : Berpegang teguhlah pada Jama'ah Muslimin dan imamnya. Aku bertanya : Bagaimana jika tidak ada jama'ah maupun imamnya ? Beliau bersabda : Hindarilah semua firqah itu, walaupun dengan menggigit pokok pohon hingga maut menjemputmu sedangkan engkau dalam keadaan seperti itu".

(Riwayat Bukhari VI615-616, XIII/35. Muslim XII/135-238 Baghawi dalam Syarh Sunnah XV/14. Ibnu Majah no. 3979, 3981. Hakim IV/432. Abu Dawud no. 4244-4247.Baghawi XV/8-10. Ahmad V/386-387 dan hal. 403-404, 406 dan hal. 391-399).

Wallahua'lam.

Anonymous said...

ana mohon untuk share ilmu ini.

Design by FARISZ@AZ.Com