.
Promosi
.

Roh Yang Wangi Dan Roh Yang Busuk

Dari Abu Hurairah r.a katanya : ”Apabila roh orang-orang mukmin keluar dari tubuhnya dua orang malaikat menyambutnya dan menaikkannya ke langit.” Kata Hammad : ”Kerana baunya harum seperti kasturi.” Kata penduduk langit “ Roh yang baik datang dari bumi. Sallallahu ‘alaika (semoga Allah melimpahkan kebahagiaan kepadamu) dan kepada tubuh tempat engkau bersemayam.” Lalu roh itu dibawa ke hadapan Tuhannya Azza wa Jalla. Kemudian Allah berfirman:”Bawalah dia ke Sidratul Muntaha dan biarkan di sana hingga hari kiamat.” Kata Abu Hurairah selanjutnya:” Apabila roh orang-orang kafir keluar dari tubuhnya – kata Hammad, berbau busuk dan mendapat makian, maka berkata penduduk langit, ”Roh jahat datang dari bumi.” Lalu diperintahkan, bawalah dia ke penjara dan biarkan di sana hingga hari kiamat.” (Riwayat...

HIMPUNAN 1,000 JIWA 1 HATI MENJELANG AMBANG TAHUN BARU 2011

Sila Sebarkan Banner Ini <a href="http://farzaluzizaron.blogspot.com/2010/12/himpunan-1000-jiwa-1-hati-menjelang.html" target="_blank"><img src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjcqkudPQNV0CSzBfk5t4_0egydpIRKfyTiK1lAeQKX2RrWSK2I8GyEY6SJ84Y1VToolxSmTvNuU_Mn5iAsILaL9kO-tyylxhQTe3Wij-o9WGdfh8h4hpJZkRap6bCnjynaIdbnIMTySRQT/s400/Bunting-407x1024+-+Copy.png" alt="'Create" border="0" /></a><br /> <a href="http://farzaluzizaron.blogspot.com/2010/12/himpunan-1000-jiwa-1-hati-menjelang.html">Sila Sebarkan Banner Ini</a> Sila Sebarkan Banner Ini <div style="text-align: center;"><a...

Tiada Tolak Ansur Dalam Maksiat

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : ”Sesungguhnya kecacatan pertama yang berlaku pada Bani Israil ialah apabila seorang lelaki melihat lelaki lain melakukan maksiat, dia akan berkata: ”Wahai si fulan! Takutlah kepada Allah dan tinggalkan kerja maksiat yang engkau sedang lakukan itu kerana ia tidak harus bagi engkau untuk melakukannya. Kemudian pada keesokan harinya lelaki yang menegah itu melihat lelaki yang melakukan maksiat itu masih melakukan maksiat yang sama, tetapi dia tidak mencegahnya kerana barangkali pelaku maksiat itu merupakan orang yang memberinya makan dan minum atau rakan baiknya. Apabila Bani Israel melakukan perbuatan seperti itu, maka Allah telah memperlagakan sesama hati mereka dan kemudian Allah melaknat mereka melalui lidah para anbiya’-nya.” (Riwayat Abu Daud dan...

Tiada Ketaatan Di Dalam Maksiat

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : Tidak boleh taat kepada seseorang dalam melakukan maksiat kepada Allah. Sesungguhnya ketaatan itu dalam melakukan kebaikan. (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim) Penerangan : 1. Ketaatan adalah terhad kepada perkara kebaikan sahaja. 2. Tidak wajib patuh kepada kepimpinan (suami, ketua, dll ) sekiranya disuruh melakukan perbuatan yang dilarang oleh agama tetapi sekiranya suruhan itu tidak bertentangan dengan ajaran Islam maka ia wajib dituruti (taati). 3. Taat kepada suami merupakan tempat kedua setelah taat atau patuh kepada perintah dan larangan Allah. Bahkan ketaatannya kepada Allah diukur daripada sejauh manakah seseorang itu dapat menyelesaikan kewajipannya terhadap suaminya. 4. Ketaatan pada pemimpin juga terbatas kerana ketaatan terhadap...

Suami Yang Bertanggungjawab

Saad bin Abi Waqas r.a menceritakan bahawa Rasulullah S.A.W pernah bersabda : "Nafkah (infak) yang kamu berikan semata-mata kerana Allah nescaya diberi pahala oleh Allah ; bahkan apa yang kamu berikan untuk makanan isteri kamu (perbelajaan rumah tangga) akan diberi pahala juga oleh Allah.” (Riwayat al-Bukhari) Penerangan : Perkahwinan dalam Islam bukan sekadar untuk memenuhi tuntutan biologi terhadap satu sama lain, malah satu daripada tanda kekuasaan dan kebesaran Allah Yang Maha Esa (Surah Ar-Rum : Ayat 21). Iaitu kekuasaan-Nya menyatukan dua makhluk yang berlainan jantina serta mempertautkan hati kedua-duanya dengan ikatan kasih mesra. Maka, suami yang baik ialah yang menyayangi serta melindungi isterinya dari perkara berbahaya atau memudaratkannya. Suami ialah ketua keluarga yang bertanggungjawab...

Menghormati Bapa

Daripada Abu Hurairah r.a, sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya : “Janganlah kamu membenci bapa-bapa kalian. Sesiapa yang membenci bapanya bererti ia kafir.” (Riwayat Muslim) Penerangan : 1. Seorang ibu mahupun bapa tidak akan menjadi ibu dan bapa tanpa anak-anak dan begitulah sebaliknya. Oleh itu ibu bapa berhak mendapat penghormatan daripada anak-anak mereka sama sebagaimana anak-anak mereka berhak mendapat kasih sayang daripada ibu bapa. 2. Islam melarang keras anak-anak mencela atau memarahi ibu bapa dengan bahasa yang kasar. Anak yang mengasari ibu bapa dianggap sebagai anak derhaka yang diharamkan syurga ke atasnya oleh Allah S.W.T di akhirat kelak. 3. Oleh itu bagi mendapatkan anak-anak yang baik, ibu bapa hendaklah terlebih dahulu menunjukkan pergaulan yang baik dengan anak-anak....

Tetap Pendirian (Istiqomah)

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud : “Tidak lurus (istiqomah) iman seseorang hamba itu sehingga hatinya lurus dan hatinya tidak akan lurus sehingga lurus lidahnya”. (Riwayat Ahmad) Penerangan : 1. Maksud istiqomah ialah tetap teguh di atas jalan yang betul lurus yang membawa keredhaan Allah S.W.T. 2. Dasar istiqomah adalah istiqomah hati iaitu lurusnya hati di atas tauhid. Apabila hati telah beristiqomah kepada Allah dalam erti kata takut, cinta, tawakkal dan mengagungkan Allah maka seluruh anggota tubuh akan taat kepadanya. Ini ialah kerana hati adalah raja kepada badan manakala anggota badan adalah rakyatnya. 3. Anggota terpenting selepas hati yang mesti diberi perhatian serius agar beristiqomah ialah lidah kerana lidah adalah terjemahan hati yang menggambarkan pemikiran ses...

Petanda-petanda Hampirnya Kiamat

Rasulullah S.A.W telah menjenguk kepada kami semasa kami sedang ingat meningati satu sama lain, lalu Baginda s.a.w bertanya : "Apa yang kamu ingat mengingatkan itu? " Kami menjawab : "Kami mengingati perihal hari kiamat dan saat berlakunya"; Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya saat kiamat tidak akan berlaku melainkan setelah kamu melihat sebelumnya sepuluh alamat." Lalu Baginda s.a.w menyebut alamat atau tanda-tanda itu iaitu : Asap, Dajal (orang yang menyembunyi dan mengubah keadaan perkara-perkara yang benar dengan perkataan dustanya atau perbuatan sihirnya) Dabbatul-Ardh, terbit matahari dari pihak masuknya (dari pihak barat), turunnya Nabi Isa anak Mariam, dan Ya'juj wa Ma'juj…" (Huzaifah bin Asid al-Ghifari r.a) Penerangan : 1. Tidak akan berlakunya kiamat kecuali telah berlakunya...

Majlis Kahwin Perdana 2010 Anjuran Kerajaan Negeri Kelantan

PENGKALAN CHEPA, 25.Dis – Buat julung kalinya melalui Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan, majlis Perkahwinan Perdana dengan melibatkan 100 pasangan berjaya diadakan hari ini dan berlangsung dengan penuh gilang gemilang. Bermula dengan solat hajat bertempat di Masjid Besar Muhammadi oleh peserta lelaki dan diarak ke Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan(PUTIK), Pengkalan Chepa dengan menggunakan kereta Perodua VIVA serta diiringi oleh Kelab Motorsikal Klasik, Pengantin lelaki disambut oleh Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato’Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pimpinan kerajaan negeri. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita,Keluarga...

Hukum Menyambut Krismas, Adakah Dibenarkan Memberikan Ucapan Kepada Orang Kafir?

MUQADDIMAH Tanggal 25 Disember merupakan tarikh istimewa bagi penganut agama kristian di seluruh dunia. Pada hari tersebut, para penganut agama ini akan meraikan perayaan Krismas sempena memperingati kelahiran Nabi Isa mengikut kepercayaan mereka. Menurut pegangan agama kristian, Nabi Isa merupakan anak kepada Allah S.W.T yang mengorbankan dirinya bagi menebus dosa warisan yang diturunkan dari satu generasi kepada generasi yang lain akibat perbuatan Nabi Adam a.s. yang dikeluarkan dari syurga. Namun berbeza pula kita sebagai seorang muslim yang dikurniakan dua perayaan besar iaitu ‘Idulfitri dan ‘Iduladha tanpa mengingkari Nabi Isa...

Kemuliaan Diri Dengan Berakhlak Baik

Rasulullah S.A.W bersabda : “Sebesar-besar kebajikan itu ialah berakhlak dengan akhlak yang baik, dan dosa itu ialah perasaan bimbang dalam jiwa dan engkau tidak suka keadaan itu diketahui oleh orang lain”. (Riwayat Muslim) Penerangan : 1. Seseorang yang berakhlak mulia akan mendapat pahala dan boleh mendatangkan kebaikan untuk diri sendiri dan kebajikan kepada orang lain. 2. Orang yang melakukan dosa tidak akan mendapat ketenangan jiwa didalam hidupnya. 3. Berakhlaklah dengan akhlak yang mulia kerana ia sebesar besar kebajikan dan janganlah melakukan dosa kerana dosa itu ialah azab seksa, yang dirasai baik didunia mahupun diakhirat. Wallahualam...

Dua Beradik Peluk Kekasih (Bila berzina dinyatakan dirogol)

Bismillahirrahmanirrahim. KUALA LUMPUR : Gerak hati seorang ibu yang ingin melihat keadaan dua anak gadisnya sebaik terjaga daripada tidur kira-kira jam 3.30 pagi membawa kepada penemuan mengaibkan apabila dua beradik berusia 13 dan 15 tahun itu didapati tidur berpelukan bagai suami isteri bersama teman lelaki masing-masing. Kejadian berlaku di rumah mereka di Kampung Sri Gombak Indah, dekat sini, pada awal pagi Rabu lalu dan ia sesuatu yang amat mengejutkan ibu terbabit serta suaminya kerana tidak menduga anak gadis mereka yang masih bersekolah berani bertindak sedemikian. Sedih dan kecewa dengan apa yang dilihatnya, ibu berkenaan lantas...

Sifat Malu Mendatangkan Kebaikan

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Sifat malu itu akan menghasilkan kebaikan”. (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim) Penerangan : 1. Sifat malu adalah suatu sifat yang terpuji. Sesiapa yang memilikinya akan terlepas daripada segala kejahatan kerana dengan adanya sifat malu kita tidak akan melakukan segala keburukan. 2. Sifat malu juga akan meninggikan darjat keimanan orang yang memilikinya. Wallahualam. p/s : Namun sifat malu semakin terhakis pada masyarakat Islam.Kebanyakan masyarakat Islam hilang sifat malu apabila melayari laman web seperti facebook dan blog apabila segala keaiban diri dibuka dengan mempamerkan aurat dan bergaya dengan perbagai gaya yang menghairahkan malah sehingga adakalanya mempamerkan pasangan couple mereka di facebook atau blog (pelik : kenapa TAK MALU pamerkan...

Tidak DiTerima Sesuatu Sedekah Dari Rezeki Yang Haram

Dari Ibnu ‘Umar r.a., katanya: ” Ku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda katanya: ” Tidak diterima sembahyang tanpa bersuci, begitu pula derma yang didapat dari korupsi (pecah amanah).” (Riwayat Muslim) Penerangan : Islam menilai yang terbaik hanyalah yang suci sebagaimana solat hanya akan diterima apabila sesorang itu telah bersuci. Allah SWT tidak menilai sesuatu kebaikan itu hanya daripada luaran semata-mata tetapi dinilai dari dalaman juga yang datangnya daripada hati. Sesungguhnya apa jua kebajikan yang dilakukan walaupun dengan niat kerana Allah perlu diambil kira dari mana punca ia diperolehi sama ada halal atau pun haram. Samalah keadaannya dengan sepohon pokok yang tumbuh subur tetapi sebenarnya ia beracun yang jika dimakan akan membawa maut. Wallahua'lam...

Haq,Batil dan Islam Di Tindas Secara Halus

Bismillahirrahmanirrahim. Apabila Yang Haq dan Yang Batil Itu Tidak Difahami Dan Di Campur Aduk Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada anak muridnya. Ia duduk menghadap anak muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada kayu pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... " "Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangankanan ada kayu pemadam. Jika saya angkat kapur ini,maka sebutlah "Kapur!",jika saya angkat kayu pemadam ini,maka katalah "Pemadam!".." Anak muridnya faham dan seterusnya menyebut dengan betul. Guru bersilih-ganti mengangkat tangan kanan dan kirinya,semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan.. "Jika saya angkat kapur,maka sebutlah "Pemadam!", jika saya...

Menjalankan Pemerintahan Mengenai Urusan Umat Islam

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya : “Sesiapa yang menjalankan pemerintahan mengenai urusan umat Islam tanpa menghiraukan kemiskinan,keperluan,kefakiran dan hajat mereka, nescaya Allah akan membiarkannya pada hari kiamat tanpa menghiraukan kemiskinannya, keperluannya, hajatnya dan kefakirannya.” (Riwayat Abu Daud) Penerangan : 1. Berdisiplin ketika bekerja merupakan kekuatan yang menggerak kepada kejayaan dan kemenangan. 2. Dalam melakukan urusan dengan orang ramai (masyarakat) perlulah dilakukan dengan adil dan menyesuaikan keutamaan tanpa ada perasaan pilih kasih dan sebagainya. Jika tidak akan berlakulah kezaliman dan penganiayaan terhadap orang lain. 3. Oleh itu untuk mendapatkan ganjaran ibadah dalam setiap kerja yang dilakukan patuhilah peraturan dan arahan dengan baik serta...

Infak Harta dan Yang Lebih Besar Ganjarannya

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya : ”Satu dinar yang engkau belanjakan pada jalan Allah, satu dinar yang engkau gunakan untuk memerdekakan hamba, satu dinar yang engkau sedekahkan kepada fakir miskin, satu dinar yang engkau nafkahkan untuk keluargamu, yang paling besar pahala ganjarannya ialah yang kamu nafkahkan kepada keluargamu”. (Riwayat Muslim) Penerangan : 1. Bersusah payah memberi kesenangan kepada isteri dan berkorban mencari nafkah untuk anak-anak akan diberi ganjaran pahala yang besar oleh Allah S.W.T. Bahkan dikira suatu dosa besar sekiranya seorang suami atau ketua keluarga itu enggan memberi nafkah dan bakhil terhadap isteri dan anak-anaknya sedangkan ia mampu berbuat demikian. 2. Nafkah adalah lebih daripada hanya peruntukan makanan bahkan yang dimaksudkan dengan...

Berbuat Baik Dan Bersabar Di Atas Perilaku Manusia

Seorang lelaki bertanya : “ Wahai Rasulullah sesungguhnya aku mempunyai beberapa orang kerabat, yang hubungan aku erat dengan mereka tetapi mereka memutuskannya. Aku berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berperangai buruk kepadaku, aku bersabar menghadapi sikap mereka itu tetapi mereka menganggap sikapku itu adalah bodoh.” Kemudian baginda menjawab,” Sekiranya benar sepertimana yang engkau katakan itu maka seolah-olah engkau menyuap mereka dengan abu yang panas, sedangkan engkau sentiasa mendapat pertolongan daripada Allah Taala selama mana engkau berada di dalam kebenaran atas perkara yang demikian itu”. (Riwayat Muslim) Penerangan : 1. Islam mengajar umatnya supaya banyak bersabar di dalam semua keadaan sama ada ketika senang atau pun susah kerana ia merupakan pengukur darjat keimanan...

Islam dan Pekerjaan

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : ”Berikanlah upah kepada pengambil upah (orang yang bekerja) sebelum kering peluhnya” (Riwayat Ibn Majah) Penerangan : i) Bekerja merupakan keharusan mutlak yang harus dilakukan oleh seorang muslim untuk mendapat rezeki yang telah disediakan oleh Allah S.W.T, bahkan kalau perlu, seseorang itu digalakkan merantau ke pelbagai pelusuk dunia untuk meraih rezeki yang halal. Hal ini juga termasuk dalam kontek jihad. ii) Bekerja adalah senjata utama untuk memerangi kemiskinan, modal dalam mencapai kekayaan dan faktor dominan dalam mencipta kemakmuran hidup. iii) Seseorang itu dituntut supaya redha dengan pekerjaannya dan menjalankan kerja-kerja yang telah diamanahkan dengan tekun untuk menjamin kebersihan upah yang diterima daripada pekerjaan tersebut....

Fadzilah Kamsah Keluarkan Kenyataan Boleh Jadi GRO Jika Dharurat ?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Baru-baru ini saya terlihat beberapa profile facebook yang telah meletakkan isi kandungan ucapan Dato Dr.Fadzilah Kamsah yang berkaitan permasalahan seorang Gro dimana Dato Dr Fadzilah Kamsah mengeluarkan kenyataan Gro tersebut boleh melakukan pekerjaannya tetapi di dalam konsep darurat . Pertama sekali saya agak terkejut kerana ianya keluar di surat khabar online metro malah bersandarkan pengisian di surat khabar tersebut ia menyatakan bahawa penyataan tersebut dibuat oleh Dato Dr.Fadzilah Kamsah (link) . Bersandarkan pengisian tersebut ianya merupakan wawancara wartawan kepada Dato Dr.Fadzilah Kamsah namun nama wartawan tidak pula dinyatakan. Isu "Gro HALAL Ketika Darurat" bukanlah kali pertama diwar-warkan kepada umum melalui surat khabar kerana...

Pages 381234 »
Design by FARISZ@AZ.Com