.
Promosi
.

Hadiah Dan Soalan Untuk Follower ke 100

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم img alt=" Khusus Buat Follower Ke 100 Dari FARISZ@AZ.Com <a href="http://farzaluzizaron.blogspot.com/" target="_blank"><img src="http://i.imgur.com/wqEU8.gif" alt="'Create" border="0" /></a><br /> <a href="http://farzaluzizaron.blogspot.com/"><div style="text-align: center;"><span style="font-weight: bold; color: rgb(255, 255, 255);">Khusus Buat Follower Ke 100</span><br /> <span style="font-weight: bold; color: rgb(255, 255, 255);">Dari FARISZ@AZ.Com</span></a> Setelah diteliti follower FARISZ@AZ.Com yang ke 100 adalah Nurul...

Al-Quran Sebagai Pemberi Syafaat Di Hari Akhirat

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : “Bacalah al- Quran kerana ia akan datang pada Hari Akhirat kelak sebagai pemberi syafaat kepada tuannya.” (Riwayat Muslim) Penerangan : Pengajaran Hadis : i) Al-Quran merupakan kalam Allah dan perlembagaan syariatnya yang kekal abadi. Allah telah menurunkannya kepada manusia sebagai panduan dalam mengharungi kehidupan agar dapat mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat. ii) Membaca al-Quran merupakan satu ibadah yang boleh menghampirkan diri seseorang itu kepada Allah S.W.T. Pahalanya amat besar iaitu sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran, ganjarannya satu kebaikan dan sepuluh ganjaran...

Hukum Menderma Organ Kepada Bukan Islam

Kebanyakan masyarakat berfikiran bahawa seandai seorang Muslim mendermakan organnya kepada bukan Muslim adalah perkara sia-sia. Sebenarnya pemikiran itu bercanggah dengan Islam.Hakikatnya Islam menitik beratkan saling bantu membantu dalam perkara yang membawa kebaikan tidak kira sesama Muslim atau kepada bukan Muslim.Malah seandai seorang Muslim membantu bukan Muslim dalam perkara kebaikan adalah suatu langkah dakwah kepada bukan Muslim tersebut untuk bukan Muslim memahami Islam dan menjauhi sangkaan buruk terhadap Islam.Bersandarkan Firman Allah : لَيْسَ عَلَيْكَ هُدَاهُمْ وَلَكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ خَيْرٍ...

Ukuran Iman Yang Sempurna

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : “Seseorang yang hendak berzina, tidak akan melakukan zina itu semasa ia berkeadaan sempurna imannya; dan seorang yang hendak minum arak, tidak akan minum arak tersebut semasa ia berkeadaan sempurna imannya; dan seorang yang hendak mencuri, tidak kan melakukan perbuatan itu semasa ia berkeadaan sempurna imannya; dan seorang yang hendak melakukan rompakanyang lazimnya menjadikan orang yang merompak itu memandang sahaja kepadanya, tidak akan merompak semasa ia berkeadaan sempurna imannya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) Penerangan : 1. Orang yang tergamak melakukan perbuatan yang ditegah agama menandakan ketidaksempurnaan iman di jiwanya. 2. Kebahagiaan hidup adalah bergantung pada pertalian keturunan yang baik, keselamatan akal dan fikiran...

Kelebihan Mukmin Dan Kekurangan Kafir

Dari Anas bin Malik r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda : “Sesungguhnya apabila orang-orang kafir mengerjakan kebajikan di dunia dia diberi upah dengan amalnya itu berupa rezeki di dunia. Sedangkan orang-orang mukmin, pahala kebajikannya disimpan Allah Taala untuknya di akhirat kelak serta diberinya rezeki di dunia berhubung dengan taatnya.”  (Riwayat Muslim) Penerangan : 1. Usaha merupakan asas kepada pembentukan dan kemajuan hidup manusia walau apa pun agama dan bangsa yang dianuti. Dalam kehidupan di dunia ini manusia dikehendaki berusaha untuk mendapatkan sesuatu hajat termasuklah mendapatkan rezeki. Oleh itu di atas nama keadilan, Allah S.W.T Yang Maha Adil akan mengganjari sesiapa sahaja yang berusaha bersungguh-sungguh tidak kira sama ada dia seorang mukmin atau kafir. 2....

Jangan Meremehkan Sedekah Orang

Dari Abu Mas’ud r.a katanya : “Kami diperintah Rasulullah s.a.w supaya bersedekah sedangkan kami hanya sebagai buruh kasar atau kuli. Namun Abu Uqail bersedekah setengah gantang. Kemudian yang lainnya mengikutinya dengan menyedekahkan apa sahaja namun lebih banyak dari itu. Melihat kenyataan itu, orang-orang munafik berkata: “Sesungguhnya Allah Maha Kaya. Dia tidak memerlukan sedekah itu dan ini. dan mereka melakukan ini semua, hanya kerana riya’ semata-mata.” Kerana ucapan mereka itu maka turunlah ayat : الَّذِينَ يَلْمِزُونَ الْمُطَّوِّعِينَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ فِي الصَّدَقَاتِ وَالَّذِينَ لا يَجِدُونَ إِلا جُهْدَهُمْ فَيَسْخَرُونَ مِنْهُمْ سَخِرَ اللَّهُ مِنْهُمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ (٧٩)79. Orang-orang (munafik) Yang mencela sebahagian dari...

Menjalankan HAK Di Jalanan

Dari Abu Sai’d. Al-Khudri r.a, dari Nabi SAW sabdanya: ”Hindarilah daripada duduk-duduk di pinggir jalan!” Jawab para sahabat, ” Kami terpaksa duduk-duduk di situ membincangkan hal-hal yang perlu.” Sabda Rasulullah SAW, “Jika memang perlu kalian duduk-duduk di situ berikan hak jalanan.” Mereka bertanya: ”Apa haknya, ya Rasulullah Jawab baginda : ”Tundukkan pandangan, jangan mengganggu, jawab salam (orang yang lalu) menganjurkan kebaikan dan mencegah yang mungkar.” (Riwayat Muslim) Penerangan : 1. Mengikut Kamus Dewan, melepak memberi makna tentang suatu tabiat yang negatif di kalangan masyarakat seperti di kalangan remaja dan dewasa yang menghabiskan masa dengan duduk-duduk tanpa melakukan kegiatan yang berfaedah. Pada peringkat awalnya kegiatan ini merupakan budaya yang dilakukan oleh kutu-kutu...

Erti Pengorbanan Dalam Kehidupan

...

Kewajipan Solat

Dari Anas r.a katanya: ”Nabi Muhammad SAW telah bersabda : (selain dari apa yang telah aku saksikan semasa aku dibawa israk dan mikraj pada malam itu), maka Allah fardhukan (atasku) dan atas umatku lima puluh sembahyang...lalu aku memohon kepada-Nya (supaya dikurangkan lagi bilangan sembahyang itu yang telah pun dikurangkan sehingga tinggal lima sahaja); maka Allah SWT berfirman:”Sembahyang fardhu (sehari semalam) itu tetap lima (dari segi bilangannya) dan ia juga tetap lima puluh (dari segi pahalanya); keputusan-Ku itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti” ( Riwayat Bukhari ) Penerangan : 1. 27 Rejab mencatatkan lakaran sejarah penting...

Bapa Memberikan Anak Nama Yang Baik

Daripada Ibnu Abbas r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w : ”Tanggungjawab bapa kepada anaknya ialah memberikan nama yang baik dan memperelokkan adabnya.” (Riwayat al-Baihaqi) Penerangan : 1. Nama umpama doa ibu bapa kepada anak-anak kerana ia boleh memberikan kesan psikologi kepada orang yang dipanggil. 2. Rasulullah SAW amat mengambil berat tentang penggunaan nama sehinggakan apabila baginda berjumpa dengan para sahabat yang mempunyai nama yang kurang baik, baginda akan segera menukarkannya dengan nama yang baik. 3. Seseorang yang mempunyai nama yang baik dan faham tentang makna nama nya sewajarnya merasa malu untuk melakukan perbuatan yang buruk yang tidak sesuai dengan namanya. Contohnya orang yang bernama Muhammad sewajarnya merasa malu untuk melakukan perbuatan yang terkutuk memandangkan...

Walimah Itu Sunnah

Abdul Rahman bin Auf r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Hendaklah engkau mengadakan walimah walaupun dengan menyembelih seekor kambing.”   (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) Penerangan : Pada umumnya, kenduri atau jamuan terbahagi kepada dua jenis, iaitu kenduri kahwin dan bukan kenduri kahwin. Dari perkahwinan mewujudkan kenduri kahwin. Maksud kenduri kahwin di sini ialah mengadakan jamuan untuk meraikan sesuatu perkahwinan. Kenduri untuk pernikahan sepasang pengantin ini merupakan anjuran dan sunnah Rasulullah SAW. Namun pembaziran dan perkara yang bercanggah dengan Islam ketika walimah perlulah di elakkan.Dan walimah perlulah di adakan bersandarkan sunnah Rasulullah s.a.w dan bukannya bersandarkan pada adat sesuatu bangsa semata-mata. Wallahua'lam...

Tanggungjawab Suami Terhadap Keluarga

Al-Aswad bin Yazid berkata, aku bertanya kepada Aishah r.a, “Apakah yang dilakukan oleh Nabi s.a.w. di rumahnya? Aishah menjawab” Beliau membuat tugas keluarganya, iaitu membantu kerja keluarganya, maka apabila masuk waktu sembahyang beliau pun keluar untuk bersembahyang”. (Riwayat Al-Bukhari) Penerangan : i) Kaum lelaki digalakkan membantu dalam kerja-kerja rumah tangga di samping tidak mengabaikan ibadat dan peranannya di dalam masyarakat. ii) Contoh pemimpin yang baik ialah mereka yang dapat melaksanakan tanggungjawab terhadap keluarga (rumah tangga) dan negara dengan baik dan sempurna. iii) Keluarga yang bahagia akan terhasil apabila suami dan isteri dapat melaksanakan tugas dan peranan masing-masing dengan penuh tanggungjawab dan saling membantu dalam urusan harian tanpa mengabaikan...

Keutamaan Ilmu Dalam Memberikan Fatwa

Nabi s.a.w bersabda : "Sesiapa yang memberi fatwa dengan tidak berdasarkan ilmu akan dilaknat oleh Malaikat langit dan bumi." (Ali r.a) Penerangan : Pengajaran hadith: i) Memberikan fatwa mengenai sesuatu masalah agama hendaklah berdasarkan ilmu pengetahuan yang berkaitan. Jika tidak, ia pasti akan membawa penyelewengan dalam hukum-hukum syarak. ii) Orang yang mengambil mudah dalam hal sebegini sehingga melakukan kesalahan dalam memberikan fatwa akan dimurkai Allah dan dilaknat oleh malaikat-Nya. Wallahuala...

Pembohongan Suatu Pengkhianatan

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya: ”Jika kamu bercakap dengan saudaramu percakapan yang ia mempercayainya, sedangkan kamu membohonginya, sesungguhnya perbuatan ini merupakan pengkhianatan besar.” (Riwayat Abu Daud) Penerangan : 1. Berbohong ialah menyampaikan sesuatu yang tidak sesuai dengan keadaan sebenarnya. 2. Gejala pembohongan adalah amat keji dan sangat dibenci apalagi yang dibohongi itu adalah orang ramai, maka sudah tentu bahaya dan dosanya lebih berat. Oleh itu Islam menganggap perbuatan berbohong atau berdusta adalah satu perbuatan munafiq. 3. Selaku ibu bapa adalah tidak wajar untuk membohongi anak-anak dengan alasan untuk memujuk mereka atau menahan mereka daripada sesuatu kemarahan. Hal ini kerana ia akan menghilangkan kepercayaan anak-anak terhadap ibu bapa...

Bersabar Dalam Berdoa

Dari Abu Hurairah r.a bahawa nabi SAW telah bersabda: ”Allah sentiasa memperkenankan doa seorang hamba selama doa itu tidak mengandungi (perkara) dosa, (perkara yang) memutuskan silaturrahim dan selama tidak meminta supaya cepat-cepat diperkenankan.” Lalu baginda ditanya oleh seseorang: ”Apa maksudnya meminta dicepatkan?” Jawab baginda:”Umpamanya seseorang itu berkata dalam doanya: ”Aku telah berdoa, aku telah berdoa tetapi aku belum melihat doaku diperkenankan. Lalu aku putus asa dan berhenti berdoa.” (Riwayat Muslim) Penerangan : Betulkah setiap doa akan dikabulkan oleh Allah ? Mungkin ada antara kita yang telah berdoa sesuatu namun tidak...

Muslimah Itu

Bismillahirrahmaanirrahiim, Muslimah Itu Bukan Sekadar Bertudung Labuh Muslimah Itu Bukan Sekadar Berjubah Muslimah Itu Bukan Sekadar Berstokin Tetapi TAKWA Di Dalam Diri Juga Sahabat Omar al-Khattab bertanya kepada sahabat Ubai bin Kaab tentang maksud takwa. Ubai berkata, "Pernahkah kamu berjalan di sebatang jalan yang dipenuhi onak dan duri?" Jawab Omar, "Ya,pernah." Ubai bertanya lagi, "Apa yang kamu lakukan ketika itu?" Omar berkata, "Aku berhati-hati dan bersungguh-sungguh (syammartu wajtahadtu)."Berkata Ubai, "Itulah takwa." (al-Asas fit Tafsir, Said Hawa, jil. 1, hal 84) Nabi bersabda, "Seseorang tidak akan sampai ke makam...

Untukmu Wanita

Sabda Rasulullah SAW dalam hadis Riwayat Muslim, "Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah." Ramai manusia menisbahkan kemulian wanita pada kecantikan semata-mata. Ada juga yang menisbahkan kemuliaan mereka pada kekayaan, dan tidak kurang juga pada keturunan. Tetapi ini semua adalah penilaian oleh insan yang buta mata hatinya. Sesungguhnya kemuliaan semua makhluk Allah SWT adalah terletak pada tahap ketaqwaan kepada Allah SWT. Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita, walaupun mereka diselubungi kelemahan, tapi teriakan mereka mampu merubah...

Mengetahui Waktu Sembahyang

"Daripada Abdullah bin Amru r.a. bahawasanya Nabi s.a.w bersabda, "waktu zuhur bermula dari tergelincir matahari di mana bayang seseorang itu sama panjang dengan tingginya selagi tidak masuk waktu asar, waktu asar pula berakhir sehingga cahaya matahari menjadi kuning (matahari hampir terbenam), waktu sembahyang maghrib pula akan berakhir sehingga hilang awan merah dilangit sebelah barat. Waktu isyak pula berakhir sehingga pertengahan dari setengah malam. Waktu sembahyang subuh pula ialah dari terbit fajar sehingga terbit matahari". (Riwayat Muslim) Penerangan : 1. Waktu zuhur bermula dari tergelincir matahari sehingga bayang seseorang...

Berilah Pertolongan Kepada Orang Yang Susah

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang mempunyai kenderaan yang melebihi dari keperluannya sendiri hendaklah bersedekah kepada orang yang tidak mempunyai kenderaan dan sesiapa yang mempunyai lebihan bekalan makanan hendaklah ia bersedekah kepada orang yang tidak mempunyai apa-apa bekalan makanan. Selanjutnya baginda menyebut bermacam-macam lagi harta benda yang baginda teringat hingga kami lihat bahawasanya tidak ada seorang pun dari kami yang benar-benar mempunyai kelebihan”. (Riwayat Muslim) Penerangan : 1. Islam menggalakkan umatnya supaya memberi pertolongan dan bantuan kepada orang-orang yang susah dan orang-orang...

Keutamaan Korban

“Dari Aisyah r.a. katanya : Rasulullah s.a.w. bersabda : “Tiada amalan anak Adam pada hari Aidil Adha yang disukai Allah selain daripada menyembelih korban. Korban-korban itu akan datang kepada orang yang melakukannya pada hari kiamat seperti keadaan semula, iaitu dengan anggotanya, tulangnya, tanduknya dan bulunya. Darah korban itu lebih dahulu jatuh ke suatu tempat yang disediakan Tuhan sebelum jatuh ke atas tanah. Oleh sebab itu, berkorbanlah dengan senang hati”. (Riwayat at-Tirmidzi dan Ibnu Majah) لَنْ يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلا دِمَاؤُهَا وَلَكِنْ يَنَالُهُ التَّقْوَى مِنْكُمْ كَذَلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَبَشِّرِ الْمُحْسِنِينَ (٣٧) 37. Daging dan darah binatang korban...

Kelebihan Hari Arafah

Hari Arafah hari istimewa. Dari Aisyah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda; "Tidak ada suatu hari dimana Allah Taala paling banyak membebaskan hambaNya dari neraka selain dari hari Arafah (9 Zulhijjah)." (Sahih Muslim) Penerangan :Bagaimana Allah berhak mengazab hambanya ke neraka , maka Allah juga berhak dan layak membebaskan hambanya dari api nereka.Sesungguhnya dosa kecil akan dihapuskan Allah dengan hambanya melakukan amalan sunat.Untuk dosa besar pula perlukan taubat yang sebenar taubat. Pujian Allah bagi orang yang wukuf di Arafah.Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT. memuji...

Anjuran Berpuasa Pada Hari Arafah

Diriwayatkan daripada Abu Qatadah al-Anshari r.a bahawa Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari Arafah. Maka Baginda bersabda : "Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang." (Hadis isnad sahih dikeluarkan oleh imam Muslim , Tarmizi , Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi) Daripada Sayyidatina ‘Aisyah telah berkata : Tiada dari hari dalam setahun aku berpuasa lebih aku gemari daripada hari Arafah. (Hadis isnad sahih dikeluarkan oleh Ibnu Abu Syaibah dan Baihaqi) Daripada Anas bin Malik telah berkata : "Adalah dikatakan pada hari-hari sepuluh setiap hari(menyamai) seribu hari, hari Arafah(menyamai) sepuluh...

Doa , Usaha , Ikhtihar , Tawakal kepada Allah.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : “Allah memberikan rahmat kepada seseorang yang berusaha mencari harta dengan jalan yang halal dan membelanjakannya dengan cara sederhana dan berhemat serta menabung kelebihannya untuk hari susah dan hajatnya.” (Riwayat Ibn an-Najjar) Penerangan : Pengajaran Hadis: a) Kekayaan dan mengumpul harta untuk mengukuhkan ekonomi sangat digalakkan di dalam Islam dengan syarat-syarat tertentu seperti mengeluarkan zakat, bersedekah untuk meninggikan syiar Islam atau melakukan apa sahaja kebajikan yang harus di sisi syarak. Ini penting kerana dengan cara ini tabungan (dana), pembahagian dan perluasan sumber...

Pesanan Untuk Wanita

~Pesanan Rasulullah Kepada Wani...

Ancaman Meninggalkan Solat Jumaat

(Masjid Mohamed Ali di Egypt) Dari Abdullah bin Umar dan Abu Hurairah r.a keduanya menceritakan bahawa mereka mendengar daripada Rasulullah s.a.w, ketika baginda sedang berkhutbah di atas mimbar, sabdanya: ”Hendaklah orang-orang yang suka meninggalkan Jumaat menghentikan perbuatan mereka itu, atau adakah mereka mahu Allah membutakan hati mereka dan sesudah itu mereka betul-betul menjadi orang yang lalai?” (Riwayat Muslim) Penerangan : Meninggalkan solat Jumaat merupakan perbuatan yang ditegah kerana solat jumaat hukumnya adalah fardhu ain ke atas setiap individu muslim. Orang yang meringan-ringankan hukum Allah ini akan mengundang kemurkaan-Nya...

Virus Merbahaya Yang Menyerang Harakah Dakwah

Bahaya Aids Al Haraki Dalam Gerakan Islam SUATU PERINGATAN DARI USTAZ FATHI YAKAN ( Virus Merbahaya Yang Menyerang Harakah Dakwah Masa Kini ) Disediakan oleh : Akhukum fiLlah, Ahmad Akhyari bin Ismail Az-Zahawiee UIN Syarif Hidayatullah, Jakarta. Muqaddimah Seorang Mujahid Dakwah, Ustaz Fathi Yakan, yang pernah berkunjung ke Negara kita, dalam rangka menghadiri Muktamar Agung PAS tahun 1997, telah memperingatkan kita semua tentang bahaya AIDS Haraki, iaitu istilah yang menggambarkan fenomena yang telah dan sedang terjadi di sebahagian harakah Islamiah di seluruh dunia. Ini adalah peringatan penting beliau kepada para aktivis dakwah,...

Jalan Ke Syurga

Daripada Abu Abdillah Jabir bin Abdullah al-Ansari r.a bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah SAW : “Apakah pendapat tuan sekiranya saya melakukan solat-solat fardu (lima waktu), berpuasa di bulan Ramadhan, menghalalkan apa yang halal, mengharamkan apa yang haram dan tidak menambahkan sesuatu pun padanya, adakah aku akan masuk ke dalam syurga”. (Riwayat Muslim) Penerangan : Jalan ke syurga adalah jelas dan mudah kerana Allah telah menentukan baginya batasan-batasan dan amalan-amalan yang menyampaikan seseorang itu kepadanya. Apa yang penting adalah iltizam seseorang itu dengan segala apa yang difardukan serta meninggalkan...

Menghormati Jenazah

Dari Abu Sa’id al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda : ”Apabila kamu melihat jenazah, maka berdirilah! Sesiapa yang turut mengiringkannya ke kuburan, jangan duduk sampai jenazah itu diletakkan orang”. (Riwayat Muslim) Penerangan : Orang yang meninggal hendaklah disegerakan pengkebumiannya. Mengikut ajaran Islam, mayat perlu dimuliakan dan dihormati sehinggalah jenazah selesai dikebumikan. Kaum lelaki digalakkan menghantar jenazah hingga ke kubur, sebaliknya kaum wanita tidak begitu digalakkan kerana dikhuatiri akan meratapi kematian tersebut sedangkan tangisan dan ratapan yang berlebihan diharamkan di dalam Islam. Wallahua'l...

Umat Yang Sentiasa Menang

Dari Jabir bin Abdullah r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : ”Sentiasa ada segolongan umatku yang selalu memperjuangkan yang hak. Mereka selalu menang sampai hari kiamat. Penerangan : Islam bukan sekadar suatu perkataan yang disebut oleh lidah sahaja, bukan pula bererti kelahiran seseorang di dalam sebuah negara tertentu yang disebut sebagai negara Islam dan mempunyai lambang keislaman, juga tidak bererti kelahiran seorang yang ibu bapanya muslim. Kita sering membicarakan tentang Islam akan menang, Islam akan tertegak tetapi apakah yang kita lakukan untuk menuju ke arah itu? Perjuangan menegakkan Islam masih belum berakhir. Di manakah kita ketika saudara-saudara kita dihina, diinjak-injak, disembelih, diperkosa? Pernahkah kita kenangkan nasib mereka walau sedetik? Pernahkah...

JENTERA KEBAJIKAN MAHASISWA TURUN KE KEDAH

JENTERA KEBAJIKAN MAHASISWA TURUN KE KEDAH. MISI BANTUAN MANGSA BANJIR. SEMUA MAHASISWA DI JEMPUT TURUN. -MAHASISWA BERSAMA RAKYAT- Sumber : Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malay...

Memutuskan Silaturahim Merupakan Satu Dosa Besar

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : ”Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya, dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia memanjangkan silaturrahim” (Riwayat al-Bukhari) Penerangan : a) Silaturahim bermaksud menyambungkan tali persaudaraan atau kasih sayang, mengeratkan kembali rasa kecintaan serta menjaga keutuhan persaudaraan yang telah terbina terhadap saudara, kerabat, teman dan sebagainya. b) Membina dan mengeratkan silaturahim adalah merupakan satu tugas dan tuntutan yang wajib di sisi Islam di mana Rasulullah s.a.w amat membenci golongan yang suka memutuskan hubungan persaudaraan sesama manusia sebagaimana sabda baginda yang maksudnya:” Tidak halal bagi seorang muslim menjauhi (memutuskan) hubungan dengan saudaranya melebihi tiga hari.” c) Mewujudkan silaturrahim bukan sekadar...

Pertahankan PMRAM

...

Kahwin Perdana : RM100,000 Program Cepat Kahwin , KELANTAN.

KOTA BHARU, 9 Nov 10: Kelantan sekali lagi mencetus idea baru apabila menaja 100 pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan sempena program Kahwin Perdana 2010, 25 Disember ini. Program itu akan diadakan di Dewan Besar Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik). Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan, Wan Ubaidah Omar berkata, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM100,000 bagi membantu belia-beliawanis kurang berkemampuan mendirikan rumahtangga. ”Selain itu kerajaan memperuntukkan sebanyak RM100,000 lagi untuk majlis kenduri selepas majlis akad nikah diadakan,” katanya pada persidangan media...

Kesempurnaan Iman

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah mereka yang mempunyai akhlak mulia, orang-orang yang terpilih antara kamu ialah mereka yang baik pergaulan serta hubungannya dengan isteri-isteri mereka.” (Riwayat At - Tirmidzi) Penerangan : 1. Kesempurnaan iman seseorang itu adalah dinilai dari segi akhlaknya yang mulia. 2. Para suami dituntut oleh Islam supaya berlaku adil dan baik terhadap isteri serta bijaksana dalam mengendalikan urusan rumahtangga. 3. Asas keluarga bahagia adalah membentuk keluarga dengan sifat takwa dan mempunyai ilmu pengetahuan dunia dan akhirat. Wallahua'l...

Hurul Ain

...

Salam ingatan buat sahabat

...

Tipu Daya

Dari Huzaifah r.a, dari Nabi S.A.W sabdanya : ”Dajal selalu membawa air dan api. Api itu sebenarnya adalah air sejuk, sedangkan air sebenarnya adalah api. Kerana itu waspadalah kamu agar tidak celaka. (Riwayat Muslim) Penerangan : Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Menjelang turunnya Dajal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai.” Dari Jabir bin Abdullah pula katanya, Rasulullah s.a.w ada bersabda : “Bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik...

KeredhaanMu

...

Bangkai HARAM Dimakan

Abu Waqid r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Apa-apa yang dipotong dari binatang ketika ia masih hidup, maka ia adalah bangkai.” (Riwayat Abu Daud) Penerangan : Perkataan 'bangkai' diterjemahkan daripada maitah, iaitu satu daripada tujuh kalimah yang terbit daripada kata dasar mim wau ta, yang amnya bererti mati. Bangkai bermaksud binatang yang mati dengan sendirinya tanpa ada suatu pun usaha manusia yang sengaja menyembelih atau membunuhnya dengan cara berburu. Bangkai sahaja terhad pada haiwan yang tidak disembelih. Contohnya seekor lembu yang telah disembelih jika dibiarkan mati begitu sahaja sehingga berbau busuk dan berulat, maka ia dikategorikan sebagai bangkai juga. Binatang yang dicekik, dipukul, jatuh dari kedudukan yang tinggi, ditanduk atau kerana dimakan...

Pages 381234 »
Design by FARISZ@AZ.Com