.
Promosi
.

Mengetahui Waktu Sembahyang



"Daripada Abdullah bin Amru r.a. bahawasanya Nabi s.a.w bersabda, "waktu zuhur bermula dari tergelincir matahari di mana bayang seseorang itu sama panjang dengan tingginya selagi tidak masuk waktu asar, waktu asar pula berakhir sehingga cahaya matahari menjadi kuning (matahari hampir terbenam), waktu sembahyang maghrib pula akan berakhir sehingga hilang awan merah dilangit sebelah barat. Waktu isyak pula berakhir sehingga pertengahan dari setengah malam. Waktu sembahyang subuh pula ialah dari terbit fajar sehingga terbit matahari".

(Riwayat Muslim)

Penerangan :

1. Waktu zuhur bermula dari tergelincir matahari sehingga bayang seseorang itu sama panjang dengan tingginya.

2. Waktu asar bermula dari bayang seseorang itu lebih panjang dari tingginya yang sebenar sehingga matahari hampir terbenam.

3. Waktu maghrib bermula ketika tenggelam matahari sehingga hilang tanda-tanda merah (syafaq) di sebelah barat.

4. Waktu isyak bermula dari hilang tanda-tanda merah (syafaq) dilangit sehingga pertengahan dari setengah malam.

5. Waktu subuh ialah bermula dari naik fajar hingga terbit matahari.

Wallahua'lam.

4 ulasan:

Anonymous said...

boleh minta penjelasan maksud tergelincir matahari dan naik fajar...jzkllh

Ismi Azraf said...

Terima kasih kerana Anonymous November 21, 2010 12:18 PM kerana bertanya.Harap setiap yang bertanya memberikan nama dan link untuk memudahkan pembaca dan saya berhubung.

berkaitan "tergelincir matahari" mungkin bertanyakan berkaitan waktu zuhur.Maksud tergelincir matahari tersebut adalah matahari tergelincir dari baratt ke timur berada di atas sesuatu kawasan sehingga panjang bayang itu sama dengan tinggi seseorang itu.

berkaitan "naik fajar" ia bermaksud terbitnya fajar sadiq,iaitu dari munculnya warna putih yang merata atau rata (horizontal) di ufuk (horizon), dan waktu yang dibolehkan untuk melakukan solat subuh terus berlangsung hingga nampak timbulnya bulatan terawal matahari.

Maksud hadith di atas di ambil dari Abdullah bin Amr radiallahu-anhu, Sahih Muslim - hadith no: 0612.

Maaf seandai kurang penjelasan dari saya.Saya cuma insan jahil dan hina.Seandai ada kekurangan harap ditegur.

Wallahualam

Anonymous said...

hmm... Maghrib bila terbenam matahari... hilang tanda2 merah...

Skrg Azan tengok jam... bila time puasa kadang matahari x brapa terbenam... merah2 ada lagi... tapi sebab jam dah pukul 7.30... 'waktu' azan dalam kalender dah masuk... org azan...

mcm mna?

Ismi Azraf said...

Terima kasih kerana Anonymous March 31, 2011 12:23 AM kerana bertanya.Harap setiap yang bertanya memberikan nama dan link untuk memudahkan pembaca dan saya berhubung.

Berkaitan waktu solat dikalendar.
Untuk pengetahuan cik/encik waktu solat yang dicatatkan tidak beberapa tepat ini kerana catatan waktu solat dikalendar sudah dikesan wujud bebepala kali berbeza dengan waktu solat sebenar dan ada beberapa kalendar yang berbeza yang menunjukkan jam berbeza sedangkan waktu solat dan tarikh sama. waktu solat dikalendar hanyalah sasaran waktu solat kerana pergerakan dan fenomena cahaya disuatu tempat akan berubah.

Berkaitan sebilangan tukang azan melafazkan azan mengikut waktu di kalendar.Kadanag kala memang ada tukang azan melafazkan azan mengikut kalendar tetapi adalah terbaik tukang azan tersebut melihat sendiri pergerakan matahari di kawasannya.

wallahua'lam.

Design by FARISZ@AZ.Com