BAITULMAQDIS 17 Feb. - Israel memberi amaran kepada Iran dan pergerakan Hezbollah supaya tidak cuba mencabarnya dan menuduh Teheran bersiap sedia untuk menghantar kapal perang ke Mediterranean ketika militia Lebanon mengancam untuk menawan utara Israel.
Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman berkata, Israel tidak akan mengambil ringan berhubung rancangan pelayaran dua kepal perang Iran melalui Terusan Suez ke Mediterranean untuk ke Syria dan Menteri Pertahanan Israel itu menyifatkannya sebagai tindakan 'permusuhan'.
Menurutnya, kehadiran kapal perang Iran di kawasan itu adalah sesuatu yang tidak pernah berlaku selama beberapa tahun dan ia adalah satu 'provokasi'.
Bagaimanapun Pihak Berkuasa Terusan Suez berkata, mereka tidak ada menerima sebarang permintaan daripada Iran untuk membenarkan kapal tentera laut Iran melalui terusan itu, tetapi menegaskan ia akan menolaknya jika permohonan ada dibuat.
Sementara itu, Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dalam ucapannya semalam memberi amaran kepada pemimpin Hezbollah, Hassan Nasrallah selepas ketua militia Syiah itu memberitahu pengikutnya untuk bersiap sedia menggempur bukit Galilee di utara Israel.
"Saya ada berita untuknya. Kami mempunyai kemampuan untuk mempertahankan diri dan mempunyai tentera yang kuat," kata Netanyahu. - AFP

0 ulasan:
Post a Comment