.
Promosi
.

Tentera Mesir Bubar Parlimen Mesir dan Perlembagaan Mesir Di Gantung

Bismillahirrahmaanirrahiim.

KAHERAH, 14 Feb: Pemerintah Tentera Mesir telah membubarkan parlimen dan menggantung perlembagaan negara itu, dalam pengumuman perubahan drastik demokrasi negara itu.

Ianya dibuat berdasarkan refrendum popular yang diterima mereka.

Dalam pengumuman terbaru mereka semalam, pemimpin tentera yang menjalankan pemerintahan sementara selepas Hosni Mubarak dijatuhkan, berkata mereka akan memerintah Mesir dalam tempoh enam bulan atau sehingga pilihan raya parlimen dan presiden baru diadakan.

Mereka juga memaklumkan, Perdana Menteri, Ahmed Shafik akan terus mengetuai kerajaan sementara Mesir.

Perkembangan terbaru itu memberi harapan baru buat rakyat Mesir yang masih lagi meneruskan protes mereka hari ini.

Difahamkan beberapa orang daripada mereka ditangkap apabila bertembung dengan pihak tentera semalam.

Jumaat lalu, Mubarak akhirnya berundur selepas akur dengan tekanan rakyat yang mengadakan demonstrasi mendesak beliau meletak jawatan.

Sumber : HarakahDaily

Pendapat FARISZ@AZ.Com :

1. Pembubaran perliment Mesir dan pengantungan perlembagaan Mesir adalah suatu perkara yang baik untuk memastikan Hosni Mubarak dan sekutunya tidak mempunyai kuasa namun sebaiknya pilihanraya di adakan dengan secepatnya dan pemilihan parti dan pemimpin perlulah parti dan pemimpin yang mendokong Islam dan tidak pro Amerika dan Israel kerana pembubaran parlimen dan pengantungan perlembagaan yang terlalu lama akan menjatuhkan ekonomi Mesir dan akan mengugat keselamatan Mesir seandai ada pihak luar masuk campur.

2. Kebangkitan rakyat di Mesir bukan saja kebangkitan masyarakat Islam tetapi ia adalah kebangkitan nasional di mana gerakan Islam dan agama lain serta golongan liberal bangkit menentang Hosni Mubarak disebabkan tekanan dan kezaliman yang dilakukan oleh Hosni Mubarak dan sekutunya selama 30 tahun.

3. Ikhwanul Muslimin antara pembangkang yang dikenali oleh ramai masyarakat Mesir,malah di saat kerajaan Mesir ingin mengadakan perbincangan untuk meredakan gelombang rakyat maka Ikhwanul Muslimin mewakili rakyat Mesir namun akhirnya perbincangan tersebut dibatalkan kerana kerajaan Mesir tidak menepati permintaan masyarakat Mesir di dalam perbincangan tersebut.

4. Ikhwanul Muslimin harus lebih kedepan dan menyusun strategi untuk memastikan pemimpin yang dipilih adalah dari kalangan yang mendokong Islam disamping memajukan ekonomi Mesir dan memastikan pemimpin dari kalangan non Muslim dan liberal akan menerima kepimpinan yang mendokong Islam.

Wallahua'lam.

1 ulasan:

mykhalis said...

semoga rakyat mesir tak terlepas mulut buaya masuk mulut naga,, semoga kepimpinan seterusnya dapat kembali mengamankan mesir

Design by FARISZ@AZ.Com