.
Promosi
.

3 Bahagian Sabar

Bismillahirrahmaanirrahiim,

Sabar bukanlah bermaksud seseorang itu hanya perlu menerima apa sahaja keadaan tetapi umat Islam dituntut bersabar dan dalam masa yang sama turut Doa , Usaha ,  Ikhtihar dan Tawakal (D.U.I.T).

Di dalam al Asas fit Tafsir oleh Said Hawa ada menyebut 3 pembahagian sabar iaitu :-
1. Sabar dalam meninggalkan maksiat.
2. Sabar dalam melakukan ibadah.
3. Sabar apabila ditimpa ujian dan musibah.


Sabar dalam meninggalkan maksiat.

Sebagai manusia biasa kita tidak akan jauh dari ujian yang membuatkan kita menghampiri melakukan maksiat.Malah setiap manusia akan diuji dengan maksiat namun menjadi tanggungjawab kita tidak melakukan maksiat tersebut.

Nabi Yusuf a.s pernah diuji dengan maksiat dan Nabi Yusuf a.s bersabar menghadapi perkara tersebut.Zulaikha menggoda Nabi Yusuf a.s dan Nabi Yusuf a.s melarikan diri dari digoda dan semasa Nabi Yusuf a.s melarikan diri baju Nabi Yusuf a.s tarik oleh Zulaikha dan menyebabkan baju tersebut koyak sedikit.Dan selepas perkara tersebut Nabi Yusuf a.s dan Zulaikha terserempak dengan suami Zulaikha,bagaimana pun Nabi Yusuf difitnah cuba menggoda Zulaikha.Perkara ini telah dicatatkan pada al Quran di dalam Surah Yusuf Ayat 26 sehingga 28 :-

قَالَ هِيَ رَاوَدَتْنِي عَنْ نَفْسِي وَشَهِدَ شَاهِدٌ مِنْ أَهْلِهَا إِنْ كَانَ قَمِيصُهُ قُدَّ مِنْ قُبُلٍ فَصَدَقَتْ وَهُوَ مِنَ الْكَاذِبِينَ (٢٦)وَإِنْ كَانَ قَمِيصُهُ قُدَّ مِنْ دُبُرٍ فَكَذَبَتْ وَهُوَ مِنَ الصَّادِقِينَ (٢٧)فَلَمَّا رَأَى قَمِيصَهُ قُدَّ مِنْ دُبُرٍ قَالَ إِنَّهُ مِنْ كَيْدِكُنَّ إِنَّ كَيْدَكُنَّ عَظِيمٌ (٢٨)

26. Yusuf pula berkata: "Dia lah Yang memujukku berkehendakkan diriku". (Suaminya tercengang mendengarnya) dan seorang dari keluarga perempuan itu (yang ada bersama-sama) tampil memberi pendapatnya Dengan berkata:" "Jika baju Yusuf koyak dari depan maka benarlah tuduhan perempuan itu, dan menjadilah Yusuf dari orang-orang Yang dusta.
27. Dan jika bajunya koyak dari belakang, maka dustalah perempuan itu, dan Yusuf adalah dari orang-orang Yang benar".
28. Setelah suaminya melihat baju Yusuf koyak dari belakang, berkatalah ia: "Sesungguhnya ini adalah dari tipu daya kamu orang-orang perempuan; Sesungguhnya tipu daya kamu amatlah besar pengaruhnya.

Malah di dalam meninggalkan kemaksiatan di samping menegur juga telah dituntut sifat sabar,ini telah di catatkan oleh Allah melalui firmannya pada Surah Al Ashr Ayat 3 :

إِلا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ (٣)

3. Kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan Dengan kebenaran serta berpesan-pesan Dengan sabar.



Sabar dalam melakukan ibadah.

Setiap umat Islam wajib melaksanakan ibadah wajib , antara salah satu ibadah wajib adalah menunaikan solat fardhu.Seseorang yang memenuhi syarat wajib solat maka wajiblah ke atasnya melakukan solat fardhu dan tiada alasan untuk meninggal solat fardhu.

Jika diteliti pada sejarah kepimpinan negara Islam pada zaman Nabi dan para sahabat selepas hijrah berlaku banyak peperangan antara pihak Islam dengan musuh-musuh Islam.Semasa peperangan tersebut berlaku tiada sebarang pengecualian melaksanakan solat fardhu.Malah jika kita bermusafir sejauh mana pun tiada pengecualian untuk melaksanakan solat fardhu.

Kewajipan menunaikan solat hatta kita sedang berperang atau pun bermusafir telah ditetapkan melalui firman Allah pada Surah An Nisa' Ayat 101

وَإِذَا ضَرَبْتُمْ فِي الأرْضِ فَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَنْ تَقْصُرُوا مِنَ الصَّلاةِ إِنْ خِفْتُمْ أَنْ يَفْتِنَكُمُ الَّذِينَ كَفَرُوا إِنَّ الْكَافِرِينَ كَانُوا لَكُمْ عَدُوًّا مُبِينًا (١٠١)

101. Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa "mengqasarkan" (memendekkan) sembahyang jika kamu takut diserang oleh orang-orang kafir. Sesungguhnya orang-orang kafir itu adalah musuh Yang amat nyata bagi kamu.


Sabar apabila ditimpa ujian dan musibah.

Suatu hakikat yang perlu diterima dan difahami bahawa dunia adalah tempat ujian buat hamba-hambaNya.Setiap manusia akan diuji bergantung pada tahap keimanan seseorang itu dan kemampuan seseorang itu.Maka sifat sabar di dalam menimpa ujian dan musibah adalah amat penting.Malah sifat sabar di dalam sabar juga perlu dititik beratkan.Mungkin agak payah untuk sabar lebih-lebih lagi adakalanya ujian yang dihadapi tidak pernah terfikir akan dihadapi oleh diri kita sendiri,maka dalam hidup perlu menanamkan sifat sabar dengan mendekatkan diri dengan Allah dengan memperbaiki amal fardhu di samping memperbanyakkan amal sunnah kerana semakin dekat hubungan kita dengan Allah maka semakin tertanam sifat sabar di dalam diri.Namun perlu difahami bahawa sabar bukanlah mendiamkan diri semata-mata tetapi perlu usaha dalam menghadapi ujian dan musibah tersebut.

Ujian dan musibah yang melanda diri bukanlah untuk melemahkan seseorang tetapi ujian dan musibah tersebut adalah proses tarbiah ke atas seseorang seperti mana suatu pengalaman akan mematangkan seseorang dari perilaku dan berfikir.

Ujian dan musibah yang melanda bukanlah suatu hakikat yang berlaku secara berterusan tanpa penamat tetapi akan ada kejayaan bagi setiap orang yang bersabar ke atas ujian dan musibah yang melanda,ini telah dicatatkan oleh Allah melalui firmanya pada surah al Baqarah ayat 155 :

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الأمْوَالِ وَالأنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ (١٥٥)

155. Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu Dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang Yang sabar:


Setiap manusia akan diuji dengan ke tiga-tiga bahagian sabar tersebut dan semoga kita menjadi insan yang sabar di dalam sabar.

Wallahua'lam.

4 ulasan:

storyfromme said...

bila da ade kemajuan ni.kita kena bersabar dengan anon2 kat blog :)

Qaseh Dalia said...

sabar itu kunci org2 yg bertaqwa

Rina Rahamat said...

best entri ini..menahan kesabaran bukan mudah..org yg benar² kuat shj mampu lakukannya..


BILA TETAMU TAK DIUNDANG MENGETUK PINTU

lady-D said...

thanx follow..baru ingt dla dh follow blog ni aritu..

sabar itu separuh drpd iman..sabo jelah, x tido lg time ni..hehe..

Design by FARISZ@AZ.Com