.
Promosi
.

"Mengapa saya perlu menutup aurat sedangkan itu bukan saya" ?


Bismillahirrahmaanirrahiim.

"Mengapa saya perlu menutup aurat sedangkan itu bukan saya" ? (Sumber)

Sekadar ulang apa yang pernah diperkatakan oleh salah seorang artis di Malaysia.Maaf ini bukanlah blog gosip artis untuk menjaja nama-nama artis untuk menaikkan jumlah pembaca tetapi catatan kali ini ditulis sebab melihat semakin hari semakin bertambah suara-suara sekular dan liberal dari kalangan artis yang mempersoalkan hukum.

Saya bukanlah hanya fokus pada artis tersebut kerana masih ramai lagi artis-artis yang bersuara sekular dan liberal diluar sana.Saya tidak mengatakan semua artis tetapi adalah suatu hakikat yang perlu difahami dan dipersetujui bahawa adalah ramai artis bersuara liberal dan sekular apabila berkata berkaitan hukum apabila mereka mempersoalkan hukum-hukum Islam.Bukan saja tidak melaksanakan atas diri mereka tetapi mereka mempersoalkan kewajaran mereka melaksanakan hukum Islam ke atas diri mereka.

Sikap sekular dan liberal tersebut bukan saja adalah pada sebilangan artis namun wujud di sebilangan masyarakat biasa bila mana mereka menjadikan artis-artis yang bersuara sekular dan liberal sebagai idola mereka.

Saya sangat-sangat tidak bersetuju dengan tindakan beberapa artis yang mempersoalkan kewajibpan menutup aurat.Kerana apabila seseorang itu mempersoalkan kewajipan menutup aurat maka dalam masa yang sama ia sebenarnya mempersoalkan alquran dan hadith.
Berbalik kembali pada isu utama iaitu "mengapa perlu menutup aurat?" untuk memahami mengapa perlunya menutup aurat di sini saya mengajak pembaca membaca kembali 2 catatan sebelum ini iaitu Sebab Mata Lelaki Gemar Lihat Badan Wanita dan Hentikan Gangguan Seksual Terhadap Lelaki!!!

Mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa menggunakan medium blog sebagai salah satu suara dan juga akan mungkin akan ada juga sebilangan pembaca mengatakan catatan kali ini mengaibkan artis-artis tertentu,sekali lagi saya ingin menjelaskan bahawa blog ini bukanlah blog gosip artis dan catatan kali ini adalah bersifat umum di mana sekadar suara tidak berpuas hati terhadap tindakan artis-artis yang terlanjur di dalam di mempersoalkan hukum dan penyokong artis-artis yang mempunyai "saham" apabila mereka menjadikan kesalahan "idola" mereka sebagai ikutan dan amalan.Malah jika diingati semula pernah ada seorang artis wanita yang berusia tua dan baru balik umrah pernah menghina Rasulullah S.A.W dan Siti Khadijah.

Bagi yang tidak bersetuju artis ditegur secara umum apabila ia artis tertentu menghina dan mempersoalkan hukum Islam secara umum maka sekadar ucapan ringkas dari saya "Agama(Islam) ku Agama(Islam) ku dan Agama(Kefasikan) mu Agama(Kefasikan) mu".

Wallahua'lam.

12 ulasan:

storyfromme said...

ramai umat Islam sekarang yang terlalu bangga melanggar perintah Allah.

Misz Chienta said...

besa dah artis memang slumber kalau m'jawab...hehe

No Lan said...

ada benarnya..risau juga melihat keadaan skang sbb mereka terlalu mudah mnjd ikut mudamudi..yg pakai tudung pun main taram je kononnya ikut trend terkini..kita pula terleka terlaku banggakan mereka...nauzibillah minta dijauhkan perkara tersebut..

No Lan said...

ada benarnya..risau juga melihat keadaan skang sbb mereka terlalu mudah mnjd ikut mudamudi..yg pakai tudung pun main taram je kononnya ikut trend terkini..kita pula terleka terlaku banggakan mereka...nauzibillah minta dijauhkan perkara tersebut..

Unknown said...

u r so right! sbb ada peminat yg masih mnyokong mereka dan konon nye terima mereka seadanya...

SHM said...

orang-orang yg dah hitam hatinya...
mudah-mudahan diberi hidayah oleh-Nya..

Anonymous said...

jangan terlalu mudah untuk berkata-kata. orang yang bercakap itu, bertanggungjawab dengan kata-kata nya.

seliparjepung said...

hehhee..
pdhal dia hamba Allah je..
nk wak mksiat.. xnk ttup aurat boleh...tp g wat bumi sndiri ah...
brlagok... kalau dia raja Allah xpe gok.. ni stakat hamba Allah hok hina jijik, (trmasuk gua) nk lggr hukum Allah.. berat nanang la...senang cita..klu dgil jgok.. skdr ucpn rgks dri gua...
lakum dinukum,, wal yadeen.. hehe

Nami said...

mohon share yah~

bobb said...

moga Allah memberi hidayah pada dia...

nonbal said...

Sebenarnya soal tolak hukum atau engkar hukum bukanlah berkait dengan sekular atai liberal. Engkar hukum adalah berdosa dan fasik, apa nak kaitkan dgn sekular atau liberal. gunakan istilah yang diberi didalam hukum agama, bukan istilah yang direka dari barat ok.
Saya bersetuju dengan saudara tapi para artis ni adalah termasuk didalam kategori lain. Mereka perlu ditarbiah dulu baru boleh nak tengok mereka ni nak ikut ke tidak.

Ismi Azraf said...

@nonbal May 9, 2011 4:16 AM

Tidak melaksanakan hukum atau ingkar melaksanakan kewajipan memang berdosa!
Sekular dan liberal memang istilah dari barat namun dalam Islam ada menetapkan hukum apabila seseorang berfahaman tersebut. Hukum atas Istilah pemahaman maka istilah tersebut perlu ditulis!
Artis atau tidak artis tetap perlu ditarbiah namun apabila mempersoalkan hukum Islam secara umum maka perlu ia ditegur secara umum juga!

Design by FARISZ@AZ.Com