.
Promosi
.

Semasam Cuka bila bicarakan "Saman Ekor"


Bismillahirrahmaanirrahiim,

Dilema masyarakat tertekan dengan harga minyak yang beberapa kali naik walaupun sudah beberapa kali menteri menabur janji "harga minyak tidak akan naik" sebelum tarikh tertentu semasa pilihanraya umum dan pilihanraya peringkat negeri dan kenaikkan harga barang maka kini rakyat ditekan pula "Saman Ekor" yang dilihat cara dan pelaksanaan saman tersebut agak tidak munasabah.

Keresahan atas cara dan pelaksanaan

Masyarakat bukanlah tidak bersetuju dengan penguatkuasaan kerana masyarakat faham bahawa penguatkuasaan dan pelaksanaan undang-undang adalah untuk kebaikan setiap pihak namun cara pelaksanaan saman ke atas pemandu tersebut menjadi titik soal bagi pemandu-pemandu di Malaysia.Cara pelaksanaan saman ekor dilihat tidak bersistematik oleh masyarakat dan pelaksanaannya seolah menzalimi pemandu apabila dilihat banyak saman yang dikeluarkan tidak munasabah dan terdapat ramai pemandu tertanya-tanya saman yang diterima tetapi mereka tidak memandu kenderaan di tempat tersebut pada waktu tersebut.Contoh paling mudah ada makcik yang merungut di saman di Johor sedangkan tarikh dan waktu saman ketika itu ia dan kenderannya di Selangor dan kisah Pak Wahab seperti yang catatan blog saya sebelum ini.

Kenaifan atau kejahilan sebilangan masyarakat berkaitan saman ekor bukanlah perlu dipersalahkan kepada masyarakat tetapi perlu diambil berat dengan penerangan atau jelasana secara meluas oleh badan-badan berwajib perlu dilaksanakan di samping penambahbaikan pelaksanaan untuk memastikan proses saman lebih bersistematik.

Mendidik masyarakat bukanlah dengan saman ekor

Seperti mana seorang ayah mendidik anak bukanlah dengan memberi wang tanpa kawalan ke atas anaknya atau menyekat kewangan anaknya.Saman ekor dilihat tidak sepenuhnya mendidik pemandu pada peringkat awal dan ketika pemanduan tetapi dilihat lebih kepada merangut wang pemandu selepas pemanduan.

Apabila seseorang itu memandu dengan laju dan no kenderaannya di ambil untuk saman namun belum pasti pemandu tersebut akan menerima saman tersebut kerana kemungkinan pemandu yang memandu secara laju tersebut akan menghadapi kemalangan jalan raya dan meninggal.Malah jika lah pemandu tersebut tidak menghadapi kemalangan maka pemandu tersebut tidak sedar ia melanggar peraturan jalan raya tetapi mengetahuinya selepas mendapat surat saman.

Dikhuatiri jika pemandu yang tidak bersalah boleh terkena saman maka kemungkinan pemandu yang bersalah tidak memperolehi saman kerana di dalam sistem teknologi pasti akan ada kekurangan dan kesilapan.Maka ada baiknya pelaksanaan di perbaiki untuk memastikan pemandu yang benar-benar bersalah di saman.

Baik pulih dan penerangan

Perlunya cara pelaksanaan tersebut di baik pulih untuk memastikan hanya pemandu yang benar-benar bersalah di saman seperti selepas no kenderaan pemandu yang melakukan kesalahan jalan raya di ambil pihak berkuasa melakukan roadblock di tol-tol atau hujung lalu lebuh raya untuk melakukan saman secara bertulis dan ditanda tangan oleh pemandu yang bersalah tersebut.

Selepas pelaksanaan saman diperbaiki maka penerangan dilakukan kepada masyarakat untuk masyarakat faham tanggungjawab mereka dan hak mereka apabila mereka di saman dan proses penyelesaian saman tersebut.Ini kerana dilihat ramai masyarakat masih tertanya-tanya apa hak mereka di dalam proses penyelesaian saman dan cara penyelesaian saman tersebut.

Buat Masyarakat

Pemanduan secara berhemah adalah tanggungjawab setiap pihak kerana kecuaian di dalam pemanduan boleh merangut banyak nyawa seperti mana berlakunya kemalangan bas di lebuh raya pada akhir-akhir tahun 2010 di mana puluhan nyawa terkorban dan melibatkan bas dan beberapa kenderaan terbabit kemalangan dan kematian kemalangan yang penuh tragis pada akhir 2010.

Buat pemandu yang benar-benar bersalah sila lakukan penyelesaian saman tersebut dan buat pemandu yang di zalimi dengan dikena saman namun kenderaan tidak berada di tempat bersandarkan tarikh dan waktu saman maka perlu menyelesaian saman dengan meminta pandangan khidmat penguam.

Pemanduan selamat di katakan tanggungjawab masyarakat kerana setiap pihak bertanggungjawab memastikan pemandu secara cermat di mana penumpang bas berhak menegur pemandu bas yang memandu secara berbahaya dan ahli keluarga perlu menegur ahli keluarga yang memandu dan memastiakn kenderaan di pandu dalam keadaan selamat.

Saya mencadangkan pembaca yang mempunyai facebook menyertai page Kempen Anti Saman Ekor (KASE)

Wallahua'lam.

6 ulasan:

mykhalis said...

apakah makna mendidik?dah la tak tau kat mana kamera letak.. ini semua betul2 nak habis ke duit je,..huuu

latest entry di blog khalis : kuil kamasutra di india

storyfromme said...

saman ekor sangat tak berperikemanusiaan :(

Mokhtar said...

Saman jangan tak saman.
hahaha. tengah tak cukop duit nak pru13 tu saman menyaman.

Ismi Azraf said...

@mykhalis
sebenarnya bukan saja xtahu dimana letak kamera tapi xtahu kamera memang diletakkan atau xletak.

@mokhtar
biasalah,nak pru memang akan banyak saman menyaman.kadang roadblock pun kat kawasan yang munasabah macam simpang 3 depan kawasan perumahan. bila ditanya katanya roadblock biasa.

Ct Aja said...

t'baca 1 blog tentang p.cik yg kena saman gara2 laju, sdgkan mustahil motor buruknye2 blh di bawa dgn laju... memang tak patut dan tak logic...

Arija said...

Orang kata kalau kesalahan setimpal tak ralat bayar saman...
Ni.. semacam perangkap, jerat di kawasan kelajuan max 60.. kita bawa 70,80 disamannya...
Hati2....

Design by FARISZ@AZ.Com