.
Promosi
.

Afghanistan : 40 Maut Serangan Berani Mati


JALALABAD, Afghanistan 20 Feb. - Seramai 40 orang dilaporkan terbunuh dalam satu kejadian serangan berani mati di timur Afghanistan semalam, kejadian terburuk dalam tempoh lapan bulan lalu.

Tujuh lelaki bersenjata dan pengebom berani mati memakai seragam polis sempadan menyerang pejabat sebuah bank persendirian, Kabulbank di bandar Jalalabad yang mencetuskan insiden berbalas-balas tembakan selama beberapa jam.

Jumlah kematian yang dilaporkan semalam adalah seramai 18 orang.

Namun hari ini, gabenor wilayah Nangarhar, Gul Agha Sherzai berkata, seramai 40 orang terbunuh kebanyakannya anggota tentera dan polis Afghanistan.

Jalalabad adalah ibu negeri Nangarhar.

Bank tersebut mungkin telah dipilih sebagai sasaran pemberontak kerana menguruskan pemberian gaji untuk pasukan keselamatan Afghanistan.

Menurut penguatkuasa dan saksi Reuters, orang awam dan pekerja bank turut terbunuh dan lebih 70 lagi cedera dalam insiden tersebut.

Sherzai berkata, lewat malam semalam, tiga pengebom berani mati meletupkan diri mereka di dalam bank tersebut, manakala empat lagi penyerang berjaya ditembak mati oleh pasukan keselamatan.

Jumlah kematian yang dilaporkan itu menjadikan serangan di Jalalabad itu sebagai serangan terburuk sejak Jun tahun lalu apabila seorang pengebom berani mati meletupkan dirinya dalam satu majlis perkahwinan di selatan Kandahar yang membunuh sekurang-kurangnya 40 orang. - Reuters

1 ulasan:

farhana sahri said...

macam2 dunia sekarang ni...

Design by FARISZ@AZ.Com