.
Promosi
.

Kerajaan Selangor perluas kempen anti zina, banteras gejala sosial

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Rentetan kejayaan Kempen Anti Zina siri satu dan dua sebelum ini telah membuatkan kerajaan negeri Selangor meneruskan kempen tersebut sehinggalah isu gejala sosial yang melanda masyarakat dapat dibanteras, lapor TV Selangor.

selangor anti-zina campaign halimah and khalid ibrahimMenurut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, sejak kempen ini diperkenalkan oleh kerajaan negeri, ia telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelbagai pihak.

"Saya berasa amat gembira apabila diberitahu sambutan anti zina kedua yang diadakan pada malam sambutan tahun baru yang sama, amat menggalakkan, telah berjaya mengumpulkan lebih daripada 5,000 sukarelawan," katanya.

Menurut beliau lagi, kempen seperti ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat Melayu beragama Islam dan bukan bertujuan untuk menakut-nakutkan masyarakat bukan Islam.

selangor anti-zina campaign convoy
"Kempen anti zina ini bukanlah untuk mengganggu masyarakat bukan Islam tetapi adalah tanda amaran kepada umat Islam, dan ini bukan dianggap sebagai serbuan tetapi peringatan kepada orang Islam dan menjadi tanggungjawab mereka dalam mencegahnya," katanya. Simbolik


Beliau yang bercakap ketika merasmikan Majlis Pelancaran Kempen Anti Zina Siri 3 yang diadakan di Dataran Shah Alam sebagai simbolik pelancaran ini Menteri Besar telah melepaskan sekumpulan konvoi yang disertai oleh 80 buah kereta dan 30 buah motosikal berkuasa tinggi.

Kumpulan yang dianggarkan kira-kira 500 orang ini akan berpusing seluruh Shah Alam sebagai "tanda amaran" untuk memberitahu orang awam bahawa kempen ini telah bermula sambil membunyikan hon.

selangor anti-zina event crowdKempen siri kali ketiga ini mempunyai 3 fasa, iaitu fasa pertama adalah majlis pelancaran oleh Menteri Besar, manakala fasa kedua pula akan bermula pada jam 8 malam hingga 2 pagi, melibatkan sukarelawan yang terdiri daripada NGO yang diketuai oleh Yayasan Amal Malaysia Cawangan Selangor akan mengedarkan risalah mengenai bahaya zina kepada masyarakat.

Antara NGO yang terlibat adalah Briged Amal, Angkatan Belia Malaysia (ABIM), Perkim (Selangor), Bakewanis dan lain-lain lagi.

Fasa ketiga bermula jam 2 pagi hingga 6 pagi, di mana akan menggempur beberapa lokasi dan premis yang telah dikenalpasti untuk diperiksa, kempen ini melibatkan semua jabatan dan agensi kerajaan, antaranya Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan lain-lain jabatan yang berkaitan dalam penguatkuasaan.

prostitution, desa mentari, police raidKempen Anti Zina merupakan salah satu aktiviti yang dirancang oleh Program Generasi Idaman Selangor (GeMS) yang merupakan satu program khusus yang diwujudkan di bawah Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan.


Khalid berkata kerajaan negeri sentiasa komited dalam menangani isu gejala sosial di Selangor apabila kempen seumpama ini dijalankan secara berterusan dari semasa ke semasa bagi mewujudkan persekitaran yang aman dan tenteram.

Operasi Valentine: 80 didakwa, 61 dikaunseling

Dalam serbuan bahagian penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di hotel bajet seluruh negeri pada malam hari kekasih, seramai 81 kes dibawa di mahkamah, 61 orang diberi kaunseling dan 60 lagi diarahkan beredar.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam JAIS Nurhamizah Othman, tindakan itu sebahagian daripada operasi dua fasa bagi memerangi kemungkaran di Selangor.

azlanFasa pertama, tambahnya, melibatkan kempen dan dakwah di taman rekreasi dan sekitar kawasan tasik di negeri itu.

Individu ditahan akan didakwa bawah Enakmen Jenayah Syarikah Negeri Selangor 1995 yang mana jika sabit kesalahan akan dikenakan dendan tidak melebihi RM3,000 atau dipenjaran tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.

Dalam kenyataannya hari ini, Nurhazimah juga berkata, operasi sembilan jam bermula jam 8 pada Ahad malam diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JAIS Mohd Rais Rashid.

Ia mendapat kerjasama majlis perbandaran tempatan dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan, tambahnya.

Pemuda PAS 'berlembut' pada malam Valentine

Walaupun terdapat kebimbangan berlaku 'tindakan keras' Pemuda PAS pada malam hari kekasih, perkara itu akhirnya tidak terjadi apabila anggota dewan itu hanya mengedarkan risalah dan memberi nasihat kepada pasangan yang ditemui.

Di Kuantan, sebanyak 3,000 risalah larangan berdua-dua tanpa mahram diedarkan di tiga lokasi berasingan di Kuantan sempena ekspedisi dakwah Pemuda PAS menjelang sambutan Hari Kekasih malam semalam.

nasrudin hassan tantawi pas youth leader interview 160609 04Ekspedisi anggota Pemuda PAS - dalam sepuluh kumpulan - diketuai oleh ketuanya Nasrudin Hassan (kanan) mula bergerak ke pantai Teluk Chempedak dan kawasan rekreasi di Taman Esplanade dan Taman Gelora di kawasan parlimen itu kira-kira jam 9.30 malam semalam.


Ekspedisi yang mengambil masa selama empat jam disertai kira-kira 60 anggota dewan itu dari Kuantan, Paya Besar, Indera Mahkota dan Pekan.

"Kita selalu ceramah dan beri kuliah, tetapi mereka bukan sasarannya kerana mereka tidak hadir. Kita turun dan menyampaikan risalah. Walaupun mengambil masa selama tiga minit, kita yakin ia berkesan sehingga ada (pasangan) yang mengucapkan terima kasih kepada kita," katanya Nasrudin ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

valentines day 200209 01Nasrudin berkata, risalah tersebut menasihatkan pasangan agar tidak terpengaruh dengan budaya asing seperti zina, sebaliknya memaparkan budaya Islam seperti menggalakkan perkahwinan dan keluar bertemu pasangan dengan ditemani mahram.

"Lebih kurang 60 peratus pasangan yang ditemui menerima risalah dan mendengar nasihat kita dan mengangguk.

"Ada sebahagiannya pula bersikap acuh tidak acuh sehingga mereka beredar sewaktu kita mendekati dan memperkenalkan diri. Apabila kita sampai untuk memberi risalah mereka terus beredar dan tidak berdua-duaan," katanya.

Kedah tidak anjur

Menurut Nasrudin, sebahagian besar pasangan bercinta kelihatan hadir ke tempat berkenaan selepas jam 12 tengah malam sehingga 1.30 pagi.

Tiada sebarang kekerasan dan insiden tidak diingini memandangkan peserta diingatkan sejak awal supaya tidak berkasar, tidak mencetuskan provokasi dan tidak terpengaruh dengan provokasi yang mungkin berlaku.

NONE
Pada 9 Februari, memetik Nasrudin, agensi berita antarabangsa AFP melaporkan bahawa negeri Pakatan Rakyat akan mengambil tindakan keras atau crackdown di negeri yang diperintahnya.




Sejak kenyataan itu disiarkan, Nasrudin menerima kritikan dan bidasan hebat dari pelbagai pihak termasuk rakan komponen parti Pakatan, termasuk DAP. Beliau bagaimanapun menafikannya.

Sementara itu, di Negeri Sembilan, Pemuda PAS negeri mengedarkan kira-kira 2,000 risalah kepada pasangan muda-muda di Dataran Senawang dan sekitarnya bermula pada jam 8 malam hingga 1 pagi diketuai setiausahanya Khairil Faizi Ahmad Kamil.

"Kita ambil konsep edar risalah dan memberi nasihat yang baik kepada pasangan yang ditemui. Saya percaya jika ambil pendekatan lembut, tidak (akan) ada tindakan kekasaran. Kita tegur dengan cara baik," katanya.

Sumber : U-Jam

Pandangan FARISZ@AZ.Com :

1. Tahniah kepada Kerajaan Selangor,Parti Islam Se-Malaysia (PAS),Ngo dan badan-badan yang menjayakan kempen tersebut.Syabas diucapkan dan semoga aktiviti tersebut diteruskan bagi membanteras gejala sosial.

2. Sebelum-sebelum ini Kerajaan Selangor telah menjayakan beberapa aktiviti yang lebih kurang sama seperti di malam tahun baru,semoga terus istiqomah memartabatkan.

3. Berharap semakin ramai anak muda membantu di dalam menjayakan kempen anti zina dan banteras gejala sosial tersebut.

4. Semoga aktiviti tersebut diteruskan dan dipromosikan kepada lebih ramai masyarakat untuk memupuk kesedaran pada masyarakat walaupun tidak mendapat "lesen" mempromosikan aktiviti melalui TV dan difitnah oleh media TV.

Wallahua'lam.

5 ulasan:

mykhalis said...

harap-harap kempen nie boleh sampai ke lebih banyak kawasan.syukurlah tiada kekerasan..keranaianya lebih mengundang keburukan dari kebaikan..

farhana sahri said...

wow..bagusnye....alhamdulillah

ch!natsu said...

alhamdulillah.. semoga usaha ini dpt diperluas lagi..

CIK TOM said...

bagus kempen camni tp kurang suka bab konvoi2..hanya sesakkan jalan je kot..huhu

Ismi Azraf said...

Mana-mana konvoi akan sesak jalan KALAU tidak berkonvoi cara yang betul tapi konvoi ni bukan sepanjang jalan .Dah sampai tempat masing parking kenderaan dan dengar forum dan selepas tu sebar risalah kepada masyarakat.

Design by FARISZ@AZ.Com