.
Promosi
.

April Fool : Bulan memperbodohkan atau anda yang dibodohkan?


Bismillahirrahmaanirrahiim.

Jika diperhatian telah menjadi budaya sebahagian masyarakat kita kini pada awal bulan April akan menyambut suatu amalan yang di namakan "April Fool". Saya sendiri tidak pasti apakah kebaikan yang ada dalam sambutan tersebut sehingga di sambut oleh rata-rata masyarakat pada masa kini.Senda gurau dan sakat menyakat mula rancak apabila awal bulan April.

Apakah sejarah disebalik "April Fool"? Mengapa ianya hanya wujud pada April?Mengapa tiada pada pada bulan-bulan lain seperti "Februari Fool" atau "October Fool"? Agak pelik disebalik kejahilan sebilangan masyarakat terhadap sejarah "April Fool" mereka tetap tegar mengambut "April Fool" . Mengapa tidak diselidiki terlebih dulu sebelum ia disambut? Adakah sekadar hiburan atau ada sejarah-sejarah disebalik hari tersebut? Melalui beberapa pembacaan banyak mengatakan hari tersebut berkaitan dengan penipuan dan pembunuhan umat Islam secara beramai-ramai,ia mengaitkan bahawa tentera kafir membuat penipuan terhadap umat Islam dan "April Fool" adalah hari kejayaan terhadap penipuan dan pembunuhan terhadap umat Islam.Namun adakah sumber-sumber maklumat tersebut sahih? Terlalu banyak informasi berkaitan "April Fool" yang tidak pasti kesahihan maklumat tersebut.

Atas sebab ia subhah dari faktor sejarah maka adalah sebaiknya menjauhkan diri dari menyambut "April Fool". Namun apa yang dilihat sambutan "April Fool" adalah suatu yang sia-sia dan tidak mendatangkan faedah malah adakalanya menyakitkan hati sesuatu pihak malah adakalanya juga menjatuhkan maruah seseorang apabila gurauan tersebut dilakukan secara terlampau atau mengaibkan seseorang.Jika diperhatikan juga gurau senda dengan percampuran bebas turut berlaku maka jika perkara ini berlaku maka ia akan menjadikan ianya haram,bukan saja haram ketika "April Fool" tetapi haram pada masa-masa yang lain kerana terdapat unsur yang melanggar syara'.Jika sambutan tersebut benar-benar berkait dengan sejarah penghinaan terhadap umat Islam maka umat Islam dilarang sama sekali menyambut sambutan tersebut.

Jika "April Fool" di sambut dengan hanya kaum sejenis seperti lelaki sama lelaki dan wanita sama wanita ia tetap dilarang kerana "April Fool" adalah sambutan yang membudayakan manusia melakukan penipuan.Penipuan walaupun sekadar gurauan ia tetap salah malah bersandar hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim berkaitan ciri-ciri munafik adalah melakukan penipuan. Malah melakukan penipuan juga akan menyebabkan seseorang itu dikira melakukan dosa ia bersandarkan hadith yang 

Diriwayatkan oleh Al-Bazar dan Abu Ya’la iaitu Rasulullah S.A.W bersabda “Seorang mukmin bisa diberi watak apa saja kecuali khianat dan dusta” (Sila rujuk Az Zahabi Al Kaba'ir) 

Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim iaitu Rasulullah S.A.W bersabda “Tidakkah aku ceritakan kepadamu tentang dosa-dosa yang besar . Mereka menjawab, ‘Ya, wahai Rasulullah’. Beliau bersabda, ‘iaitu menyekutukan Allah, durhaka pada orang tua -pada waktu itu beliau bersandar kemudian duduk, kemudian bersabda- demikian juga persaksian palsu dan UCAPAN PALSU’. Beliau selalu mengulang- ulangnya sehingga kami berkata, ‘Andaikan beliau diam’”.

April Fool : Bulan memperbodohkan atau anda yang dibodohkan?

Kepada yang tegar menyambut "April Fool" sama ada mengetahui akan sejarah dan hukumnya atau menyambut "April Fool" tetapi dalam masa yang sama tidak mengetahui sejarahnya maka adalah sebaiknya dihentikan amalan tersebut kerana gurau senda tersebut bukanlah anda memperbodohkan orang lain tetapi anda sendiri diperbodohkan kerana melakukan sesuatu yang sia-sia dan dilarang oleh agama.

Wallahua'lam.


5 ulasan:

SiS NaD said...

TaK SuKeR aPRiL FooL!~ :s

JoM BaCeR KiSaH GuRauaN YaNG MLaMPau!~

http://nadiah-muhammad.blogspot.com/2011/04/oh-satu-pembohongan-gurauan-melampau.html

Liza @ Adzriel AB said...

reject april fool..

Ct Aja said...

banyak dapat pngajran dan ilmu srba ckit tntag april fool...thanx share ye...

anismelon said...

wah..baru tawu sal april fool nie..tp nsib la anis bukan jenis yg na celeb ape ape yg xbrkaitan nie..wuuuu...

singgah sini cik farisz..
http://anismelon.blogspot.com/2011/04/hidup-tak-sentiasa-indah.html

hazlin said...

zaman sekolah 30 tahun dulu masih mengamalkan april fool ni.. memang fool sungguh..
alhamdulillah kini tidak lagi mengamalkanya..

Design by FARISZ@AZ.Com