.
Promosi
.

Helikopter Rombongan TPM terhempas?


Bismillahirrahmaanirrahiim,

NONE
Sebuah helikopter terhempas dari ketinggian 10 kaki ketika hendak berlepas dari Dataran Sibu.

Kejadian itu berlaku selepas helikopter tersebut menurunkan anggota rombongan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sebelum kejadian tersebut, tiga helikopter membawa rombongan timbalan perdana menteri balik dari Bintangor ke Sibu

NONEBagaimanapun, Tan Sri Muhyiddn tidak menaiki helikopter yang terhempas itu.

Menurut OCPD Sibu, ASP Shafie Ismail, kejadian itu berlaku pada jam 1.50 tengahari selepas helikopter itu menurunkan semua penumpangnya di Sibu Townsquare.

"Helikopter tersebut hendak berlepas balik ke lapangan terbang untuk disimpan, (tetapi) kemudian jatuh ketika cuba terbang. Ia berada pada ketinggian kira-kira 10 kaki," katanya.

Berikutan itu, juruterbangnya, Kapten Sahimi Razali, 38, mengalami kecederaan dan dihantar ke hospital.

Dua daripadanya adalahmilik Hornbill Skyways, dan helikopter yang terhempas itu adalah dari Sabah Air.

Kejadian itu dipercayai berlaku akibat hujan lebat di Sibu.

Sumber : MalaysiaKini

Pandangan FARISZ@AZ.Com :

Persoalan utama yang difikirkan saya bukanlah "Adakah rombongan TPM cedera?" kerana jelas helikopter tersebut terhempas selepas berjaya mendarat dan menurunkan rombongan TPM, tetapi menjadi persoalan utama adalah atas kapasiti apakah rombongan TPM ke Sibu menaiki helikopter hak milik kerajaan dan RAKYAT MALAYSIA? Adakah rombongan tersebut hadir ke Sibu menggunakan helikopter tersebut atas kapasiti kerajaan untuk menguruskan hak rakyat atau hadir ke Sibu atas kapasiti Umno untuk pilihanraya di Serawak?

Selaku rakyat Malaysia maka menjadi hak setiap hak rakyat Malaysia mempersoalkan kapasiti mana-mana pemimpin yang menggunakan harta hak milik kerajaan dan hak milik RAKYAT MALAYSIA.

Wallahua'lam.

3 ulasan:

PrincessHaNako said...

golongan VIP biasa la tue, ikut suka ati je nak guna hak kerajaan dan hak rakyat, last2 sape susah dan menderita? Rakyat gak kan... bila nk minta undi, janji itu ini, huishhhh meluat aku ngn politik yg abis2 ni haaa.... yg peliknya knp heli tu terhempas lepas rombongan TPM selamat mendarat sdgkan dlm tue hanya ade 2 org je? Tapi bila kapasiti ramai, x terhempas pulak heli tu? Pker logik dan logik ea... :)

lalacHum~ said...

tak silap..juruterbangnyer dh mninggal td mase last berite..huhu..ajal di tangan tuhan~

Krenakoga said...

itu lah nama nya berpantang maut sebelum ajal.klu nak ikut prosuder dia.pilot mesti cheak dlu jentera tu setiap kali mendarat dan sebelum berlepas,melainkan la waktu darurat.

Design by FARISZ@AZ.Com