.
Promosi
.

Semua Bersongkok atau Berkopiah Tapi Jahat?


Bismillahirrahmaanirrahiim,

"Semua yang bersongkok atau berkopiah atau berserban jahat , memakai pakai tersebut hanya untuk menutup kejahatan mereka"

Perkataan yang pernah saya yang sering saya dengar diungkapkan oleh sebilangan golongan. Bolehkah kita terus percaya tanpa selidiki kata-kata tersebut? Penyataan tanpa hujah adalah hanya kata-kata kefasikan!

Mungkin ada yang berkata "Aku cakap sebab pengalaman dari kecil".
Jika atok,abah atau sedara kamu bersongkok atau berkopiah atau berserban tetapi jahat maka layakkah kamu menghukum SEMUA yang bersongkok atau berkopiah atau berserban adalah jahat?

Cermin diri kamu tu,adakah ada ciri fasik atau munafik dalam diri kamu?

Abdulllah Bin Ubai juga berserban, adakah kamu juga mahu menghukum seluruh para sahabat Rasulullah S.A.W adalah jahat?

Bila saja ada seseorang menceritakan suatu perkhabaran , maka menjadi kewajipan sebagai seorang muslim dan mukmin untuk menyelidiki perkara tersebut malah jika perkhabaran tersebut diberitahu oleh golongan fasik atau munafik juga turut perlu diselidiki untuk mengelakkan tipu daya golongan fasik dan munafik.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ (٦)

6. Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan. (Al Hujuraat : Ayat 6)


Apabila terdapat wanita yang bertudung tetapi menjadi pelacur,adakah kita perlu menyalahkan semua wanita bertudung? Adakah kita perlu menyalahkan tudung tersebut? Adakah apabila seorang wanita membuat kesalahan maka ia perlu membuka tudungnya? JANGAN salahkan pemakaian selagi pemakaian tersebut tidak bercanggah dengan syara' tetapi salahkan si pemakai tersebut atau pun diri individu tersebut.JANGAN tambah kesalahan dengan melakukan kesalahan selepas melakukan kesalahan. (sekadar perbandingan)

Kopiah dan serban adalah suatu pakaian yang bersangkut dengan sunnah,kebanyakkan yang memakainya  secara istiqomah adalah golongan Ulama' , Agamawan , pelajar agama dan juga individu yang mendekatikan diri pada Islam.Adakah apabila seorang lelaki yang berkopiah membuat kesalahan maka ia perlu membuka kopiahnya? Apa yang perlu diperbaiki bukanlah dengan menanggal kopiah atau melabelkan "Si mamat kopiah tu jahat" tetapi yang perlu dilakukan adalah perbaiki akhlak.Jika pakaian sudah sempurna maka perlu perbaiki akhlak pula dan bukannya mengkritik pakaian tersebut.

Memang terdapat individu atau golongan yang bersongkok atau berkopiah atau berserban tetapi rosak akhlaknya tetapi yang perlu dipersalahkan individu dan golongan tersebut atau pakaian tersebut yang perlu dipersalahkan? Jika terdapat individu atau golongan yang bersalah , layakkah kamu menghukum SEMUA yang bersongkok atau berkopiah atau berseban adalah jahat? Jika diperkatakan individu atau golongan tersebut adalah golongan yang beragama maka selidiki firkah individu atau golongan tersebut kerana di akhir zaman akan terdapat 73 firkah dan kamu tiada hak untuk menghukum.

Hatta jika kamu membenci golongan yang bersongkok atau berkopiah atau berserban  kerana kesilapan SEBILANGAN yang bersongkon atau berkopiah atau berseban maka kamu juga tidak berhak menghukum keseluruhannya jahat :-

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ وَلا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَى أَلا تَعْدِلُوا اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ (٨)

8. Wahai orang-orang Yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang Yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. dan bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui Dengan mendalam akan apa Yang kamu lakukan. (Al Maaidah : Ayat 8)


Akhirnya, cermin diri dan hiasi diri untuk mengelakkan diri jatuh ke kelembah kefasikan (jika sudah tahu diri tu fasik maka perbaiki diri dan bukannya menghukum dengan "pukul sama rata")

Sekadar menjawab ulasan pihak yang comment tanpa fakta.

Wallahua'lam.


Design by FARISZ@AZ.Com