.
Promosi
.

Comment sebelum baca?

Bismillahirrahmaanirrahiim,

Di dalam dunia blogger pasti akan berjumpa berbagai golongan blogger. Ada blogger yang berblog kerana benar-benar minat menulis dan berkongsi berbagai cerita. Di dalam berblog bukanlah sekadar memerlukan kemahiran menulis semata-mata tetapi juga memerlukan kemahiran membaca untuk memastikan blogger memahami bahan bacaan tersebut.

Namun kini sudah menjadi budaya sebilangan blogger lebih gemar membaca tajuk dan sebahagian catatan dan terus memberi ulasan tanpa membaca secara penuh dan menyelidiki catatan tersebut. Perkara ini sering berlaku pada blogger yang baru berjinak-jinak di alam blogger dan dalam proses kematangan berblog. Namun perkara ini juga adakalanya dilakukan oleh blogger yang sudah lama berblog,mungkin kerana terlalu ghairah memberi ulasan untuk mengejar traffik blog sehingga tersasar dalam memberikan ulasan. Malah adakalanya permasalahan ini bukanlah kerana proses kematangan berblog tetapi kerana sememangnya sifat individu itu sendiri,sikap membaca tanpa memahami dan tanpa menyelidiki serta terus memberikan ulasan atas catatan tersebut.

Perlakuan tersebut sering berlaku dalam blog yang mencatatkan isu semasa atau pun gosip. Di dalam catatan isu semasa itu terbahagian ke 3 bahagian :

1. Isu yang tidak berkaitan dengan pihak lain. (Contoh : tidak menutup aurat)
2. Isu yang berkaitan dengan sesuatu pihak secara khusus. (Contoh : video zina)
3. Isu yang berkaitan dengan umum. (Contoh : Pecah amanah yang dilakukan oleh pemimpin)

Kegagalan individu memahami dan menghadapi 3 pembahagian isu tersebut menyebabkan individu gagal bertindak secara matang terhadap isu yang dihadapinya.

Di dalam menghadapi 3 pembahagian isu tersebut,setiap individu perlu menyelidiki kesahihan isu tersebut dan bukannya sekadar "DENGAR DAN TELAN" kerana setiap perkhabaran perlu diselidiki terlebih dahulu seperti yang telah di nyatakan pada surah Al Hujuraat ayat 6.

Kegagalan blogger dalam menyelidiki kesahihan cerita dan kegagalan memahami dan menghadapi 3 pembahagian isu serta disebabkan kemalasan blogger yang membaca dan memahami catatan untuk memberikan ulasan akan menyebabkan blogger tersebut terperangkap ke kancah FITNAH.

Adalah wajar mempersoalkan sesuatu perkhabaran seperti mempersoalkan kesahihan kes bunuh dengan mempersoalkan kesahihan pertuduhan membunuh kerana ia tidak menjadi fitnah tetapi ia adalah pencarian di dalam kesahihan sesuatu perkhabaran tetapi adalah tidak wajar apabila terus melakukan tindakan dengan menuduh sedangkan belum mengetahui kesahihan kisah tersebut.

Teringat saya pada kisah rogol yang pernah di pamerkan di dada-dada akhbar tempatan pada tahun lalai.Kisah tersebut menyatakan remaja berumur 22 tahun merogol remaja berumur 15 tahun.Ramai yang bersuara lantang menghina pemuda berumur 22 tahun tersebut kerana merogol,namun setelah saya selidiki rupanya ianya bukanlah kes rogol tetapi kes zina,ia di sabitkan rogol kerana persetubuhan dengan remaja bawah umur.Pasangan tersebut ditangkap ketika berkhalwat disebuah hotel murah namun pendakwaan menyatakan gadis tersebut dirogol kerana masih bawah umur.

Maka renungilah diri dan muhasabah diri,adakah surat khabar mampu menjadi info yang tepat tanpa pengubahan fakta?

Wajarkah memberikan ulasan sebelum membaca dan memahami catatan blogger lain.

Wallahua'lam.

4 ulasan:

Munna said...

biasa jugak tgk kat mana2 blog lain, komen dr reader ada yg x kena @ mempersoalkan sesuatu yg dh dinyatakan dlm isi blog. mgkin jgk blog terlalu pjg berjela smpai org mls nak baca.bila bermain dgn fakta,patut diselidik dan baca habis2 dulu.

aizamia3 said...

betul.. janganlah sebab nak kejar trafik kita main terjah komen je.. sekurang2nya bacalah sampai habis.. saya lebih suka baca dulu, tapi kalau rasa tak yakin takkan komen sembarangan, sekadar silent reader..

Cik Aish said...

kadang kadang kita dah statekan apa point kt kat dalam entry tu, tapi masih lagi ada yang persoalkan...nampak sgt tak baca habis.

so ada blogger yang bagi tips jangan buat entry panjang panjang. sebab orang taknak baca.

so try la buat entry pendek2...respon yang positif bila ramai yang komen.

so nampak dah kat sini blogger ramai yang tak minat membaca. kalau nampak entry panjang berjela jela, trus tekan pangkah. komen pun kdg2 lari tajuk.

Miss Meen said...

@Aizamia3 kata
kalau rasa tak yakin takkan komen sembarangan, sekadar silent reader..

Terasa nak s0k0ng pula statement neyh! ^_^

Design by FARISZ@AZ.Com