.
Promosi
.

Pelajar Di Bunuh Hanya Kerana RM7 ?


Bismillahirrahmaanirrahiim,

ZIARAH... guru serta kenalan keluarga mengusung jenazah Saiful di Masjid Ar-Rahman di Jejawi Dalam, Kangar, petang semalam.
ZIARAH... guru serta kenalan keluarga mengusung jenazah Saiful di Masjid Ar-Rahman di Jejawi Dalam, Kangar, petang semalam. 

KANGAR: Hanya kerana wang RM7, Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, murid tahun satu sebuah sekolah agama persendirian di Arau, dekat sini, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, pagi semalam, selepas koma sejak tiga hari lalu akibat parah dibelasah gurunya.

Difahamkan, mangsa dipukul dengan teruk kerana didakwa mencuri wang milik rakan sekelasnya.

Mangsa yang sudah kematian ibu, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 8 pagi selepas mengalami pendarahan dalaman di kepala dan komplikasi jantung berikutan kejadian di bilik asrama sekolah agama berkenaan, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain, ketika mengesahkan perkara itu berkata, murid terbabit disahkan meninggal dunia dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang boleh membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

“Kita akan menjalankan siasatan menyeluruh kejadian itu, apatah lagi ia menjadi bertambah serius kerana membabitkan kematian. Semua pihak berkaitan di sekolah agama itu akan dipanggil untuk siasatan.

“Perintah reman terhadap suspek berusia 26 tahun yang juga guru mangsa yang berakhir esok (hari ini), akan disambung untuk tujuan siasatan,” katanya enggan mengulas lanjut kes itu.

Metro Ahad semalam melaporkan Saiful Syazani dibelasah dengan kejam oleh gurunya yang juga warden asrama dalam keadaan kedua-dua tangannya terikat pada tingkap asrama sehingga menyebabkan mangsa koma dalam kejadian pada kira-kira jam 7 malam, Khamis lalu.

Mangsa dikatakan berjaya membuka ikatan tangannya untuk melarikan diri sehingga menimbulkan kemarahan guru terbabit yang kemudian memukulnya tanpa belas kasihan.

Selepas memukul kepala, suspek dikatakan `naik hantu' dan menggoncang badan mangsa serta menolaknya dengan kuat ke dinding yang dipercayai punca utama murid itu mengalami pendarahan dalam kepala dan komplikasi jantung.

Suspek yang mungkin menyedari kesalahannya dan menyesal dikatakan sempat bersolat hajat sejurus dimaklumkan doktor bahawa mangsa dalam keadaan kritikal sebelum bergegas ke Alor Setar dengan menaiki motosikal untuk melihat keadaan murid terbabit.

Guru terbabit menyerah diri di Balai Polis Arau, Jumaat lalu, selepas bapa mangsa, Saiful Sopfidee Marzuki, 34, membuat laporan di Balai Polis Alor Setar, pada jam 8 malam hari kejadian.

Sementara itu, Pengarah Pelajaran negeri, Mansor Lat, ketika dihubungi berkata, pihaknya menyerahkan kes itu kepada pihak polis kerana sekolah itu milik persendirian dan bukannya di bawah seliaan jabatan berkenaan.

“Kita tidak mahu campur tangan dalam kes ini dan menyerahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terbabit.

“Kami amat sedih dan dukacita di atas kejadian ini dan jika benar perbuatan guru memukul hingga menyebabkan kematian murdnya, ia di luar bidang kuasa guru dan tidak sepatutnya berlaku,” katanya.

Dalam pada itu, pengetua sekolah agama terbabit, Yaakub Abu Soman berkata, pihaknya tidak akan membuat sebarang ulasan berhubung kejadian itu yang membabitkan guru dan murid sekolahnya atas arahan polis.

“Kami akan mengadakan sidang akhbar selepas tempoh reman terhadap suspek tamat nanti,” katanya.

Bapa mangsa, Saiful Sopfidee berkata, jenazah anak tunggalnya hasil perkongsian hidup dengan arwah isterinya, Jahiyah Che Amat, dikebumikan di Tanah Perkuburan Tok Paduka di sini, petang semalam. Dia juga berharap guru terbabit dikenakan tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang kerana perbuatannya yang tidak berperikemanusiaan itu.

Sumber : MyMetro

Pandangan FARISZ@AZ.Com :

1. Kecewa apabila seorang pelajar di bunuh hanya kerana RM7 sedangkan JIKA benarlah mangsa mencuri maka hukuman sepatutnya tidaklah sezalim itu dan JIKA benarlah mangsa di bunuh.

2. Islam telah meletakkan sesuatu hukuman kena pada tempatnya dan apabila manusia tidak berhukum dengan hukum Allah maka kerosakkan terus berlaku.

3. Harap perkara ini diselidiki untuk mengelakkan menghukum pihak yang tidak bersalah atau menimbulkan fitnah.

4. Semoga pihak yang bersalah dihukum dengan seadil-adilnya.

5. Harap tiada spekulasi dibuat selagi mana pendakwaan terhadap tertuduh tidak di sahihkan di mahkamah.

Wallahua'lam.

12 ulasan:

Unknown said...

huu...terkilan melihat kejadian tak prihatin oleh seorg guru yg merupakan pendidik belia...malah guru tersebut yg overacting...teruk!

syuhada mokthar said...

kesian kt arwah baru 7 tahun lak tu..

David de Pirate' said...

minta izin copy..

Munn Jaafar said...

cikgu 2 ada mental problem kot? mrh sgt smpai dh x boleh fikir dgn waras..kesian budak 2.alfatihah.

eyqa said...

kejamnyer,,kesian budak tu sebb dye hanya budak2 yg baru nak mengenali dunia ! al-fatihah untuk arwah

Unknown said...

kdg kite jgn cpt sgt berperasngka..blom lg trbukti guru tu slh...

kite jgn judge mcm ni..kelak memakan diri...

ckp based on bukti..ade saksi..insyaallh kalo btol cikgu tu slh dia akan dihukum.

kite spe nk jatuhkan hkum ke ats die

Ct Aja said...

kecian plak, hukuman yg tak setimpal... agaknye bercampur aduk nak marah psl bnda lain kot...

leekonyou said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Ismi Azraf said...

@conningyou

Kesian anda,di dalam bab ni pon nak dipolitik kan.

Boleh berikan bukti bahawa kes tersebut benar-benar dari PAS?

Kes rogol yang dilakukan oleh guru sekolah yang dilaporkan didada-dada akhbar tu menandakan Umno menghalalkan rogol?

Benarlah Firman Allah di surah Al Hujuraat Ayat 6. Apabila datangnya khabar berita daripada fasik atau pun munafik maka selidiki terlebih dulu,malah jika mendapat khabar berita dari golongan kafir yang menolak hukum Allah juga perlu diselidiki.

Maka cerminlah diri untuk mengelakkan diri menjadi fasik / munafik.

Hadith Riwayat Al Bukhari dan Muslim iaitu Rasulullah S.A.W bersabda Tidak akan masuk syurga mereka yang menyebarkan fitnah.

Maka teruskan menyebarkan fitnah seandai yakin bahawa diri adalah ahli neraka!

Renung2kan dan selamat beramal.

Ismi Azraf said...

Jadilah manusia yang bijak membaca sebelum comment kerana beza antara manusia dan haiwan adalah manusia mempunyai akal dan menggunakan akalnya.Dan jauhi diri menjadi fasik dan munafik akibat salah tutur kata.

Wallahua'lam.

Ismi Azraf said...

Maaf comment yang mempunyai link blog pencacai Umno didelete untuk mengelakkan memberikan backlink yang menguntungkan golongan munafik.

Salah satu ciri munafik adalah menaburkan fitnah.

Harap maklum.

Hafifi Borhan El Said said...

innalillah wainna ilaihi roji'uun~~~~

Design by FARISZ@AZ.Com