.
Promosi
.

1,000,000 People Request Najib Tun Razak Resignation

Bismillahirrahmaanirrahiim,

Dalam minda sebilangan masyarakat berfikir bahawa perhimpunan BERSIH telah tamat , namun sebenarnya ia baru bermula kerana akan terus wujud desakan demi desakan untuk memastikan Dato Sri Najib meletak jawatan di atas kegagalannya berlaku adil dalam pentakbiran dan gagal mendengar suara rakyat.

Apa yang dilihat perang psikologi melalui media-media akan diteruskan untuk menjaga nama baik Dato Sri Najib , namun media baru melalui internet seperti di laman Facebook , Blog dan Twitter juga mempunyai kekuatan tertentu kerana kepimpinan Dato Sri Najib gagal mengawal pengaruh media massa malah info melalui media baru lebih cepat tersebar berbandingkan media-media yang dibawah pengaruh Umno dan Barisan Nasional. Namun di sebalik kekuatan media baru sebenarnya mempunyai kelemahan yang amat ketara kerana tidak semua rakyat Malaysia mempunyai internet dan alat komunikasi media baru malah di anggarkan hanya lebih kurang 30% saja rakyat Malaysia yang berkemampuan melayari media baru, bagaimana pun penyebaran informasi melalui mulut ke mulut , risalah , pena dan forum umum juga merupakan cara yang terbaik dalam memastikan golongan yang tidak berkemampuan melayari media baru mendapat informasi dan perlu di aktifkan semaksimumnya bagi memastikan semaksima informasi di sebarkan kepada rakyat.

Selaku perdana menteri , Dato Sri Najib perlu lah mendengar suara rakyat dalam memastikan ia membaiki kelemahan dalam sistem pentakbirannya dan SPR juga perlu melaksanakan 8 tuntutan BERSIH bagi memastikan pilihanraya berjalan dengan adil seadilnya tanpa dipengaruhi atau dimanipulasikan untuk kepentingan parti-parti tertentu. Kegagalan Dato Sri Najib dan pihak SPR dalam mendengar suara rakyat bukanlah perkara yang akan melemahkan semangat rakyat yang cintakan keadilan tetapi ia akan menguatkan lagi semangat malah akan mengugat lagi kekuasaan Barisan Nasional.

Kini telah 2 hari 100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation wujud di laman facebook.
 

Wallahua'lam.

5 ulasan:

Rina Rahamat said...

kalau najib turun sapa patut jd PM? Anwar ke? Simpang malaikat 44..

Ismi Azraf said...

@Rina

Simpang Malaikat 44?
Malaikat hanya ada 44 saja ke?

Tieah Madian said...

Sekiranya Najib ingin ditumbnagkan sekalipun biarlah mengikut lunas undang2.. Bukan dengan cara demontrasi di jalanan.. Andaikata kerajaan BN sekarang tumpas di tangan PR dengan cara sebegitu, maka tidak mustahil BN plak yang akan buat kacau bilau sepertimana BERSIH buat pada hari ini.. Dan ketika itu mungkin campur tangan pihak luara akan berlaku.. Huhh! Sampai bila..???? Kemerdekaan negara tak sampai pun angka 100 tapi rakyat seolah olah tidak memahami apa itu perjuangan dalam kemerdekaan sebelum ini..

Ismi Azraf said...

@ d_tieah

Najib sememangnya cuba dijatuhkan melaluyi lunas undang2 sebab itu wujudnya 8 tuntutan BERSIH. Demontrasi BERSIH masih berlunaskan demokrasi kerana ia menuntut pilihanraya di lakukan secara BERSIH. Himpunan BERSIH adalah masih dalam demokrasi dan bukannya revoulusi negara.

Kacau bilau kerana perhimpunan BERSIH? Mahkamah gagal mendakwa perhimpunan BERSIH berlaku kacau bilau dan gagal mendakwa provokasi berpunca dari BERSIH.

Agak kelakar statment kononnya Najib ingin dijatuhkan dengan demontrasi , nampaknya kamu masih belum faham kewujudan BERSIH dan 8 tuntutan BERSIH.

BERSIH bukan saja melakukan perhimpunan tetapi penyebaran info melalui media baru , risalah dan forum juga.

Harap banyakkan membaca info dari berbagai pihak =)

The Princess said...

i wish NIK AZIZ NIK MAT be prime minister ~



=')

Design by FARISZ@AZ.Com