.
Promosi
.

Rokok : Bila Zikir Kurang Fikir

Bismillahirrahmaanirrahiim.


Suatu ketika berada di majlis tahlil arwah di Seremban pada tahun lalu, setelah selesai solat secara berjemaah di masjid saya dijemput untuk menghadiri majlis tahlil arwah. Ketika diwaktu zikir saya tersenyum melihat pakcik-pakcik yang sudah tua , kuat beribadah walaupun ada yang hadir ke masjid dengan berkerusi roda dan ada yang berjalan kaki walaupun rumah agak jauh dari masjid. Ia membuatkan saya teringat kata-kata pensyarah di pusat pengajian saya iaitu "Cinta membuatkan kita semakin rindu , semakin cinta kita pada Allah semakin rindu kita untuk beribadah padaNya".

Berbalik semula ketika majlis tahlil tersebut. Setelah selesai bertahlil maka bermula pula untuk menjamah makanan,ketika sambil melihat pakcik-pakcik yang sibuk berbual suatu perkara yang membuatkan saya  agak tersenyum. Perkara tersebut adalah perbuatan merokok selepas bertahlil oleh sebilangan golongan tidak kira golongan muda atau pun golongan yang sudah berumur(tua).

Saya menjauhkan diri sedikit kerana sikap saya adalah tidak suka merokok dan bau rokok , kerana bau tersebut amat menyeksa tekak dan hidung saya. Tiba-tiba seorang pakcik disebelah saya terbatuk-batuk sehingga seperti seorang yang akan menyidap sakit jantung, saya dekati dan urut belakang pakcik tersebut sebagai tanda simpati kerana lihat usia yang sudah berumur namun masih merokok.

Bermula pula sesi dialog saya dan pakcik tersebut,
Saya : "Erm... Pakcik ok?"
Pakcik : "Ok nak... Pakcik selalu macamni bila merokok"
Saya : "Kurang-kurangkanlah merokok tu pakcik... lagi pun merokok tu tak baik" (Saya katakan sambil senyum lebih-lebih lagi ketika itu pakcik tersebut menoleh ke arah saya)
Pakcik : "Baiklah nak..."

Kadangkala saya suka melihat perilaku sebilangan golongan ahli qariah samaada golongan muda atau tua selepas majlis tahlih(ketika menjamu makanan) kerana pasti ada sebilangannya akan merokok. Suka melihat bukanlah bermakna saya suka atas perbuatan tersebut tetapi melihat ia sebagai peringatan buat diri sendiri yang selalu alpa dan leka.Ia bukan saja dilakukan oleh sebilangan ahli qariah masjid kerana adakalanya terdapat juga sebilangan golongan yang bukan ahli qariah masjid , malah adakala perbuatan merokok bukan saja dilakukan oleh sebilangan lelaki kerana wujud juga sebilangan wanita yang merokok.

Ia membuatkan saya berfikir adakah kita berfikir atas zikir yang kita lakukan.Zikir adalah sunnah dan merokok adalah haram , adakah sunnah dan haram boleh dicampurkan atau diamalkan dalam kehidupan? Saya bukanlah menghukum kerana setiap orang ada kelemahan dan kelebihan maka kelemahan itu perlu diperbaiki secara bersama dan bersama-sama juga fikirkan adakah kita berfikir atas zikir yang kita lakukan.

Berzikirlah dimana saja kita berada mengikut kaedah yang dibenarkan oleh Islam namun jangan kita lupa untuk berfikir atas zikir.

Walllahua'lam.

1 ulasan:

SiS NaD said...

Salam Farisz...

Merokok memang haram... Tapi manusia ni, apa yang haram itulah yang suka dibuat... Tapi, haram tetap haram hukumnya...

Design by FARISZ@AZ.Com